Khamis, 28 Mei 2009

Disebalik kerumitan adanya kesenangan


Bila Anda bekerja atau berniaga kerana minat, anda tak akan terdorong berkata “bekerja untuk mencari rezeki” kerana fikiran Anda terfokus sepenuhnya pada apa yang menjadi keminatan Anda. Jika Anda minat kereta, kemudian Anda jadi mekanik kereta, Anda tak akan kata “bekerja jadi mekanik utuk mencari rezeki”.

 Anda tak akan suka cakap sebab bunyinya macam terpaksa. Bila Anda cakap, “saya bekerja untuk nak menimba pengalaman” bunyinya lagilah macam terpaksa, bahkan semacam dipaksa-paksa! Walaupun Anda tak minat kerja Anda, Anda minat perniagaan Anda, cuba  selidiki, gali, kaji, cari cara cemana Anda leh minat dengan kerja tu, ngan bisnes tu supaya Anda ada cetusan motivasi untuk melakukannya dengan cukup hebat, bagus sekali.

Time sekolah dulu, ada pelajaran yang kita minat, ada yang kita tak minat. Tapi, bagi seorang pelajar yang nak cemerlang di sekolah mahupun di universiti, nak cemerlang punya pasal, dia akan cari cara cemana dia leh minat dengan subjek yang dia langsung tak minat supaya dia cemerlang dalam semua subjek.

Apa yang Anda cari, Anda tentu akan jumpa. Minda kita adalah kompas biologi. Apa yang Anda persoalkan, dia akan cari jawapannya. Saya tak tahu cemana minda kita cari. Yang saya tahu, saya kerap tanya diri sendiri, kerana bila tanya diri sendiri, apa yang kita tanya tu akan ditangkap sepenuhnya oleh minda tanpa tertinggal sedikitpun.

Bila ditanya banyak kali, diulang-ulang berkali-kali, dipersoalkan berkali-kali, minda akan memberikan jawapannya dalam bentuk idea. Idea tu pula akan timbul dalam situasi yang tak disangka-sangka.

Persoalannya sekarang, untuk Anda cari minat, tanya diri sendiri apa yang Anda boleh membuat Anda minat dengan sesuatu yang tak Anda minati. Untuk kita sentiasa seronok bekerja, kita perlu kenal pasti apa yang membuat kita seronok.

Tanya diri sendiri apa yang membuat kita seronok, supaya kita tahu apa yang membuat kita benar-benar seronok! Minda kita senang mengenal pasti apa yang kita tak suka. Bila kita tanya diri sendiri apa yang kita suka, minda akan cepat memberitahu.

Misalnya, dalam sebuah kereta, tiba-tiba kawan disebelah Anda pasang lagu My Chemical Romance dengan kuat sekali di cd player kereta Anda. Anda jadi kurang selesa, lantas menukar lagu tu kepada lagu lain. Tetiba pula keluar lagu nyanyian Anuar Zain, tajuknya Lelaki Ini.

Mendengar lagu itu seketika mendatangkan ketenangan buat Anda, lantas membuat Anda seronok mendengarnya. Pengajaran, Anda tak suka My Chemical Romance, tapi Anda suka Anuar Zain. Maka, lagu Anuar Zain itulah yang mendatangkan keseronokan buat Anda.

Sama juga ketika kita bekerja atau berniaga. Untuk benar-benar tahu apa yang membuat kita seronok, kita kenal pasti dulu apa yang membuat kita tak seronok. Disebalik kerumitan pasti ada kesenangan.

Ahad, 17 Mei 2009

Bagaimana untuk menjadi pekerja yang berduit

Generasi saya, atau dikenali sebagai generasi-Y (lahir 1978-2000) dalam market research adalah satu generasi yang tidak setia kepada sesuatu syarikat.

Dalam artikel yang diterbitkan dalam Wall Street Journal, The “Trophy Kids Go to Work” menyebut:

“They (employer) are concerned about this generation’s desire to shape their jobs to fit their lives rather than adapt their lives to the workplace”

Dan apabila saya melihat rakan-rakan yang sama generasi, ianya betul. Kebanyakan mereka yang bekerja swasta sudah pun berpindah tempat kerja paling sedikit 2 kali walaupun baru 3 tahun bekerja.

Kenapa ?

Saya tidak begitu pasti.

Tapi itulah secara umumnya, perangai generasi-Y.

Memandangkan kebanyakan pembaca blog ini juga adalah generasi-Y iaitu jenis kaki lompat kerja sebegini, maka ada 3 rules bagaimana anda boleh menjadi seorang pekerja yang berduit.

Sekurang-kurangnya anda tidak lah lompat kerja saja-saja kerana anda rasa sudah bosan bekerja di situ (Seperti tidak dibenarkan menggunakan YM, berfacebook dan sebagainya) Ho ho ho.

# 1 Syarikat tempat anda bekerja mestilah boleh memberikan anda gaji yang besar

# 2 Pekerjaan anda membolehkan anda mendapat gaji yang besar

# 3 Sekiranya perkara # 1 dan # 2 tidak dipenuhi, anda kena berubah tempat kerja atau ubah pekerjaan.

Situasi 1

Kalau di saat anda membaca blog ini, perkara # 1 & # 2 sudah anda penuhi, dan anda masih belum cukup duit juga maka anda perlu lihat dua perkara

  1. Adakah anda tahu uruskan duit anda ?
  2. Adakah prestasi kerja anda sungguh tip top sehingga bos anda tiada masalah nak naikkan gaji dan beri lebih bonus ?

Situasi 2

Pekerjaan anda bagus. Tetapi anda mendapat gaji below average industri. Tempat lain RM 2500, anda baru RM 1800.

Itu bermaksud anda kena cabut dari syarikat tersebut. Kerana …

  • Syarikat tersebut barangkali bermasalah
  • Syarikat tersebut barangkali tidak tahu menghargai pekerja

Situasi 3

Syarikat anda tip top. Tetapi pekerjaan anda tidak. Maka sudah tiba masanya untuk anda:

  1. Tambah kelayakan akademik anda.
  2. Tukar pekerjaan anda.

Anda bersetuju ?

Dalam blog www.sembangjurutera.blogspot.com,.. satu artikel tidak lama dulu, pasal dakwaan mengenai generasi-Y yang dikatakan tidak setia di satu tempat mereka bekerja.

Dapat offer chantek sikit diorang blah.

sebenarnya pada zaman 80an lagi “gejala” tersebut telah berlaku. Ramai bond trader & salesman keluar dari Salomon Brothers bila ada investment bank lain bagi gaji lagi tinggi.

Tapi kenapa Generasi-Y sahaja yang kena ?

Dan setelah Sebol post penulisan Datuk Salleh Majid dalam blog dia, saya fikir di situ ada jawapan dan puncanya.

Gaji akauntan 1978 yang baru mula kerja RM2,000, sekarang gaji mula akauntan pun RM2,000 juga.

Tapi mana ada rumah di tengah KL harga RM 200,000 lagi ?

Saya fikir ini orang kata generasi Y ini suka lompat-lompat ini macam kes gejala bohsia. Masa saya umur 9-10 tahun dulu, semua sibuk cakap pasal gejala bohsia bohjan semua ni. Generasi tua dok salahkan remaja yang membohsiakan dan membohjankan diri.

Sekarang, bising gejala mat rempit. Saya fikir generasi tua yang salahkan generasi bohsia tu pun ramai dah pencen dan dah tiada pun. Dan generasi bohsia “dulu” pula sekarang ini seronok salahkan remaja yang seronok jadi mat dan minah rempit ni.

Nanti, 10-15 tahun lagi, ada gejala lain pula, generasi mat dan minah rempit “dulu” pula akan salahkan generasi baru itu pula.

Ha Ha Ha.


Jumaat, 15 Mei 2009

KES PERTAMA WABAK INFLUENZA H1N1


Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kes pertama wabak influenza H1N1 di negara ini melibatkan seorang pelajar yang baru pulang dari Amerika Syarikat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican berkata, pelajar berusia 21 tahun itu kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Katanya, pelajar yang pulang ke tanah air pada 13 Mei lalu itu mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan pada keesokan harinya dan dibawa ke hospital pada hari yang sama kira-kira pukul 6.45 petang."Beliau telah pun diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil," katanya.

Dr Ismail berkata, pihaknya telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan kontak ke atas kes.

"Ini termasuklah menghubungi ahli keluarga beliau yang ada sejarah kontak dengan beliau dan penumpang serta anak kapal yang menaiki kapal terbang yang sama," katanya.

Beliau berkata, kementerian juga menasihatkan semua penumpang penerbangan MH 091 dari Newark, USA dan tiba di KLIA pada 13 Mei 2009 jam 7.15 pagi supaya menghubungi talian 03-88810200/03-88810300 untuk tindakan susulan.

Selasa, 12 Mei 2009

Kena marah dek bos


Bila bos Anda marah pada Anda, memaki, mencaci atau simply mengkondem Anda, maafkan saja. Jika Anda juga marah atas sikapnya itu, means Anda membuka ruang untuk pemikiran negatif menguasai Anda.

Untuk kekal positif, kekal bersemangat pada tahap tinggi, hati Anda perlu jadi macam Malaikat. Jadi seorang yang pemaaf, mudah memberi maaf dan mudah menerima maaf.

Kita manusia, tapi kita ada pilihan untuk meniru sikap Malaikat, juga untuk mengikuti akhlak Nabi Muhammad s.aw. Bagi sungguh baik hati, pemaaf, jujur dan professional dalam apa jua dilakukan olehnya.

Orang yang hatinya pemaaf, mudah mengecap kecemerlangan. Mengapa? Hatinya terisi penuh dengan nilai-nilai positif, mindanya terisi dengan fikiran positif lants menarik dia untuk ditemukan dengan situasi-situasi positif yang membolehkan dia mencapai sesuatu tahap yang sukar dicapai oleh orang lain dalam bidang serupa dengannya.

Untuk menikmati keseronokan bekerja, Anda perlu bebaskan diri dari semua yang negatif. Anda perlu belajar melupakan apa saja yang negatif, apatah lagi apabila bos Anda marahkan Anda, kengkawan Anda memperli Anda atau Anda dikritik hebat oleh rakan sekerja Anda.

Anda ada pilihan untuk melupakan semua tu, semua yang negatif. Ubah diri, bina peribadi supaya Anda dapat mencemerlangkan diri dalam kerjaya Anda sekarang ini.

bir tanpa alkohol

Adeh. Pening kepala den baca berita ni. Dah la semalam puas tengok drama minggu ini di DUN Perak.

Syarikat Iran mahu buka kilang bir tanpa alkohol

KUALA LUMPUR 7 Mei - Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama ‘Istak’ dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.


Pengunjung MIHAS 2009 mencuba bir tanpa alkohol (Kredit berita & gambar Utusan)

1. Bukan semua orang Arab itu alim, tahu pasal Islam.  Dan Iran itu bukan negara Arab. Ia negara Parsi. Tapi biasalah, orang kita akan pukul rata mana-mana datang dari Timur Tengah adalah orang Arab. Dan tanggapan kita selalunya adalah mereka (orang timur tengah) adalah lebih alim dari orang Melayu yang tak fasih dan pandai sangat cakap Arab ni.

2. Dalam kes Iran ini, satu lagi yang perlu diperhalusi adalah isu Syiah.

3. Berkaitan dengan hukum arak yang ada dibahaskan dalam 4 mazhab Sunni, memang ada sedikit perselisihan. Tetapi perselisihan itu sudah dirungkai lama.

4. Mazhab Hanafi ada menyebut, al-khamr (arak) adalah minuman yang dibuat daripada anggur. Maka selain daripada al-khamr maka ia boleh diminum. Sebab apa yang disebut oleh Allah swt dalam al-Quran adalah perkatan al-khamr.

5. Tetapi mazhab yang lain menyatakan, apa-apa yang memabukkan adalah haram. Bukan sahaja al-khamr. Air tapai, air nira kelapa pun boleh jadi haram kalau ianya memabukkan. Apatah lagi kalau namanya beer, wine, champagne dan seterusnya.

Kenapa Mazhab Hanafi Berpandangan begitu ?

1. Kita perlu faham, Imam Hanafi ini adalah orang Kufah. Jauh tempatnya dari sumber hadis yang utama ketika itu iaitu Madinah. Maka, ada ijitihad yang dibuat oleh Imam Hanafi ini tanpa berlandaskan hadis yang shahih.

2. Isu bahasa. Sebab pada pengertian mereka, al-khamr itu adalah minuman daripada anggur sahaja. Macam kita lah, orang Kelantan cakap , “Gi selalu.” Selalu dalam konteks itu maksudnya “sekarang.” Tetapi orang luar Kelantan faham “selalu” tu adalah “sering dibuat”.

3. Dan pandangan tersebut telah dibalas oleh ulama lainnya yang menyatakan pendapat Mazhab Hanafi itu tidak tepat.

4. Ia berdasarkan hadis-hadis yang ada menyebut setiap yang memabukkan itu adalah haram.

Bir tanpa alkohol

1. Adakah alkohol adalah illah pengharaman arak ? Tidak. Sebab haramnya arak sebab ia memabukkan.

2. Maka apa-apa sahaja yang memabukkan boleh jadi haram. Tidak kisahlah namanya apa.

3. Barangkali ada yang tanya, “Macam mana kita nak tahu sesuatu tu memabukkan atau tidak ? Jadi, apa salahnya kita rasa dulu bir tersebut. Dah mabuk, baru kita boleh sahkan ia haram!” Maaf. Bukan macam tu ya tuan-tuan.

4. Sekarang juga ada ilmu sains. Jadi seharusnya orang dalam bidang kimia boleh tahu apakah bahan-bahan kimia yang menyebabkan sesuatu itu boleh memabukkan. Jadi, ujian secara saintifik patut dibuat terhadap produk sebegini oleh pengeluar cop halal. Apatah lagi kalau ia dinamakan bir. Apatah lagi kalau ia boleh masuk ke dalam ekspo perniagaan semacam Pameran Halal Antarabangsa (MIHAS).

5. Jadi tuan puan yang sudah membaca blog ini, berhati-hatilah. Jangan sesekali anda yang telah membaca blog ini mencuba minum, atau berhasrat menjadi pengedar produk tersebut. Enggak boleh sih!...

dari blog ke blog

Perasan Bagus


Pernah tak Anda dengar frasa perasan bagus? Bagi saya, itu boleh disamakan dengan temberang, menunjuk-nunjuk, riak, membesarkan diri atau ‘cocky’ dalam Inggeris Amerika.

Perasan bagus adalah satu sikap di mana dia berasa dia amat bagus dan terlalu menunjukkan yang dia amat bagus. Ada ada orang yang merasa dia sangat bagus dalam sesuatu, tapi lebih suka diam-diam.

Sikap merasa diri amat bagus dan perasan bagus adalah penghalang terbesar kepada kecemerlangan. Anda akan terhalang dari menjadi cukup kreatif, kemudian ia akan menjejaskan perhubungan Anda dengan orang sekeliling, kawan-kawan Anda, ahli keluarga mahupun dengan kekasih Anda.

Sikap perasan bagus dikategorikan sebagai salah satu sikap negatif, kerana ia menjadikan Anda cenderung untuk memandang rendah pada orang lain. Kesannya dalam jangka masa panjang, sikap perasan bagus akan membuat Anda semakin tidak cemerlang, prestasi Anda terjejas dan emosi Anda jadi semakin rapuh, semakin down, down lalu terus down (er, bukan sindrom down!). usaha Anda menuju kejayaan semakin kurang berhasil walaupun Anda sudah bekerja keras, lebih ‘keras’ dari yang sebelumnya.

Sikap perasan bagus tak boleh disimpan lama-lama. Sikap itu kena diubah, ditinggalkan secara bertahap. Buang sikap tu jauh-jauh. Kita tak boleh buang sekaligus, tapi kita boleh melatih diri untuk membuangnya langkah demi langkah.

Untuk nak membuang sikap perasan bagus, latih diri Anda supaya suka belajar sepanjang masa. Pelajari sesuatu dari orang yang Anda lihat lebih mahir dari Anda dan jangan pernah merasa diri Anda sudah cukup bagus.

Jangan terlalu cepat berpuas hati tapi teruskan belajar, belajar belajar benda baru dari apa saja sumber. Lama kelamaan Anda akan semakin bagus dalam apa yang Anda usahakan tanpa Anda menyedarinya. Anda akan semakin bagus, tahap kebagusan Anda akan terus meninggi, meninggi lalu semakin meninggi.

Jika Anda student, Anda akan jadi student yang makin bagus. Jika Anda pekerja, Anda akan jadi pekerja yang semakin bagus. Jika Anda usahawan, Anda akan jadi usahwan yang semakin bagus, lebih bagus dari usahawan-usahawan seangkatan Anda!

Mulai hari ini, buang sikap perasan bagus. Puji dan kagumi orang yang kerjanya bagus, perangainya bagus dan attitudenya bagus. Kemudian, cabar diri Anda untuk cuba atasi tahap kebagusan yang dipamerkan olehnya!

Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post