Sabtu, 29 Mei 2010

Plastic Recycle


Setiap hari sejumlah besar bekas dan beg plastik digunakan dalam pelbagai tujuan. Maka sampah plastik merupakan punca utama peningkatan pencemaran air dan tanah. Kitar semula plastik menawarkan salah satu penyelesaian terbaik untuk persekitaran. Plastik kitar semula adalah proses decomposition bagi tujuan menukarkan bahan tersebut kepada bahan yang lain. Plastik sebenarnya terdiri daripada sejumlah besar resin dan struktur kimia yang sangat kompleks untuk dikitar semula
.
Kitar semula plastik adalah satu proses yang agak kompleks. Industri kitar semula plastik ini mungkin menghadapi beberapa cabaran yang unik. Salah satu nya ialah semula plastik yang ada adalah sebenarnya dari pelbagai jenis plastik dan tidak boleh dicampur sebelum kitar semula. Plastik dari struktur dan komposisi polimer resin boleh dikenalpasti dengan kod standard. Jadi hanya kod yang sama boleh dicampukan untuk diproses.
Plastik yang ada kini dibuat dari beberapa pewarna, bahan pengisi dan additif. Ini menjadikan kitar semula bukan perkara yang mudah. Plastik kitar semula boleh menjadi proses monomer yang agak rumit. Salah satu cara penyelesaiannya ialah reverse teknologi. Dimana proses ini menukarkan semula plastik kepada asal melalui proses sintesis. Maka ini akan membentuk polymer baru dari jenis yang sama.

Cara lain adalah melalui Therma de-polymerization process dimana prosedur ini melibatkan pencampuran dari beberapa jenis polimer lain bagi membentuk satu polymer yang baru.

Selain itu, plastik yang ada dirumah boleh digunakan semula bagi tujuan lain. Bekas plastik seperti botol susu, bekas plastik dan botol air boleh diguna semula secara umum. Jadi plastik ini tidak lagi berada didalam sampah.

Hanya kita yang mampu menyelamatkan bumi kita. GO GREEN.

Jumaat, 28 Mei 2010

Telaga Minyak 3

Detik detik terakhir Deepwater Horizon sebelum tenggelam kedasar laut yang menyebabkan tumpahan minyak antara yang terburuk dalam sejarah. Ketika post ini diterbitkan. Pihak berkenaan masih belum dapat menutup atau menghentikan tumpahan minyak....

















Rancangan untuk menggali dua buah telaga yang direka untuk memintas telaga asal bagi mengurangkan tekanan dalam telaga asal bagi membolehkan minyak mentah dipam ke luar melalui dua telaga bantuan dan diharapkan dapat menghentikan minyak dari mengalir. Rancangan ini sedang dibuat dan akan mengambil masa beberapa bulan untu berjaya.




Chamber ini direka untuk untuk diletakkan diatas paip yang bocor bagi mengumpulkan minyak mentah yang keluar sebelum disedut ke dalam kapal penapis untuk diproses. Pertama kali dicipta dan digunakan. Dan keberkesanan belum dapat ditentukan. Tetapi kali pertama diturunkan masalah timbul apabila deck bawah tersangkut pada batuan dasar laut.

Gambaran secara grafik bagaimana sistem chamber ini berfungsi bagi mengumpul minyak sebelum disalurkan ke kapal.




Rabu, 26 Mei 2010

Fikiran negatif



Keyakinan yang kuat adalah kunci kejayaan dalam segala apa yang kita lakukan. Anda mempunyai peluang yang lebih baik untuk berjaya jika anda yakin anda akan berjaya. Dan dengan kepercayaan anda boleh mengambil alih hidup anda hari ini.

Pelajari bagaimana mengawal fikiran negatif anda. Jangan mendedahkan fikiran negatif anda dalam kata-kata. Walaupun bukan mudah tetapi anda perlu berusaha. Ramai orang yang mengikut kata hati yang negatif bahawa mereka akan gagal. Jika anda salah satu dari padanya, yang paling penting yang anda boleh lakukan hari ini adalah untuk berhenti mempercayainya.

Manusia diciptakan memang unik. Kerana kemampuan kita untuk berubah-untuk menjadi apa yang kita mahukan. Namun sebelum kita boleh berubah, kita harus mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berubah. Kita ada pilihan. Mahu berubah ataupun tidak. Begitu juga dengan dosa dan pahala, syurga atau neraka. Kita boleh memilihnya.

Tanyakan pada diri anda apa yang boleh anda lakukan. Adakah anda ingin meneruskan hidup dengan fikiran negatif, keraguan, dan ketakutan?

Kita boleh menukar kebiasaan buruk dan yang negatif selagi anda anda percaya anda mampu mengubahnya.

Selasa, 25 Mei 2010

Bos Garang


Satu kisah tentang seorang makhluk yang menjadi bos disebuah Multinational kompani besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai dalam menjalankan tugasan serta pemalas, bos ni pun decide nak ajar mereka semua kat kompani tu.

So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot.

Memang malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.

"Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras

"Dalam RM800" pekerja tu menjawab

Bos tu menjawab, "Nah amik ni Rm800, BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN"

Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat!

Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas. Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,

"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu datang anto pizza, tak keje sini pun".

Piala Dunia


Piala Dunia FIFA 2010 adalah Piala Dunia FIFA ke-19, kejohanan premier bola sepak antarabangsa. Ia dijadualkan akan berlangsungdari 11 Jun hingga 11 Julai 2010 di Afrika Selatan.

Apa yang paling menarik disini ialah pada tahun ini Malaysia menghalalkan JUDI bola sepak. Keputusan kerajaan memberi lesen kepada Berjaya Group untuk menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak dunia 2010. Antara hujah bagi meluluskan lesen tersebut adalah untuk membendung dan mengawal aktiviti pertaruhan haram, yang kini berleluasa.

Judi adalah satu barah dalam masyarakat Malaysia Lihat sahaja menerusi akhbar tabloid yang popular di kalangan masyarakat Melayu, khususnya pada hari Ahad, penuh dengan keputusan-keputusan nombor ekor. Ini belum campur dengan online gambling yang semakin mudah disertai di internet hari ini.

Justeru, keputusan kerajaan meluluskan judi bolasepak menjelang Piala Dunia 2010 sebenarnya dialu-alukan oleh sebahagian masyarakat Malaysia.


Kenapa manusia berjudi? Ia adalah satu persoalan yang penting untuk dijawab untuk kita mengenal pasti masalah sebenar.


Gejala judi bukan hanya melibatkan orang miskin, tetapi orang-orang kaya juga berjudi. Justeru, orang yang berjudi ini bukanlah hanya sebab dia miskin dan nak duit lebih semata-mata.


Di dalam Islam, keharaman judi adalah qat’ie. Ia disebut dengan jelas oleh Allah di dalam Al-Quran melalui firmanNya, “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib (dengan panah) adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh keuntungan”

Semua umat islam wajib menjauhi judi-judi yang wujud di Malaysia. Kitatidak akan berjaya sekiranya cuba mencuba nasib dengan berjudi. Allah swt telah sebut dalam al-Quran, malah statistik matematik pun telah membuktikannya.

Hanya tuan punya kedai judi / kasino adalah orang yang confirm akan kaya. Manakala kaki judi, majoriti akan hampa. Kesian, duit yang dicari dengan susah payah “didermakan” begitu sahaja kepada tauke judi.



Rakyat tidak redha dengan kepimpinan yang ada kerana sanggup mencampuradukkan hasil negara dengan sumber yang haram seperti judi dan arak. Lebih memalukan, apabila ada pihak yang mahu meluluskan lesen perjudian adalah kalangan menteri-menteri yang beragama Islam.Tindakan itu dikhuatiri mengundang musibah & kemurkaan dari Allah s.w.t.

Telaga minyak 2


Tumpahan minyak di Teluk mexico menjadi semakin tidak terkawal dan mungkin Opsyen bom nuklear akan dipertimbangkan. Tumpahan minyak di Teluk Mexico terus menumpahkan racun hitam ke laut. segala usaha bagi menghentikan kebocoran nampaknya sia - sia.

Lebih 325.000 galon bahan kimia ( Dispersants ) telah digunakan dalam usaha memecahkan titisan minyak. Dispersants bawah laut juga digunakan untuk mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh tumpahan minyak mentah. Dispersants bawah laut ini membolehkan minyak menjadi titik-titik kecil menghalang dari timbul dipermukaan air. Tetapi penggunaan dispersants bawah laut ini adalah yang baru dan belum ada ujian secukupnya dan dikuatiri sebagai dispersant beracun (Corexit 9500 dan Corexit EC9527A).

Dan sebelum itu, penggunaan BOP gagal setelah frame yang memegang paip bergeser dengan batu dan gagal untuk bersambung dengan kebocoran.BP sedang berusaha untuk menggantikan bahagian atas BOP menggunakan robot. Tapi itu sebenarnya boleh menyebabkan tumpahan minyak lebih, sehingga risiko yang sangat besar.

Kubah penahanan juga dibina untuk mengalirkan minyak sebelum bakar tetapi terhenti kerana angin dan gelombang tinggi. Skimmers juga digunakan untuk mengumpul minyak yang kemudian diekstrak untuk digunakan sebagai bahan api. Namun proses ini lambat dan bergantung pada cuaca. Dua telaga bantuan sedang digali berhampiran telaga minyak yang bocor ini bertujuan mengurangkan tekanan dari telaga minyak yang bocor tetapi ianya memerlukan beberapa bulan untuk siap.

Seperti mana2 syarikat dan orang pun, memang saling menyalahkan antara satu sama lain diatas tragedi ini. Syarikat minyak BP sebagai pemunya telaga minyak, Syarikat halliburton yang ditugaskan untuk menampal simen pada lubang telaga dan Transocean sebagai pemilik Rig Horizon Deepwater. Mereka saling menyalahkan antara satu sama lain.

Lamar McKay, Ketua BP America Inc, mengatakan, "pencegah letupan Transocean gagal untuk beroperasi." Dan, Stephen Newman, Ketua Eksekutif Transocean berkata, "Semua minyak lepas pantai dan projek pengeluaran gas bermula dan diakhiri dengan pembekal". Sementara kata Halliburton bahawa mereka adalah "terikat kontrak," dengan syarikat minyak BP itu.


Letupan Nuklear

Pada kedalaman 5.000 meter di bawah air, dengan suhu yang sangat rendah dan tekanan yang sangat tinggi bukan perkara mudah.Tekanan minyak begitu tinggi dan kebocor juga lebih dari 5.000 barel minyak sehari sekarang adalah masa untuk mempertimbangkan pilihan pada letupan nuklear.

Penggunaan letupan nuklear bukan perkara baru. Rusia telah menggunakan sekurang-kurangnya lima kali bermula dengan letupan berhampiran Gurun Bukhara Uzbekistan pada tahun 1966. Apabila telaga gas terbakar hampir 3 tahun dengan nyalaan api hampir 120 meter. Ketika itu semua usaha untuk memadam api gagal, sebuah bom atom 30 kiloton digunakan. Letupan itu berjaya menutupi telaga gas tersebut.

Kita mempunyai banyak telaga minyak seperti ini. Jadi setiap orang dan syarikat yang berkaitan seharusnya mengambil iktibar dari peristiwa ini. sesungguhnya keselamatan tidak boleh dipandang remah. Kerana ianya boleh memberi kesan pada manusia, alam sekitar dan hidupan laut termasuk flora, terutama fitoplankton dan organisma laut termasuk ikan.

Olefin

28 Olefin Cracking

Centrifugal pump

Centrifugal Pump

Isnin, 24 Mei 2010

Riba


Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Surah Al-Baqarah (2): 278

Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. Surah Al-Baqarah (2): 279.

Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang- orang yang melipat gandakan (pahalanya). Surah Al-Rum (30): 39


Riba bukan sahaja melibatkan pinjaman dan hutang, tetapi ada juga riba berkaitan jual beli. Riba berkaitan pinjaman dan hutang adalah riba yang sangat jelas dan begitu difahami oleh manusia, sejak zaman Jahiliyyah, zaman Aristotle sampailah zaman Facebook.

Manakala riba jual beli ini adalah sesuatu yang baru. Hanya selepas Islam datang, barulah ada larangan ini.

Abu Said Al-Khudari berkata, "Rasulullah bersabda : "Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, syair dengan syair, kurma dengan kurma dan garam dengan garam dipertukarkan dengan sama, segenggam dengan segenggam. Siapa yang menambah atau minta tambah maka ia telah melakukan riba, baik yang meminta maupun yang memberi, dalam hal itu sama saja. Hadith Riwayat Al-Syaikhan.

Maksudnya, nak beli emas dengan emas, perlu sama kuantiti dan dibuat secara tunai. Begitu juga beli perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, garam dengan garam dan juga kurma dengan kurma. Manakala, beli emas dengan perak pula boleh berbeza kuantiti tetapi mesti dibuat secara tunai. Begitu juga beli gandum dengan barli, barli dengan garam dan seterusnya, kuantiti boleh berbeza tetapi mesti secara tunai.

Sekiranya kita bawa sekeping nota RM 10 ke bank dengan sistem matawang hari ini, cuba minta tebus emas atau perak atau sebarang komoditi dengan wang tersebut ? Sepatutnya setiap matawang mempunyai sandaran emas, perak mahupun komoditi tertentu yang ada disebutkan dalam hadis mengenai 6 barangan ribawi tersebut. Tetapi hari ini ?

Hari ini, bila duit tidak lagi disandarkan dengan apa-apa aset, keadaan kewangan kita menjadi susah secara tiba-tiba. Apabila kita tidak tahu bagaimana duit pada hari ini dicipta, kita tidak tahu bagaimana untuk bertindak dengan lebih baik. Apabila kita sudah faham bagaimana duit hari ini dicipta, maka kita akan faham kenapa kita mesti berniaga, mencipta atau membeli aset sendiri secepat mungkin.

Sekarang secara teorinya, apabila wang sudah banyak dalam pasaran, pengguna senang mendapat pinjaman / pembiayaan, maka itu tandanya kadar faedah (baca: riba) yang dikawal BNM perlu dinaikkan. Secara teorinya memang nampak cantik. Wang banyak dalam pasaran, interest rate dinaikkan. Wang sikit, interest rate diturunkan. Tetapi tahukah anda, apabila kita membenarkan ia berlaku maka manipulasi boleh berlaku dengan mudah dan supply dan demand ini bukan lagi berlaku secara semulajadi sebaliknya dari tangan-tangan manusia tertentu ?

Sedangkan hadis riba yang menyuruh setiap matawang disandarkan dengan aset juga untuk membolehkan supply dan demand ini berlaku secara semulajadi. Allah swt lebih mengetahui bila sepatutnya Dia menyuburkan tanaman gandum misalnya untuk membolehkan semua manusia makan mi, roti secukupnya. Jadi, Dia juga yang lebih tahu untuk membolehkan manusia menjumpai lombong emas yang baru misalnya.

Sesungguhnya dengan memahami tentang kewujudan riba berkaitan jual beli (riba buyu’) selain riba berkaitan hutang (riba duyun), maka kita akan memahami riba itu bukan dalam hutang sahaja, tetapi juga betapa kompleksnya framework riba yang wujud dalam dunia hari ini. Peperangan terhadap riba bukanlah kerja bank-bank Islam sahaja, tetapi adalah tanggungjawab semua orang.

Pastikan anda menukarkan sebahagian duit kertas yang ada sekarang menjadi aset yang sebenar. Anda perlu tahu akaun-akaun yang anda ada pada hari ini disimpan dan dilaburkan oleh institusi kewangan dalam pasaran apa. Pasaran money market ? Pasaran saham ? Pasaran sukuk (bon Islam)? Pasaran tukaran matawang? Pasaran emas? anda juga perlu mula membina aset sendiri. Buat bisnes. Walaupun bukan satu alternatif, tetapi adalah “wajib” dari sudut hukum perancangan kewangan. Apa guna marah-marah bos yang tak naikkan gaji, sedangkan buat bisnes part-time adalah lebih baik. Kita semua tahu hari ini makan roti canai nak kenyang mesti makan dua keping, walaupun harga sekeping masih sama. Kena rajin membaca untuk mengetahui macam mana sistem kewangan hari ini dibina. Understand the rules.

Rabu, 12 Mei 2010

Membeli Rumah 2


Pembelian rumah merupakan salah satu pelaburan yang amat besar dalam hidup anda. Masa bertahun-tahun diperuntukkan untuk membayar balik hutang tersebut kepada bank. Ada banyak faktor untuk dipertimbangkan sebelum anda membuat keputusan tersebut. Artikel ini saya akan berkongsi beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum anda menandatangani kontrak dan mengubah masa depan kewangan anda.


1. Mempunyai nilai pada masa yang akan datang.

2. Jika disewakan dapat menampung bayaran bulanan.

3. Keluasan rumah dan tanah. Boleh mengubahsuai rumah dimasa depan, bercucuk tanam dan tempat anak2 bermain.

4. Reka bentuk. Rekabentuk yang moden menyerlahkan lagi penampilan diri anda.

5. Persekitaran yang baik serta jiran jiran yang boleh diharapkan. ( anda pun mesti menjadi jiran yang baik juga )

6. Tahap keselamatan. Dan bebas dari banjir atau tanah runtuh. Kalau area yang anda pilih merupakan " black area " . Fikir fikirkan lah.

7.Bekalan asas seperti Air, Elektrik, Telefon ( skrg streamyx ) baik. Maksudnya tak selalu terputus sebab mat pit yang selalu curi wayar telefon.

8. Kemudahan awam. Seperti sekolah, kedai, masjid. dan sebagainya.

9.Berdekatan dengan tempat kerja anda. jadi tak perlu la anda bangun awal2 terkejar2 ketempat kerja.

10. Berdekatan dengan jalan raya. tapi tidak bermakna anda hampir dengan jalan raya yang boleh mengganggu hidup anda sekeluarga akibat kebisingannya.

Selasa, 11 Mei 2010

Telaga minyak


Pelantar minyak Transocean’s Deepwater Horizon tenggelam pada 22 April lalu, dua hari selepas ia meletup dan terbakar ketika syarikat berkenaan sedang mencari gali bagi BP kira-kira 64 kilometer di tenggara muara Sungai Mississippi. Kira-kira 11 pekerja hilang dan dianggap maut selepas bencana pelantar minyak itu, yang paling dahsyat di Amerika Syarikat dalam tempoh hampir sedekad.

Ada petanda bahawa limpahan itu adalah lebih teruk daripada kejadian pada 1969 di Santa Barbara, California, yang disusuli dengan larangan kegiatan cari gali minyak dan gas di luar pesisiran pantai Pasifik dan Atlantik, arahan yang kini ingin diubah oleh Obama.

Kebocoran akibat letupan telaga minyak itu dianggarkan 5,000 tong atau kira-kira 795,000 liter minyak sehari.















Selasa, 4 Mei 2010

Buat duit Di facebook..


Cara senang dapat duit dari internet. Ada orang yang penting untung, dapat banyak duit. Cara apa mereka dapat duit, mereka tidak peduli. Skim cepat kaya ke, menipu ke, rasuah ke, riba ke. Hentam semua.

Dalam bisnes dan pelaburan, untung adalah sangat penting. Orang tidak melabur dan buat bisnes untuk jadi rugi. Sebagai seorang Muslim juga, isu halal juga adalah sangat penting. Darah daging yang dibina dari sumber haram mesti dielakkan.


Pelaburan Internet tidak berlandaskan prinsip asas agama disebabkan unsur gharar, maysir atau judi selain keuntungan secara tetap.


Jadi, anda mesti pandai ilmu bisnes dan pelaburan untuk elakkan kena tipu dan mendapatkan yang terbaik. Pada masa yang sama, anda juga mesti tahu juga isu halal haram dalam bisnes dan pelaburan. Barulah anda mendapat rezeki yang banyak pada masa yang sama mendapat keberkatan.


Setelah begitu ramai rakyat Malaysia tertipu dengan pelaburan yang terang-terangan menipu ini, pengendali skim ini ada yang masih aktif ‘berniaga', maklumkan untungnya bukan sesen dua. Tetapi tidak ada peniaga yang terus berurus niaga jika tiada pembelinya. Itulah yang menghairankan. Apa agaknya yang terdetik di benak orang-orang yang tidak tahu perhitungan di akhirat kelak ini, sedangkan ganjaran dunia hanya setitis cuma berbanding yang hakiki?


Jangan jadi orang yang mudah buat sesuatu tanpa usul periksa. Adakah apa yang kita laburkan itu betul dan sah. Gunakan akal yang dianugerahkan kepada kita untuk menilainya secara logik akal yang waras. Jika tidak selagi itulah orang orang yang suka mengambil peluang atas kelemahan orang orang kita dengan wang menggunakan taktik tersebut tetapi menukar cara dan modus operandinya supaya kelihatan halal



Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post