Jumaat, 26 Februari 2010

Maulidur rasul


Kelahiran Rasulullah SAW mengubah kehidupan umat manusia di dunia daripada masyarakat yang dulunya kufur bertukar menjadi taat dan mentauhidkan Allah. Jelaslah kelahiran Baginda SAW benar-benar membawa perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Itulah rahmat dan nikmat daripada Allah mengutus junjungan besar Nabi Muhammad SAW ke muka bumi ini.

Allah berfirman yang bermaksud, "Dan tiada Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam." (Surah al-Anbiya', ayat 107)

Perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan dakwah Islam penuh dengan peristiwa pahit dan getir. Baginda menempuh pelbagai ancaman dan halangan; menghadapi bermacam kesengsaraan, penderitaan dan penindasan. Namun begitu, Baginda tetap tabah, sabar dan tidak putus asa menjalankan perintah serta amanah Allah. Akhirnya Baginda berjaya menegakkan kebenaran di muka bumi ini. Lihatlah betapa besarnya pengorbanan Rasulullah SAW dalam menghadapi kekufuran dan kezaliman musuh Islam.

Rasulullah SAW adalah manusia pilihan dan paling istimewa. Oleh itu, Allah memperlengkapkan Baginda dengan budi pekerti mulia. Peribadi baginda benar-benar luhur, manakala jiwa dan hatinya pula suci bersih. Dengan memiliki keperibadian unggul Baginda berjaya melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab diamanahkan Allah kepadanya.

Keunggulan keperibadian Baginda SAW dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah selalu (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Kehidupan Nabi Muhammad SAW mengandungi pengajaran dan contoh teladan yang baik. Jika diikuti, maka kehidupan manusia seluruhnya akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Banyak contoh ditunjukkan Rasulullah SAW dalam mentaati dan beriman kepada Allah merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia seperti ibadah, muamalat, politik, hubungan kemasyarakatan dan akhlak. Baginda juga pemimpin agama, negara, suami, bapa, pendidik, pendakwah dan pejuang.

Kejayaan Rasulullah SAW yang paling ketara apabila Baginda berjaya mengubah jiwa manusia daripada sifat kebatilan kepada kebenaran; kezaliman kepada keadilan dan kemunduran kepada kemajuan.

Hasilnya, lahirlah manusia yang bertakwa kepada Allah dan cintakan kebaikan. Contohnya, Saidina Umar al-Khattab yang pada mulanya seorang yang memusuhi Islam menjadi komited dengan ajaran Islam, berperibadi mulia dan dihormati. Begitulah juga Bilal bin Abi Rabah, seorang sahabat yang tabah dan sabar menghadapi penderitaan akibat penyeksaan musuh Islam demi menegakkan agama Islam.

Sempena bulan mulia ini, umat Islam diseru supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mengingati sejarah pengorbanan Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Islam dengan membanyakkan selawat kepadanya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.



Kenapa menangis


Ketika kanak-kanak,
menangis ku kerana haus dan lapar..
menangis ku kerana inginkan belaian hangat ibu di tubuhku,
menangis ku kerana inginkan barang permainan,
menangis ku kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa.

Ketika usiaku menjangkau awal remaja,
menangis ku kerana rakan-rakanku,
menangis ku kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum yang bertentangan dengan jantinaku,
menangis ku kerana aku gagal dalam bercinta,
menangis ku kerana aku gagal atau cemerlang dalam peperiksaan,
menangis ku juga kerana ada ketika aku berjaya menarik perhatian gadis dan jejaka,
menangis ku kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba ciptaanNya.

Ketika usiaku menginjak dewasa,
aku mungkin menangis kerana susahnya menempuh alam pekerjaan,menuntut seluruh kosentrasiku, memerah keringatku,
menangis aku kerana anak-anak ku,
menangis ku kerana isteri atau suamiku,
menangis aku kerana tidak punya kereta besar atau rumah yang sempurna,
menangis ku kerana tidak mampu memberi kesenangan harta benda kepada keluargaku.

Ketika usiaku berada di penghujung..
aku menangis kerana gagal memberi kesenangan kepada keluargaku,
menangis aku kerana kesihatanku yang sudah mula merosot,
menangis aku kerana anak-anakku pergi meninggalkan aku berkhidmad utk keluarganya,
menangis aku kerana jarum silih berganti menusuk kulitku,
menangis aku kerana aku bakal meninggalkan dunia,sedangkan aku masih belum MENANGIS KERANA AKU LALAI PADA PERINTAHNYA! !

mungkin kita tergolong dalam salah satu rentetan usia tersebut.. kita sentiasa menangis untuk perkara2 remeh meliputi hal2 duniawi..tapi kita selalu alpa untuk menangis atas kejahilan kita mengenal YANG MAHA ESA,kita sibuk mengumpul ilmu serta harta dunia,sehingga kita lupa utk menangis atas kurangnya harta serta saham utk alam abadi kelak,kita menangis kerana hilangnya cinta pada kekasih,isteri atau suami serta anak2,tetapi kita alpa untuk menangis atas KEHILANGAN NIKMAT IMAN SERTA KASIH ALLAH KEPADA KITA.Kita menangis kerana kecacatan fizikal yang diberi Ilahi,namun kita gagal untuk menangis tanda syukur atas nikmat lain yang diberi tanpa meminta secebis balasan sekalipun..

renung-renungkanlah ..saya mengingatkan diri saya yang selalu lupa untuk MENANGIS keranaNya..sebagai panduan kita bersama..

Berselawatlah

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya
Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat
fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari,
insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @
wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum.
Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan
dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan
dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai
pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah
dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam
Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh
para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan
sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat,
Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana
Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di
kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh
ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya
setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan
hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi
kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh,
Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan
memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan
jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan
terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi
keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia
bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam
mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas
solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan
bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,
termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas
rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira
berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit
berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan
keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan
yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan
sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang
berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada
hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR
Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan
10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat
- HR Thabrani

Nabi Muhammad SWT

Mari kita bercerita tentang Nabi kita,
Yaitu Rasulullah SAW,
penyelamat manusia dunia akhirat,
Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya,
Mungkin kita ceritakan disudut-sudut lain yang belum diceritakan lagi,
Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa,
Supaya yang lupa diingat kembali,Bertambah ingat lagi,

Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya
Sebelum dan sesudahnya dikalangan manusia,
Sekalipun dikalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita,
Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia,

Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya,
Dikalangan manusia sebelum dan sesudahnya,
Maka dia diberi julukan oleh Tuhan 'fathonah',
Bahkan yang paling 'Fathonah' dikalangan rasul-Nya,

Ilmunya bukan didapati dari aqalnya,
Walaupun dia orang yang paling tajam aqalnya,
Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan didalam hatinya,
Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya,
Kerana inilah dia tidak perlu menulis
Dan membaca seperti manusia biasa,
Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa,
Kalau dari aqal mungkin dilupakannya,
Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat,

Tawakalnya luarbiasa,

Sebab itulah dimalamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya
Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya
Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup
Tuhan merezekikannya,

Dia tidak membunuh orang,
Walaupun disetengah-setengah waktu dia boleh membunuhnya,
Tapi dia tidak membunuhnya,
Dia mengambil jalan yang utama,
Yaitu memaafkannya,
Kerana itu orang itu Islam ditangannya,

Beraninya luarbiasa tiada tandingannya,
Dia sanggup lewat dihadapan musuhnya seorang diri,
Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga,

Kasih sayangnya sangat ketara,
Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda,
Orang yang bersalah dimaafkannya,
Sekalipun orang itu tidak memintanya,
Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya,
Dia membuka bajunya untuk disebat,
Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya,
Lalu dimerdekakannya,
Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya,

Pemurahnya tidak ada taranya,
Macam angin kencang lajunya,
Tiada siapa yang dapat menandinginya,
Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta,
Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara,

Kalau ada orang mengata dan menghinanya,
Dia diam saja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja,
Cuma ketaranya pada mukanya,
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya,
Sekalipun musuhnya,

Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya
Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar,
Paling tidak, dia makan berdua,
Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu,
Dia tidak pula mencercanya,

Kalau dia marah dengan orang,

disembunyikan marahnya
Sehingga orang tidak tahu marahnya,
Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia,
Sebab itu dia sanggup makan dengan orang berkudis-kudis badannya,

Sabarnya luarbiasa,
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya berbagai-bagai bentuknya,
Dia redha,
Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran 'Ulul Azmi'
Yang tiada bandingannya,
Bahkan dia ketua 'Ulul Azmi', dikalangan rasul-rasul,

Ditangannya lahirlah murid-murid yang luarbiasa,
Diberi gelaran sahabat namanya,
Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya,
Ini tidak pernah berlaku dikalangan rasul-rasul sebelumnya,
Semua sahabat-sahabatnya masuk syurga,
Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya,
Kerana menjadi sahabat-sahabatnya,
Sahabat-sahabatnya laksana bintang-bintang dilangit,
Rasul adalah bulan purnama,

Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur,
Menunjukan hatinya sentiasa jaga,
Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhu'nya,

Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya,
Sekalipun orang itu kafir,
Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya
Kerana menghormati tetamunya,

Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan,
Sekalipun binatang yang melata,
Begitu juga tidak pernah melakukan kesalahan,
Sekalipun menyalahi utama,

Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukannya,

Dia orang paling pemalu,
Malunya kalah anak dara yang paling pemalu,
Sebab itu seumur hidup dia tidak pernah
Melihat kemaluannya dan kemaluan isterinya,
Kalau dia lewat, tidak diizinkan perempuan dihadapannya,

Ibadahnya banyak, terutama diwaktu malam,
Hingga bengkak-bengkak kakinya,
Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga,
Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya,
Tapi dia buat dengan sukarela,
Kerana mencari redha Tuhannya,
Dia sebaik-baik suami,
Tidak mampu orang lain membuatnya,

Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya,
Satu cerita yang menyayat hati kita,
Seorang buta yang benci kepadanya.
Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya,
Hingga sampai waktu wafatnya,
Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya,
Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya,
Kamu ini siapa?
Saidina Abu Bakar berkata "Saya Abu Bakar
Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu,
Yang Rasul itu sudah wafat"
Sibuta itu terkejut!
Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling dibenci,
Kerana terkejutnya menjadikan dia mati,
Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat,
Islamlah dia,

Kalau dia bersahabat atau berkawan
Mengutamakan kawannya,
Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya,
Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya,
Setiap orang merasa dia dihormatinya,
Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya,

Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita,
Supaya lebih terperinci lagi
Cerita dan beritanya,

Dia manusia luarbiasa kekasih Tuhannya,
Agar lebih nampak dia manusia istimewa,

Dia tidak akan makan sebelum lapar,

Dia akan berhenti sebelum kenyang,
Tidak macam manusia biasa,
Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya,
Kalau dia suka kerana Tuhannya,
Kalau dia marah pun kerana Tuhannya,
Bukan kerana peribadinya,

Dia wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta,
Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah,
Kecuali sekali saja didalam hidupnya,
Yaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya,

Makan minumnya bukan diusahakannya,
Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya,
Tapi pengikutnya disuruh berusaha,
Terutama yang ada keluarga,

Dia tidak menerima upah,
Lebih-lebih lagi meminta upah,
Kerana usaha perjuangannya,
Tetapi ulama dihari ini, memakan upah
Dari usaha dakwahnya,
Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang cinta dunia,
Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan pengajiannya,

Takut dengan Tuhan ketara dimukanya,

Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya,

Hartanya diserahkan habis kepadanya,
Tetapi nabi korbankan harta itu semuanya,

Dan nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan,

Kalau dia dirumah, sebaik-baik bapa,
Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami,
Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin,

Kalau dia bercakap lantang suaranya,
Tegang urat nadinya,
Kalau dia bercakap bak mutiara,
Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya,
Kalau dia berucap atau berpidato,
tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya
Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya,
Tidak seperti ulama-ulama hari ini,
Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang mendengarnya,
Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya,
Bukan dari hatinya,
Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak meleret,
Tidak seperti kebanyakan manusia,

Dia bercakap pendek sahaja,

Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu didalamnya,
Dikatakan oleh hadis 'jawa miul kalim'
Kata-katanya singkat tapi padat,
Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas,

Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa,

Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya tiada,
Masa terbuang cakapnya tidak menggetarkan jiwa,

Kita sambung lagi cerita nabi kita,

Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa,

Juga tidak akan bercakap yang sia-sia,
Sekalipun tidak berdosa,
Kalau dia ketawa tidak berbunyi,

Insafnya dapat dilihat dimukanya,
Takutnya kepada Tuhan dimukanya ketara,
Dia melahirkan kegembiraan bila
Kawan-kawannya gembira,
Dia melahirkan kesedihan diatas kesedihan kawan-kawannya,

Rasulullah mudah menangis
Kerana takutkan Tuhannya,
Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya,

Akhlaknya sungguh agung,Tuhan memujinya,
Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa dikalangan manusia
Sebelum dan sesudahnya,
Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata terhadap dirinya,
Tuhan berkata "Akhlaknya, sungguh agungnya,
tidak ada siapa boleh menandinginya,
tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa hamba"
Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan Tuhannya,
Rasa kehambaan sentiasa didalam hatinya,
Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya,
Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya,
Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya,

Tawadhu' dengan Tuhannya, sentiasa ada,
Sangat ketara, didalam hidupnya,

Dia berpakaian jubah dan serban,

Warna yang dia suka kebanyakannya putih dan hijau,
Warna lain ada juga dipakainya,
Tapi sekali sekala,

Makanan yang dia suka, susu dan kurma,
Daging sebagai lauknya,
Itulah penguat badannya,

Demikianlah secara ringkas
Yang global tentang cerita nabi kita,
Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya,
Didalam sejarah nabi kita ada dicerita,

Mukjizat banyak berlaku ditangannya,

Yang lahir dan yang batin,
Yang besar ialah Al Quran dan Al Hadith,
Yang kekal sampai keakhir zaman,
Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia,
Demi keselamatan manusia dunia dan akhiratnya,
Tetapi apa yang disebutkan itu
Sudah memada,
Bagi orang yang tiada masa mengkajinya,

Kalau peribadi seseorang itu dapat menggambarkan bayangan nabi kita,
Orang itu boleh menjadi ikutan manusia,
Kalau dia memimpin, Tuhan memberkatinya,
Betapalah kalau dia pemimpin yang Tuhan janjikan buat manusia,

Tetapi apa yang berlaku diakhir zaman ini,
Orang yang menceritakan nabi,
Dia melupakan diri,
Dia menceritakan memujikan nabi,
Tapi dirinya tidak terpuji,
Kerana itulah banyak cakap tidak memberi kesan
Seseorang itu banyak cakap tidak menggambarkan sikap nabinya,
Walaupun dia seorang pemimpin,
Orang tidak suka mengikutnya,
Lidahnya tidak masin,
Dia berkata tidak mengkotanya,
Bahkan orang yang mengata dan mencerca dibelakangnya,
Bahkan anak isterinya tidak menghormatinya,

Sekianlah adanya.

Ahad, 21 Februari 2010

Anak adalah amanah.


Anak-anak adalah amanat di tangan kedua ibu bapa. Hatinya suci laksana mutiara yang berharga, indah, bersih dari segala gurisan dan bentuk. Ia akan menerima apa sahaja yang dibuat kepadanya dan condong kepada apa yang ditarik kepadanya. Jika dibiasakan anak-anak itu dengan perbuatan-perbuatan baik yang diajar kepadanya, ia akan besar dalam keadaan itu sehingga berbahagialah kehidupannya dunia akhirat.

Sebaliknya jika anak-anak itu dibiasakan dengan perbuatan-perbuatan yang jahat dan dicuaikan pendidikannya seperti kehidupan binatang yang terbiar, sudah tentu dia akan binasa. Kalau sekarang ini kita begitu bersungguh-sungguh menjaga keselamatan anak-anak kita dari mara bahaya seperti terkena api dunia, maka melindunginya dari api akhirat adalah lebih penting dan utama lagi.

Lindungi anak-anak itu ialah dengan memberinya pendidikan dan pengajaran yang baik, dan membiasakan mereka dengan segala akhlak dan budi pekerti yang terpuji, dan bergaul dengan kawan-kawan yang baik.

Tidak usah terlalu memberinya kemewahan ataupun mengikut kemahuan anak anak kerana dikhuatiri anak-anak itu akan menghabiskan umurnya memburu kemewahan sehingga boleh membawa kebinasaan. Kita amat mengharapkan akan tibanya generasi yang terdidik, yang berpegang teguh dengan tali Allah.

HealthCare NowDays


Sabtu, 20 Februari 2010

Wanita..


WANITA..

kau digelar sbg penyeri dunia,
hadirmu pelengkap hubungan manusia,
bukan dirimu insan biasa,
malah adam turut sunyi tanpa hawa..

WANITA..
tercipta engkau dari rusuk lelaki,
bukan dari kaki untuk dialasi,
bukan dari kepala untuk dijunjung,
tapi dekat dibahu untuk dilindung,
dekat jua dihati untuk dikasihi..
enkaulah WANITA hiasan duniawi...

WANITA..
hiasan dunia..
seindah hiasan adalah wanita solehah..
yang akan membahagiakan syurga didalam rumah tangga..

Yakin Pada Diri


Anda tahu siapa anda. Anda lebih mengenali bagaimanakah diri anda. Terima diri anda seadanya. tuhan telah tentukan bagaimana keadaan anda. Jika anda ada kekurangan dari satu sudut tetapi pada satu sudut yang lain anda mempunyai kelebihan. Kadang kadang kelebihan ini hanya diri anda yang mengetahuinya. Tuhan tidak hanya memberikan kekurangan tetapi juga kekuatan pada diri anda.

Jadi kita kena cari dimana kekuatan itu. Bila anda dah menemuinya, gilap dan perbaiki dari masa ke semasa. dan akhirnya kekuatan itu akan memberikan kita keyakinan diri.
Jangan respon kepada teguran dan cacian yang negatif terhadap diri anda. Diam kan saja, jangan fikir dan biarkan ianya berlalu. Anda akan kehilangan rasa yakin pada diri jika anda respon terhadap teguran yang negatif itu. Kadang kadang emosi akan terganggu dan menyebabkan anda hilang pertimbangan. Rasa yakin pada diri akan hilang satu persatu.

Sikap kawan boleh mempengaruhi anda. Jadi pandai pandai la mencari kawan. Berkawan lah dengan sahabat sahabat yang aktif, positif, bersikap baik, berkata baik, yang cemerlang dan berperangai baik kerana mereka boleh mempengaruhi anda. Dari pergaulan dengan kawan yang baik2. Anda boleh pelajari bagaimana boleh memperbaiki diri sendiri. Dan kesannya anda akan menjadi seorang yang hebat. Insya allah

Terima lah seadanya


Jika kamu menadah air biarlah berpada.
jangan mengharapkan pada takungannya
dan janganlah mengharapkan ianya begitu teguh
cukuplah sebagai keperluanmu.

Apabila sekali ia retak
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula
dan akhirnya ia dibuang
sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin ianya masih boleh digunakann lagi.

Begitu juga jika kamu menerima seseorang
terimalah seadanya
Jangan terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggap begitu istimewa
anggaplah dia manusia biasa.

Apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah untuk kamu menerimanya
akhirnya kamu kecewa meninggalkanya
sedangkan jika kamu memaafkanya
boleh jadi hubungan kamu
akan berterusan hingga ke akhirnya


Happy In Life


Still here is life on Earth because...





Jumaat, 19 Februari 2010

Minyak Dan Gas


Crude Oil dan Gas asli. Crude oil ialah cecair (liquid) yang datangnya dari bawah permukaan bumi. Nama pun cruder oil, jadi crude oil ni perlu di process terlebih dulu dan diasingkan melalui beberapa process dan process-process ini menghasilkan product seperti petrol, diesel, jet fuel minyak pelincir dan sebagainya.

Manakala gas asli (Natural Gas) ialah gas yang juga tersimpan dalam telaga minyak tadi. Ada 3 chemicals yang boleh di dapati daripada natural gas ni ethane,propane, and butane.

Ethane di process dan dijadikan ethylene, kemudian digunakan untuk menghasilkan barangan polyethylene seperti plastic bag, casing handphone korang dan bekas plastic isi kuih. Polyethylene (M) Sdn Bhd di Paka nun menghasilkan polyethylene material dan menjadi raw material kepada manufacture barangan plastic. Optimal (M) Sdn Bhd, Petlin Sdn Bhd, Ethylene Malaysia Sdn Bhd ni semua chemical plant yang berkaitan dengan raw material dari natural gas ni. Kalau lalu kat Paka boleh nampak plants ni kiri kanan perjalanan.

Ethylene jugak diguna untuk menghasilkan product seperti radiator kereta, lori dan macam-macam lah. Ethylene oxide finish product jadi paints material. Ethylene campur chlorine jadi vinyl chloride. Vinyl chloride melalui beberapa process maka jadilah PVC pipe yang kat rumah tu. Dari bahan ini juga maka terhasil barangan seperti electrical cables, packaging material, furniture, stationery, vinyl flooring, selipar, plastic bag derma darah (blood bag) dan mainan kanak-kanak.

Propane dan butane pulak diprocess untuk dijadikan gas LPG untuk memasak dan heating rumah macam kat negara sejuk. Produck lain yang terhasil dari propane dan butane ni seperti cream dan lotion muka.

Secara ringkas natural gas ni juga menjadi bahan utama untuk dijadikan baja, battery dan bahan kimia untuk pertanian.





Ahad, 14 Februari 2010

MEN & WOMEN

ARTIKEL DARI SEORANG SAHABAT

Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

Hidup lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu

Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki

Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

Lelaki pentingkan kejujuran

Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan

Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik

Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.

Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.

Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.
Lelaki juga mahukan sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: "saya cintakan abang.." atau "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…"

Lelaki dan ego

Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.

Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

Lelaki mesra tanpa beremosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.

Friendship is for

Mat Rempit

Sabtu, 13 Februari 2010

Kampung Band

Kenali lelaki Jujur


DARI DR TUAH

Lelaki jujur tidak gemar kalau dia dicurigai. Dia juga tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Lelaki jujur biasanya cemerlang dalam pelajaran ataupun pekerjaan. Dia tidak punya masa untuk bermain sembunyi-sembunyi. Dia suka berterus terang dan dia mahu orang mempercayai kata-katanya. Kalau dia dicurigai dia boleh berasa amat kecewa dan boleh bertindak.

Misalnya, seorang suami yang memang tiada apa-apa skandal di luar, jika isterinya tidak habis-habis melemparkan kata-kata curiga, dia boleh bertindak betul seperti apa yang dikatakan oleh isterinya itu. Aku jujur pun isteri aku kata aku tak jujur. Baiklah aku tak payah jujur. Dikhuatiri kata-kata begini mula terdapat di dalam hatinya. Dia mungkin tidak bertindak songsang pada waktu terdekat, tetapi apabila titik hitam mula terbentuk di hatinya lambat laun, ia mungkin terjadi.

Begitu juga seorang lelaki jujur dalam kategori tunang ataupun teman. Orang jujur memang tidak patut dicurigai. Sebenarnya bukan orang jujur saja, siapa
pun tidak suka jika dia dikatakan tidak baik, meskipun dia memang tidak baik. Jadi, cuba bayangkan perasaan seorang yang baik tetapi asyik dicurigai.

Persoalannya bagaimanakah hendak mengenali lelaki baik? Memang sukar namun kita perlu berpegang pada satu-satu prinsip untuk dijadikan panduan. Kita boleh kata tak semestinya begitu dan tak semestinya begini, tapi jika kita terus berkata begitu, kita tidak akan mencapai kesudahan. Kita akan menjadi seorang jurutikai dan tiba-tiba tanpa kita sedar dia sudah pun meninggalkan kita kerana tidak tahan dengan kerenah kita.

Oleh itu, jadikan apa yang akan dipaparkan di bawah ini sebagai panduan saja. Tidak semestinya betul, harus salah. Lelaki itu jujur jika:

1. Dia seorang yang cemerlang dalam usaha yang dilakukannya. Tidak semestinya betul tetapi kita boleh berpegang lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta palsu. Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan wanita.

2. Dia seorang yang kuat pengamalan agamanya. Tidak semestinya betul sebab orang yang kuat beribadah pun tidak terlepas daripada godaan syaitan, malah semakin besar serbannya semakin besar pula syaitannya. Namun, tentulah lebih ramai yang sempurna hasil kuat peribadahan agamanya berbanding yang ambil tidak peduli dengan agamanya.

3. Dia seorang yang amat mengambil berat tentang keluarganya. Seorang lelaki yang baik pasti seorang yang amat disenangi oleh seluruh ahli keluarganya.
Tumpuannya pada kerjaya, keluarga dan TUHAN.

Gabungan ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang lelaki itu sempurna. Dia sudah tentu tidak punya masa untuk menjalin hubungan-hubungan luar biasa sebab kesibukannya bersama kerjaya, keluarga dan TUHAN.

Kerjaya menjadikannya seorang yang sibuk untuk mengejar matlamat, keluarga sandarannya untuk menjadi seorang penyayang dan bertanggungjawab. TUHAN pula menjadi pengharapannya demi kehidupan yang lebih baik dan sempurna serta kekal abadi. Apakah anda fikir seorang lelaki yang mempunyai tiga aspek beginimasih patut dicurigai?

Ramai suri rumah akhirnya ditinggalkan keranaterlalu prasangka, menyangka yang bukan-bukan serta merangsang suami dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Nasihat saya, berilah kepercayaan padu kepada suami anda selagi belum terbukti sesuatu. Selagi ia berlegar dalam pemikiran ia tidak perlu dilayan.

Selamat membina perhubungan intim danjadilah orang yang ceria serta bahagia sepanjang hidup kita. Saling mempercayai lebih bagus daripada saling mencurigai.

Wallahu'alam. ..

Rindu


Kenapa Rindu?..

RINDU
Dikau dtg lg..
Menyapa segenap sanubari
Dikala sepi mencengkam diri

RINDU
Apakah yg dikau cari..
Mengapa sering menghimpit hati

RINDU
Tidakku tahu keperluanmu..
Bijak mencuri lakaran perasaanku

RINDU
Kesungguhan darimu..
Dalam meniti layar hatiku
Membuaiku bagai ombak lalu

RINDU
Ku ingin tahu..
Adakah benar dikau pelengkap indah kenanganku
Atau
Dikau hanyalah bayangan luka gurisan kalbu

RINDU
Kepastian tetap aku nanti..
Biarpun menanti di hujung hari

Rindu, adalah satu emosi yang terjadi akibat timbulnya ingatan terhadap sesuatu. Kalau bercerita pasal rindu kebanyakan dari kita mengaitkan kepada perasaan terhadap yang tersayang namun sebenarnya perasaan rindu ini lebih dari itu.

Perasaan rindu akan datang apabila sesuatu itu hilang untuk jangkawaktu yang lama tapi ada juga insan-insan yang dalam era percintaan yang merindu walaupun beberapa saat berpisah.. HUhuhuhu.. Adakah anda seperti itu??

Perasaan rindu memberikan impak positif jika individu tersebut menjadikan perasaan rindu sebagai satu cabaran. Sebagai contoh jika seseorang itu rindu kepada kampung halaman beliau akan cuba sedaya upaya untuk pulang ke kampung halaman. Walaubagaimanapun perasaan rindu yang tidak terkawal mampu menyebabkan individu terbabit tidak mampu melaksanaka sesuatu tugas dengan baik..

Saya yakin anda semua biasa mengalami perasaan rindu terutamanya apabila anda bersendirian.. Bagi mengelakkan perasaan rindu saya mendapat beberapa tips ini :-

a) Jangan terlalu kerap menghubungi individu yang dirindui. Ini bagi mengurangkan tahap sayang terhadap individu terbabit..
b) Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti luar.. Dengan melakukan aktiviti luar sedikit sebanyak kerinduaan terhadap seseorang itu dapat dikurangkan.
c) Terdapat juga kes-kes mereka yang merindui orang yang telah pergi meninggalkan diri.. Kita seeloknya patut lebih realistik dengan kehidupan.. Cuba-cubalah mencari rakan-rakan yang baru bagi menggantikan yang telah pergi..
d) Bagi mereka yang belajar di luar negara sudah semestinya rindu pada kampung halaman menjadi sesuatu yang tidak dapat dielakkan.. Banyak-banyakkan berjalan dan melihat dunia ciptaan ALlah yang luas ini.
e) Berdoa dan sentiasa ingat kepada Tuhan. Bagi yang beragama Islam amat-amatlah digalakkan untuk beribadat samada solat, membaca Al-QUran, berdoa dan sebagainya. Ini sudah semestinya cara yang efektik dan sentiasalah merinduiNya… AMIN..
f) Mencari hobi yang mampu mengisi kekosongan perasaan rindu.. Anda boleh mencuba banyak hobi seperti melukis, menulis, dan sebagainya..

Harap-harap kita sama-sama mendapat dari apa yang ditulis.. Sekian, salam rindu.. He he heh.. Terjiwang hari ni..

Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post