Khamis, 24 Februari 2011

Do you Know?

Do you know where you’re going?
Do you like the things that life is showing you?
Where are you going?

Do you know?
Do you get what you’re hoping for?
When you look behind there’s no open door?
What are you hoping for?
Do you know?

Once we were standing still in time,
Chasing the fantasy in our minds.
You knew how I love to find my spirit was free
Laughing at the questions that you o­nce asked me

Now looking back at all planned
We let so many dreams just slip thru our hands
Why must we wait so long before we see?
How sad the answers to those questions can be

Bersara


Sebuah cerita yang menarik untuk dikongsi bersama...


Seorang ahli korporat berjaya mengambil percutian di tepi pantai. Tidak jauh dari chalet penginapannya, ada perkampungan nelayan. Maka dia pun berjalan ke perkampungan tersebut pada satu petang untuk mengambil angin. Kelihatan ada bot nelayan yang kecil dan bekas berisi ikan segar di dalamnya. Dia pun menyapa seorang nelayan di situ.


Ahli korporat: Ikan di sini sangat segar. Sangat sedap rasanya.


Nelayan: (Tersenyum) Terima kasih tuan. Rezeki Allah swt.


Ahli korporat: Bisnes ini sangat berpotensi, kamu patut bekerja dengan lebih keras dengan menangkap ikan dengan lebih banyak!


Nelayan: Apa yang saya tangkap ini lebih dari cukup untuk saya sekeluarga, malah setiap hari saya beri kepada kakak saya yang tinggal di pekan sana.


Ahli korporat: Er… Apa lagi yang kamu buat ? Kamu buat apa lagi selain menangkap ikan? (Kehairanan)


Nelayan: Selepas habis menangkap ikan, saya menghabiskan masa dengan keluarga saya khususnya anak-anak. Kemudian, saya berjumpa dengan rakan-rakan untuk membuat pelbagai aktiviti macam main gasing, wau, wayang kulit dan sebagainya. Sebelah malam pula, sekiranya tiada aktiviti masjid saya mengajar anak-anak muda bermain kompang.


Ahli korporat: Saya ada MBA. Saya boleh tolong kamu besarkan bisness ini. Kamu seharusnya menangkap dengan lebih banyak ikan dan hasil keuntungannya kamu beli bot yang lebih besar. Kamu teruskan buat begitu sehinggalah kamu ada banyak bot. Kemudian, jangan gunakan orang tengah untuk menjual ikan. Dengan cara ini kamu akan mengawal keseluruhan supply chain. Seterusnya kamu kena keluar dari kampung ini dan membesarkan empayar bisnes yang telah kamu bina ini di perkampungan nelayan yang lain pula.


Nelayan: Berapa lama yang diperlukan untuk saya mencapai tahap itu tuan?


Ahli korporat: Lebih dari 20 tahun. Ada yang lebih menarik dari ini…! (Ketawa)


Nelayan: Apakah hal itu tuan?


Ahli korporat: Apabila sampai masa yang sesuai, kamu apungkan syarikat kamu di Bursa Malaysia, jual IPO dan jual syarikat kamu kepada orang ramai menerusi saham-saham. Kamu bukan sekadar jadi jutawan, malah multi-millionaire!


Nelayan: Selepas saya mempunyai duit berjuta-juta, saya perlu buat apa tuan?


Ahli korporat: Kamu bersara,beli rumah di tepi pantai. Kamu boleh menangkap ikan, menghabiskan masa bersama keluarga khususnya anak-anak. Kemudian, kamu berjumpa dengan rakan-rakan untuk membuat pelbagai aktiviti macam main gasing, wau, wayang kulit dan sebagainya. Sebelah malam pula, sekiranya tiada aktiviti masjid kamu mengajar anak-anak muda bermain kompang.

Isnin, 21 Februari 2011

Antara Kasih Dan Sayang


Salam Sejahtera Selamanya... moga kehidupan mewangi sentiasa bak Kasturi Putih...

Asysya'bi berkata : Annu'maan bin Basyir r.a. khutbah di atas mimbar dan sesudah mengucapkan puji syukur kepada Allah, ia berkata : saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :

1. Seharusnya kaum Muslimin itu nasehat menasehati diantara mereka dan kasih sayang diantara mereka, bagaikan satu anggota dari badan, jika menderita sebahagian, maka menjalar ke lain bahagian sehingga tidak dapat tidur, sampai hilang sakitnya dari anggota itu.

2. Qatadah dari Anas r.a. berkata : Nabi s.a.w. bersabda : Demi Allah yang jiwa Muhammad di tangannya, Tiada beriman seseorang itu sehingga ia cinta bagi saudaranya sesama Muslim, apa yang ia cinta (suka) untuk dirinya daripada kebaikan.

3. 'Umar r.a. berkata : Sesungguhnya Allah tidak kasih kepada orang yang tidak ada rasa belas kasih dan tidak mengampun bagi orang yang tidak mema'afkan dan tidak menerima tobatnya orang yang tidak menerima tobat saudaranya kepadanya.

4. Qatadah berkata : Di dalam Injil ada tertulis : Hai anak Adam sebagaimana engkau sayang, demikian pula engkau disayang, maka bagaimana anda mengharap disayangi Allah padahal engkau tidak sayang kepada hamba Allah.

5. Syaqiq Azzahid berkata : Jika kamu ingat pada orang yang berbuat kejahatan lalu kamu tidak kasihan kepadanya, maka kamu lebih jahat dari orang itu, dan jika kamu ingat pada orang yang berbuat kebaikan lalu tidak terasa dalam hati mu manisnya ta'at, maka kamu termasuk orang jahat.

6. Ammar bin Yassir r.a. berkata : Tiga macam yang menghimpun ketiganya maka telah menghimbun iman kesemuanya : Bersedekah dalam keadaan serba kekurangan, dan menginsafi diri sendiri, dan menyebarkan salam (Muslimin) pada semua orang (makhluk).

7. 'Umar bin Abdil Aziz berkata : Perbuatan yang sangat disuka oleh Allah - tiga :

Memaafkan ketika ia dapat kesempatan untuk membalas, dan adil ketika marah, dan belas kasih terhadap hamba Allah , (dan tiada seorang yang sayang terhadap hamba Allah, melainkan Allah sayang kepadanya).......

AKAN ADA SERUAN DARI BAWAH ARSY PADA HARI QIYAMAT : HAI UMMAT MUHAMMAD, DOSA-DOSA YANG KAMU LAKUKAN LANGSUNG TERHADAP AKU, MAKA TELAH AKU MAAFKAN, DAN SISA DARI TUNTUTAN-TUNTUTAN YANG DIANTARA KAMU (SESAMA MUSLIM) HENDAKNYA KAMU SALING MEMAAFKAN, KEMUDIAN KAMU MASUK SYURGA DENGAN RAHMAT KU.......

Hikmah sebuah persahabatan


“Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya, diantara apa-apa yang tumbuhkan bumi dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui.” (Ya Sin : 36)

KAWAN sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik atau burukmu.

HATI yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

ORANG-ORANG yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

SAHABAT yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.

SAHABAT sejati menjadi pendorong impian.

SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

KASIHKAN manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana disitu tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh kebahagiaan

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

(Al Baqarah:216)

KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Jangan sekali Kemaafan yang diminta hanya sekadar melepaskan batuk ditangga.

Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.

“Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah lagi Maha Pema’af lagi Maha Kuasa”. (An Nisaa’ : 149)

Kita hanya boleh membentuk diri kita sebagai insan yang berfungsi sepenuhnya, Ini tidak bermakna kita tidak mengalami cacat cela.

Kerana manusia itu dibekalkan dengan naluri dan sifat ghaflah serta nasigan iaitu lupa dan lalai"

“Dan barang siapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (An Nisaa’ : 110)

“Barang siapa diberi petunjuk Oleh Allah, dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa yang disesatkan Allah , maka merekalah orang-orang yang merugi” (Al-A’Raaf : 178)

Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post