Rabu, 30 September 2015

Rugi dalam business

"Biasalah rugi kena tipu dalam ‘bisnes’,”

Barangkali itu yang sering diungkapkan oleh sebahagian dari kita.

Sedangkan itu adalah kenyataan yang tidak betul. Barangkali asal usulnya datang dari kaki penipu. Biar orang yang kena tipu dapat ditipu berulang-ulang kali. Iyalah, kalau kena tipu sekali sahaja, bagaimana sang penipu mahu jadi kaya ?

Rugi sebab kena tipu adalah perkara luar biasa. Lebih luar biasa adalah terus membiarkan diri ditipu oleh orang berkali-kali.

Tindakan membiarkan diri dalam menjadi mangsa penipuan adalah satu bentuk satu kezaliman kerana terus menerus meletakkan harta benda kita dalam kehancuran.

Rugi dalam bisnes itu biasa.

Tapi rugi sebab kena tipu itu luar biasa.

Dan bukan semua perkara yang mendatangkan duit itu sememangnya aktiviti bisnes & pelaburan. Aktiviti lain yang dapat mendatangkan duit juga dapat datang dari kegiatan-kegiatan haram berikut, antaranya:

Tipu menipu, Rompak merompak, Riba, Bunuh membunuh, Perjudian

Nabi Muhammad saw mengajar kita supaya tidak jatuh ke lubang yang sama dua kali.

Sebenarnya saya berasa pelik apabila mendapat pertanyaan sebegini berulang-ulang kali…

“Kau buat bisnes apa sekarang ?”

Sehinggalah saya tersedar baru-baru ini sesungguhnya ada di kalangan masyarakat yang menyangka semua benda, aktiviti yang mendatangkan duit itu adalah bisnes. Walaupun perniagaan yang disangkakan itu sebenarnya bukan bisnes pun tapi boleh jadi aktiviti tipu-menipu dan yang lebih hina, aktiviti riba.

Maklumlah hari ini pelbagai skim cepat lingkup bertopengkan bisnes dan pelaburan tumbuh di pasaran. Skim T. Skim I. Skim P. Skim U. Skim O. Skim R. Skim A. Skim N. Skim G. Ingatkah lagi satu masa dahulu skim Swisscash ? Kini ada banyak lagi skim yang melingkup kan dengan nama yang pelbagai.

Mereka-mereka yang tidak celik kewangan, menyangka…

“Oh inilah bisnes.”
“Oh, inilah pelaburan,”

Nampak macam bisnes, pelaburan yang asli rupa-rupanyanya aktiviti menipu. Aktiviti tipu menipu orang Melayu secara berjemaah. Dan lebih menakutkan, tersusun. Dianjurkan oleh penipu VIP sehinggalah penipu kecil-kecilan.

Menyertai skim penipuan bermaksud meletakkan diri dalam kehancuran, kebinasaan walaupun mendapat untung pada awalnya.

Manakala membuat bisnes, pelaburan yang betul, mempunyai keberkatan, walaupun mengalami kerugian awalnya.

Pelik tapi benar.

Masyarakat kita takut sungguh bila disuruh berniaga dan melabur secara halal dan sah. Takut rugi katanya.

“Tengok tu kawan saya rugi…”

Alasan.

Tapi apabila dijanjikan untung sekelip mata, langsung tidak mempersoalkan apa-apa. Sedangkan potensinya adalah rugi semua modal. Yang membuat pembiayaan peribadi, refinance rumah, terus tersungkur. Peliknya, masih dapat berkata…

“Biasalah ‘bisnes’ rugi kena tipu macam ni,”

Apakah ?

Bersedekah

✅1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..
....................................
✅2.Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.
....................................
✅3.Sentiasa sediaka n wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.
....................................
✅4. Letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
....................................
✅5. Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).
....................................
✅6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
..................................
✅7. Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
..................................
✅8. Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
....................................  
✅9. Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
....................................
✅10. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.
....................................
✅11. Setkan pada handphone anda, pengera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah al fatehah @ al ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia...
....................................

Isnin, 28 September 2015

Marikh

KISAH SEORANG LELAKI YANG INGIN MEMUKUL RASULULLAH S.A.W.

Kisah ini berlaku kepada Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat.

Rasulullah S.A.W. telah jatuh sakit yang agak panjang masanya. Hinggakan baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di masjid.

Maka pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. meminta beberapa orang
sahabat membawanya ke masjid. Di dudukkan atas mimbar, lalu baginda meminta Bilal memanggil
semua para sahabat datang ke masjid. Tidak lama kemudian, penuhlah masjid dengan para sahabat. Semuanya rasa terubat
rindu setelah agak lama tidak
dapat melihat Rasulullah S.A.W.

Lalu Rasulullah S.A.W. mula
berkata: "Wahai sahabat-sahabatku semua!
Aku ingin tanya pada kamu
semua.... apakah telah aku
sampaikan kepada kamu semua, bahawa sesungguhnya Allah
S.W.T. itu adalah Tuhan yang
layak di sembah?"

Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat, " Benar! Engkau telah sampaikan kepada
kami bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. adalah Tuhan yang layak disembah".
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Persaksikanlah ya Allah!
Sesungguhnya aku telah
sampaikan amanah ini kepada mereka". Kemudian baginda berkata lagi.......dan setiap apa yang baginda perkatakan, akan
dibenarkan oleh semua para
sahabat.

Akhirnya sampailah kepada satu topik yang menjadikan para sahabat agak sedih dan terharu....
Rasulullah S.A.W. berkata:
"Sesungguhnya! Aku akan pergi bertemu Tuhan.......dan sebelum aku pergi, aku ingin selesaikan segala urusan dengan manusia. Maka aku ingin bertanya kepada
kamu semua...... siapakah di
kalangan kamu yang aku ada
hutang dengannya.....sila
bangun.....aku ingin selesaikan hutang tersebut. Kerana aku tidak mahu bertemu Tuhan dalam
keadaan ada hutang dengan
manusia".

Ketika itu semua sahabat
diam.............sedang dalam hati masing-masing berkata "Mana ada Rasullullah S.A.W. berhutang dengan kami..........sebenarnya kamilah yang banyak berhutang dengan baginda".

Rasulullah S.A.W. mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali.
Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang bernama AKASYAH. lalu dia
berkata:

"Ya Rasulullah!
Aku ingin
ceritakan dulu perkara ini. Andai ianya dikira hutang, maka aku minta kau jelaskan. Andainya ianya bukan hutang, maka tidak
perlulah engkau berbuat apa-
apa".

Rasulullah S.A.W. berkata:
"Ceritakanlah wahai Akasyah".

Maka Akasyah pun mula bercerita:
"Aku masih ingat lagi ketika
perang Uhud dulu, satu ketika engkau tunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada belakang kuda,...yang sebenarnya cemeti itu terkena pada dadaku kerana ketika itu aku berdiri di
sebelah belakang kuda yang
engkau tunggang wahai
Rasulullah".

Mendengar yang demikian, terus Rasulullah S.A.W. berkata:
"Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Akasyah! kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama". Dengan suara yang agak tinggi, Akasyah berkata:
"Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah!".

Akasyah seakan-akan tidak rasa bersalah bila mengatakan yang demikian. Sedangkan ketika itu
sebahagian sahabat berteriak
memarahi Akasyah.... "Sesungguhnya engkau
tidak berhati perut wahai
Akasyah! .....bukankah Baginda sedang sakit!"

Akasyah tidak menghiraukan
semua itu. Rasulullah S.A.W. meminta Bilal mengambil cemeti tersebut di rumah anaknya Fatimah.

Bila Bilal meminta cemeti tersebut dari Fatimah, maka Fatimah bertanya:
"Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?".

Bilal menjawab dengan nada
sedih : "cemeti ini akan digunakan oleh Akasyah untuk memukul Rasulullah".
Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata:
"Kenapa Akasyah hendak pukul ayahku Rasulullah!......ayahku sedang sakit........kalau nak pukul, pukullah aku ini anaknya".

Bilal menjawab:"Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka
berdua".

Bilal membawa cemeti tersebut ke masjid lalu diberikan kepada Akasyah.

Setelah mengambil
cemeti, Akasyah mara ke hadapan menuju mimbar.
Tiba-tiba bangun Abu bakar
menghalang Akasyah sambil
berkata:
"Wahai Akasyah! kalau kamu
hendak pukul, pukullah aku....... aku orang yang mula-mula
beriman dengan apa yang
Rasulullah S.A.W. samp
aikan.
Akulah temannya di kala suka dan duka. Kalau engkau hendak pukul, maka pukullah aku".

Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Abu
Bakar!....ini bukan urusan kamu. Ini antara aku dengan Akasyah".

Akasyah mara lagi ke
hadapan......lalu bangun pula
Umar menghalang Akasyah seraya berkata:
"Akasyah! kalau engkau hendak pukul, pukullah aku....... Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya, itu dulu.........
Sekarang jangan ada sesiapa yang berani menyakiti Muhammad. Kalau engkau nak sakiti dia, maka
sakitilah aku dulu....".

Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Umar! Ini urusan antara aku dengan
Akasyah".

Akasyah mara lagi ke
hadapan.......tiba-tiba bangun
pula Ali bin Abu Talib sepupu
Rasulullah S.A.W.

Dia menghalang Akasyah seraya berkata:
"Akasyah! pukullah aku wahai
Akasyah. Darah yang sama ada pada tubuh aku ini wahai
Akasyah".

Lalu dijawab oleh Rasulullah
S.A.W:
"Duduklah kamu wahai Ali! ini
urusan antara aku dengan
Akasyah" .

Akasyah mara lagi ke
hadapan......tiba-tiba tanpa di
sangka, bangunlah dua orang
cucu kesayangan Rasulullah
S.A.W. iaitu Hassan dan Husin. Mereka berdua merayu dan meronta.
"Wahai pak cik! pukullah kami
wahai pak cik..........Datuk kami sedang sakit......pukullah kami wahai pak cik.....sesungguhnya kami ini adalah cucu kesayangan
Baginda...........pukullah kami
wahai pak cik".

Lalu Rasulullah S.A.W berkata:
"Wahai cucu-cucu kesayanganku!
duduklah kamu. Ini urusan aku dengan Akasyah".

Bila sampai di tangga mimbar, dengan tegasnya Akasyah berkata:
"Macam mana aku hendak pukul engkau ya Rasulullah! Engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau hendak aku pukul engkau, maka turunlah ke bawah
sini".

Rasulullah S.A.W. memang
seorang insan yang baik. Baginda meminta beberapa orang sahabat memapahnya ke bawah. Baginda didudukkan pada sebuah kerusi, lalu dengan suara tegas Akasyah berkata lagi:
"Semasa engkau pukul aku dulu, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah".

Tanpa berlengah, dalam
keadaan lemah......Rasulullah membuka baju. Lalu kelihatanlah tubuh
Baginda yang sungguh indah,
sedang beberapa ketul batu
terikat di perut Baginda.....ini
menandakan Baginda sedang
menahan kelaparan.

Lalu Rasulullah S.A.W. berkata:
"Wahai Akasyah! bersegeralah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Nanti Tuhan akan murka pada
kamu".

Akasyah terus menghampiri
Rasulullah S.A.W........lalu mula untuk menghayunkan tangan yang memegang cemeti untuk dipukulkan ke tubuh Rasulullah S.A.W.

Rupa-rupanya sambil Akasyah menghayun cemeti, sambil itu juga dia membalingkan cemeti ke
arah lain.....dan sambil itu juga dia terus memeluk tubuh
Rasulullah S.A.W. seerat-eratnya. Sambil berteriak menangis, Akasyah berkata:
"Ya Rasulullah, ampunkanlah
aku......maafkanlah aku......mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya
Rasulullah........sengaja aku
melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu.......kerana
sesungguhnya aku tahu bahawa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. Dan
sesungguhnya aku takut dengan api neraka........maafkanlah aku ya Rasulullah".

Rasulullah S.A.W. dalam keadaan penuh hiba lalu berkata:
"Wahai sahabat-sahabatku semua, kalau kamu ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah kepada Akasyah".

Semua sahabat tidak dapat.
menghalang titisan air mata yang mencurah di pipi masing-masing. Sambil itu semua para sahabat
beramai-ramai memeluk
Rasulullah S.A.W.

MENANGIS LAH SEPUAS-PUASNYA MOGA DGN TANGISANMU DAPAT MEMBUKTIKAN KECINTAAN KITA KEPADA KEKASIH KITA NABI MUHAMMAD SAW...AMIIN.

Makanan sedap di Terengganu

Makanan sedap D terengganu... 👍👍

Cer kabo gok saing2 hok kedai jual makanang sedak2 etek.. Ni list hok ambe wahi makang di kuala tranung...

Nasi Dagang: kak poh batu buruk, nasik dagang kat kapung atas tol, nasik dagang dalam pasor keda buluh, nasi dagang kak joh bukit besar, nasi dagang mok ngoh chendering, nasik dagang warisan kat tepi shell batu buruk tepi keda hok jual roti cana

Burger: Awang beger depang spital kuala tranung

Nasik Minyok: nasik minyok john blakang aeon kapung sri kolam, nasik minyok zaki depang giant bukit besor, nasik minyok jenab kat depan KEMAS kuala bekoh tepi dia ada stor geh, nasi minyok kat tanjung depan Hock Kee Seng (Dulu Astaka), Nasi minyak aziz kat hiliran depan perodua

Nasik Lemok: nasik lemok bromoh pasir panjang, nasik lemok atah court kg ladang (sebeloh seng heng), nasi lemok kak dah kat gerai food court beteng tanjung blakang hock kee seng astaka

Rojok Keling: restoren selamat jalan tok lam, rojok sultan kat area sipang 3 skoloh tengku ampuan mariam menuju ke kapung ladang, rojok sultan kat depan petronas chendering tepi car wash, rojok keling di kedai awang A kat kapung gong tok nasek

Rojok Kateh: Kedai ben10 tepi stadium bola bando, Kedai Air Nyior kat bulatang skoloh SKSS1

Nasik Ayang: Nasik ayang nurul Iman kat depan skoloh arab batu buruk, nasik ayang meto kat jalan nok gi muzium, nasik ayang hainan kat bazar batu buruk

Roti Payang: nurul islamiah kat lekoh jalan kamaruddin

Nasik Belacang: kedai sri wani bromoh kat depang surau besor tanjung

Sup: Sup Atas Pasor Payang (sebeloh nasik minyok rozak)

Mee Talang: Kedai goreng pisang kat tepi skoloh rendoh sri budiman,se lagi pulau kambing...nyakot molep hok tu..

Ikang Celup Tepong: Warung Pok Nong kat Kampung Telipot, warung kat pata pandak depang hok tutup nge pagor utk pembinaang hotel

Mutabok: Kedai buruk kaler kuning depang Hock Kee Seng (Astaka lama)

Nasik Kapit Gula Ikang Aya : Kedai depang Shell Chabang 3, Warung Norazila kat depang masjid terapung

Satey: Satey Lina kat area Waterfront Pula Kambing, satey pata timur kat batu buruk sebeloh batu buruk beach resort, satey jam besor di seberang takir dekat kem askor

Ikang bakor: Ikang bakor bukit tunggal (ada cawangan di pasir panjang), ikang bakor di Cairo Tomyang kat tepi skoloh pusak chabang 3, ikan bakor hamid keda bowoh jambatang koliba

Kuih Muih Tradisi: Kedai kat trafik light nok gi ke panji alam dan gong kapas, kedai kat trafik light simpang 3 sekoloh tengku ampuan

Mee Goreng Basoh: Kedai mat nawi & mat sarip kat area spital haiwang pula kambing, keda mek comel kat rumah org tp dia wat keda betul2 depan skoloh rendoh Tok Dir

Nasik Padang: Restoren safinaz kat istana badariah dan masjid putih, Rex nasik padang kat Showroom toyota bandar kuala tranung

Nasik Campur: Warung kedai binjai kat depan hotel sri malaysia kuala tranung, restoren mat binjai kat depan wisma sri tenang

Nasi ulang cicoh budu: Warong lempeng kat kapung rusila depang masjid rusila

Makang Pagi Muroh Teh O 30 Seng: Warung Che Nah jalan losong dekat Muzium

Pulut Lepe (pulut panggang) : Pulut lepe bonda kat tepi sekoloh rendoh ladang, pulut lepe kat tepi wisma persekutuan tepi steseng minyok caltek

Meggi Dapur Kayu: kat kapung Padang Machang (lokasi payoh skit sbb dalang kapung.. kena tanya penduduk setempak)

Mee Udang Galoh: Warung Pok Jak kat tepi masjid kampung tanjung sabtu manir

Nasi Khabu : Nasik kerabu ala thai kat jalan pasir panjang, nasi kerabu ayam/daging bakar norra rich kerabu gong datuk (dekat pintu blakang uniza)

Nasi ayang / daging bakar dan sup herba : Kedai alhijrah Oasis kat jalan bukit bayas

Sup belut: Kampung belukar jambu kat selekoh lepas 100 meter signboard kampung belukar jambu dari kapung laut

Nasik lemok kakung, nasik kuning: Warung tepi hotel permai inn blakang warung mat jeng

Cikeng chop: yee stall kat bazar batu buruk tepi nasik ayang hainan, cikeng chop rege rm3.90 kat teluk ketapang, Gong badak belakang nasi arab idrus

Mee jawa, soto: Warung kat gong kapah sebeloh bangunan umno

Nasik goreng cina, watangho: kat keda cina kapung depang masjid batu rakit kedai naik bukit skit

Isnin, 21 September 2015

Wasiat Rasulullah kepada kita semua

Rasulullah SAW diutus sebagai nabi terakhir sekaligus pertanda bahwa akhir zaman telah tiba. Dalam sebuah hadits, Rasulullah pernah mengatakan bahwa jarak antara kiamat dan diutusnya dirinya itu sangat dekat.

Hari kiamat adalah hari dimana seluruh alam semesta ini akan musnah, segala sesuatu yang ada di langit maupun di bumi akan hancur kecuali mereka yang Allah kehendaki. Namun, sebelum hari kehancuran alam semesta itu datang, ada tanda-tanda yang pernah Rasulullah sebutkan.

Bisa kita lihat, tanda-tanda tersebut memang sudah terjadi di zaman sekarang. Itu berarti hari kiamat memang sudah benar-benar ada didepan mata. Rasulullah pernah berwasiat tentang akhir zaman. Berikut ini adalah wasiat akhir zama yang pernah Rasulullah sampaikan dalam hadits.

Wasiat Rasulullah di Akhir Zaman Untuk Kaum Muslimin

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun telah menceritakan kepada kami Abdul Malik bin Qudamah Al Jumahi dari Ishaq bin Abu Furat dari Al Maqburi dari Abu Hurairah dia berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercaya, orang yang jujur didustakan, amanat diberikan kepada pengkhianat, orang yang jujur dikhianati, dan Ruwaibidlah turut bicara." Lalu beliau ditanya, "Apakah Ruwaibidlah itu?" beliau menjawab: "Orang-orang bodoh yang mengurusi urusan perkara umum." [HR. Ibnu Majah]

Kemudian dalam hadits lain dari Abdullah bin Amr bin Ash ra bahwa Rasulullah SAW bersabda Rasulullah bersabda,

"Bagaimana denganmu jika kamu berada di tengah kekacauan, janji janji dan amanat mereka abaikan, kemudian mereka berselisih seperti ini?" Lalu, beliau menyilangkan antara jari jari. Abdullah bin Amr bertanya, "Lalu, dengan apa engkau menyuruhku?" Beliau menjawab, "Jagalah rumah, keluargamu, lidahmu, dan lakukanlah apa yang kamu tahu dan tinggalkan yang mungkar, serta berhati hatilah dengan urusanmu sendiri, lalu tinggalkanlah perkara yang umum." [HR. Abu Dawud dan An-Nasa'i]

Kemudian dalam riwayat lain, Dari Hudzaifah bin al-Yaman ra bertanya,

"Wahai Rasulullah, apakah setelah kebaikan akan datang kejahatan?" Beliau menjawab, "Ya, banyak penyeru yang mengajak ke pintu jahanam, maka, barangsiapa yang mengijabahnya (mengikutinya), mereka akan dilemparkan ke dalamnya." Aku bertanya, "Sifatkanlah mereka itu kepada kita." Beliau SAW berkata, "Mereka dari golongan kita dan berbicara dengan bahasa kita." Aku berkata, "Lalu, kau suruh apa ketika aku melihatnya?". Beliau SAW menjawab, "Lazimilah (berpeganglah) pada jamaah muslimun dan imam mereka." Aku berkata, "Jika tidak ada jamaah dan Imam?" Beliau SAW menjawab, "Jauhilah semua kelompok itu meskipun akar pohon melilitmu hingga maut menjemputmu, dan engkau tetap seperti itu." [HR. Muslim]

Kemudian dari Abu Dzar ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Wahai Abu Dzar, bagaimana kamu jika berada dalam kekacauan?" Lalu beliau Rasulullah SAW menyilangkan jari jarinya. Abu Dzar berkata, "Apa yang akan engkau perintahkan kepadaku, ya Rasulullah?" beliau menjawab, "Bersabarlah! bersabarlah! manusia akan berpura-pura dengan akhlak dan perbuatan mereka." [HR. Hakim dan Baihaqi]

Semoga kita bisa mengambil hikmah dari wasiat Rasulullah ini. Mari kita bagikan wasiat ini agar menjadi nasehat sesama muslim dan semoga menambah keimanan dan ketakwaan. Aamiin.

Malam Lailatul qadar yang disembunyikan oleh NASA

Tahukah anda malam Lailatul Qadar telah ditemui oleh NASA? Berikut adalah rupa bagaimana NASA menemui malam Lailatul Qadar tersebut

Fakta Malam Lailatul Qadar Disembunyikan NASA - Lailatul Qadar merupakan malam yang sangat istimewa dimana pada malam tersebut lebih utama dari seribu bulan. Selama ini umat Islam hanya mempercayai kebenaran bahawa adanya malam Lailatul Qadar bersumberkan dari Al-Quran dan As-Sunnah (Hadith). Sehinggakan kita tidak begitu peduli dengan fakta-fakta ilmiah yang mungkin saja terjadi di alam semesta yang berkaitan dengan sains yang membenarkan adanya malam Lailatul Qadar.

Kehadiran malam Lailatul Qadar adalah menjadi rahsia Allah SWT. Hanya ada sedikit informasi yang disampaikan Nabi Muhammad bila akan terjadi malam yang mulia ini. Diantaranya ia terjadi pada 10 malam terakhir Ramadhan dan pada malam-malam yang bilangan harinya ganjil. Sementara ciri-ciri fizikalnya yang kita dapat lihat adalah suhunya yang sederhana (tak panas dan tak sejuk), pada waktu paginya matahari memancar dengan terang tapi tak terasa langsung bahangnya, serta di waktu malamnya yang tak kelihatan langsung bintang-bintang di angkasa.

Sebenarnya ciri-ciri malam ini sudah ditemui oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA). Tetapi mereka tidak hebahkan tentang kebenaran adanya fenomena ini untuk menghindari kepercayaan terhadap Agama Islam. Hal ini diungkapkan oleh Pengarah Lembaga Mukjizat Ilmiah Al- Quran dan Sunnah di Mesir, Dr. Abdul Basith As-Sayyid.

Abdul Basith As-Sayyid menegaskan, kurang lebih 12 tahun lalu NASA pernah menemui ciri dari malam Lailatul Qadar sama seperti yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW. Tapi sayang, perkara macam ni tak mendapat sambutan untuk melanjutkan lagi kajian oleh jutawan Arab dalam mendapatkan dana.

Kenyatan tersebut diucapkan oleh seorang pakar NASA, Carner, seperti yang disiarkan oleh akhbar Al-Wafd Mesir. Carner pada akhirnya masuk Islam dan harus meletak jawatannya di NASA kerana menceritakan kebenaran fenomena tersebut kepada akhbar Al-Wafd Mesir.

Menurut beliau, NASA menemui fenomena aneh ini pada suatu malam disebabkan tiada meteor yang jatuh ke atmosfer bumi beserta suhu udara yang sederhana. Padahal kebiasaan di waktu malam, meteor yang jatuh ke atmostfer bumi jumlsekitar 20 meteor.

Fenomena ini bersamaan dengan hadith Nabi Muhammad SAW yang bersabda bahawa pada malam Lailatul Qadar langit kelihata begitu cerah, tetapi tiada kerlipan bintang. Pada malam itu suhunya tidak panas dan tidak sejuk atau suhunya sederhana.

Carner juga menyatakan bahawa pada sebelah paginya NASA juga menemui matahari yang bersinar begitu cerah tetapi langsung tiada radiasi. Hal ini juga bersamaa dengan sabda Nabi bahawa pada pagi hari matahari bersinar cerah namun tidak terasa panas.

Oleh itu, mari kita fikir kembali dari manakah Nabi Muhammad SAW mengetahui semua pengetahuan tersebut? Tentunya dari Zat yang Maha Besar, Allah SWT.

Oleh sebab NASA kerap menyembunyikan fakta-fakta kebenaran tentang Al-Qur’an, mereka sering mendapat kritikan dari para pakar Islam. Namun apapun yang telah disembunyikan NASA tidaklah menjadi masalah bagi kita yang menyakini kebenaran Islam bukan dari sisi Ilmiah saja tetapi dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT juga.

Semoga dengan artikel yang bermanfaat ini boleh menambah rasa cinta terhadap agama Islam. Semoga fakta-fakta ilmiah yang telah dikaji oleh ilmuan barat yang meragukan Islam dapat membawa mereka ke jalan yang benar.

Sakit

Ada seorang doktor membuka klinik di Tanah Suci (Makkah Mukarramah). Selama 6 bulan amalan, tidak ada seorang pesakit pun yang datang untuk berubat. Hingga beliau merasa hairan, apakah orang-orang di sini tidak pernah sakit?

Akhirnya beliau dapati jawapannya, dari salah seorang muslim di sana:

Bila kami sakit,
ikhtiar pertama yg kami lakukan ialah
solat dua rakaat, dan memohon kesihatan kpd Allah. In syaa Allaah sembuh dengan izin dan kasih sayangNya.
Kalau belum sembuh,

Ikhtiar ke-dua.
Iaitu baca Al Fatihah / surat2 lain, tiupkan pada air dan minum. Dan alhamdulillaah kami akan sihat. Inilah Ruqyah utk diri sendiri.
Tapi kalau belum sihat juga, kami lakukan ikhtiar yg ke-tiga.

Iaitu bersedekah, dengan niat mendapatkan pahala kebaikan, & dijadikan jalan penyembuh sakit kami. In syaa Allah akan sembuh.
Kalau tidak sembuh juga, kami akan tempuh ikhtiar yg ke-empat.

Yaitu banyak2 istighfar, untuk bertaubat. Sebab, Nabi صل الله عليه وسلم beritahu kami, bahawa sakit adalah salah satu sebab diampuninya dosa2.
Kalau belum sembuh juga, baru kami lakukan ikhtiar yg ke-lima.

Iaitu minum madu dan habbatussauda '.

Ikhtiar yg ke-enam iaitu dengan mengambil makanan herba, seperti bawang putih, buah tin, zaitun, kurma, dan lain-lain, seperti disebut dalam Al-Quran.
Dan, Alhamdulillah. Laa hawlaa wa laa quwwataa illaa billaah. Jika belum sembuh, baru kami ikhtiar ke-tujuh iaitu pergi ke doktor muslim yg soleh.

In syaa Allah akan diberi kesembuhan dari Allah SWT. Aamiin ..

Wallaahu a'lam ..

Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post