Rabu, 28 Disember 2016

Petani jagung

PETANI JAGUNG

Di satu desa di Osaka, Jepun, terdapat petani yang menanam jagung terbaik dan seringkali memenangi penghargaan 
_Jagung Terbaik_ sepanjang musim.

Suatu hari, seorang wartawan tempatan mewawancara untuk menggali rahsia kejayaan si petani.

Wartawan itu melihat satu kepelikan..iaitu petani tersebut selalu memberikan benih jagungnya kepada para tetangganya.

"Bagaimana anda boleh saling memberi benih jagung dengan tetangga anda, kemudian bersaing pula dengannya dalam persaingan yang sama setiap tahun?", tanya wartawan, dengan penuh rasa hairan dan takjub.

_"Tidakkah anda mengetahui angin menerbangkan serbuk debunga dari jagung yang akan berbuah  membawanya dari satu ladang ke ladang yang lain._

_Jika tetangga saya menanam jagung yang tidak baik , maka kualiti jagung saya akan menurun ketika debunga jagung bersilang._

_Jika saya ingin menghasilkan jagung berkualiti unggul, maka saya mesti membantu tetangga saya untuk menanam jagung yang bagus juga",_ jawab si petani itu.

Petani ini sangat memahami *prinsip memberi dalam kehidupan..*
Dia tidak dapat meningkatkan kualiti jagungnya, jika dia tidak membantu tetangganya untuk melakukan hal yang sama.
*****
*Kualiti kebaikan sering juga ditentukan oleh orang di sekitar kita..*

Orang yang baik, adalah yang mahu orang lain juga menjadi baik.

*Menjadi orang penting itu baik..*
Tapi..
*Menjadi orang baik itu lebih penting.*

Semoga Allah selalu membimbing kita sentiasa..
_berhati bersih, berfikiran jernih, berkata baik, dan berperilaku positif_

Kita pada Allah agar terhindar dari pujukan syaitan yang menyebabkan,
_hati kotor, fikiran keruh, perkataan buruk, dan sikap negatif_

Moga Kehidupan kita lebih bermanfaat pada 2017 yang sudah di ambang pintu.

Ayuh sahabat..
Mari menyebar luas kebaikan kepada ahli keluarga, teman, jiran tetangga, rakan setaman dan setiap insan ditemui..

*Usaha berterusan sehingga sampai helaan nafas terakhir..*

Hati seorang ibu

*Hati Seorang Ibu*

Apabila meningkat usia, hati makin sensetif, mudah terasa dan merajuk. Bukan orang cinta cinta saja suka merajuk, orang tua memasuki usia emas juga mudah terasa hati walaupun sebelumnya adalah seorang yang berjiwa kental dan tidak ambik peduli.

Tambahan dengan anak anak. Bukannya bila suruh anak buat sesuatu atau bila kita meminta sesuatu, apabila anak buat tak tahu dan tidak ambik peduli, kita rasa relax aja. Sungguh, ibu atau bapa pasti terasa hati dan berdukacita. Sedih bertingkat tingkat. Kadang tu apabila anak bersuara agak kuat, pun dah bergegar hati, takut anak jadi derhaka sebab anak terlupa sempadan neraka syurga.

Dah tua tua lagi mudah nak kecik hati dengan perangai anak anak. Minta tolong anak picit kaki, anak kata penat. Suruh anak  buat sesuatu, bertangguh tangguh. Ajak buat kebajikan, ada alasan. Terasa hati dan kecik hati dah macam bersarang dalam jiwa.

Tapi hati seorang ibu, kerana takut anak ke neraka, takut anak jadi derhaka, dia rela mendiamkan diri dan menangis sambil dalam hatinya istigfar. Melawan bisikan syaitan yang gembira apabila anak jadi derhaka. Berkata 'uhh' pun sudah dianggap derhaka apatah lagi jika anak melawan, membantah atau tidak ambik peduli permintaan emak bapanya.

*Seorang ibu tidak rela anaknya disakiti sejak lahir, alangkan nyamok gigit pun dia sanggup berperang mengejar nyamok, apatah lagi membiarkan langkah kaki anaknya menuju ke neraka. Sia sia mengandung, melahir, menyusu, mengasuh, mendidik dengan susah payah kemudian membiarkan anak ke neraka atas sebab anak tidak reti menjaga hatinya. Tidak sama sekali.*

Sepenuh jiwa raga saya abaikan bisikan syaitan dari mendoakan sesuatu yang buruk kepada anak. Istigfar, zikir atau doa supaya Allah ampunkan dosa dosa kita dan anak kita. Tak sanggup anak menjadi derhaka kerana kita merasa kecik hati. Kasihan anak. Kita kena usaha ubat hati kita supaya tidak terus berasa kecik hati dengan anak anak. Anak anak tu pun sebenarnya sedang diuji oleh tuhannya agar menjaga iman dan akhlak.

*Oleh itu wahai ibu ibu diluar sana, jangan sekali kamu berasa kecik hati dengan anak kamu. Mudahkan urusan agar kamu tidak mudah merajuk dengannya. Jika syaitan mengajak bersongkokol dengannya, segera menjauhkan diri. Istigfar jangan berhenti. Zikir, tasbih, takbir terus dialunkan sampai bergema di dalam tempurung kepala. Doakan yang baik baik untuk anak itu. Selagi masih ada rasa merajuk, teruskan berzikir dan beristgfar.*

Sayang anak bukan sahaja semasa di dunia tetapi nak kumpul bersama sama dengan anak di mahsyar nanti sambil berjalan menuju ke syurga.  Terus terusan berdoa agar Allah beri petunjuk dan jalan keluar sebarang masalah yang sedang dihadapi.

Sebab tu hati ibu, apabila selepas anaknya membantah suruhannya, dia masih boleh sembang dengan anak, boleh  gurau gurau dengan anak. Ketepi segala bisikan syaitan. Sebab mahu anaknya ke syurga. Tak mahu anaknya tergolong dalam golongan orang derhaka. Seorang ibu sanggup nangis di dunia dari dia nangis diakhirat nanti apabila cari anak tak jumpa jumpa.

Seorang ibu yang pengasih setiap malam doa, meredhakan anak anak, mengampun dosa anak anak, walau anak takde minta ampun kepadanya.  Doa doa kan yang baik baik untuk anaknya. Supaya apabila mati, dosa anak anak dengan telah terhapus. Seorang ibu tidak akan dendam dengan anaknya, kerana itu kerja sia sia.

Jadi wahai suri suri, jaga iman  jaga lah hati jangan sampai kita terdetik doa yang bukan bukan kepada anak kita. Rugi sangat, kesal sangat jika anak kita tak menjadi soleh atas kerana kita selalu nak kecik hati dan merajuk.

Utamakan anak kita kerana kita menunggu doanya di alam barzakh nanti. Doa anak orang belum  ada jaminan sampai ke kita.

Semua boleh jadi ibu solehah, semua boleh share status ini.

Tips bila hati rasa sebak dengan anak, bawa baring pejam mata menangis tapi dalam hati jangan berhenti istigfar, minta ampun dengan Allah. Jangan layan bicara hati yang sedih dan duka.

*#CATATANMENJELANGKEMATIAN*

Kisah tudung

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki.

Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah.

Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.

Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,"cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung.

Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan.

Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam.Dalam Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil.

Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.

Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri".

Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik.

Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu.

Saya sendiri jadi bingung. Bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.

Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah.

Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri.

Tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan.

Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak.

Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun).

Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah.

Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.

Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya". Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.

Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya.

Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini.

Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.

Butirannya seperti ini, soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!

Isteri jiranku: Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.

Isteri jiranku: Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.

Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita!

Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.

Annisa: apakah hakikat tudung?

Isteri jiranku: Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia.

Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.

Annisa: Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Duhai nisa, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua.

Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis.

Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.

Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah
sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab.

Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung, Allah SWT.

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.

Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu

"buta, tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya. Amin.

Subhanallah! Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua, wassalam.

Sabtu, 24 Disember 2016

Adat melayu dan Adat islam.

1. Mendengar berita kematian:

Melayu : Alfatihah

Islam : Innalillahi wa inna ilaihi rojiun

2. Usung jenazah

Melayu :

Baca al fatihah sambil usung jenazah. Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di Sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.

Islam :

Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu. Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.

3. Tanam jenazah

Melayu :

– Jirus air dengan jug yang diikat kain putih

– Tabur bunga

– Tabur batu

Islam :

Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.

4. Kubur jenazah

Melayu :

– Kubur dihias bagai pengantin

– Kubur ada bangunan

– Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati

– Ada pakej upah baca Al Quran

– Batu nisan 2

– Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta

– Perlu beri wang kepada orang solat jenazah

– Perlu beri wang kepada penggali kubur

– Perlu sediakan wang sekurang kurangnya $ 1000…MasyaAllah.

Islam :

– Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.

– Kubur tiada bangunan

– Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati

– Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan

– Batu nisan 1

– Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan

– Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah *FARDHU KIFAYAH* bagi umat islam.

5. Kenduri arwah

Melayu :

Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.

Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.

Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*

Islam :

Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu ( jenazah lelaki )

Allahummafirlaha warhamha waafihi wa’fuanha ( Jenazah wanita)

Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

6. Talqin

Melayu :

Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.

Islam :

Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.

Berlapang dada , renungkankah…Melayu sekadar bangsa dan islam itu akidah kita..

Jadikan pesan Nabi SAW dlm hadis sebagai panduan:-

“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak” (HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)

Adat melayu dan Adat islam.

1. Mendengar berita kematian:

Melayu : Alfatihah

Islam : Innalillahi wa inna ilaihi rojiun

2. Usung jenazah

Melayu :

Baca al fatihah sambil usung jenazah. Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di Sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.

Islam :

Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu. Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.

3. Tanam jenazah

Melayu :

– Jirus air dengan jug yang diikat kain putih

– Tabur bunga

– Tabur batu

Islam :

Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.

4. Kubur jenazah

Melayu :

– Kubur dihias bagai pengantin

– Kubur ada bangunan

– Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati

– Ada pakej upah baca Al Quran

– Batu nisan 2

– Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta

– Perlu beri wang kepada orang solat jenazah

– Perlu beri wang kepada penggali kubur

– Perlu sediakan wang sekurang kurangnya $ 1000…MasyaAllah.

Islam :

– Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.

– Kubur tiada bangunan

– Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati

– Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan

– Batu nisan 1

– Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan

– Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah *FARDHU KIFAYAH* bagi umat islam.

5. Kenduri arwah

Melayu :

Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.

Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.

Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*

Islam :

Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu ( jenazah lelaki )

Allahummafirlaha warhamha waafihi wa’fuanha ( Jenazah wanita)

Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

6. Talqin

Melayu :

Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.

Islam :

Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.

Berlapang dada , renungkankah…Melayu sekadar bangsa dan islam itu akidah kita..

Jadikan pesan Nabi SAW dlm hadis sebagai panduan:-

“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak” (HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)

Khamis, 22 Disember 2016

Lahir tahun 50.. 60.. 70.. 80.. an

Siapa yg lahir pada tahun 50'60'70'80an..?

1-   Kita yang lahir di tahun  
      50-60-70-80 an, adalah
      generasi yang layak
      disebut generasi paling
      beruntung. Kerana
      kitalah generasi yang  
      mengalami loncatan
      teknologi yang
      begitu revolusi di abad
      ini, dengan keadaan usia
      prima.
     ✌😬✊🤓👊☺👍

2-   Kitalah generasi terakhir
      yang pernah menikmati
      riuhnya suara mesin taip.
      Sekaligus saat ini jari
      kita masih lincah menari
      di atas keyboard pula.
       📃📄📝💻💻

3-   Kitalah generasi terakhir
      yang merakam lagu dari
      radio dengan tape
      recorder. Sekaligus
      kita juga menikmati
      mudahnya memuat-turun
      lagu dari gadget.
      😄  🔊  📻. 📼. 📱

4-   Kitalah generasi semasa
      kanak2 bertubuh lebih
      sihat dari anak masa
      kini kerana mandi sungai,
      panjat pokok, melastik,
      guli, getah gerip, adalah
      permainan yang tiap hari
      akrab dengan kita.
      Sekaligus saat ini mata
      dan jari kita tetap lincah
      memainkan pelbagai
      game  di gadget .
      🏃🎈🏊💃📱💻

5-   Kitalah generasi terakhir
      di masa remaja yang
      pernah mempunyai
      geng yang tanpa janji,
      tanpa telefon / sms tapi
      selalu boleh berkumpul
      bersama menikmati
      malam minggu
      sepuasnya...🌚 🌘
      Kerana kita adalah 
      generasi yang
      berjanji cukup  dengan
      hati. Kalau dulu kita
      harus bertemu untuk
      bergelak tawa bersama.
      Kini kitapun tetap bisa
      ber ''😄😃😀😝😛😜
      😂'' di grup Facebook/
      WhatsApp .
      🎇  🌠. 🌌. 🌈

6-   Kitalah generasi terakhir
      yang pernah menikmati 
      lancarnya jalan raya
      tanpa jammed di mana-
      mana. Juga naik motor
      menikmati segarnya
      tiupan angin di jalan
      tanpa helmet di kepala.
      😀😃😅🚴 🚵

7-   Kitalah generasi terakhir
      yg pernah menikmati
      tanpa perlu berpikir ada
      penculik yg
      membayangi kita.
       👧 🚶. 👬. 🏃. 💃

8-   Kitalah generasi terakhir
      yang pernah merasakan
      nikmatnya menonton tv
      hitam putih dengan
      senang untuk pindah
      saluran sana sini
     😔😞😞😞

9-   Kitalah generasi terakhir
      yang pernah begitu
      mengharapkan
      datangnya posmen    
      Menghantar surat, dari
      sahabat atau kekasih
      hati😍.📬😍📩.😘💌

10. Generasi yg bawa
       RM0.10 - RM0.50
       ke sekolah tapi blh
       makan sampai
       kenyang kat kantin ...

Itulah kita....

Rabu, 21 Disember 2016

Insurans Menurut Perspektif Islam

Insurans Menurut Perspektif Islam

Benarkah Insurans Haram Menurut Islam?

1. MUQADDIMAH

Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah . Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya.

Penulisan ini akan menyentuh aspek berikut :-

1. Pembahagian insuran.
2. Perbezaan Fatwa Ulama' mengenai hukum insuran
3. Mengapa insuran perniagaan difatwakan haram?
4. Apakah dalil para Ulama yg mengharuskannya & syarat utk menyertainya?
5. Alternatif Islam dalam hal Insuran.

Secara ringkasnya, perbincangan hukum insuran telah dibincangkan begitu panjang oleh para ulama' tertutamanya di kalangan ulama' Timur Tengah. Oleh kerana sistem Insuran ini suatu ciptaan yg dikira baru menurut zaman iaitu disekitar tahun 1666 m di London, system ini hanya menembusi dunia Islam arab hanya sekitar 1830 M.
Al-Mu'amalat al-Maliah al-Mu'asirah. Prof. Dr Othman Syabir, cet Dar an-Nafais, hlm 106.
Ini dapat dilihat daripada fatwa pertama yg dikeluarkan oleh Al-Allamah Al-Syeikh Muhd Amin (Ibn 'Abidin, wafat thn 1836 m @ 1252 H) Beliau merupakan fuqaha' ulung bermazhab Hanafi di Syam dan dianggap cendikiawan Islam pertama yg mengeluarkan fatwa berkenaan Insuran.
Hasyiah Ibn 'Abidin, Jilid 4, hlm 170

Bagi memudahkan perbinacngan ringkas ini, elok kiranya dijelaskan dua bentuk
asas Insuran, ia adalah :-

1. Insuran Bersifat Perniagaan @ Komersial (Takmin Tijari)
2. Insuran Kerjasama @ Masyarakat (Takmin Ta'awuni @ ijtima'ie)

Insuran Bersifat Perniagaan (Takmin Tijari) :

Ia adalah suatu kontrak perniagaan (business) drpd jenis Kontrak Pertukaran
Kewangan ('Uqud Mu'awadat Maliah). Ia mewajibkan syarikat Insuran membayar
jumlah tertentu kepada pencarum insuran apabila berlaku beberapa jenis
kemalangan @ musibah yg telah ditentukan di dlm kontrak (aqad) bersesuaian dgn kadar2 tertentu. Ia juga bergantung kpd jumlah caruman pencarum.
'Uqud at-Takmin, Dr. Jamal Hakim, Jld 1, hlm 33

Kontrak Insuran ini mengandungi item berikut :

1. Redha di kedua2 pihak ( iaitu syrkt Insuran dan Pencarum), Ia ibarat
kontrak yg mengandungi aspek ijab & qabul.

2. Pihak yg memberi insuran, iaitu pihak syarikat Insuran.

3. Pencarum, individu yg membayar jumlah tertentu dan yg membuat penjanjian
dgn syarikat Insuran.

4. Yang menerima manfaat, iaitu spt anak kpd individu atau isteri dan lain2.

5. Kebahayaan @ musibah, Iaitu jenis2 musibah @ kemalangan yg diandaikan yg
ditentukan di dlm kontrak, spt kecurian, kebakaran, kecederaan, kematian dan
lain2.

Bentuk Insuran ini spt :-
Insurans Terhdap Musibah Menimpa Tubuh, Insuran Nyawa, Insuran Harta dan pecahannya (kereta, motor, rumah dan lain2) , Insuran Kemalangan Jalanraya, Insuran Kerja dan lain2.

Saya menganggap, pembaca tentu telah memahami perkara ini secara praktikal di Malaysia, ia adalah sesuatu yg telah diketahui umum dalam dunia kehidupan di Malaysia.

Insuran Bersifat Kerjasama @ Kemasyarakatan (Ta'awuni):

Ia adalah suatu kontrak berbentuk derma @ sumbangan drpd sesuatu Badan
Pengurusan Insuran Kerjasama kpd para pencarumnya atas dasar saling bantu
membantu mengurangkan bebanan musibah yg ditanggung pencarum (ahli masyarakat).

Ia tidak bertujuan mengumpul dan mencari keuntungan daripada simpanan wang
pencarum. Ia juga bukan suatu jenis perniagaan..
Qarar Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Sedunia) bertarikh 1978 M, dinaqal drpd Dr. Uthman Syabir, hlm 131.

Demikian dua bentuk insuran yang asas. Bentuk yang pertama tidak disepakati
sepenuhnya tentang hukumnya bgmnpun Majoriti ulama' mengharamkannya, manakala jenis yg kedua disepakati sebulat suara tentang keharusannya di dalam Islam.

2. ULAMA' DAN HUKUM INSURAN JENIS PERTAMA

Sebagai pembuka tirai perbincangan, terlebih dahulu penulis ingin menyebut
bahawa Kesatuan Ulama' Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh 'Alami) telah pun bersidang
memperbincangkan hukum Insuran Bersifat Perniagaan ini. Keputusannya, jumhur @ majoriti dari mereka sepakat terhadap PENGHARAMAN insuran ini.

Secara perincian, masih terdpt sebilangan ulama' besar yg berpandangan
sebaliknya. Ringkasan pecahan kumpulan ulama' ini adalah seperti berikut :-

1. Kumpulan Yg Mengharamkan Insuran Bersifat Perniagaan & Jenis-jenisnya.
Mereka terdiri daripada ulama' berikut :-

a. As-Syeikh Al-Allamah Muhd Amin Ibn Abidin (1836 M)
b. As-Syeikh Al-Imam Muhd Abu Zuhrah (Meninggal tahun 1972
Prof.Syari'ahUniv. Kaherah, dianggap ulama' terulung dlm Ilmu Fiqh)
c. As-Syeikh Al-Imam Muhd 'Abduh (menurut qawl yg lebih shohih)
d. As-Syeikh Muhd Bukhait al-Mut'ie (Bekas Mufti Mesir, meninggal 1935 M )
e. As-Syeikh Al-Allamah Ahmad Ibrahim al-Husayni (Fuqaha' terulung Mesir &
dianggap mujaddid Fiqh Mesir)
f. As-Syeikh Najm al-Din al-Wa'iz (Bekas Mufti Iraq)
g. As-Syeikh Muhd al-Ahmadi al-Zawahiri (Bekas Syeikh al-Azhar)
h. As-Syeikh Salim Matar al-Bisyri (Bekas Syeikh al-Azhar)
i. As-Syeikh Hasunah an-Nawawi (Bekas Syeikh al-Azhar)
j. As-Syeikh Abd Rahman Mahmud Qara'ah (Bekas Mufti Mesir)
k. As-Syeikh Prof. Dr Yusoff al-Qaradhawi (Ulama' dan Da'ie terkemuka di dunia
Islam hari ini, Prof. Syarih di Univ. Qatar)
l. Prof. Dr. Muhd Ali Salus (Prof. Fiqh di Univ. Qatar)
m.Prof. Dr. Muhd Othman Syabir (Prof. Fiqh di Univ. Jordan & Qatar)
n. As-Syeikh Prof. Dr Muhd Baltaji (Prof di Univ Kaherah kini, di anggap
Fuhaqa' teralim di ketika ini)
o. As-Syeikh Dr. Abdullah al-Qalqili (Bekas Mufti Jordan)
p. Prof. Dr Muhd Sulaiman Asyqar (Prof. Fiqh di Univ. Jordan & Ulama' terkenal
di Jordan kini)
q. Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli (Prof. Di Univ. Damshiq Syria, Ulama' terkenal
di dunia)

2. Kumpulan Yg Mengharuskan Insuran Dgn Meletakkan Syarat2 Tertentu. Mereka adalah :

a. As-Syeikh Abdullah Siyam (Ulama Takhassus Fiqh dalam tahun 1932 M)
b. As-Syeikh Prof. Abd Wahab Al-Khallaf (Prof. Syariah di Univ. Kaherah, wafat
thn 50 an)
c. As-Syeikh Prof. Dr. Yusoff Musa (Prof. Syariah di Univ. Kaherah)
d. As-Syeikh Prof. Dr. Mustafa az-Zarqa'(Prof. Syariah di Univ. Jordan &
Ulama' terulung sezaman dgn Abu Zuhrah)
e. As-Syeikh Prof. Dr. Muhd 'Uqlah al-Ibrahim (Prof. Syariah Univ. Al-Yarmouk
& ulama' terkenal di Jordan kini)

3. Kumpulan Yg Mengharuskan Insuran Kecuali Insuran Nyawa.

Mereka adalah :

a. As-Syeikh Prof. Muhd Ahmad as-Sanhuri (ulama' terkemuka di tahun 50 an)

b. As-Syeikh Prof. Dr Ali Khafif (ulama' Mesir yg terkemuka di bidang fiqh
mu'amalat)

Demikianlah pecahan kumpulan ulama' terkemuka di dunia Islam yg terzahir
pandangan mereka melalui kitab2 mereka dan nadwah2 Islam di seluruh dunia.
Mengikut jumlah, kumpulan ulama yg mengharamkan insuran jenis perniagaan adalah majoriti.

Kajian dan perbincangan mereka adalah panjang dan boleh mencecah ratusan
halaman. Justeru penulis tidaklah berhasrat untuk memperbicarakan dalil2
kedua-dua kumpulan tersebut. Cukup sekadar mengemukakan asas hujjah mengapa ia di anggap haram oleh majority ulama' & apakah dalil asas ulama' yg
mengharuskannya.

3. SEBAB INSURAN BERSIFAT PERNIAGAAN MENJADI HARAM ?

Ia adalah satu perbincangan 'ilmiah & sebenarnya memerlukan 'basic knowledge'
tertentu yg agak luas untuk memahaminya dgn sempurna, bgmnpun penulis akan cuba memudahkan dalil2 ini demi memberikan kefahaman semaksimum mungkin di kalangan org awam. Selebihnya perlulah pembaca melakukan kajian dan rujukan kpd Ulama Takhassus(pakar) Fiqh di Universiti-universiti bg penjelasan dgn lebih terperinci.

Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dlm bab ini, pembaca mestilah mempunyai ilmu asas berikut :-

- Pembahagian kpd Aqad Mu'awadat (Pertukaran) & Tabarru'ah (Derma @ Sumbangan)
- Riba & pembahagiannya
- Syarat jual beli dalam Islam.
- Jual beli Gharar dan pecahannya.
- Serba sedikit tentang Qias (Perbandingan Hukum).
Begitulah serba sedikti ilmu asas yg diperlukan bagi melahirkan kefahaman jitu
dlm masalah ini.

Menurut kumpulan pertama, Insuran bersifat perniagaan adalah haram kerana :-

1. Terdapat Unsur Riba
Al-Mu'amalah al-Maliah, Dr Uthman Syabir, Dar al-Nafais, cet ke 4, hlm 118 ; Fiqh al-Islami wa adillatuhu, Dr. Wahbah Az-Zuhayli, Jld 5, hlm 3423

Riba jelas wujud, apabila syarikat insuran membayar jumlah tertentu kpd si
pencarum yg terkena musibah. Ia dianggap riba kerana wang (dari pencarum)
berbalas wang (dari syarikat) dgn jumlah yg berbeza, padahal wang merupakan item riba (usurious items) sbgmn 6 item yg disebutkan Nabi di dlm hadithnya. Nabi  telah mensyaratkan dgn jelas dan terang, apabila bermu'amalah di antara dua item riba yg sama jenis (cth di sini wang RM dgn wang RM), mestilah dgn syarat:

a. Sama timbangan (mathalan bi mathalin ? jika melibatkan timbangan spt beras, gandum, garam dan lain2)

b. Sama Nilai (mathalan bi mathalin)

c. Diserahkan di ketika mu'amalah di lakukan. (yadan diyadin)
Syarat ini bersumber dari hadith :

Mafhum : Jgn kamu jual emas dgn emas kecuali bersamaan nilaian dan
timbangannya, jgn kamu melebihkan salah satu darinya di atas yg
lain.." ( Al-Bukhari & Muslim)

Mafhum : Jgn kamu jual emas dgn pulangan emas, perak dgn pulangan
perak kecuali (mestilah ia) dlm timbangan yg sama, nilaian yg sama..

Maka setiap perbezaan timbangan atau nilai (dlm item ribawi) di anggap
Riba al-Fadl yg diharamkan (Tahrim wasail). Apabila pencarum mendapat
pulangan wang dgn jumlah berbeza maka berlakulah Riba al-Fadl ini.
Iaitu:
TIDAK ADA KESAMAAN NILAI DLM URUSNIAGA DUA ITEM RIBA!

Manakala pembayaran bertangguh dlm 2 brgn ribawi adalah Riba
An-Nasi'ah yang diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dlm
al-Quran.

Dalam hal insuran sudah tentulah berlaku penangguhan, iaitu apabila
pencarum terkena musibah barulah akan dibayar jumlah tertentu. Inilah
dinamakan Riba An-Nasiah. Prof. Dr Muhd Baltaji, menjelaskan bhw
kontrak insuran ini sama sekali tidak boleh lari dari Riba An-Nasiah
ini. Beliau juga menegaskan bhw mana2 hujah utk lari dari anggapan
riba ini adalah suatu helah yg tidak sah menurut pandangan syarak .
'Uqud at-Takmin, hlm 111
Justeru Insuran mempunyai kedua2 jenis Riba lalu ia digelar Riba An-Nasa'

- Perlu disedari bhw insuran biasa yg byk terdpt di Malaysia hari ini adalah
bersifat perniagaan (Takmin Tijari) yg mana, syarikat insuran mengganggap usaha mereka adalah sbg satu perniagaan yg bertujuan mencari keuntungan. Justeru, secara jelas kontrak yang dipersetujui oleh pencarum dan syarikat adalah termasuk katergori Aqud Mu'awadah Maliah (Kontrak Pertukaran Harta) dgn cara Perniagaan. Semua kontrak yg terlibat dgn item ribawi mestilah menjaga 3 syarat yg disebutkan dia atas tadi. Jika tidak ia akan jatuh ke hukum Riba yg diharamkan.

- Walapun adakalanya pencarum tidak berniat mencari keuntungan dari
carumannya bahkan hanya utk merasa lebih selamat terhdp keretanya, rumahnya, ahli keluarganya dsbgnya, tetapi ia tetap dianggap riba. Zahir urusniaga insuran tadi cukup untuk mengkategorikan ia sbg riba, walaupun maksudnya tidak selari dgn riba yg sebenarnya (iaitu mencari untung). Berapa byk kes yg telah ditemui, terdpt individu yg sengaja menghilangkan kereta utk meraih wang insuran, pembunuhan ahli keluarga utk mendpt wang insuran bernilai jutaan RM dan lain2.

- Riba juga boleh berlaku dgn sgt jelas apabila wang caruman tersebut
diperniagakan oleh syarikat insuran di dalam syarikat lain dgn kadar faedah
tetap yg diharamkan (biasanya di bank konvensional, bukan secara mudharabah), atau mana2 syrkt yg bermu'amalah secara riba. Berlakulah pertambahan wang
caruman tadi hasil simpanan wang tadi. Malah lebih teruk kiranya, syrkt insuran
meletakkan wang itu di dlm syrkt yg melakukan urusniaga haram spt arak, judi dan lain2.

2. Terdapat unsur ketidaktentuan (gharar)
Rujuk Al-Mu'amalat al-Maliah al-Mu'asirah, Dr Ali Ahmad Salus, Maktabah al-Falah, cet kedua, hlm 380 ; lihat juga 'Uqud at-Takmin, Dr Muhd Baltaji, Dar al-Urubah, Kuwait,

Nabi  bersabda dalam hadith yg shohih bhw Baginda "Melarang drpd
urusniaga yg mengandugi gharar" (Riwayat Muslim).
Muslim, Kitab al-Buyu' ; Malik dlm al-Muwatta' ; Ahmad dari Ibn Umar dlm al-Musnad ;
Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar Al-'Asqolani, Jld 5, hlm 260

Ia berlaku apabila, kedua2 pihak (pencarum & syarikat) saling tidak
mengetahui apa yg akan berlaku, bilakah musibah akan menimpa?, minggu depan, tahun depan ? dsbg.. Ia adalah satu kontrak yang dibuat berlandaskan andaian (ihtimal) semata2.

Sekiranya A mencarum RM 1000 hari ini, tiba2 berlaku kehilangan keretanya
esok, maka mungkin jumlah insuran yg akan diperolehinya berlipat kali ganda
berdasarkan pakej insuran syarikat tertentu. Bukankah ini membebankan
syarikat, dgn itu ketidak adilan berlaku terhdp syrkt. Begitu juga, kiranya
pencarum mencarum sehingga suatu jumlah RM 100,000 sedangkan kereta tidak
pernah ditimpa musibah selama 30 tahun. Sudah tentu pencarum akan tertanya2
bgmn wangnya? Adakah akan hangus begitu shj ? malah kiranya ditimpa musibah, kemungkinan jumlah yg diperolehi ¼ dari carumannya. Bukankah pencarum pula yg tertindas?.

Ini lah yg disebut ketidak tentuan (gharar) yang dilarang di dlm Islam,
Kehebatan system Islam dlm urusniaga amat mengambil berat hal ini, agar
kedua2 pihak tidak dizalimi atau terzalim. Kerana itu Islam mensyaratkan
beberapa syarat sah urusniaga Jual Beli, tanpanya jual beli dan kontrak
menjadi rosak, antara syaratnya .
Al-Majmu' Syarh al-Muhazzab, Al-Imam An-Nawawi, cet Dar Ihya' at-Turath al-Arabi, Jld 9, hlm 210 ; Qabasun Fi Fiqh al-Mu'amalat, Prof. Dr Abd Fatah Idris, hlm 29 ; Al-Fiqh al-Islami, Dr Wahbay az-Zuhayli, 5/3325 :-

a. Timbangan yg maklum (diketahui jelas?kiranya jenis yg ditimbang)

b. Barang & harga yg jelas dan dimaklumi (tidak boleh harga yg dijahili ketika
beli)

c. Penjualan barangan tidak dihadkan kpd tempoh tertentu masa yg jelas.

d. Mempunyai tempoh tangguh yg dimaklumi (samada tempoh serah barang mahupun harga), iaitu kiranya melibatkan urusniaga jualan tangguh.

e. Redha kedua2 pihak dgn urusniaga yg dijalankan.

f. Sama Nilai & timbangan serta penyerahan di dlm majlis yg sama tanpa tangguh dalam urusniaga item ribawi. Menurut Islam, gharar ini merosakkan Aqad.
Baltaji, hlm 68.
Demikian Islam menjaga kepentingan manusia dlm aspek ini. Al-Imam An-Nawawi menyatakan, larangan gharar dlm urusniaga Islam mempunyai peranan yg begitu hebat dlm menjamin keadilan. Cth Jual beli gharar ini adalah membeli atau menjual anak lembu yg masih dlm keadaan janin dlm perut ibunya, Menjual burung yg terbang di udara. .

Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim, Lihat Bab Buyu' dlm semua cetakan.

Ia menjadi gharar krn tidak dpt dipastikan sempurnakah janin yg akan
dilahirkan, dpt kah ditangkap burung itu. Maka kiranya dibayar harga, tiba2
brgan tidak sempurna, lalu pembeli tidak puas hati, hingga terjadi
permusuhan & pergaduhan. Islam melarang gharar demi mengelak kejadian spt
ini. Bgmnpun, Islam memaafkan gharar yg sedikit yg tidak dpt dielakkan serta
yg diyakini tidak menjejaskan urusniaga..
Ibid, Jilid 4/ hlm 5-6 ; Rujuk juga Fath al-Bari, 5/260 dan As-Syarh al-Shoghir 3/95
Byk lagi dlm aspek lain menunjukkan toleransi urusniaga Islam yg sukar utk diperkatakan di dalam penulisan yg ringkas terfokus ini. Jika kedua2 pihak saling meredhai dan menjamin tiada pertelingakahan akan berlaku, kontrak tadi secara zatnya tetap termasuk dlm rangkuman bay' al-gharar yg diharamkan. Walaupun nisbah peratusan atau kadar bayaran telah ditentukan agar pencarum maklum, ia tetap juga tidak tahu, bilakah musibah akan berlaku. Justeru tetap ada gharar di situ. .
Rujuk perbincangan yg lanjut & menarik dlm 'Uqud at-takmin, Dr. Muhd Baltaji, hlm 76-93

3. Terdapat unsur Perjudian.

Judi jelas diharamkan oleh Allah SWT di dlm al-Quran tanpa syak lagi.
Insuran mengandungi unsur ini krn ia berkait dgn nasib samada berlaku musibah
atau tidak berlaku. Adakala apabila musibah berlaku, pencarum mendapat
pulangan lumayan & dikira untung, mungkin juga sebaliknya. Inilah unsur judi
yang dimaksudkan. Demikian menurut As-Syeikh Bakhit al-Mut'ie dlm risalahnya
hlm 14, juga ulama' lain. Pencarum pula ketika mencarum mengharapkan dgn
carumannya yg sedikit, ia boleh mendapat sejumlah wang yg lumayan kiranya
berlaku musibah. Ini juga suatu perjudian.
Ahkam Mu'amalat Mu'asirah, Dr. Ali Salus, hlm 380

Bgmnpun Prof. Mustafa Zarqa' menolak insur ini terdpt di dalam Insuran dgn
katanya :
"Sesungguhnya judi adalah suatu permainan yg bergantung kpd nasib
dan ia bertentangan dgn akhlak kemanusiaan..Di mana letaknya anggapan insuran bersifat judi sedangkan ia adlh suatu system yg tegak di atas dasar bantu mengurangkan bebanan manusia lain ketika ditimpa musibah.."
Usbu' al-Fiqh al-Islami, hlm 398 ; juga artikel Syeikh Ali Khafif, hlm 17

Syeikh Muhd Abu Zuhrah menolak hujjah ini krn terdpt pada insuran unsur
'mukhatarah' (nasib dan musibah dan bahaya). Dr Muhd Baltaji menambah, bhw
inilah sebab utama ia dianggap judi yg diharamkan, aspek samada ia boleh
membawa permusuhan atau tidak bukanlah sebab utama 'Uqud at-Takmin, hlm 98. Malah jelas bhw insuran adalah suatu kontrak yg dibuat terhdp satu perkara yg tidak pasti dari kedua2 pihak. (kedua pihak tidak tahu jumlah yg diperolehi
dan apa pula yg akan dibayar)

Apa yg disebut oleh Syeikh Zarqa' hanyalah suatu pandangan yg tidak dpt lari
dr hakikat bhw unsur judi wujud dlm insuran & Dasar Bantu yg disebutkan
adalah tidak tepat krn syrkt inusran ditubuhkan atas dasar perniagaan yg
ingin untung bukan dasar bantu membantu. Ia berbeza dgn insuran ta'awuni yg
dihalalkan Islam (akan disebutkan selepas ini). Demikianlah hujjah utama kumpulan ulama' yg mengharamkan Insuran Jenis Perniagaan.

4. RINGKASAN DALIL KUMPULAN YG MENGHARUSKAN

Kumpulan yg mengharuskan Insuran ini berhujjah dgn dalil2 Qias (Perbandingan
Hukum) Secara umum, mrk menggunakan dalil qias dalam hujah mereka, iaitu dgn mengqiaskan kpd beberapa system yg zahirnya kelihatan spt system insuran, yang mana sistem2 ini diterima di dalam Islam. Mrk meng'qias'kan insuran dgn system berikut :

a. 'Aqd al-Hirasah (Kontrak Pengawal Keselamatan)

b. Jaminan Keamanan Laluan (Dhoman Khatar at-Toriq) ? suatu aqad yg diterima pakai oleh ulama' Mazhab Hanafi.

c. Maslahat (kepentingan tertentu)

d. Al-Wadi'ah bi ajr (Penerimaan bayaran balik bila barangan amanah rosak)

e. Sistem Pencen @ Persaraan ( Nizom at-Taqa'ud)

f. Dharurat atau krn hajat yg bersgtan ( Hajiat)
Dan beberapa yg lain.

Penulis tidaklah ingin mengulas lanjut dalil2 ini krn ia memerlukan ilmu asas
utk memahaminya dan agak rumit utk diulas dlm ruangan yang terhad. Cuma penulis hanya ingin mengulas hujah dharurat shj.

Kumpulan yg mengharuskan mengatakan bhw penggunaan insuran adalah suatu dharurat kini, tidak dpt lagi darinya dalam konteks ekonomi dunia Moden hari ini. Kaedah Dharurat telah diterima di dalam Islam sehingga terdpt kaedah2 di dalam Fiqh seperti :

Mafhum : Dharurat mampu mengharuskan perkara yg diharamkan.

Mafhum : Kesukaran yg bersangatan membawa kpd kemudahan (rukhsoh)

Mafhum : Apabila disempitkan sesuatu perkara maka yg menyalahi bertambah luas.

Kumpulan ini berhujah bhw, Insuran jenis perniagaan ini telah begitu tersebar
meluas di dalam masyarakat hari ini, sehingga hampir2 menjadi sebahagian drpd kehidupan masyarakat. Melarikan diri dari system in adalah sesuatu yg amat
menyukarkan, dgn demikian jadilah Insuran sbg satu keperluan yg mencecah tahap dharurat .

Imam as-Syatibi mentakrifnya sbg : Suatu perkara yg mesti dilakukan,
tanpanya kehidupan tidak akan dpt berjalan, malah kehancuran pasti berlaku
samada di dunia dan di akhirat.
Lihat al-Muwafaqat, jld 2, hlm 20
atau paling kurang jatuh ke tahap 'hajiat' . Takrifan Imam As-Syatibi : Perkara yg menjadi keperluan manusia, tanpanya kehidupan dpt berjalan tetapi dalam keadaan sukar dan kesempitan.
Lihat al-Muwafaqat. .
Dgn itu Dr. Ibrahim At-Tohawi menyatakan ia sbg keperluan yang mesti dalam kehidupan hari ini.
Al-'Iqtisod al-Islami, Dr. Ibrahim At-Tahowi, jilid 1, hlm 441 ; Juga 'Usbu' al-Fiqh al-Islami, hlm 476

Kumpulan pertama menolak hujjah Dharurat & Hajiat ini. Ini adalah kerana sesuatu hanya boleh dianggap Dharurat apabila :-

a. Tanpanya, benar2 masyarakat akan menuju kehancuran dan kerosakan dan kelam kabut. Manakala Insuran tidaklah sampai ke tahap ini, berapa ramai masyrkt yg masih boleh hiudp tanpa sebarang insuran, tegasnya kehidupan masih normal cuma beberapa maslaah & kesukaran mungkin berlaku. Justeru, pihak pertama berpandangan keperluan Insuran tidak sampai ke tahap dharurat malah hanya hajiat shj.

b. Insuran bersifat perniagaan hanya boleh diiktiraf sbg Dharurat & Hajiat,
hanya jika tiada langsung alternatif system Insuran berbentuk Islam yang
diiktiraf Islam. Maka dalam hal ini, terdpt di dalam Islam system Insuran Islam
yg dinamakan Takmin Ta'awuni atau Ijtima'ie (akan disebut slps ini). Ia adalah
harus dan sepatutnya mengambil tempat insuran jenis perniagaan yg hari ini.
Lalu, Hujah Dharurat mahupun Hajiat tidak terpakai di sini.

Kesimpulannya di sini, hujjah kumpulan kedua yg terakhir ini juga tertolak,
malah Qias tidak mampu bertentang dgn nas yang jelas. Nas jelas menyatakan unsur Riba, judi yang menjadi asas pengharaman terdapat di dlm system Insuran yg bersifat perniagaan. Malah hukm pada asal yg ingin dijadikan qias pun tidak
sebegitu kuat. Justeru, kumpulan kedua menganggap semua qias yg cuba digunakan oleh kumpulan Kedua ini adalah Qias ma'al Fariq (Perbandingan hukum yg tidak sah krn terdpt perbezaan antara Hukum Asal & Furu').

5. PENDAPAT YG TERPILIH MENURUT PENGAMATAN PENULIS.

Perlu diingat bhw beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat yang menggabungkan para ulama' terulung di seluruh dunia di beberapa kali diadakan, Kontrak Insuran juga telah diperbincangkan oleh mereka. Antara muktamar yg telah dilaksana :

1. Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali Pertama tahun 1976 M di Mekah. Peserta hampir 200 para ulama, Prof Syariah dan tokoh2 ekonomi. Insuran adalah salah satu topik perbincangan mrk. Keputusan mrk adalah : INSURAN JENIS PERNIAGAAN ADALAH HARAM. Sebab utamanya adalah Riba & Gharar.

2. Majlis Kesatuan Ulama' Besar bermesyuarat pada tahun 1977 M, di Arab Saudi.
Keputusan : Insuran jenis Perniagaan adalah Haram.

3. Majma' al-Fiqh al-Islami al-'Alami (Kesatuan Ulama Fiqh Dunia) bersidang
pada tahun 1979 M di Mekah al-Mukarramah, Keputusan Majoriti: Insuran Jenis
Perniagaan HARAM samada ke atas Barangan Perniagaan , Nyawa dan lain2 drpd jenis harta.

4. Majma' al-Fiqh al-Islami sekali lagi bersidang pada 28 Disember 1985 di
Jeddah, juga memutuskan sekali lagi pengharaman Insuran Jenis Perniagaan.

Majma' Fiqh juga secara ijma' mengharuskan insuran jenis kerjasama
(ta'awuni) dan mencadangkan ia sbg alternatif insuran perniagaan dan
diseru seluruh umat Islam menggiatkannya di negara masing2..
Al-Mu'amalat al-Maliah al-Mua'asirah, Dr. Othman Syabir, hlm 129 ; juga Al-Fiqh
al-Islami, Dr Wahbah Az-Zuhayli, 5/3423

Justeru, pendapat jumhur kelihatan terlebih kuat daripada pandangan kumpulan
kecil fuqaha'. Amat sukar untuk mendapat kewajaran bagi individu biasa bg
menfatwakan sebaliknya setelah diulas sebegitu terperinci oleh Para Ulama'
terkemuka di dunia, Para ahli ekonomi biasa dan Prof2 Syariah di Universiti
terkemuka Islam.

Penulis tidaklah mampu untuk menentukan mana2 syarikat Insuran yg terdpt di
Malaysia yg dikelaskan Insuran Bersifat Perniagaan yg difatwakan haram dan mana pula insuran jenis ta'awuni @ ijtima'ie yg difatwakan secara ijma' tentang
keharusannya. Ini adalah krn penulis tidak mempunyai gambaran lengkap mengenai proses perlaksanaan syarikat2 insuran di Malaysia serta keberadaan di Jordan menghalang pengkajian praktikal di Malaysia. Apapun menurut hemat penulis, nsuran Ta'awuni telah pun banyak wujud di Malaysia dan boleh menjadi tumpuan para pembaca sekalian.

Bagi mereka yg masih ingin mengambil pendapat yg mengharuskan, perlulah
mengetahui beberapa syarat yg diletakkan, krn ia tidaklah diharuskan secara
mutlaq. Antara syarat :

1. Memastikan niat sbg pencarum adalah utk mendapat bantuan, tanggungan dan sedikit ketenangan kiranya berlaku sbrg musibah terhdp harta dan lain2 agar
dapat menghindarinya sbg alat perniagaan. Juga dgn harapan, pencarum tidak
terlibat dalam unsur judi.

2. Memastikan semampu mungkin, bhw Syrkt Insuran yg dipilih bermu'amalah
secara Islamik, tiada pelaburan dlm inudstri yg diharamkan, serta mempunyai asas utama takaful (skim Bantu membantu) secara zahirnya. Manakala, target perniagaan dan untung yg disasarkan oleh syrkt tidaklah kelihatan secara zahir. Dalam hal ini mungkin Syarikat Takaful Malaysia atau Insuran yg dinajurakan oleh Bank-bank berasaskan sistem Islam kelihatan lebih Islamik dan zahirnya menjurus ke arah bantu membantu. Wallahu 'a'lam

3. Memastikan bhw wang insuran yg diperolehi drpd Badan @ Syrkt Insuran itu
sbg satu bentuk Hadiah, Derma atau Sumbangan bukannya hasil jual beli wang dgn wang. Dgn harapan ia terlepas drpd Riba. Jika tidak ia tetap Riba. Semoga Allah mengampunnya.

4. Kiranya syrkt Insuran menawarkan pulangan dari musibah yg menimpa bukan
dari wang, spt kereta yg hilang diganti kereta @ apa jua yg bukannya berupa
wang, maka ketika itu mungkin unsur Riba lenyap. Kerana ia bukan lagi 2 item
Ribawi. Wallahu a'lam.

Demikianlah beberapa perkara penting yg perlu diambil perhatian, bgmnpun
penulis lebih suka mengingatkan pembaca sekalian,
AGAR MENJAUHI INSURAN INI KERANA IA TERSGT JELAS SAMADA HARAM ATAU PALING KURANG DI TAHAP SYUBHAT!!!

Sabda Baginda  :

Mafhum : Brgsp yg menghindar diri dari perkara syubhat, maka telah terselamat agamanya dan maruahnya ( Riwayat Al-Bukhari bab Kitab al-Iman ; Muslim, bab Buyu' ; At-Tirmizi dan an-Nasaie)

Mafhum : Tinggalkan apa yg kamu ragu kepada yg tidak kamu ragui ( Hadith Hasan Shohih menurut At-Tirmizi ; An-Nasaie ; Abu Daud dan Ahmad)

Imam An-Nawawi as-Syafie (Imam Mujtahid : w 676 H) menghurai satu hadith,
menyatakan berkenaan kaedah mengenal dosa menurut rasa hati dlm melakukan
amalan syubhat.

Mafhum : (Cukup membuat seseorg terjebak ke dosa) apabila gundah hatinya dan
ragu, hatinya tidak lapang dlm membuatnya, timbul dlm hati perasaan syak
serta bimbang terjebak ke dosa
(Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim 5/419)

Saidina Umar al-Khattab ra berkata :
Manhaj 'Umar Ibn Al-Khattab Fi Tasyri', Dr. Muhd Baltaji, Dar al-Fikr al-'Arabi, hlm 319 :

Mafhum : Wahai Manusia, tinggalkan dan jauhi amalan Riba dan perkara yg diragui (halalnya)

6. INSURAN YG DIHARUSKAN DI DALAM ISLAM

1. Insuran Kerjasama Kemasyarakatan ( Ta'awuni @ Ijtima'ie)
Iaitu suatu jenis insuran termasuk dalam jenis kontrak sumbangan ikhlas
('uqud tabbaru'at) yang diikat untuk mencapai matlamat bantu membantu di
antara individu masyarakat yg menghadapi musibah dan demi mengurangkan
bebanan yg ditanggung.

Dalil Keharusannya :
Bersumber dari beberapa buah Hadith Nabi . Antaranya :

Mafhum Hadith : " Sesungguhnya al-'Asy'ariyyun apabila bertolak ke medan peperangan, berkuranglah bekalan makanan keluarga mrk di Madinah, maka dikumpulkan apa yg terdpt dr kalangan mrk dalam satu tempat, kemudian dibahagikan antara mereka, mrk drpd kami, dan kami drpd mereka"
(Riwayat al-Bukhari & Muslim, Rujuk Fath al-Bari 6/55)

Inilah bentuk kerjasama, tolong menolong mengurangkan bebanan musibah yg
menjadi asas Insuran ta'awuni.

Mengapa ia Harus dan apakah bezanya dgn Insuran Jenis Perniagaan?

a. Adalah ia tidak bertujuan mengaut keuntungan.

b. Ia tidak berbentuk perniagaan, malah hanya berbentuk sumbangan derma kpd
individu malang melalui proses dan seliaan organiasasi dan pengurusan yang
tertentu.

c. Ia tidak dikira 'uqud mu'awadah maliah (kontrak jual beli @ perniagaan)
tetapi hanyalah 'uqud Tabarru'aat ( kontrak derma dan sumbangan) Justeru, dgn
berbezanya pengkelasan kontrak ini, semua jenis riba, gharar, perjudian yg wujud pada Insuran jenis pertama tadi terhapus. Kerana ia bukan lagi jual beli yg terikat dgn syarat2nya. Kontrak tabaru'aat tiada syarat seperti syarat jual beli
walaupun di antara 2 brgan (komoditi) Ribawi.

Bentuknya :

Individu mendermakan sejumlah wang kpd sesuatu Yayasan atau Badan Kebajikan atau mana-mana Kesatuan dikhaskan untuk membantu anggota Badan tersebut yang ditimpa musibah.

Beberapa perkara yg perlu dijaga dalam pengasasan Badan Pengurus Insuran
ta'awuni:
Al-Mu'amalat Al-Maliah, Dr Uthman Syabir, hlm 129

1. Mempunyai Pengasas/ Pengurus serta modal awal selain wang darpd pencarum, samada didapati drpd kerajaan, Derma drpd Yayasan, Syarikat Islam dan lain2. Modal ini berbeza drpd modal Syrkt Insuran Asas Perniagaan.

2. Badan ini mempunyai cawangannya di setiap Bandar.

3. Badan ini mempunyai pembahagian insuarn yg ditawarkan, spt bhg insuran
ta'awun kesihatan, bhg bantuan ketidakmampuan tertentu samada anggota tubuh, kenderaan, harta perniagaan dan lain2.

4. Mempunyai pembahagian kumpulan sasaran spt Pelajar, Profesional, Peniaga
dan lain2.

5. Mestilah badan ini mempunyai fleksibility dalam pengurusan dan menjauhi
rigid dlm kaedah pengurusan.

6. Terdapat anggota majis tertinggi berkelayakan tinggi yg bertanggung jawab
dlm menyelia Pengurusan Badan ini samad drpd lantikan Kerajaan atau dari
kalangan penderma dan pencarum. Ini penting demi memastikan kejayaan pengurusan dan matlamat.

7. Kiranya musibah yg menimpa ahli melebihi jumlah tabungan, tambahan perlulah ditanggung oleh kerajaan atau peserta / pencarum.

8. Matlamat Badan ini hanyalah membantu atas dasar kebaikan di antara
pencarum / peserta / ahli tanpa bertujuan mendapat keuntungan.

9. Terdapat had jumlah awal yg perlu dibayar oleh pencarum.Asas ini sama
seperti system yg terpakai dlm insuran perniaagaan. Dan kaedah pembayara juga
menggunakan asas nisbah dan kadar tertentu hasil kajian tersendiri dari mrk yg
pakar. Cuma kadar pulangan @ lebihan kpd individu yg ditimpa musibah adalah hak bersama para pencarum & diberikan atas dasar derma, manakala dlm Insuran Jenis Perniagaan ia adalah hak Syarikat.

10. Setiap pencarum mempunyai hak dalam hal pengurusan Badan Amanah, serta hak dlm menjaganya.

11. Badan yang memegang amanah ini, diharuskan utk melaburkan wang caruman terkumpul ke dlm institusi Kewangan yg jelas Halal dan berniaga cara Halal demi kebaikan pencarum, eloknya mendpt restu pencarum. Tiada halangan juga bg pihak pengasas atau pengurus mengambil kadar tertentu dari keuntungan pelaburan atas dasar elaun mengurus.

12. Mestilah Badan ini mempunyai Unit Penasihat Syari'e demi meastikan sentiasa berjalan di atas landasan syara'.

Demikianlah beberapa aspek yg perlu dilihat demi menjayakan insuran
ta'awuni ini. Banyak lagi aspek teori yg praktikal dan realistic yg
perlu dilihat, sesiapa yg berminat utk membacanya bolehlah merujuk kitab
Al-Mu'amalah al-Maliah al-Mu'asirah karangan Prof. Dr Othman Syabir. Hlm
130 dan selanjutnya.

2. Insuran yg disediakan oleh Kerajaan untuk Rakyat.

Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli mencatatkan ia sbg harus .
Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuhu, Dr Wahbah, 5/3422,
Ia ibarat suatu insuran yang diwajibkan oleh pihak kerajaan kpd para rakyat, yang mana kerajaan bertindak sbg sebuah Badan yang mengurus (bukannya syrkt Insuran Perniagaan tertentu),

Ini kerana ia hanyalah ibarat membayar cukai kpd kerajaan, dan krn kerajaan
adlh bertanggungjawab dlm memastikan rakyatnya dibantu di dlm keadaan
kesusahan. Bgmnpun, perlulah dipastikan sejauh mana perlaksanaan nya selari
dgn kehendak syarak. Kiranya bertentang dgn syarak tetapi semua kakitangan
kerajaan dipaksa dan diwajibkan menyertainya, dosa adalah ditanggung oleh
pemimpin yg bertanggung jawab.

KESIMPULAN

1. Isu ini adalah isu yg terdpt perbezaan fatwa di kalangan ulama', ia masih
dianggap perkara ijtihadi. Terpulang kpd penilaian, ilmu dan iman masing2 untuk
menentukan pendirian, bagi kumpulan orang awam, jln selamat adalah menuruti
pandangan MAJORITI ULAMA' dan tidak bersendirian menentukan pendirian tanpa
mengetahui hakikat isu ini pd pandangan Islam.

2. Semua jenis Insuran Bersifat Perniagaan adalah haram menurut pandangan
Majoriti ulama' semasa terutama Insuran Nyawa.

3. Alternatif kpd keperluan system insuran adalah Insuran Kerjasama
Kemasyarakatan (ta'awuni) yg tidak didasari oleh sifat mencari keuntungan maddi. Artikel ini terbuka kpd sebarang pertanyaan dan komentar membina. Segala yg benar dari Allah SWT, dan yg tersilap dr kelemahan diri dan gangguan Syaitan yang mengganggu. Wallahu 'a'lam.

Sekian.
Disediakan Oleh :
Ust. Zaharuddin B. Abd Rahman
M.A Jabatan Fiqh & Usul Fiqh,
Universiti al-Yarmouk, Jordan
zaharuddin@yahoo.com

Sabtu, 17 Disember 2016

Pesanan buat isteri

Pesanan utk isteri2

Bergaduh dengan suami, kita lari balik rumah mak ayah. Suami marah, kita tarik muka masam mencuka. Suami buat kesalahan, kita tengking suami macam suami kita tu patung. 😱

Kalaulah semudah itu menjadi seorang isteri, sudah tentu ramai wanita ke syurga. Tapi siapakah yang paling ramai menjadi penghuni neraka? 😢😢

Dalam sesebuah perkahwinan, yang perlu memikul amanah bukan hanya suami. Isteri juga ada amanah yang perlu dijalankan. Persoalannya, adakah kita sedar tanggungjawab kita pada Allah dan juga pasangan? 😘

Carilah ilmu. Jadilah isteri yang tahu dan sedar tanggungjawab diri. Andai kata suami kita 'jahat' pada pandangan kita, sesusah mana pun, cubalah hormati suami kita. ❤❤

Suami yang 'jahat' itu, suami kita. Suami yang kita cinta. Suami yang kita sendiri pilih. Tak ada sesiapa paksa kita untuk berkahwin dengan suami kita. Jadi, tutuplah aib suami. Wajib bagi kita menutup dan menyembunyikan aib suami kita. 🍂🍃🍂🍃🍂🍃

Bergaduh, biarlah kita saja yang tahu. Seberapa banyak marah kita terhadap suami, biarlah kita saja yang tahu. Rajuk kita dengan suami juga, biarlah kita saja yang tahu. Kenapa perlu dihebohkan pada semua orang? 😒

Orang lain kahwin, kita nak kahwin. Tapi bila dah kahwin, kita tak hargai pula nikmat perkahwinan yang tak semua orang dapat. Selalunya, begitulah kita sebagai manusia. Tak dapat, dipuja-puji. Dah dapat, tak hargai. 😓😓

Sungguh, tulisan ini bukan untuk menghentam para isteri dan menyokong tindakan suami yang 'jahat' itu. Cuma sebagai wanita yang sudah bergelar seorang isteri, tak salah kiranya sedikit coretan perihal ini dikongsikan. 😉

Baik suami mahupun isteri, jika kita letakkan Allah sebagai yang utama, tentu kita takut untuk mengabaikan tangungjawab kita terhadap pasangan kita. Kahwin memang mudah. Tanggungjawab selepas itu yang payah. 😊😊😊😊😊😊

~ seorang isteri itu,mudah untuk ke syurga dan mudah ke Neraka,Jadi ada sebab Allah uji tiap2 insan yg bergelar isteri.Kerana Apa Allah ingin mguji??Jawabnya Tanda kmu benar2 beriman pada Yg Satu.

Mna mgkin kamu mgaku beriman kpada Allah sedang kamu tidak diuji...?

Tepuk dada. Tanya iman & muhasabah diri...
Sempurnakah kita dimata Allah??sempurnakah solat kita dan ibadat lain dimata Allah??
Jgn terlalu mencari salah pasgn,sedangkan kita subuh pun terbabas,apatah lagi nak bgun malam kejutkan pasgan Solat tahajud sma2...

Andai kmu rasa  kecewa,sedih dgn Jodohmu/nasibmu,byakkan sabar dan ingatlah sejarah Asiah yg berkahwin dengan firaun!.

Ubah diri sendri itu lbih baik ..inshaallah..
Jga Agma Allah,Allah akn jaga kita.

##SyurgaSeorangIsteri 😍😍😍

قل إن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله ويغفرلكم ذنوبكم والله غفور رحيم..

Perang yang bermula di Aleppo

Telah bersabda Rasulullah SAW; "Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s." (HR. Muslim dari Sayidina Abu Hurairah R.A)

Sabda Rasullullah s.a.w: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Dalam hadis diatas digambarkan terdapat terdapat satu persepakatan antara kaum Muslimin dan bangsa Roman sekarang ini dikenali eropah dan pakatan ketenteraan mereka dikenali sebagai NATO. Kaum Muslimin di ajak bersama-sama dengan pakatan mereka untuk menentang musuh yang menjadi ancaman kepada mereka dan juga kaum muslimin. Ternyata pakatan eropah ini sudah mempunyai rancangan tersendiri iaitu mereka hanya ingin memperalatkan kaum muslimin bagi mencapai tujuan mereka. Mereka memberi bantuan persenjataan dan ketenteraan kepada kaum mujahidin kaum muslimin tetapi apabila kemenangan dicapai oleh mujahidin mereka mendakwa sebenarnya yang menang adalah pakatan salib.

Pakatan Salib Yang Dinaungi Knight Templer
Terdapat banyak sekali koleksi hadis-hadis berkenaan siri peperangan seumpama Armagedddon ataupun Peperangan Dunia ke-3 yang disabdakan Rasullullah s.a.w sebahagiannya digelar 'Hadis-hadis Fitan'. Imam Muslim membawa dalam penyusunan Sahih hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.) berkaitan dengan penaklukkan Konstantinopel (Istanbul sekarang):

Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi saw bersabda: "Pernahkah anda mendengar tentang sebuah bandar sebahagian yang berada di tanah dan sebahagian yang terletak di tepi laut?" Mereka berkata, "Ya, Wahai Rasulullah".Dia berkata: Hari Kiamat tidak akan berlaku sehingga sampai 70.000 dari keturunan Ishak dalam serangan itu. Ketika mereka datang ke sana, mereka akan turun dan tidak akan berperang dengan senjata dan tidak pula mereka melemparkan tombak apapun. Mereka akan berkata, "Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar", dan satu setengah dari itu akan jatuh ... dan kemudian mereka akan mengatakan itu untuk kedua kalinya, "Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar", dan bantuan akan diberikan kepada mereka, dan mereka akan memasukinya, dan mereka akan mengumpul dan membahagikan harta rampasan ketika pembawa berita akan datang kepada mereka, berkata, "Dajjal telah muncul ", sehingga mereka akan meninggalkan segala sesuatu dan kembali. (ke Syam)

Tentang "Bani Ishaq" (Anak-anak Ishak) disebutkan dalam hadis ini, Ibnu Katsir menulis dalam bukunya "an-Nihayah fil Fitan-wal-Malaahim", melalui "Ashraat kita-Saa'ah"Yusuf bin Abdullah al-Waabil :

Hal ini menunjukkan bahawa ar-Room (di Rom, yang bererti Eropah) akan menjadi Muslim pada akhir waktu, dan mungkin penaklukan Konstantinopel (Istanbul) akan melalui tangan-tangan mereka, sebagai hadis tersebut telah menyatakan, bahawa 70,000 dari Bani Ishaq dalam serangan itu.

Dan Ibnu Khatsir juga menunjukkan dalam perkara yang sama bahawa "ar-Room" (Rom ) adalah dari keturunan al-ees, putra Ishaq (Isaac) bin Ibrahim, Khalil (alaihis salaam). Dan dalam hadis lain dalam Shahih Muslim, yang lebih menjelaskan, dilaporkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda:

Hari Kiamat tidak akan datang sampai Rom akan mendarat di al-A'maaq atau dalam Dabiq. Suatu tentera yang terdiri daripada (tentera) terbaik dari orang-orang di bumi pada waktu itu akan datang dari Madinah (untuk melawan mereka). Ketika mereka akan menetapkan diri dalam barisan, maka Rom akan berkata: "Jangan berdiri di antara kami dan mereka (umat Islam) yang mengambil tahanan dari antara kita, marilah kita bertarung dengan mereka", dan Muslim akan berkata: "Sebenarnya, dengan izin Allah, kita tidak akan mendapatkan selain daripada anda dan dari saudara-saudara kami yang mungkin anda melawan mereka ". Mereka kemudian akan berperang dan sepertiga (bahagian) tentera akan melarikan diri, yang Allah tidak akan mengampuninya. Sepertiga (sebahagian daripada tentera).

Mereka akan menerima syahid yang terbaik di sisi Allah itu, akan dibunuh dan ketiga yang tidak pernah menerima keadilan akan menang dan mereka akan penakluk Konstantinopel. Dan ketika mereka akan sibuk dalam membahagikan barang rampasan perang (di antara mereka sendiri) selepas menggantung pedang mereka pada pohon-pohon zaitun, Iblis akan menangis: Dajjal telah terjadi di antara keluarga anda. Mereka kemudian akan meninggalkan (untuk kembali ke Syria), tetapi akan menjadi sia-sia. Dan ketika mereka kembali ke Syria, ia ( Dajjal ) akan keluar saat mereka akan masih mempersiapkan diri untuk pertempuran menyusun kedudukan.

Pada saat itu, ketika umat Islam akan mempunyai kelimpahan kekayaan, emas dan perak, kaum Muslim akan sangat diremehkan, lemah dan tak berdaya. Negara-negara musuh akan mengundang satu sama lain untuk menerkam mereka seumpama orang lapar mengundang satu sama lain untuk makanan. Para sahabat r.a. bertanya dengan bimbang mengucapkan, "Wahai Nabi Allah! Apakah kita akan sangat sedikit jumlahnya?" Nabi Muhammad saw menjawab: "Tidak, kamu dalam bilangan yang besar seumpama buih di lautan, terlihat di mana-mana mata boleh mencapai Tapi kamu akan dapat ditawan oleh 'wahn' ..!" Para sahabat r.a. bertanya, "Wahai Nabi Allah! Apa itu 'wahn' Baginda saw menjawab: "Cinta dunia dan takut mati!" Anda akan bergandingan tangan dengan kumpulan Kristian dan perang dengan yang lain. Anda akan mendapatkan kemenangan. Pada masa itu, anda akan hadir dalam dataran pergunungan besar dengan banyak pohon. Sementara itu, orang-orang Kristian akan menaikkan salib dan merujuk kemenangan itu. Pada masa ini, seorang Muslim akan menjadi marah, dan akan menarik salib ke bawah, di mana, orang-orang Kristian akan bersatu untuk melanggar semua perjanjian dengan orang-orang Muslim. Orang Kristian akan menuntut beberapa orang yang mereka inginkan, di mana kaum Muslimin akan menjawab: "Demi Allah Mereka adalah saudara kami. Kami tidak akan akan menyerahkan .. " Ini akan memulakan perang. Muslim sepertiga akan melarikan diri. Pertaubatan mereka tidak akan diterima. Sepertiga akan dibunuh. Mereka akan menjadi 'syahid' yang terbaik di sisi Allah. Sisanya satu pertiga akan mendapatkan kemenangan, sampai, di bawah pimpinan Imam Mahdi, mereka akan berperang melawan kafir.. (HR Ibnu Majah)

Jumaat, 16 Disember 2016

Fruits can't mix

Fruits contain digestive enzymes, which clean out the residue left from the previously eaten food. Within an hour, the fruits travel through the digestive tract and they shouldn’t be eaten with any other food group.

Fruits can be divided into 4 groups:

Acid fruits (grapefruit, orange, lemon, blueberries, kiwi, grapes and pineapple, blackberry, cherries, cranberry, gooseberries, kumquats, loganberries, plum, pomegranate, raspberry, sour apple, strawberry, tangelo, tangerine, tomatoes)Sub-Acid Fruits (strawberry, raspberry, mango, green apple, apricot, blueberry, cherry, kiwi, lychee, nectarine, papaya)Sweet Fruits (peach, apple, banana, plum, cantaloupe, watermelon, currants, dates, figs, prunes, raisins)Neutral Fruits (avocado, coconut, peanuts, almonds, and walnuts)

Each of these fruit groups should be eaten separately and they shouldn’t be mixed with other foods. However, this rule can be bent to a degree, especially when it comes to mixing fruits with other nutrient dense ingredients.

Fruits are packed with carbohydrates and as such affect the hormone insulin and are a fat regulator. The fructose should be limited to around 15 grams per day, in case you suffer from the following issues:

Insulin resistanceDiabetesHigh blood pressureHigh cholesterolObesity

In case you are in perfect health, you should consume 25 grams fructose per day. However, eating different fruit groups at the same time can cause discomfort to adults and it can be fatal to infants. Hence, you should never mix the following foods:

Foods You Should Never Mix

1. Banana and Pudding

This combination, when consumed by adults can result in stomach heaviness and increased production of toxins. One the other hand, when consumed by infants it can be fatal.

2. Orange with Carrot

You have probably seen this combination in juices. However, this combo can cause heartburn, damage to the renal system, and excess bile reflux.

3. Pineapple with Milk or Yogurt

This combination contains bromelain and can result in stomach gas, stomach pain, nausea, and diarrhea.

4. Papaya with Lemon

This combination makes you develop anemia and problems with your hemoglobin (protein in your blood). You shouldn’t give this combination to children in any case.

5. Guava with Banana

This combination caused acidosis, gas, headache and stomach ache.

6. Orange with Milk

Orange doesn’t give your stomach an opportunity to process the starches in the cereal. Additionally, this combination is difficult for digestion because it destroys the enzyme which is responsible for digesting starches.

7. Vegetables and Fruits

Fruits contain sugars. Therefore, when eating fruits and vegetables in the same time, we cannot digest them properly. Moreover, the fruit produces more toxins and can trigger many ailments, including diarrhea, infections, stomach pain and headache.

Sabtu, 10 Disember 2016

ROTON CVT OIL REPLACE

Assalamualaikum/salam bahagia.SOP cara tukar cvt oil dgn betul.
1.buka bateri terminal,cover cylinder head,air filter housing(screw saiz 8 dgn 10)buka turbo pipe yg ke trothtle body(saiz 8 ada juga saiz 7) baru blh nampak refill nut(allen key saiz 6) kebiasaan refill nut tu ketat sgt jadi ketuk nut tu dgn benda solid untuk mudah buka guna allen key.dah siap semua part pertama pergi second part.
2.jack kete bahagian hadapan sahaja kanan dgn kiri(nie yg buat atas lantai)pastikan ketinggian kete selesa untuk anda bekerja.pastikan taruk jack stand.
3.bukak plastik hitam bahagian bawah radiotor,x silap ada 18 biji screw saiz 10.(ini untuk preve dgn suprima shj)untuk exora bold hanya ada half cover(5 screw saiz 10).lepas buka pastik nie baru anda ada acces mudah ke oil sump cvt.
4.bahagian gearbox pulak.buka drain nut saiz 5 allen key,biar minyak keluar sampai meleleh baru tutup semula.dah tutup baru buka oil sump cover(screw saiz 10)x silap ada 14 biji.bila dah buka oil sump baru nampak cvt filter,cabut sahaja sbb x ada apa apa screw ikat filter nie.
5.pasang filter baru,bersihkan oil sump dgn magnet gunakan kain atau tisu.jika ada brake cleaner pun blh guna asalkan alcohol base.dah bersih pasang oil sump dgn gasket metal semula.
PERHATIAN MASA IKAT OIL SUMP SCREW JANGAN OVER TIGHTEN.
Dah siap pasang semula plastik hitam.longgarkan OVERFLOW NUT.turunkan kete semula.
6.isi minyak cvt 4 liter.ikat kembali turbo pipe,air filter housing,cylinder head plastik cover,ikat semula bateri terminal.dah siap semua LAKUKAN PEMERIKSAAN SEKALI LAGI UNTUK PASTIKAN X ADA SCREW ATAU PART YG X PASANG/LONGGAR.
7.start kete.shift gear ke"R"N"D"berturutan dan setiap turutan kedudukan gear 5 second.klu blh ulang hingga 5 kali proses ini.dah siap proses matikan enjin dan hidupkan kembali.
8.lepas enjin di hidupkan kembali maka proses terakhir untuk buang minyak lebih dari OVERFLOW NUT.pastikan enjin dah run dlm 20 minit baru proses buang minyak lebih di lakukan.
INGAT PROSES NAK BUANG MINYAK LEBIH MESTI ENJIN HIDUP/RUN.
9.buka overflow nut biar minyak lebih keluar,bila minyak dah halus/menitis tutup semula overflow nut.(PASTIKAN PROSESE INI DI LAKUKAN ATAS LANTAI YG RATA).Dah siap semua proses sila pandu uji kete anda.

SELAMAT MENCUBA.

Khamis, 8 Disember 2016

Usah sombong

Syurga lelaki pada  perempuan iaitu ibu.
Syurga perempuan pada lelaki iaitu suami.

Sehebat-hebat suami kena patuh pada ibu.
Sehebat-hebat ibu  kena patuh pada suami.

Masa hidup anak perlukan doa ibubapa.                                                    Masa mati ibubapa perlukan doa anak.

Di dunia nasab itu pada lelaki.
Di akhirat nasab itu pada perempuan.

Sehebat-hebat manusia, bila mati dia tetap perlu orang lain untuk kebumi jenazahnya.

Setinggi-tinggi ilmu yang manusia ada. Dia tetap perlu belajar daripada seorang guru.

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah keluarga.

Walau sekaya manapun seorang manusia. Dia tetap perlu untuk berurusan dengan orang lain...

Seorang General Manager tidak akan mampu uruskan perjalanan premis tanpa general worker.

Seorang raja tidak berkuasa tanpa ada rakyat jelata.

Inilah manusia... Lemah. Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang "Hamba".

Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat ???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf ujub, riak,sombong dan hina.

Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. Iaitu sombong dan merasa dia lebih baik.

Isnin, 5 Disember 2016

Isteri

Renung2 kan lah.....

Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya." - (Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Seperti semua sedia maklum, syurga seorang perempuan (belum kahwin) terletak di bawah tapak kaki ibunya.., tetapi, bagi seorang wanita (bergelar isteri), syurga nya terletak di bawah kaki suami. Maknanya, taat kepada suami maka, si isteri akan mudah mendapat syurga. Mudah sebenarnya seorang wanita untuk mendapat syurga Allah s.w.t.

Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya." - (Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

Betapa Rasulullah s.a.w menyuruh kita taat kan suami dan kalau si isteri menderhaka kepada suaminya.., walaupun cuma keluar tanpa izin. Maka jadilah si isteri tadi isteri yang nusyuz.., dan sesungguhnya isteri yang nusyuz tidak layak di syurga Allah!

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya." - (Riwayat Muslim)

Janganlah disakiti hati suami.., fikir sebelum nak berkata-kata.., kalau tak termasuklah kita dalam golongan di atas ni.

Kebelakangan ni mcam-macam kes tentang suami isteri dapat kita dengar, si isteri dah pandai mintak cerai sebab kononnya boleh hidup sendiri. Kalau lah si isteri yang mintak cerai dari suaminya baca hadis ni, rasanya mesti tak gamak dia nak berbuat sedemikian :

Sabda Rasulallah s.a.w bermaksud:

"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara' maka haram baginya bau syurga." - (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Ketahuilah wahai isteri sekalipun seseorang suami  itu kejam atau jahat HARAM bagi isteri itu derhaka dan menyakiti hati suaminya. Isteri wajib taat kepada perintah suami dengan keadaan apa sekalipun SELAGI SUAMI TIDAK MEYURUH KE ARAH KEMAKSIATAN. Ini adalah disebabkan oleh kemudahan jalan pintas untuk kesyurga yang Allah s.a.w berikan kepada isteri iaitu dengan hanya Menjaga Solat,  Puasa,Jaga Kehormatan dan Taat Kepada Suami.

Sebagaimana Sabda Rasullullah s.a.w  "Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki"

Sabda baginda lagi.., "Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang di kehendaki dengan tidak berhisab!"

Sebagaimana isteri firaun Asiah yang tetap taat dengan suaminya yang kafir sehingga beliau dipancung .

Al-Quran surah At-Tahrim ayat 11 yang bermaksud : "Dan Allah s.w.t mengemukakan satu misalan perbandingan bagi orang yang beriman iaitu perihal isteri Firaun ketika ia berkata : "Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim."

Permohonan Asiah diperkenankan oleh Allah s.w.t, lalu Allah perintahkan kepada malaikat : "Sesungguhnya hamba-Ku memohon pada-Ku dan aku perkenankan permohonannya. Maka perlihatlah padanya gambarannya kerana suaminya didunia akan Aku ganti dengan suami yang lebih baik di dalam syurga, istananya yang ada di dunia akan Aku ganti dengan istana yang lebih baik di dalam syurga."

Wallahua'lam..

Khamis, 1 Disember 2016

Isteri bekerja

Asalnya keharusan Islam berikan kpd isteri keluar bekerja adalah utk mengurangkan beban suami dari segi perbelanjaan rumahtangga tetapi nampak gayanya suami makin terbeban dgn karenah isteri...beban sb para isteri gunakan income mereka utk benda lain, utk modal busines..utk pergi melancong, utk shooping branded2, utk mkn mewah2...matlamat asal dah lari maka keluarga akan makin pincang jadinya...suami derita tanpa suara...jd para isteri kena letak semula asas utama Islam izinkan isteri keluar bekerja adalah utk bantu suami...kalau tidak hilanglah keberkatan dlm keluarga apabila asas utama sudah dilupakan oleh si isteri ... senanglah syaitan bermaharajalela.

Suami bukan semakin kurang beban malah bertambah beban dunia dan beban akhirat. Income isteri bukan lagi utk membantu suami tetapi utk perkara luar yg bukan bersifat keperluan tetapi kemewahan yg diada-adakan...bila suami minta bantuan sudah pandai menjawab itu tanggungjawab lelaki...maka mulalah sedikit demi sedikit kecurangan tercipta...dosa demi dosa dah mula pandai buat...si isteri jgn ingat kau kuat utk menghalang tipudaya syaitan apabila kamu mula keluar daripada rumah...ingat dan sedar selalu apa tanggungjawab isteri yg sebenar-benar? Di mana didikan anak2 mu, kpd siapa kamu serahkan anak2 mu membesar? di mana makan pakai suami mu? Pernah kamu tanya dirimu wahai isteri , 8..9 jam kamu tinggalkan rumahtangga adakah suamimu lepas dgn redha? Bila masa kamu nak cover balik masa2 itu yg sepatutnya dihabiskan utk rumahtangga mu...utk anak2 dan suamimu.

Semoga Allah memelihara kita dan keluarga daripada fitnah dunia yg semakin dahsyat ini.

Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post