Isnin, 3 Januari 2022

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD.

1. Kekerapan Lawatan doktor

Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan lawatan doktor sekali sehari. Kebanyakan doktor akan membuat lawatan 2 kali sehari, terutama utk penyakit kritikal. Jika polisi anda hanya cover sekali lawatan doktor sehari, maka anda perlu menanggung sendiri kos selebihnya. Periksa polisi atau product disclosure. Akan ada tertulis. Tak semua agent akan cerita benda ni.

2. Co-Insurance @ Co-Takaful

Kalau boleh, cari yg tak perlu bayar co-insurance/co-takaful. Mungkin mahal sedikit tapi sekurang-kurangnya anda tak perlu keluar cash sendiri bila kena masuk hospital. Kalau mahal pun dlm RM20-30 sahaja.


3. Claim Senang @ Tidak

Anda boleh selidik sendiri dgn orang hospital @ admission counter. Selalunya diorang akan tau. Kalau tanya agent semua kata cepat.

4. Agent

Cari agent yg betul2 boleh educate anda. Apa pro dan kontra produk tu. Bagaimana kelebihan dan kelemahan produk tu boleh disesuaikan dgn keperluan anda.

5. Harga

Pastikan apa yg anda bayar tu berbaloi. It's not about how much you pay but what VALUE you get from it. Kadang2 bayar murah tapi rupanya feature kurang. Kalau bayar mahal pulak, pastikan dapat coverage yg menyeluruh.

6. First Party atau Third Party?

Ini SANGAT PENTING. 

First Party - syarikat pengendali insurans tu sendiri yang kendalikan medical card dia. 

Third party - syarikat pengendali insurans menggunakan syarikat lain untuk mengendalikan medical insurance. MCO iaitu Managed Care Organization @ Third Party Medical Card Provider. Cthnya seperti MediJaring, PMCare dan AsiaAssist, MiCares.

 Nak tahu, kad mempunyai logo selain daripada logo syarikat insurans anda, maka third party lah tu. Kenapa third party leceh? Sebab nanti bila nak claim jadi macam main ping pong.

 7. Investment-Linked vs Traditional

Kalau ambil yang traditional, mungkin murah sedikit. Cuma bezanya, kalau ada masalah payment sangkut ke (ye lah mana tahu macam2 benda boleh jadi kan), maka medical card anda tak boleh guna sampai anda clear kan outstanding payment. Kalau investment-linked, anda boleh pakai medical card selagi polisi in-force. 

 8. Baca Quotation dan Polisi

Sebelum turunkan tandatangan anda atas borang insurans, sila BACA QUOTATION LINE BY LINE. Dalam quotation tu ada product disclosure. Kalau kurang faham, minta tolong agent explain. 

Bila dah dapat polisi, baca polisi untuk betul2. Bank negara punya requirement lepas dapat polisi ada 15 hari cooling off period... di mana anda boleh cancel polisi tu kalau anda rasa tak sesuai dengan keperluan anda. Lepas 15 hari dah tak boleh cancel. 

 

Malas baca? Pastikan agent terangkan satu persatu. Agent juga manusia biasa...kadang-kadang dorang terlepas pandang. Jadi untuk kebaikan anda sendiri, elok lah anda baca Product Disclosure tu. Sekurang-kurang nya anda tahu hak anda, apa yang anda dapat dengan membayar polisi setiap bulan. :)

 

Dan satu lagi, Tahukah anda bahawa anda boleh mendapatkan pengecualian cukai sebanyak RM3000 setahun utk polisi perubatan sendiri dan anak2?

NAK DAPAT QUOTATION FREE DAN AGENT HENSOM ? NAK!!






Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post