Isnin, 31 Oktober 2016

Tarbiah sentap

Pesanan untuk ibu bapa yang sayangkan anak kalian,

CHECK FON ANAK..

Please!

Check Facebook dia, Facebook Messenger dia, Wechat dia, Skype dia, Whatsapp dia, Telegram dia, Instagram dia, Twitter dia, SMS dia, Call log dia, Photo Gallery dia dan semua benda yang ada!

Kalau tak reti, usaha juga untuk belajar!

Jangan sampai cikgu kaunselor sekolah dia call bagitau anak kalian kena tangkap basah!

Jangan sampai doktor call bagitau anak kalian mengandung!

Jangan sampai polis datang rumah bagitau anak kalian buang janin dalam semak!

Jangan sampai anak kalian lari rumah!

Waktu tu, nasi dah jadi bubur.

Pesanan untuk muslimah-muslimah yang sayangkan maruah,

JANGAN BAGI GAMBAR TAK SENONOH KAT SESIAPA PUN!

Please!

Jangan sesekali termakan pujuk rayu binatang bernama iblis berjasadkan manusia yang goda suruh bagi gambar bogel.

Jangan sampai kau kena ugut dia sebarkan gambar kau kalau kau tak berzina dengan dia!

Jangan sampai maruah kau dipijak-pijak sebab kena ugut jadi hamba seks kat lelaki durjana bersama kawan-kawan terkutuk dia!

Jangan sampai gambar tak senonoh kau jadi tatapan umum kat Facebook, Instagram, Twitter, Wechat, iklan kat tiang lampu, majalah-majalah porno!

Jangan sampai masa depan kau hancur sebab malu nak berdepan dengan ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat handai yang pernah dapat Whatsapp aksi-aksi tak senonoh yang kau pernah rakam!

Waktu tu, sakit menimpa sesal terlambat.

Pesanan untuk lelaki-lelaki yang sayangkan iman.

JANGAN JADI IBLIS

Please!

Jangan sebab ikutkan nafsu, kau kena humban dalam neraka!

Jangan sebab tak jaga pandangan, kau rosakkan anak dara orang!

Jangan sebab rasa diri besar, kau rasa hidup selama-lamanya!

Jangan sebab kau gila seks, kau aniaya orang lain!

Apa kau rasa ada orang berzina dengan mak, kakak, adik, nenek, makcik, sepupu kau?

Apa kau rasa bila kat akhirat nanti Allah tanya kenapa kau jahanamkan hidup orang lain sambil depan mata kau ada neraka yang bakal jadi tempat tinggal kau sampai bila-bila?

Waktu tu, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna.

Sis, jaga maruah plis..
Bro, tundukkan pandangan

Ahad, 30 Oktober 2016

Sejarah Syiah Qaramitah menyerang Kaabah dan mencuri Hajarul Aswad

Hari Al-Tarwiyah (hari kelapan dalam bulan Zulhijjah), tentera Syiah Qurmuty (diketuai oleh Hamadan Ibn Al-Ashath Al-Qurmuti) menyerang konvoi haji pada tahun 317 Hijrah, membunuh semua jemaah haji, kemudian beliau menyerang Kaabah, menarik keluar Hajarul Aswad dan memecahkan kepada 8 bahagian kecil.

Menarik keluar pintu Kaabah dan kemudian memecahkannya, menarik keluar kisa’a Al-Kabah dan memotongnya kepada banyak pecahan dan memberikannya kepada sahabat-sahabat beliau, kemudiannya beliau mengarahkan pengikut-pengikut beliau untuk memusnahkan Mizab Al-Kabah (saluran untuk menyalurkan air sekiranya hujan dari atas Kaabah). Apabila pengikut beliau cuba untuk memusnahkan saluran ini, dia (pengikut yang diarahkan) terjatuh dari bumbung Kaabah dan mati.

Beliau (Hamadan) kemudiannya menyuruh pengikutnya mencampakkan mayat-mayat jemaah haji yang telah mereka bunuh ke atas bumbung Kaabah, Mizab (saluran air) mengalirkan darah orang Muslim buat pertama kalinya dalam sejarah. Beliau kemudian mencampakkan mayat-mayat selebihnya ke dalam telaga zam-zam sehingga penuh dan kemudian menutup telaga ini dengan batu yang besar.

Wanita Qurmuti (pengikut Syiah) akan membawa air kononnya untuk menyiram mayat-mayat jemaah haji ini atau memberi minum kepada jemaah haji yang tercedera, akan tetapi apabila mereka berjumpa dengan jemaah haji yang masih hidup, mereka akan membunuhnya tanpa memberi air.

Mereka (wanita Qurmuti) percaya bahawa mereka perlu membunuh sekurang-kurangnya 3 orang Sunni (Nasibi, gelaran yang mereka berikan pada orang Sunni) yang dahaga untuk mereka mendapat tempat di Jannah. Mayat-mayat yang lain pula ditanam di dalam Masjidil Haram dimana mereka (jemaah haji) dibunuh tanpa solat jenazah, ghosul mahupun dikafankan.

Kemudian beliau (Hamadan) berdiri di depan pintu Kaabah dan menjerit ke langit dan berkata: “ Akulah yang berani mencabar Allah, akulah yang berani mencabar Tuhan, Dia mencipta kamu dan aku membunuh kamu semua (jemaah haji)”.

Pengikutnya yang turut memusnahkan Hajarul Aswad juga menjerit ke langit: “Di mana burung-burung Ababil Engkau? Di mana batu Sijjil (batu dari tanah yang terbakar) Engkau?” Merujuk kepada peristiwa serangan bergajah yang dipimpin oleh raja Abrahah sebelum kedatangan agama Islam.

Kemudian beliau membawa Hajar Aswad ke timur (Al-Qatif) dengan menggunakan 70 ekor unta, setiap unta yang membawa Hajarul Aswad jatuh sakit dan kemudian mati di tengah padang pasir. Kemudian mereka membina ‘Ainul Kuaibah’ dan meletakkan Hajarul Aswad di situ selama 22 tahun dan menyuruh orang ramai mengerjakan haji di situ (Ainul Kuaibah), tetapi tiada siapa yang pergi.

Selama 22 tahun orang Islam tidak mengerjakan haji.

Kemudian, Khalifah Al-Muktadir Billah menyerang pengikut-pengikut Qurmutiah dan membunuh mereka dalam peperangan antara 80 ribu askar menentang 3 ribu askar Qurmutiah. Satu kumpulan kecil Qurmutiah, lebih kurang 10 buah keluarga dapat melarikan diri ke Syria (Bilad Al-Sham) kemudian ke Jabal Al-Arab, sebuah gunung di Arab dan menyembunyikan diri supaya tidak dibunuh, salah sebuah keluarga tersebut adalah Al-Assad.

Rujukan: Al-Bidayah Wa An-Nihayah, Ibnu Kathir

www.indahnyaislam.my

Sabtu, 29 Oktober 2016

Mengambil Iktibar Kejatuhan Baghdad

Mengambil Iktibar Kejatuhan Baghdad

Catatan sejarah ini cuba mengikat kita tentang peristiwa kedatangan puak-puak Monggol yang bersatu di bawah suaka Kerajaan Tatar, yang melumatkan seluruh wilayah-wilayah Islam ketika itu. Ia sudah pasti akan menimbulkan rasa sebak, sayu dan hiba ke atas generasi-generasi umat Islam dahulu yang teraniaya akibat kepincangan politik pada waktu itu. Ia juga mengenangkan kembali jatuh bangun kota Islam paling berprestij di zaman emasnya yang dikenali sebagai Sayyid al-Bilad, Baghdad. Sangat tragis sekali, kota kosmopolitan itu kerap menjadi mangsa kebiadaban manusia yang datang daripada pelbagai bangsa dan agama.

Kerajaan Tatar memulakan langkah penjajahan ketika Temujin (Genghiz Khan, 1162 M - 1227 M) berjaya menyatukan seluruh kabilah berpuak Monggol yang ketika itu hidup berpindah-randah di pergunungan Siberia pada tahun 1194 M. Mereka yang asalnya dari bangsa nomad, menjadi sebuah kerajaan gasar terbesar yang dikenali sebagai Empayar Monggol, dan hampir menguasai seluruh Eurasia yang terdiri daripada wilayah Kara-Khitan Khanate (kini dikenal Kyrgyzstan), wilayah pergunungan Caucasus, wilayah Parsi Khawarizmiah, Xia Barat dan Dinasti Qin.

Kekuatan Tatar pimpinan Genghiz Khan mula menyerlah ketika kejayaan mereka menguasai wilayah-wilayah China yang diasaskan oleh Qin Shi Huang. Banjaran China itu membuka mata Genghiz Khan kepada wilayah yang lebih solid dan maju iaitu Baghdad yang ketika itu dikenali sebagai pusat tamadun dunia. Tetapi cita-cita tersebut tersekat dengan kekuatan lawan terbesarnya iaitu Kerajaan Khawarizmiah yang dipimpin Sultan Alauddin (Muhammad II, 1200 M - 1220 M) yang merentangi seluruh wilayah Parsi iaitu Iran, Afghanistan, Kazakhtan, Turkistan, Kurdistan dan Samarkand.

Namun, konflik perpecahan umat Islam menyebabkan peluang yang dinantikan Genghiz Khan terbentang sempurna. Peluang tersebut sangat cerah apabila beliau menyedari hubungan retak antara Kerajaan Khawarizmiah dan Kerajaan Abbasiah di Baghdad. Menurut satu riwayat, Sultan Alauddin pernah melepaskan satu surat yang diamanahkan Kerajaan Abbasiah kepada Genghiz Khan, kononnya isi surat tersebut adalah keinginan Khalifah Nasir li Dinillah (1180 M - 1225 M) semata-mata untuk menjalankan urusan perdagangan. Sultan Alauddin sendiri tidak tahu isi sebenar surat tersebut sebenarnya adalah arahan Khalifah Nasir kepada Genghiz Khan supaya menyerang Khawarizmiah, bahkan memberi jaminan akan membantu Tatar dengan cara membiarkan Khawarizmiah bersendirian.

Tahulah Genghiz Khan ketika itu bahawa kedua-dua kerajaan Islam ini sedang bermusuhan. Inilah titik mula keyakinan Kerajaan Tatar menjatuhkan Baghdad kerana kubu terkuat Islam ketika itu sebenarnya adalah Kerajaan Khawarizmiah yang menjadi penghalang cita-cita mereka selama ini. Sebahagian ahli sejarah menyifatkan Khalifah Nasir li Dinillah sebagaimana berikut;
رجلاً ظالماً مستبداً، فرض المكوس والضرائب على كل شعبه؛ في كل أزمة اقتصادية يفرض ضريبة جديدة، ويعتمد في الخروج من الأزمة على قوت الشعب وكدِّه وكدحه
“Seorang lelaki zalim yang bersikap tidak adil, selalu membebankan rakyatnya dengan cukai. Setiap kali berlaku krisis ekonomi, cukai baharu akan dikenakan kerana dia berpegang untuk menyelamatkan dari krisis dengan cara memeras tenaga rakyat, penipuan dan muslihatnya.”

Sebahagian sejarawan terlalu membesar-besarkan pengkhianatan Syiah bernama Ibnu Alqami, tetapi memicingkan mata terhadap pengkhianatan awal yang dilakukan oleh Khalifah Nasir li Dinillah terhadap umat Islam sendiri. Akhirnya pengkhianatan dibalas pengkhianatan. Umat Islam saling perang-memerangi, tindas-menindas, zalim-menzalimi sebelum rempuhan Tatar lagi ke atas Kota Baghdad sehingga mereka tidak berdaya menghadapi serangan musuh sebenar ketika itu walaupun daripada sudut jumlah, tentera Islam lebih ramai jika masing-masing membentuk persefahaman dan penggabungan tenaga.

Perpecahan demi perpecahan berlaku menjadi momentum terbaik Genghiz Khan menghancurkan kerajaan-kerajaan Islam yang menghadapi konflik dengan Kerajaan Abbasiah. Akibatnya, walaupun Kerajaan Khawarizmiah yang memiliki keupayaan ketenteraan hebat, kalah dalam pertempuran menentang Kerajaan Tatar yang hanya terdiri dari pelbagai suku puak gasar dan nomad. Lebih malang lagi, tiada sebarang bantuan-pun yang diberikan oleh mana-mana kerajaan Islam pada waktu itu termasuklah Kerajaan Abbasiah yang berpusat di Baghdad. Benarlah sabda Baginda salallahualaihi wasalam yang diriwayatkan dari Tsauban radhiAllahu anhu;
 يُوشِكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمُ الأُمَمُ مِنْ كُلِّ أُفُقٍ كَمَا تَتَدَاعَى الأَكَلَةُ عَلَى قَصْعَتِهَا، قُلْنَا: مِنْ قِلَّةٍ بِنَا يَوْمَئِذٍ؟ قَالَ: لا، أَنْتُم يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ، وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، يَنْزَعُ اللَّهُ الْمَهَابَةَ مِنْ قُلُوبِ عَدُوِّكُمْ وَيَجْعَلُ فِي قُلُوبِكُمُ الْوَهَنَ، قِيلَ: وَمَا الْوَهَنُ؟ قَالَ: حُبُّ الْحَيَاةِ وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ
“Akan tiba suatu masa nanti umat Islam dicatur seperti makanan yang terhidang, sahabat yang mendengar terkejut lantas bertanya; Ya Rasul Allah, apakah kerana kita umat yang sedikit? Rasulullah mengatakan tidak, kalian adalah majoriti tetapi tidak ubah seperti buih di lautan. Allah cabut dari jiwa musuh-musuh kalian rasa takut dan ditimpakan pula rasa takut ke dalam jiwa kalian, kemudian di dalam jiwa kalian akan ada satu penyakit iaitu al-wahn. Sahabat bertanya apakah al-wahn itu? Rasulullah menjawab; al-Wahn adalah cinta dunia dan takut mati.”

Kerana xenofobia dengan Kerajaan Khawarizmiah, Khalifah Nasir li Dinillah rela membiarkan saudara-saudara se Islamnya di wilayah-wilayah itu ditimpa petaka perang dengan kaum penyembah bintang dan matahari (Syamanisme) bahkan mengharapkan kemenangan berpihak kepada pasukan yang dipimpin Genghiz Khan. Pertempuran Kerajaan Tatar dengan Khawarizmiah yang dikatakan sebahagian riwayat berfahaman Syiah itu sangat sengit. Kemangkatan Sultan Alauddin tidak mengakhiri kejatuhan Kerajaan Khawarizmiah, pewarisnya yang terakhir iaitu Sultan Jalaluddin al-Khawarizm (1220 M - 1231 M) terus memberikan tentangan ke atas Kerajaan Tatar.

Sultan Jalaluddin meminta bantuan wilayah-wilayah Islam di sekitarnya, namun sedikitpun bantuan tidak diberikan sehingga beliau terpaksa melarikan diri dari satu wilayah ke satu wilayah bahkan ada riwayat yang mengatakan beliau menjarah wilayah-wilayah tersebut. Perjuangan Sultan Jalaluddin memerangi Tatar itu suatu perbuatan mulia, tetapi cara beliau menangani masalah wilayah-wilayah yang enggan memberikan bantuan kepadanya adalah cara yang hina dan tidak sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam yang taat kepada Allah dan terikat dengan hukum-hakam-Nya. Akhirnya Sultan Jalaluddin terbunuh dalam pelariannya.

Kejatuhan total Khawarizmiah, menjadi kubu terbaik Kerajaan Tatar untuk dijadikan sebagai pangkalan tentera dalam siri-siri serangan seterusnya menuju ke Asia Barat. Terdapat sejarawan Islam yang memberikan pandangan, jika umat Islam waktu itu bersatu iaitu Kerajaan Abbasiyyah bergabung dengan Kerajaan Khawarizmiyyah – tentulah kekejaman tentera Tatar tidak merebak sehingga ke perbatasan Syam. Malangnya Khalifah Kerajaan Abbasiah, Nasir li Dinillah bersekongkol dengan Kerajaan Tatar agar kerajaan Khawarizmiah diranapkan. Allah Taala berfirman dalam Surah al Kahfi ayat 59 :
وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِدًا
“Dan penduduk negeri-negeri itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.”

Umm al-Mukminin, Salamah radhiAllahu anha pernah bertanya kepada Nabi;
 يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَنَهْلِكُ وَفِينَا الصَّالِحُونَ؟ قَالَ: نَعَمْ، إِذَا كَثُرَ الْخَبَثُ
“Wahai Rasul Allah, adakah kami dibinasakan sedang di kalangan kami terdapat orang soleh? Rasulullah menjawab; Iya, apabila terlalu banyak kejahatan.”

Pada tahun 1227 M, Genghiz Khan menemui ajalnya ketika umurnya menjangkau 65 tahun tetapi hal itu bukanlah bererti sisa kekejaman kerajaannya berakhir. Setelah Genghiz Khan menjahanamkan wilayah Khawarizmiah, cuma tinggal misi meranapkan Baghdad ketika itu belum tercapai sepenuhnya. Misi ini seterusnya akan digalas oleh pewaris-pewaris takhta Genghiz Khan yang akan meneruskan episod penaklukan Kerajaan Islam. Pada tahun 1251 M, para pembesar Kerajaan Tatar berkumpul di Karakoum, mereka melantik Mankhu Khan, cucu Genghiz Khan untuk menjadi “The Great Khan” yang baru.

Mankhu Khan telah membahagikan dua bahagian tentera; Tentera pertama menguasai Tanah Besar China dan tentera kedua menguasai Asia Barat. Antara komander tentera yang dilantik itu adalah adiknya bernama Hulago Khan (1218 M - 1265 M). Hulago telah diarahkan untuk menjayakan misi menjatuhkan kerajaan Abbasiyyah sampai bersih dan tidak tersisa. Dengan kerjasama menteri kerajaan Abbasiyah yang berpaling tadah, Muayiddin Alqami termasuklah pengkhianatan para pembesar Islam yang lain iaitu Raja Mosul, Emir Badruddin Lu’lu, Raja Anatolia, Kaikawis II, Qalaj Arsalan IV, Ashraf al-Ayyubi, pemimpin Halab dan Dimashq iaitu al-Nasir Yusuf. Akhirnya kota agung Baghdad hancur lebur buat pertama kali ketika pemerintahan al-Musta’sim Billah (1242 M - 1258 M).

Sekalipun pengkhiantan Alqami telah mencemari kelompok Syiah, tetapi populasi Islam tidak kira puak Sunnah atau Syiah ia tetap disembelih oleh tentera Tatar dengan dahsyat. Para wanita, kanak-kanak dan semua harta Khalifah dirampas oleh tentera Tatar. Seterusnya Khalifah al-Musta’sim beserta keluarganya, dijahit dalam permaidani dan dipijak-pijak oleh kuda sampai mati. Bau mayat sangat teruk di dalam kota Baghdad sehingga tentera Monggol sendiri terpaksa berkhemah di luar kota. Manuskrip-manuskrip Islam-Arab hilang tenggelam di arus sungai yang merubahnya menjadi hitam pekat kerana cecair tinta.

Baghdad ketika itu ibarat kota mati, yang ada hanya bau busuk mayat yang merebak ke seantero negeri. Tiada sesiapa yang berani berhadapan dengan Kerajaan Tatar, kecuali menyerah diri dan menghulur kepala supaya dipenggal tidak hidup lagi. Kejatuhan kerajaan Abbasiyyah di Baghdad, telah mewartakan satu “rumour” yang diperakui oleh semua orang bahawa, “Jika kamu mendengar Kerajaan Tatar dikalahkan, jangan percaya...” Ertinya, Kerajaan Tatar terlalu kuat untuk dikalahkan.

Prof Dr Qasim Abdul Qasim, pakar sejarah Islam Mesir dari Universiti al-Azhar cawangan Zagazig memberitahu ketika itu ada juga umat Islam yang percaya bahawa kekuatan seorang tentera Tatar sahaja mampu mengalahkan berbelas-belasan orang Islam. Jiwa umat Islam ketika itu diserang wabak takut, mereka merelakan tubuh untuk dibunuh tanpa melakukan apa-apa pun terhadap penindasan Tatar. Terdapat suatu kisah yang diceritakan tentang seorang Muslim ditangkap oleh tentera Tatar yang tidak bersenjata untuk dibunuhnya. Tentera Tatar tersebut berkata;
ضع رأسك على الأرض ولا تبرح
“Letakkan kepala kamu menyembah bumi jangan larikan diri!”

Lantas lelaki Muslim tersebut membiarkan dirinya kaku melekap ke bumi sehinggalah datang tentera Tatar membawa pedang untuk memancungnya.

Selain Kerajaan Mamluk yang masih bertahan di Mesir, hanya Sultan al-Kamil Muhammad al-Ayubi (1247 M - 1260 M) dari Mayyafarqin (sekarang Diyarbakir, Turki) sahaja yang berani melaungkan jihad ketika itu. Apabila Hulago Khan tahu masih ada raja yang berani melawannya, lantas beliau berkata;
هذا الرجل لا يمثل دين الإسلام  لأن الإسلام دين السماحة والرحمة والحب والسلام
“Lelaki ini (Sultan Mayyafarqin) tidak boleh menjadi ikutan kepada ajaran Islam kerana Islam adalah agama yang mengamalkan toleransi, penuh kerahmatan dan kesejahteraan.”

Hulago Khan terus menggila membakar Kota Mayyafarqin tanpa belas kasihan. Hujan panah dan lontaran nafta menghiasi latar langit sehingga tiada seorangpun yang berjaya menyelamatkan diri, semuanya dikejar dan dibunuh. Tiada saki baki penduduk yang selamat dari pencerobohan kejam Tatar. Sultan al-Kamil Muhammad dibunuh dengan tusukan tombak tajam menusuk sekali ke arah jantungnya sehingga darahnya memancut membasahi bumi. Kepala Sultan al-Kamil Muhammad ditetak, digiring dan dibawa mengelilingi kawasan Syam sehingga menyebabkan semangat umat Islam di sana runtuh. Kata Ibnu Athir (550 H - 630 H);

“Aku termenung panjang sebelum menulis peristiwa ini, kerana aku tidak suka mengenangnya. Kadang-kadang aku menoleh kembali perjalanan yang telahku lalui saat itu. Siapa yang tergamak untuk menulis tentang berita sedih ini, siapa yang mudah untuk memahatnya kembali? Mungkin aku lebih beruntung jika tidak dilahirkan oleh ibuku, atau aku meninggal sebelum peristiwa ini terjadi, sehingga aku tidak pernah mengetahuinya akan hal ini…”

Sejak dari peristiwa itu umat Islam terus menghadapi penghinaan, ada di kalangan mereka yang sanggup menggadaikan agama semata-mata untuk mendapat jaminan hidup daripada Kerajaan Tatar yang diketuai Hulago Khan. Hulago memantapkan kekuasaannya di Baghdad selama dua tahun, sebelum melanjutkan gerakan serangan ke Syria dan Mesir. Kerajaan Tatar (Mongol) telah menjadi musuh kuat yang ditakuti oleh dunia saat itu.

Jumaat, 21 Oktober 2016

Online perbankan secara selamat

Pesanan dari Bank Negara Malaysia

1. Sentiasa taip alamat penuh perbankan.   online di browser
2. Jangan dedahkan username, password dan TAC no kepada sesiapa
3. Hanya daftar no telefon sendiri untuk TAC
4.  Pakai sekuriti software i.e. antivirus

Selasa, 18 Oktober 2016

Dosa ku

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ُِSalam pagi Selasa       
17 Muharam 1438H,
18 Oktober 2016                                    
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْ

Ya Allah bantulah hambaMu ini yang banyak dosa lagi lalai serta leka untuk memperbanyakkan doa dan munajat.

Ya Allah rengankan lidah kami agar kami suka beristighfar dan bertaubat. ..
                               
Ya Allah jadilah hari ini baik bagi kami dan pengakhiranya juga yang baik dan dilindungi dari segala musibah.

Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepada Mu agar diberi taufiq dan hidayah untuk mencapai kesucian diri dan bertaqwa secara istiqomah denganMu.

Ya Allah jauhilah kami dari kebingungan, muliakanlah kami dengan cahaya ilmu dan fahaman.

Ya Allah hiasilah kami dengan sifat lambat marah dan pemaaf, perindahkanlah kami dengan kesihatan tubuh badan yang berterusan.

Ya Allah bukakanlah kepada kami pintu makrifat Mu dan mudahkanlah bagi kami pintu-pintu kurniaMu.

Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami berlindung dengan Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak diperkenankan.

Ya Allah dekatkan kami dengan orang-orang yang soleh dan solehah agar kami berjaya mengikuti jejak kesolehan mereka.

Ya Allah lancarkanlah semua urusan kami untuk hari ini dan hari hari seterusnya.

Ya Allah sinarilah hati kami dengan petunjuk Mu, sebagaimana Engkau telah meyinari bumi dengan cahaya matahari Mu.

Ya Allah berilah kami rezeki yang halal dan jauhkan kami dari perkara yang haram.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Selasa, 11 Oktober 2016

Rm 100 dan RM 1

*RM100 dan RM1*

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari
kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara
Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat.

Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda.

Maka mereka pun berbual:

1. Wang RM100 bertanya
    kepada RM1; "Kenapa
    badan kamu begitu lusuh,
    kotor dan berbau hamis?"

2. RM1 menjawab; "Kerana
    sebaik saja aku keluar
    dari bank, terus ke tangan
    orang bawah daripada
    buruh, penjaja, penjual
    ikan dan di tangan   
    pengemis."

3. Lalu RM1 bertanya balik
    kepada RM 100,"
   "Kenapa kau begitu baru,
    rapi dan masih bersih?"

4. RM100 menjawab;"Kerana
    sebaik saja aku keluar   
    dari bank, terus disambut
    perempuan cantik, dan
    beredarnya pun di   
    restoran mahal, di
    kompleks membeli-belah
    dan juga hotel brbintang
    serta keberadaanku selalu
    dijaga dan jarang keluar
    dari dompet."

5. Lalu RM1 bertanya lagi;
   "Pernahkah engkau brada
    di tempat ibadah?"

6. RM100 menjawab; "Belum
     pernah"

7. RM1 pun berkata lagi;
   "Ketahuilah walaupun aku
    hanya RM1, tetapi aku
    selalu berada di seluruh
    tempat ibadah, dan di
    tangan anak-anak yatim
    piatu dan fakir miskin
    bahkan aku bersyukur kpd
    Allah kerana aku tidak
    dipandang sebagai
    sebuah nilai, tetapi aku
    dipandang sebagai
    sebuah manfaat.

6. Lantas menangislah
    RM100 kerana berasa  
    besar, hebat, tinggi tetapi
    tidak begitu bermanfaat
    selama ini. Smoga cerita
    ini memberi pengajaran
    kpd kita semua..

*Untuk renungan kita bersama*... *kita hidup jgnlah sombong dan ego dgn kedudukan dan pangkat*..

*Kerana adakalanya yg kita hina itu lebih baik dan disanjung oleh masyarakat*..

Ahad, 2 Oktober 2016

Hati

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ۞

Segala yang berlaku bukan kehendak kita dan juga yang berlaku itu satu ILMU yang mana kita manusia sentiasa mempunyai kesilapan, itu kita harus tempuhi.

Terutama dugaan dari sesama umat yang sering HASAD tiada penghujung..

Sabar dan solat mmbawa ketenangan hati dan jiwa, di situ Allah turunkan bidadari yang di amanahkan dgn tanggung jawab sebagai isteri solehah...

In Sha Allah dgn segala doa-doa umat sejagat membawa berkat .. In Sha Allah

Aamin

Salam Maal Hijrah 1438H

Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post