Sabtu, 14 Julai 2018

Hujan api

HUJAN API

Kaedah Hujan Api. Amalan Ulama dan Tobib Nusantara terdahulu untuk kediaman atau tempat yang menghadapi masalah gangguan jin yang berlarutan.

Kaedah ini untuk kediaman atau tempat yang berbumbung.

Kaedah ini juga amat menjadi 'pantang besar' untuk golongan jin kafir dari kalangan ifrit.

Apabila dikenakan kaedah ini ke atas kediaman atau tempat yang bermasalah.  Makhluk yang tidak kita redha untuk berada di situ seumpama dihujani dengan hujan api.  Dilakukan selama 7 hari berturut-turut.

Lazimnya sebelum kaedah ini dilakukan,  perlu dibuat peringatan dahulu.  Arahkan keluar dengan baik.  Pulang ke tempat asal.

"Eh,  tapi 'dia' tak tahu mana nak pergi,  kena siapkan tempat untuk dia pindah,  kan ustaz?" Soalan yang sering muncul jika berkaitan dengan mengarahkan supaya gangguan keluar dari rumah.

Jawab sang faqir,  " itu semua auta.  Jin tahu mana dia hendak pergi,  alam malakut luas.  Ada 9 tingkatan semua,  satu tingkatan sahaja dah seluas-luasnya. Jadi, jika ada jin kononnya tidak tahu mana dia nak pergi,  itu bohong semata-mata. Jangan pula ada yang hendak guna bas pindah jin masuk hutan (fitnah ke atas ALLAHyarham Tuan Guru Dato' Haron Din)."

Kaedah peringatan atau dipanggil GEDUK adalah ketuk setiap pintu yang ada di rumah (kecuali pintu tandas), sambil baca surah Al Ikhlas sebanyak 3kali, jika rumah tersebut mempunyai 30 buah bilik bermaksud 30x 3 bersamaan dengan 90 kali surah Al Ikhlas perlu dibaca.  Selesai semua,  nyatakan arahan anda supaya sekalian makhluk yang mengganggu supaya keluar ( dengan nada suara yang jelas). Jika gangguan itu sekadar dari golongan Al-'Awamir (lazimnya jenis ini), tidak mengambil masa yang lama untuk 'mereka' keluar dan tidak perlu menggunakan kaedah Hujan Api.

Jika melibatkan jenis yang Ifrit dan Al Marid,  lazimnya mengambil masa,  kerana jenis yang degil,  kadangkala,  sehingga terpaksa berlarutan perlu menggunakan kaedah Hujan Api ini.

Adapun kaedah Hujan Api ini adalah seperti berikut :

1) Sediakan kira-kira sebekas besar 'pasir hidup'. Pasir hidup merujuk kepada pasir pantai atau pasir sungai yang terkena(lalu) air mutlak(sungai atau laut)  padanya.

2) Sewaktu mengambil (menggenggam) pasir,  'matikan diri' iaitu tahan nafas.

3) Sewaktu meletak pasir ke dalam bekas,  lepaskan nafas,  tanpa dilepaskan genggaman (pasir masih dalam genggaman)  kemudian dibacakan dengan aturan berikut setiap satu genggaman :

(GENGGAMAN PERTAMA) Yaasin : ayat 12.

إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَى وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآثَارَهُمْ وَكُلَّ شَيْءٍ أَحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُبِينٍ

"Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab Induk yang NYATA. "

Kemudian, Al Faatihah - 7kali
    ---------------
(GENGGAMAN KEDUA) Yaasin : ayat 17.
وَمَا عَلَيْنَا إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ
"Dan kewajiban kami tidak lain hanyalah menyampaikan (perintah ALLAH) dengan NYATA.”

Kemudian, Ayatul Kursi - 7kali
(MOHON DOA)
---------------

(GENGGAMAN KETIGA) Yaasin : ayat 24.

إنِّي إِذًا لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ
"Jika sampai demikian, sungguh aku berada dalam kesesatan yang NYATA. "

Kemudian, Asy Syura : 19 - 7kali
(MOHON DOA)
---------------

(GENGGAMAN KEEMPAT) Yaasin : 47.

وإِذَا قِيلَ لَهُمْ أَنْفِقُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ قَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِلَّذِينَ آَمَنُوا أَنُطْعِمُ مَنْ لَوْ يَشَاءُ اللَّهُ أَطْعَمَهُ إِنْ أَنْتُمْ إِلَّا فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

"Jika dikatakan kepada mereka: berinfaklah dari (harta) yang ALLAH rezekikan kepada kalian, orang-orang kafir itu berkata kepada orang-orang beriman: Apakah kami akan memberi makan orang yang jika ALLAH kehendaki, ALLAH akan memberi makan kepadanya? Tidaklah kalian kecuali berada dalam kesesatan yang NYATA."

Kemudian,  Al Hasyr : 21-24 (7kali)
(MOHON DOA)
---------------

(GENGGAMAN KELIMA) Yaasin : ayat 60.
ألَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي آَدَمَ أَنْ لَا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
"Bukankah AKU telah mengambil perjanjian dengan kalian wahai Anak Adam agar kalian tidak menyembah syaitan?! Sesungguhnya dia adalah musuh nyata bagi kalian. "

Kemudian,  Al Insyirah - 7 kali
(MOHON DOA)
---------------

(GENGGAMAN KEENAM) Yaasin : ayat 69.

ومَا عَلَّمْنَاهُ الشِّعْرَ وَمَا يَنْبَغِي لَهُ إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ وَقُرْآَنٌ مُبِينٌ
"Dan tidaklah Kami mengajarkan kepadanya (Nabi Muhammad) syair, dan hal itu tidak mungkin baginya. Tidaklah itu melainkan peringatan dan bacaan yang NYATA."

Kemudian, Al Kautsar - 7kali
(MOHON DOA)
---------------

(GENGGAMAN KETUJUH) Yaasin : ayat 77.
أَوَلَمْ يَرَ الإنْسَانُ أَنَّا خَلَقْنَاهُ مِنْ نُطْفَةٍ فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُبِينٌ

"Dan tidakkah manusiamemperhatikan bahawa KAMI menciptakannya dari setetes mani, ternyata dia menjadi musuh yang NYATA!"

Kemudian,  Al Ikhlas - 11kali
(MOHON DOA)

---------------

4) Kesemua pasir digaulkan dengan isyarat qasad ( Bukan aku menggaul pasir,  tetapi aku menggaul sekalian kebatilan sehingga hancur dan binasa).

5) Setelah selesai melakukan kaedah GEDUK selama 3 hari berturut-turut, namun gangguan masih berlarutan, maka bolehlah dilakukan kaedah HUJAN API ini.

6) Berdiri di halaman luar rumah, ambil segenggam Pasir yang telah disediakan dari awal,  genggam dan Bacakan Surah Al Fil.
Apabila sampai pada ayat : 
تَرۡمِيهِم بِحِجَارَةٍ۬ مِّن سِجِّيلٍ۬ (٤)
فَجَعَلَهُمۡ كَعَصۡفٍ۬ مَّأۡڪُولِۭ (٥)
"Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras; (4) Lalu DIA menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. (5)"

Lemparkan pasir ke bumbung rumah dengan isyarat merejam.

Ulangi sebanyak 7 kali. Selama 7 hari.

InsyaALLAH, akan ada perubahan.

Peringatan awal. Kaedah ini agak ringkas,  namun kesannya amat ketara dan pengamal perlu bersedia untuk berhadapan dengan kemarahan makhluk tersebut.  Pun begitu, usah bimbang,  ALLAH bersama mereka yang benar.

Diingatkan juga,  tidak disalahguna akan kaedah ini kerana tidak diredhai sang faqir dan sang faqir berlepas diri dari salah guna kalian.

Diijazah izin amal kepada sekalian sahabat.

- AFIWAAK-
PERSATUAN TERAPI ISLAM AL FATAH MALAYSIA #PTIAFM
Akademi Terapi Islam Al Fattah #ATIAF

4 Syawal 1439H.

Ahad, 8 Julai 2018

Durian

FAKTA DAN AUTA MENGENAI DURIAN

Sekarang ini musim durian dan durian memang menjadi kegemaran ramai orang di negara kita. Durian adalah pokok buah yang tergolong di dalam keluarga Durio. Perkataan durian adalah berasal daripada kulit buahnya yang berduri. Terdapat lebih kurang 30 spesis pokok durian. Cuma durian daripada spesis Durio zibethinus yang boleh diperolehi di pasaran antarabangsa, manakala spesis-spesis lain hanya terdapat di tempat ianya tumbuh.

Memandangkan buah durian adalah buah yang sangat terkenal dan digemari oleh ramai orang terutama orang Asia, maka terdapat banyak pendapat yang disebarkan oleh orang ramai, ada yang benar dan ada yang tidak benar.

FAKTA YANG BENAR MENGENAI DURIAN

1. DURIAN BOLEH MENINGKATKAN BERAT BADAN. Buah durian mempunyai kalori yang tinggi. Sebiji durian yang purata beratnya 1 kg mempunyai jumlah kalori hampir 1400 kalori, jadi mengambil sebiji buah durian sudah meliputi 70% daripada sejumlah 2000 kalori sehari yang disyorkan kepada seorang dewasa. Seulas buah durian mempunyai berat lebih kurang 40 gram ataupun 59 kalori.

2. DURIAN KAYA DENGAN NUTRIN. Durian kaya dengan potassium, serat, vitamin C dan vitamin B kompleks. Ia juga mengandungi asid amino tryptophan yang juga dikenali sebagai “pil tidur semulajadi” yang mungkin dapat membantu tidur. Durian juga mengandungi kandungan potasium yang lebih tinggi daripada buah pisang.

3. PESAKIT DIABETES MESTI MENGHADKAN PENGAMBILAN DURIAN. Disebabkan durian mempunyai kandungan gula yang tinggi yakni gula ringkas seperti sukros, fruktos dan glukos (Indek Glisemik yang tinggi), buah ini memang tidak sesuai diambil oleh pesakit diabetes, kecuali jika diambil dalam kuantiti yang sedikit.

4. DURIAN BOLEH MEMBERI TENAGA SEGERA. Disebabkan oleh kandungan karbohidrat yang tinggi dalam bentuk gula ringkas, ia memang boleh menjadi sumber tenaga segera.

MITOS MENGENAI DURIAN

Berikut adalah kepercayaan yang salah ataupun mitos mengenai durian.

1. DURIAN MENGANDUNGI KOLESTEROL YANG TINGGI. Jika dilihat di dalam jadual fakta nutrin buah durian jelas menunjukkan bahawa sebenarnya TIDAK ADA kolesterol di dalamnya.

2. DURIAN ADALAH PANAS DAN PERLU DIAMBIL DENGAN BUAH MANGGIS YANG SEJUK. Tidak ada istilah buah sejuk dan panas di dalam perubatan moden. Ianya tidak disokong oleh kajian saintifik. Tabiat mengambil buah durian bersama dengan manggis mungkin disebabkan oleh kedua-dua pokok durian dan manggis mempunyai musim buah yang sama.

3. MEMAKAN DURIAN MENINGKATKAN NAFSU/TENAGA SEK (LIBIDO). Tidak ada bukti saintifik yang menyokong dakwaan bahawa durian meningkatkan tenaga seks.

4. MENGAMBIL DURIAN BERSAMA DENGAN BEER BOLEH MEMBUNUH. Tidak ada bukti kajian saintifik yang menyokong dakwaan. Meminum alkohol sudah sememangnya memudaratkan, tetapi mengambil alkohol bersama dengan buah durian tidak menambah kemudaratan alkohol jika durian tidak diambil berlebihan. Pengambilan durian dan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kembong perut dan rasa tidak selesa di bahagian perut sebab organ hati perlu bekerja lebih kuat untuk menjalankan metabolism ke atas lemak dan gula yang terkandung di dalam alkohol dan durian.

Kesimpulannya buah durian memang mempunyai nilai nutrisi yang tinggi, jika diambil secara sederhana boleh menjadi sumber tenaga, mineral dan vitamin yang baik. Ia juga mengandungi lemak monotidaktepu yang lebih baik daripada lemak tepu. Mengambil sebanyak 2-3 ulas sekali makan adalah memadai tetapi disebabkan oleh ketagihan dan obses, orang ramai seringkali memakan buah durian secara berlebihan. Pengambilan durian yang berlebihan tentu tidak baik untuk kesihatan badan.

DDr Rushdan Noor
8hb Julai 2018

Selasa, 3 Julai 2018

Petua


1) - Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.
-Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
-Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.

2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
- Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
- Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
- Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
- Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
- InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
Surah Al - Baqarah, ayat 102

5 ) Resdung
- Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
- Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
- Setiap kolah masjid, 1 botol.
- Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
- Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
- Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
- Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
- Ulang sebanyak 7 kali
Surah Al - Anbya', ayat 83

6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
- Gunakan minyak zaitun
- Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
- Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
Surah At- Taubah ayat 14
&
surah Al - Hashr ayat 21

7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita
- Menggunakan madu asli
- Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
- Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
- Makan 1 sudu sehari
Surah An -Nahl, ayat 69

8) Angin pasang
- Menggunakan madu
- Amalkan ayat- ayat di bawah ini
-Surah Al - Isra', ayat 82
Surah Al - Hashr, ayat 21
Surah Ash - Shua'ra' ayat 70

9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
Bahan - bahan :
- Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
- Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
- Buah kelapa (yang berhingus)
Cara - cara :
- Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
- Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
- Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
- Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
- Minum air kelapa yang telah suam.
*Satu bji kelapa, selang 2 hari.

10) Susah tidur malam
Surah Al - kahf, ayat 11

11) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi
Surah - fussilat, ayat 44

12) Merawat histeria
- Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
- Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
*Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
- As saffat , ayat 7

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post