Ahad, 29 September 2013

RAMALAN EKONOMI NEGARA

RAMALAN EKONOMI DARI PENJAHIL EKONOMI

Saya tiada pernah belajar ekonomi dari mana-mana universiti. Saya hanya belajarnya "by heart" dengan memerhatikan mekanisma ekonomi yang berlaku dalam negara dan luar negara. Semasa anda main Warcraft, Counter Strike, Candy Crush saya juga bermain game juga. Tetapi game saya ialah FXCM (Foreign Exchange Game menggunakan wang maya sahaja). Ya, saya main game FXCM masih demo lagi.

Ada baik juga orang bodoh ekonomi macam saya bercerita tentang ekonomi. Orang bodoh menulis orang bodoh dan pandai kedua-duanya boleh faham. Kalau orang pandai menulis, orang pandai sahaja faham dan orang tak pandai ni macammana pula?

OK, itu bukan isu yang nak saya ceritakan. Tapi mudahnya, saya belajar ekonomi by heart tanpa paper. MAKA, jangan percaya sangat ramalan yang saya tulis ini. Baca sahaja, TRUST with your own risk

RAMALAN EKONOMI NEGARA LAGI 5 TAHUN DARI SEKARANG.

Ramai juga saya lihat pakar ekonomi facebook meradang sana sini bercerita tentang National Debt yang adakalanya jadi satu hiburan mengalahkan Rajalawak. Mereka pun macam saya juga, cakap pasal ekonomi tanpa pergi sekolah belajar ekonomi. Ini macam kisah monyet tengok monyet lain dan gelakkan monyet itu dan bercakap "Kelakarlah muka ko macam monyet". (Ok cukup. Tarik nafas)

Secara terperinci saya tidak tahu, tetapi ramalan saya dalam tempoh 5 tahun ini, Malaysia akan mengalami STROKE EKONOMI. Beberapa fenomena yang membimbangkan sedang terjadi. Saya nak mudahkan sahaja supaya orang tak pergi sekolah ekonomi pun boleh faham

Satu yang anda perlu faham ialah tentang HUTANG NEGARA. Dengan siapa negara berhutang? Risau sangat sampai sebahagian yang juga dah jadi ahli politik pun gelabah ayam takut negara tergadai macam hutang kereta bila tak bayar nanti kena tarik balik dengan tonto. Siapa nak tarik negara? Ini penjelasan saya. Kerajaan perlukan WANG untuk bangunkan negara. Pendapatan kerajaan datang dari beberapa sumber utamanya seperti ;

(BAHAGIAN A - SUMBER / DARI KERAJAAN)

1. CUKAI (pelbagai jenis cukai - Cukai pendapatan, kastam, dll)
2. Hasil dari GLC (Syarikat seperti Petronas, TNB, Telekom dll)
3. Lain-lain

Dan juga takungan besar negara kita antaranya ialah ;

(BAHAGIAN B : TABUNGAN / SUMBER DARI RAKYAT)

1. Simpanan WANG ANDA dalam bank
2. KWSP
3. Tabung Haji
4. Segala wang-wang dalam bank
5. Lain-lain (e.g rezab dalam dan luar negara dll.)

Cuba alirkan satu hos air ke dalam sebuah baldi sehingga melimpah. Apabila baldi dah penuh, air masuk dan air keluar lebih kurang sama kuantitinya. Sebahagian air dalam baldi itu adalah air yang sama tak berolak. Sama seperti bank. Ada masuk ada keluar dan ada juga yang duduk diam-diam dalam tu.

Hasil dari SUMBER akan digunakan untuk menjalankan operasi dan membangunkan negara oleh pemerintah yang dipilih. Jika dana dari SUMBER itu (Bahagian A) tidak mencukupi, maka Negara akan meminjam dana dari BAHAGIAN B. Ia sama seperti konsep pinjam tabung anak sementara gaji belum masuk. Nanti kita dah dapat gaji, kita bayar balik tabung anak yang kita guna. Dalam masa yang sama, kita perlu pastikan bila anak nak pakai duit dalam tabung itu, duit itu ADA di situ. Jika bapak boros sangat, duit gaji habis hari pertama dan kedua lama-lama duit tabung anak pun kering kontang dah tak ada apa nak dikorek lagi.

Apabila jumlah hutang bapa yang pinjam duit anak itu bersamaan dengan duit tabung anak MAKA...itulah analogi BENGKRAP (syaratnya, duit gaji dah habis pakai dan guna duit tabung anak selepas itu). Hutang lama tak sempat nak bayar, dah buat hutang baru.

Ternyata, tabung besar kita ialah KWSP. Ia merupakan satu simpanan paksa. Apa yang bapa akan buat jika tabung anak semakin KOSONG? Bapa akan buka tabung baru yang cantik-cantik dan promote kepada anak untuk menabung di situ juga dengan janji bulan dan bintang. Itulah analogi BON, Sukuk (Islamik) dan juga yang paling mudah nak faham...AMANAH SAHAM. Kerajaan promosi orang menyimpan duit dalam bank DAN BUKAN KELUARKAN WANG UNTUK BELI EMAS.

Anak yang selalu menabung tapi terasa tabung tak bertambah berat akan mula sangsi dan mula menabung di tempat lain pula. Ada yang ambil duit itu beli EMAS dan ada juga yang tak menabung dengan tabung jagaan bapa tetapi menabung dengan tabung jagaan Cik Senah sebelah rumah yang dirasakan lebih dipercayai.

Situasi ketika ini, SUMBER negara tidak mencukupi untuk menampung kos negara dan pembangunannya dan TAK CUKUP juga untuk bayar pinjaman kepada penabung. Maka, akibat seterusnya adalah perkara-perkara berikut;

1. Kenaikan cukai
2. Pengenalan cukai baru
3. Adjustment BLR (Kadar faedah pinjaman)
4. Cetakan wang
5. Pengurangan subsidi etc


Perkara di atas akan berlaku dan ia sedang berlaku. Yang paling merisaukan kerana itulah punca inflasi. Keupayaan membeli berkurang, nilai RM1 dulu tak sama dengan RM1 sekarang. Kalau dulu RM1 boleh beli sekilo kacang, hari ini RM1 boleh beli 500g sahaja. Itulah inflasi kerana mereka yang bergaji RM10,000 hari ini merasa ia seperti RM5000 sahaja. Mekanisma nilai RM jatuh itu satu topik lagi, yang itu baik baca sendiri lah.

Kesimpulannya, jangan panik Malaysia tak mungkin kena tarik jadi milik orang lain KECUALI kalau Si Bapa yang hutang anak tu pinjam duit dari Cik Bedah, CETI depan rumah untuk bayar hutang anak pula. Cik Bedah tanya apa nak cagar, kemudian setuju Cik Bedah seluk kutang baju beri kat bapak selonggok duit. Bapak bayar hutang anak sampai selesai tetapi tak selesaipun, bapak alih hutang itu kepada Si Ceti pula. Nanti Bapak tak boleh bayar Cik Bedah pula habis rumah Bapak tu tergadai diambil Cik Bedah. Dalam konteks ini, Cik Bedah ialah IMF.

Dalam 5 tahun lagi, Malaysia akan sampai ke persimpangan itu. Duit tabung anak dah habis dikorek, siap korek tabung atuk yang nak pencen pun licin. Pendapatan macam tu juga tak cukup nak bayar balik pinjaman. Anak pula dah hilang percaya daripada duit habis di kebas, baik anak beli barang kemas ataupun anak simpan tabung pada jiran pula (foreign investment).

Pada ketika itu, Malaysia dalam ambang bengkrap. Memang tak payah risau negara tergadai selagi tak pinjam dari Makcik Bedah (IMF). TETAPI...dari manakah lagi wang untuk dikorek oleh kerajaan untuk mereka yang cucuk duit di ATM pasal nak pergi beli sayur di pasar borong. Jika keluarpun duit itu, berapa murah nilai duit itu nanti? Adakah perlu bawa seguni RM untuk beli sekilo ikan cencaru?

Pada ketika itu, tidak kira BN atau PAKATAN RAKYAT kedua-dua pun dah tak minat nak perintah Malaysia.

Siapakah PENYELAMAT ketika itu?


Itulah masa, PEMIMPIN tidak boleh bongkak dengan rakyat lagi. Itulah masa ego pemimpin dijatuhkan rakyat. Itulah ketika pemimpin akan merayu kepada rakyat. Itulah masa sebenar RAKYAT MENJADI TUAN.

Mengapa?

Di tangan rakyat ada WANG DAN ASET yang tidak berada dalam TABUNGAN (Bahagian B ). Di tangan rakyat ADA EMAS yang berjongkong-jongkong. Di tangan rakyat ada kekayaan yang disimpan dengan jiran. Di tangan rakyat ada cukai yang patut dibayar. Di tangan rakyat ada PENENTU.

BAPAK KENA TAUBAT, BAPAK KENA JADI BIJAK, Bapak kena berjimat, bapak kena pandai business, bapak kena pandai kawal risiko, supaya harta anak tidak dibazirkan lagi. Anak pula jangan ego sangat nak ajar bapak sampai nanti bapak pinjam dari Cik Bedah dengan menggadaikan rumah. Tak dapat bayar Cik Bedah, habis rumah kena tukarmilik habislah kita tak berumah lagi nanti. Dimana anak cucu kita nak merempat. Pak Menteri ramai boleh apply PR luar negara. Itulah kebangkitan kuasa rakyat yang sebenar...

Itulah bermulanya ERA BARU EKONOMI.
Itulah KEMERDEKAAN SEMULA NEGARA.
Itulah reformasi RAKYAT
Itulah Transformasi NEGARA

Semuanya ada pada tangan rakyat.
Pemimpin hanya mentadbir bukan untuk mengambil

Kita masih belum terlambat.
Ekonomi sudah parah TETAPI
masih belum terlambat.
Buangkan egomu pemimpinku
Bersatulah dengan seteru politikmu
Supaya tidak kamu belanja berboros untuk menunjuk siapa kamu.
Tak perlu capai 2020 jika poket tak mampu
Tak perlu buat projek mega untuk orang tahu kamu terbaik untuk diundi
Jangan boros belanjakan wang itu.
Rakyat pun mahu Malaysia maju
Tapi janganlah invest melulu

Malaysia sedang menjunam. Pemimpin, tolonglah berhenti bergaduh, kerana pesawat dah nak jatuh. Penumpang dah meraung, pilot-pilot masih sibuk bergaduh nak berebut kerusi. Gaduh pasal siapa nak jadi Kapten siapa nak jadi co-pilot.


Untuk renungan bersama.
Agar kita sama-sama berfikir.

SAIFUL NANG
Jahil Ekonomi

Selasa, 10 September 2013

Servis Kereta

24 Perkara asas tentang servis kereta. Sila Click Share untuk bantu orang lain diluar dan print untuk study supaya tidak ditipu.

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.

2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km 
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km 
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. Spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...

4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!

5. Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik cina sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang Melayu!

6. Clutch plat - Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata bila 100,000km baru tukar clutch!

7. Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8. Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9. ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak cina yang bikin servis. Caj hanya sekitar RM200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!

10. Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa enggeris lebih dikenali sebagai "preventive maintenance"

15.Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran bagi orang Melayu dan keuntungan bagi orang cina.

16.Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

17. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part cina tersebut sebab banyak minyak cap ayam yang cina telah sediakan khas untuk tipu orang Melayu. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in china. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel cina. Bos cina ini sentiasa mengarahkan pekerja cinanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang Melayu. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu. Tapi apa admin boleh katakan 90% sparepart serta bengkel cina semuanya menggunakan kaedah ini.

18. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

19. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

20. Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

21. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

22. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Admin tak begitu pasti tentang ini.

23. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik cina yang kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc

24. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.

Selasa, 23 Julai 2013

KORBAN

Dalam kita melangkah…

Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat,

Hingga kita terduduk dan menangis,

Peritnya terasa tetapi ketahuilah,

Dan renungilah dalam diri kerana…

Mungkin air mata tika itu hadir kerana…

Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak

Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar,

Semoga tabah dan tetapkan iman…

Sabtu, 8 Jun 2013

Jangan Berdukacita



Janganlah kamu merasa lemah dan berdukacita... Sesungguhnya kau adalah yang kuat seandainya kau beriman kepada Allah

Cita-cita tanpa usaha ibaratkan mimpi yang indah dan membawa kegagalan dan kekesalan di dalam diri kelak.

Bersyukurlah

Penduduk dunia dianggarkan berjumlah 7 bilion. Lebih dari 30% penduduk dunia cuma memperoleh kurang dari USD 2 (RM 6) sehari.

Malaysia dianggarkan mempunyai 27 juta penduduk. Dan dari ramai-ramai penduduk dunia, Allah swt memilih kita untuk mempunyai pekerjaan, ada pendapatan tetap setiap bulan yang lebih dari RM 180 sebulan dan masih cukup makan, pakai serta ada tempat tinggal.

Kenapa?

Sila ucapkan alhamdulillah. Ada orang, akaun emel pun tiada. Apatah lagi nak mengomel-ngomel di laman sosial.

Sila tutup internet sebentar. Sebarkan kebaikan kepada orang lain.

Bayar zakat. Beri sedekah. Ajar ABC kepada anak-anak. Senyum kepada semua orang. Buang sampah yang kita jumpa di tengah jalan. Beri salam. Bagi pejalan kaki melintas dulu. Dan senarainya berterusan.

Nikmat Allah mana yang hendak kamu dustakan?

Isnin, 6 Mei 2013

Keluar dari kemiskinan


Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad saw meminta bantuan.
Baginda saw pun bertanya, “Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?”
Lelaki Ansar menjawab,”Ya ada. iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yang sehelai hamparkan. Dan juga bekas minum.”
Rasulullah saw pun terus berkata, “Bawa kedua-duanya  kepada aku.”
Maka lelaki Ansar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah saw lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, “Siapa yang mahu membeli dua barang ini?”
Seorang lelaki menjawab, “Aku akan membelinya dengan 1 dirham,”
Rasulullah saw pun berkata & mengulanginya 2, 3 kali, “Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?”
Seseorang pun menjawab, “Saya mahu membelinya dengan 2 dirham,”
Rasulullah saw pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata, “Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku.”
Lelaki Ansar tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah saw dan memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda. Rasulullah saw memasangkannya dengan kayu lalu berkata, “Nah (kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu di sini selama 15 hari ini.”
Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah saw bersama 15 dirham. Rasulullah saw pun berkata, “Beli makanan dan bakinya beli pakaian. Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari dari kamu datang meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari Akhirat. Sesungguhnya meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang kerugian teruk atau darah yang menyakitkan.”
Nota:
1. Hadis ini direkodkan oleh Imam Ibn Majah, No hadis 2198.
2. Rantaian hadis ini bermula dari Anas bin Malik r.a.

Selasa, 30 April 2013

Cinta Tuhan


Berkata Ibnu 'Abbas radhiAllahu 'anhu bahawasanya Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

Allah Ta'ala berfirman:

"Berkata Daud tatkala dia berkata-kata kepada Tuhannya: Ya Tuhanku! Siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling Engkau cintai, supaya aku mencintainya dengan sebab cintaMu itu? Berfirman Tuhan: Wahai Daud! Orang yang paling Kucintai di antara hamba-hambaku ialah yang paling bertaqwa hatinya, suci kedua belah tangannya, tiada menyusahkan orang lain, dan tidak membuat fitnah ke sana ke mari. Gunung-ganang akan berubah, namun dia tetap begitu juga. Dia mencintaiku dan mencintai orang yang mencintaiKu serta menarik hamba-hambaKu untuk mencintaiKu.

"Berkata Daud: Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawasanya aku ini mencintaiMu, dan mencintai orang yang mencintaiMu, tetapi bagaimana dapat aku menarik hamba-hambaMu untuk mencintaiMu? Berfirman Tuhan: Ingatkanlah mereka kepada segala macam nikmatKu, segala macam ujianKu, dan segala macam seksaanKu.

"Wahai Daud! Sesungguhnya tiada seseorang hamba yang menolong orang yang teraniaya, atau berusaha untuk melepaskannya dari penganiayaannya, melainkan Allah akan menetapkan kedua tapak kakinya pada hari semua tapak kaki akan tergelincir."

(Riwayat Baihaqi dan Ibnu Asakir)

Hikmah Bukan Bermakna Lemau

Abdul Mu’izz bin Muhammad 

Sebuah gerakan Islam bertindak sebagai pengganti sementara kepada khilafah yang telah diruntuhkan oleh Mustafa Kamal Attarturk sejak 3 Mac 1924. Ia bukan muncul sekadar melepas batuk ditangga, sebaliknya sebuah gerakan Islam membawa agenda besar iaitu tarbiyyah, da’wah dan politik.

Dalam memastikan misi tersebut berjaya, gerakan perjuangan umat ini mesti memiliki sifat yang telah dianjurkan oleh al-Quran. Antaranya ialah ‘Hikmah’.

Definisi

Hikmah merupakan sifat utama bagi penyambung-penyambung tugas Rasulullah S.A.W. Tugas yang dimaksudkan ialah menegakkan Islam, memelihara Islam dan mentadbir dunia dengan Islam. Konsep hikmah telah dikemukan oleh al-Quran di dalam ayat berikut;


“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik. Dan bantahlah mereka dengan cara terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat pentunjuk” al-Nahl 125.

Hikmah selalunya dikaitkan dengan makna bijaksana. Imam Nawawi telah membahaskan maksud hikmah antaranya ialah melaksanakan kebenaran. Pada masa yang sama menyekat kebatilan.

Adapaun Imam Malik dan Imam Mujahid menegaskan bahawa hikmah tidak akan dapat dilaksanakan melainkan dengan kefahaman al-Quran dan syariat Islam yang menterjemahkan erti iman.

Manakala Ustaz Hamdi Hasan mendakwa bahawa para ulama’ telah bersepakat mendefinisikan hikmah dengan pengertian tindakan yang tepat pada masa dan ketikanya. Hikmah adalah tindakan yang berkesan.

Hikmah Bukan Lemau

Antara istilah Islam yang menjadi mangsa penyelewengan makna adalah ‘hikmah’. Sehingga ramai yang beranggapan bahawa tindakan hikmah itu sentiasa dengan lemah lembut tidak kena tempat.

Islam tidak pernah mengajar kita menjadi umat yang lemau. Islam tidak pernah mengasuh kita menjadi umat yang melakukan usaha sia-sia yang tidak berbekas kesan. Begitu juga Islam tidak pernah mensyariatkan kita menjadi umat yang tunduk memberikan laluan kepada kebatilan bermaharajalela, sedangkan kita selesa berzikir dan bertapa.

Jika dikaji, ajaran ‘melemaukan umat’ merupakan hasil penyerapan ajaran Kristian melalui kitab suntingan mereka, Bible. Di dalam Matthew 5:39 direkodkan ajaran:

“Janganlah kamu melawan orang yang berbuat jahat kepadamu, melainkan siapa pun menampar pipi kananmu, berilah juga pipi kirimu”

Begitu juga di dalam Luke 6:29 menyebutkan;

“Barangsiapa menampar pipimu yang satu, berilah juga kepadanya pipimu yang lain. Dan barangsiapa yang mengambil jubahmu, biarkan juga ia mengambil bajumu”

Rupa-rupanya budaya tidak kisah dengan kezaliman dan pencabulan hak atas nama budi dan akhlak merupakan penyerapan ajaran songsang Kristian. Doktrin ini merupakan ajaran yang bercanggah dengan fitrah manusia. Mana mungkin manusia tidak mengendahkan hak mereka sendiri. Sebaliknya hanya mampu tersenyum membiarkan pengkhianatan melata. Ternyata hikmah yang diterjemahkan dengan lemah lembut tanpa batas merupakan satu ajaran Kristian yang telah tersebar luas di kalangan umat Islam.

Begitu juga ajaran Qadiani yang diasaskan oleh agen British yang bernama Ghulam Ahmad al-Qadiani. Selain mendakwa dirinya sebagai rasul akhir zaman, Ghulam Ahmad amat tekun menyesatkan umat Islam dengan memansuhkan syariat jihad kerana dakwanya jihad merupakan amalan yang bercanggah dengan nilai hikmah dan akhlak. Kesan daripada ajaran yang memandulkan umat itu, maka British dengan mudah terus menjajah India tanpa pertentangan berskala besar dari umat Islam.

Justeru kita perlu berhati-hati mengesan pencemaran fikrah dalam memahami konsep-konsep yang asalnya dikemukakan oleh Islam, namun giat diselewengkan maknanya oleh penjajah pemikiran.

Hikmah Adalah Tindakan Efektif

Islam merupakan agama yang menyediakan saluran kepada seluruh manusia melunaskan fitrah mereka. Antara fitrah manusia, pandai berkira berkenanan hak mereka. Oleh kerana itu, para ulama’ telah mendefiniskan hikmah dengan makna :
  1. Tindakan yang tepat pada masa dan ketikanya demi mempertahankan kebenaran serta menidakkan kebatilan.
  2. Bertindak balas ke atas kezaliman dan pengkhianatan.

Selepas ayat 125 Surah al-Nahl yang mengemukakan tentang konsep hikmah, Allah Taala terus menterjemahkan makna hikmah dengan ayat seterusnya :


“Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan apa yang telah mereka kenakan ke atas kamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang bersabar” al-Nahl 126.

Bukan setakat hikmah itu difahami dengan sikap lemah lembut, bahkan Allah mengkaitkan juga hikmah dengan tindakan mengenakan balasan yang setimpal. Ini bermakna lembut pada tempatnya hikmah. Begitu juga keras pada keadaannya pun hikmah. Soal utama hikmah adalah keberkesanaan sesuatu tindakan. Yang paling berkesan itulah hikmah.

Realiti

Kini umat Islam sedang berada di dalam zon perang pemikiran yang amat mencabar. Jika penentangan terhadap Islam dengan senjata, ramai yang akan mengenali pihak yang batil. Adapun realiti yang berlaku, umat Islam berdepan dengan tentangan halimunan yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar. Wujud sebuah kuasa yang mencengkam. Kuasa itu yang menjadi tangan ghaib yang merosakkan manusia dan bumi. Demi berhadapan dengan ancaman penentangan terhadap Islam, Allah Taala telah berfirman;


“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” al-Anfal 60

Di dalam ayat di atas, Allah berfirman soal kekuatan. Kekuatan sifatnya menguasai, mampu mempengaruhi keadaan serta berupaya mengenakan tekanan. Allah menggesa umat Islam agar mengenal pasti kekuatan yang ampuh sesuai untuk cabaran zaman yang dilalui. Seterusnya Allah memerintahkan agar bersiap siaga memperkasa kekuatan tersebut. Apabila umat Islam berjaya menyempurnakan perintah ayat ini, barulah gerakan mendaulatkan Islam dapat dilaksanakan dengan berhikmah.

Ada yang mengatakan kekuatan utama umat Islam adalah akademik. Namun jika dilihat berapa ramai ahli akademik yang ditipu oleh kuasa politik.

Ada yang mendakwa kekuatan utama umat Islam adalah ekonomi. Namun jika dilihat berapa ramai ahli perniagaan yang dikawal oleh kuasa politik.

Ada yang mendakwa kekuatan utama umat Islam adalah persenjataan. Namun jika dilihat setiap peperangan diatur percaturannya oleh kuasa politik. 

Secara ringkas, bolehlah penulis menyimpulkan kekuatan yang perlu dibangunkan oleh umat Islam kini adalah kekuatan politik. Itulah senjata ghaib musuh Islam yang mencengkam manusia di zaman sekarang. Hal ini kerana segala onar yang berlaku ketika zaman perang pemikiran kini semuanya berpunca dari salah laku politik.

Di sini, bukanlah penulis menafikan kekuatan-kekuatan lain yang perlu disiap-siagakan. Sebaliknya penulis ingin mengajak pembaca sedar bahawa kekuatan utama yang menentukan percaturan gerakan kebatilan adalah politik. Oleh kerana itu apabila Allah Taala berfirman berkenaan hikmah seperti yang terkandung dalam ayat 125 surah al Nahl, Allah Taala turut menyatakan :

“Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat.Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.” Fussilat 34

Al-Quran menggesa kita memilih jalan yang terbaik dengan makna cara yang paling memberi impak memenangkan Islam dan menundukkan kebathilan. Di zaman sekarang semua kebejatan berpunca dari politik. Maka umat Islam juga mesti memiliki kuasa politik untuk menyaingi kuasa politik bathil. Itulah jalan yang paling berkesan.

PAS Memilih Hikmah

PAS menegaskan di dalam perlembagaannya (fasal 6) bahawa antara usaha yang perlu digerakkan adalah memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara.

Pengisytiharan PAS memilih wadah politik membuktikan bahawa gerakan Islam ini sebagai organisasi yang matang berpijak di alam nyata. Bijak mengenal pasti kekuatan yang valid pada zaman ini. Realiti yang perlu difahami semua, untuk menidakkan segala bentuk kebathilan mestilah dengan kuasa politik. Politik adalah punca kebathilan, bahkan ia merupakan senjata utama yang digunakan oleh musuh di era perang pemikiran untuk melaksanakan segala agenda jahat.

Pendirian ini sesuai dengan penegasan Saidina Ali dan turut ditekankan oleh Imam Ghazali di dalam kitabnya berjudul al-Iqtisad Fi al-I’tiqad :

“Islam merupakan asas, manakala kekuasaan (politik) merupakan penjaga Islam. Apa-apa yang tiada asas akan runtuh. Dan apa-apa asas yang tiada penjaga akan hilang.”

Solusi

Umat Islam perlu kembali dengan serius mengamalkan sunnah Rasulullah SAW mendapatkan kuasa politik dengan mendirikan negara Islam yang menjamin kebajikan dan keadilan untuk semua. Gerakan ini bermula dari usaha melenyapkan kuasa pemerintah yang angkuh melakukan kezaliman dan penafian hak. Allah Taala berfirman;


“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” al-Maidah 8

Rasulullah S.A.W mengajar kita bahawasanya Islam dipelihara dengan adanya kuasa pemerintahan. Bahkan keadilan syariat Islam hanya dapat dibuktikan setelah adanya kuasa. Itulah yang difahami dari penubuhan sejarah Negara Islam Madinah.

Justeru kita perlu memupuk akhlak Rasulullah S.A.W yang kian ditinggalkan iaitu apabila bertindak, memilih jalan yang paling berkesan. Apabila berjuang menegakkan Islam, perlu mengenal pasti kekuatan yang menggerunkan musuh. Maka yang paling berkesan itulah hikmah.

Ahad, 28 April 2013

SIYASAH PERUBAHAN DENGAN MASLAHAH


SIYASAH PERUBAHAN DENGAN MASLAHAHProf Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Nabi s.a.w tidak meninggalkan perincian dalam masalah politik. Politik bukanlah ibadah khusus seperti solat, puasa yang seumpamanya yang tidak boleh diubah. Politik itu sesuatu yang bergerak berdasarkan kemaslahatan hidup manusia. Justeru itu, Nabi s.a.w tidak meninggalkan pendetilan tentang politik, sebaliknya hanyalah prinsip-prinsip umum untuk dipegang oleh manusia. Jika ada pendetilan, ia mempunyai faktor tempat dan masa yang terdedah kepada perubahan. Apatahlagi, pentadbiran kerajaan Nabi s.a.w tidaklah sistematik seperti zaman selepas itu. Ini kerana keperluan politik sudah memadai dengan bentuk pengurusan yang lebih menjurus kepada tribal system ketika itu. Maka pengurusan Nabi s.a.w berdasarkan kepada keperluan rakyat. Kemudian politik itu berkembang dan pengurusannya lebih rumit dan terperinci. Tidak sama pula antara satu tempat dengan yang lain, antara negeri dengan negeri, antara negara dengan negara.

Maka, kita dapati banyak perubahan politik yang dilakukan selepas kewafatan Nabi s.a.w, khususnya bermula pada zaman Saidina ‘Umar al-Khattab. Ijtihad dalam politik lebih luas dan terbuka. Terasnya, kemaslahatan rakyat. Islam bersifat luas dalam hal politik. Ini kerana syariat itu dibina atas dasar kemaslahatan manusia. Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H):
“Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia-sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).
Ertinya, apa yang penting dalam penegakan syariat adalah tujuan atau maqsad utama syariat itu iaitu kemaslahatan manusia. Bukan soal nama yang penting tetapi matlamat dari perlaksanaan sesuatu perkara yang dikaitkan dengan nama syariah itulah yang paling penting. Jika kita memberikan nama yang ‘islamik’sekalipun, tetapi tidak mencapai tujuan syariah iaitu keadilan untuk manusia, maka ia tidak boleh dianggap islamik. Nama bukan penentu, isi dan pencapaian maqsad itulah yang paling penting. Sebab itu, jika menamakan negara dengan ‘daulah islamiyyah’ tetapi tidak mencapai maqsad keadilan, maka nama itu tidak bererti, bahkan memberikan salahfaham umum terhadap agama yang suci ini.
Realiti Semasa
Untuk mencapai keadilan dan tujuan perlaksanaan syariah, ia memerlukan kefahaman terhadap nas dan penelitian terhadap realiti semasa. Kefahaman yang literal terhadap hadis-hadis siyasah akan menjadikan perlaksanaan Islam dalam bidang tersebut gagal mencapai tujuan sebenar syariat. Sebab itu dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:
“Jangan dipotong tangan (pencuri) ketika dalam peperangan”. (Riwayat al-Tirmizi dan al-Darimi. Hadis dinilai sahih oleh al-Albani)
Al-Imam Tirmizi (297H) ketika meriwayat hadis ini menyebut:
“Sebahagian ilmuwan berpegang dengan nas ini, antara mereka al-Auza’i, mereka berpendapat tidak dilaksanakan hudud ketika peperangan, berhadapan dengan musuh kerana dibimbangi individu yang dihukum itu akan pergi menyertai musuh…”.
Dalam riwayat Abu Daud:
“Jangan dipotong tangan ketika pemusafiran” (Riwayat Abu Daud. Dinilai sahih oleh al-Albani.)
Dalam hadis di atas, Nabi s.a.w mengambil kira persoalan realiti tempat, masa dan kesan terhadap sesuatu perlaksanaan hukum. Saya melihat, jika kebimbangan musuh mengambil kesempatan atau orang Islam meninggalkan Islam itu adalah sebab yang dilihat oleh sebahagian sarjana mengapa Nabi s.a.w melarang hukuman tersebut dilaksanakan, maka pada zaman yang fitnah terhadap Islam di pelbagai penjuru dan kerapuhan iman umat Islam begitu nyata, penelitian tentang perlaksanaan hudud itu mestilah lebih berhati-hati. Perlaksanaan hudud mestilah membawa natijah yang positif, bukan negatif kepada Islam. Maka perjuangan mengujudkan suasana yang kondusif itu mendahului usaha perlaksanaan hudud. Setelah wujudnya masyarakat adil; pemerintah dan rakyat, suasana iman dan Islam, kehidupan yang aman dan bahagia, tiba-tiba ada yang mencetuskan jenayah yang mencemarkan itu semua, ketika itu apabila dilaksanakan hudud tertonjollah kesan dan keindahannya.
Demikian juga dalam hadis Anas bin Malik, dia berkata:
“Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: “Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami”. Jawab Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta”. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Dalam hadis ini, Nabi s.a.w enggan menetapkan atau mengawal harga barang (price control policy). Baginda bimbang itu akan menzalimi peniaga. Ini sangat relevan dengan keadaan para peniaga pada zaman baginda, keadaan barangan yang diniagakan dan juga bentuk perdagangan yang ada ketika itu. Namun, apabila zaman berubah, sikap peniaga, keadaan pasaran (market situation) pun berubah. Jika price control policy tidak diwujudkan, para pembeli pula mungkin menjadi mangsa. Untuk itu kita dapati para sarjana fekah sejak dahulu ada yang memboleh penetapan harga oleh pihak berkuasa apabila melihat kepada perubahan keadaan.
Kata al-Munawi (meninggal 1031H) :
“Rabiah (bin ‘Abd al-Rahman) telah mengharuskan penetapan harga. Ini sebenarnya Mazhab ‘Umar, kerana itu akan memelihara sistem harga. Kata Ibn al-‘Arabi al-Maliki: sebenarnya, harus menetapkan harga dan mengawal urusan dengan suatu undang-undang yang tidak menzalimi kedua belah pihak (peniaga dan pembeli). Apa yang disebut oleh al-Mustafa (Nabi s.a.w) adalah benar, apa yang dilakukannya adalah tepat, namun itu untuk yang betul niat dan agama mereka. Adapun kaum yang berhasrat memakan harta dan menyusahkan orang ramai, maka pintu Allah adalah luas dan hukum dilaksanakan”.( Al-Munawi, Faidh al-Qadir, 2/337. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.).
Hal yang sama disebut oleh Ibn Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatawa.
Kefahaman yang sebegini bukan menolak hadis, sebaliknya berusaha melihat nas dari segi teks dan konteks. Maka, pemimpin muslim yang hendak memimpin umat dalam era ini, tidak boleh terlalu literal dalam memahami nas, tetapi hendaklah melihat Maqasid al-Syariah (The higher objectives of Islamic Law) bagi setiap nas-nas yang berkaitan politik islami.

UBAH, UBAH DAN UBAH LAGI


UBAH, UBAH DAN UBAH LAGIProf Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Saya suka dengan perkataan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz kepada ‘setiausaha politiknya’ Rajak bin Haiwah. Kata ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz:
“Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, lalu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya”. (lihat: Salah al-Khalidi, Al-Khittah al-Barraqah lizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam).
Manusia yang normal sentiasa berkehendak kepada perubahan. Berubah kepada yang lebih baik. Sekalipun kadang-kala dalam proses perubahan manusia terpaksa mengalami kesusahan. Persis seperti orang yang berpindah rumah dari yang kecil kepada yang lebih besar, selesa dan baik. Dalam proses pemindahan mungkin ada banyak kesusahan di peringkat awal. Mungkin terpaksa berjimat terlebih dahulu sebelum mampu membeli rumah baru yang besar. Terpaksa mengangkat barang-barang yang berat. Mungkin juga ada barang kesayangan yang terjatuh dan rosak. Terpaksa tinggalkan jiran-jiran lama yang disayangi. Terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan pelbagai lagi.
Namun jika dia tidak pindah, taraf hidupnya tidak berkembang. Anak-anak akan susah hidup dalam rumah yang sempit. Di tempat baru, dia menikmati kemudahan hidup yang lebih selesa dan persekitaran yang lebih nyaman.
Esok Lebih Baik
Manusia yang normal sentiasa cuba memastikan hari esok lebih baik dari hari ini. Mengubah persekitaran hidup ke arah yang lebih baik adalah tabiat manusia bertamadun. Hanya yang kita tidak ubah ialah prinsip-prinsip kebenaran yang merentasi masa dan tempat. Pun begitu, cara melaksanakan prinsip-prinsip kebenaran itu juga kadang-kadang berubah. Cara menegakkan keadilan dalam masyarakat berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Pendekatan mencegah kezaliman juga berubah mengikut keadaan masa dan tempat. Namun tanggungjawab menegakkan keadilan dan mencegah kezaliman itu kekal sehingga kiamat.
Manusia yang enggan berubah dan takut hendak berubah kerana satu risiko yang tidak pasti asas ialah manusia yang dungu. Seseorang yang takut hendak belajar ke peringkat tinggi kerana bimbang dianggap sombong adalah orang yang membodohkan dirinya. Lebih bodoh lagi, jika seseorang yang sanggup hidup dalam keadaan berpenyakit dan bimbang sembuh kerana takut jika terlalu sihat nanti dia akan makan nasi lebih banyak lalu kos hidup akan jadi lebih tinggi. Dia lupa bahawa kos ubat yang dia ambil setiap hari melebihi kos nasi yang mungkin dia tambah jika dia sihat. Demikian dalam politik.
Pindah
Air yang bertakung akan rosak. Air yang mengalir lebih baik untuk digunakan. Air yang mengalir juga lebih indah bau dan bunyi iramanya. Air yang bertakung kadang-kala ada kegerunan pada bunyi senyapnya itu. Kuasa politik juga demikian. Jika ia terlalu berada dalam genggaman seseorang, banyak keburukannya. Ketamakan, salahguna, keegoan, kesombongan dan sebagainya akan berlaku. Jika hal itu mula kelihatan pada seseorang atau sesuatu pentadbiran maka hendaklah kuasa itu dialirkan ke pihak lain agar dapat mengelakkan keadaan yang seperti itu. Di situ datangnya peranan pilihanraya dalam sistem demokrasi. Dalam konteks Malaysia, perkara ini terpakai untuk negeri-negeri yang dikuasai oleh BN ataupun PR.
Kata syair ‘Arab yang disandarkan kepada al-Imam al-Syafii:
‘Seorang yang berakal dan beradab tidak akan kekal berehat di satu tempat. Tinggalkanlah tanahair dan mengembaralah. Bermusafirlah, nescaya engkau dapati ganti orang yang engkau tinggalkan. Berletihanlah, kerana kelazatan hidup pada keletihan (untuk mendapat kebaikan). Aku melihat terhentinya air itu merosakkannya. Jika ia mengalir maka baik, jika ia tidak mengalir tidak baik’.
Hijrah dalam Islam mempunyai perlambangan yang tersendiri. Ia adalah perlambangan betapa perlunya kita berpindah kepada yang lebih baik. Negara kita tidak boleh berpolitik dengan tahap lama lagi. Kita perlukan politik masa depan yang lebih matang dan berkualiti. Kita tidak wajar membandingkan kehidupan kita dengan zaman Jepun makan ubi kayu. Mengapa kita tidak bandingkan kualiti integriti kepimpinan kita dengan Negara Jepun?! Media tidak wajar memperbodohkan akal rakyat dengan menemubual pakcik-pakcik kampung yang bercakap tentang zaman Jepun. Pemimpin sepatutnya berusaha mendidik rakyat maju ke hadapan, bukan melihat ke belakang. Ibn Hamdun dalam al-Tazkirah al-Hamduniyyah memetik kata-kata Plato:
“Jangan kamu paksa anak-anak kamu dengan cara kamu kerana mereka diciptakan bukan untuk zaman kamu”.
Dalam kerangka politik, saya tidak menaruh penuh kepercayaan kepada BN ataupun PR. Saya tidak beriman kepada parti-parti itu bahawa mereka akan memenuhi segala maksud kebaikan untuk sebuah negara yang bernama Malaysia ini. Saya rasa tabiat politik antara keduanya masih banyak yang sama. Walaupun masing-masing ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Mungkin ada beberapa tokoh dalam parti-parti itu yang berkualiti tinggi, namun kedua gabungan politik itu masih banyak yang terikat dengan ‘order lama’ politik. Lihat sahaja cara Dr Haron Din dan Karpal Singh membincangkan tentang isu hudud di waktu sepatutnya fokus rakyat kepada perkara-perkara yang lebih praktikal untuk masa ini. Lihat pula bagaimana BN mengendalikan media massa semasa pilihanraya ini. Namun, saya percaya satu perkara; perubahan, pengaliran kuasa, penggiliran, menghadkan tempoh kekuasaan, memberi peluang kepada tawaran-tawaran baru untuk rakyat adalah satu cara untuk mematangkan politik dan membawanya ke arah yang lebih baik.
Saya percaya tukar, tukar dan tukar lagi sehingga kita dapat yang terbaik, dapat membawa negara ke arah yang lebih matang dan baik. Kita hendaklah bersedia untuk menukar BN kepada PR, ataupun PR kepada BN ataupun membuang keduanya sekali pada masa depan dan memunculkan politik baru sehingga kita menemui yang terbaik. Apabila yang terbaik itu mula ‘merepek’, kita akan tukar lagi. Kita tidak pentingkan nama parti, tetapi kualiti servis yang mampu diberikan! Kita sanggup menukar jika perlu tanpa mengira BN ataupun PR. Ubah, ubah dan ubah lagi sehingga yang baik diperolehi.

Isnin, 4 Mac 2013

3 MAC 1924 - SEJARAH HITAM UMAT ISLAM

3 Mac 1924 

Merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La'natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Konspirasi ini dapat dilihat dengan jelas daripada ungkapan Menteri Luar Inggeris, Lord Curzon berikutan runtuhnya Daulah Khilafah;


"Persoalan utamanya adalah bahawa Turki telah dihancurkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan spiritual mereka, iaitu Khilafah dan Islam" .

Pada hakikatnya, keruntuhan Daulah Khilafah bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Pertentangan antara dua peradaban ini (Islam dan Kufur) telahpun berlaku sejak awal Rasulullah diangkat sebagai Rasul lagi. Daulah Khilafah yang dirobohkan ini merupakan kesinambungan Negara Islam yang didirikan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam di Madinah selepas berlakunya peristiwa Hijrah.



Khalifah Abu Bakar As Siddiq merupakan orang pertama yang memulakan diari Negara Khilafah diikuti oleh Khalifah 'Umar Al Khattab, Khalifah Osman bin 'Affan dan Khalifah Ali bin Abu Talib di mana zaman pemerintahan mereka dikenali juga sebagai era Khilafah Rasyidah. Selepas itu kekhilafah diteruskan oleh Bani Umaiyyah diikuti kekhilafahan Bani Abbasiyah dan terakhir, kekhilafahan Bani Uthmaniyyah yang semuanya berlarutan lebih 1300 tahun. Benarlah sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam sepertimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hazim yang berkata:

"Aku telah mengikuti majlis Abu Hurairah selama lima tahun dan pernah aku mendengarnya menyampaikan hadits dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam yang bersabda:

"Dahulu Bani Israil dipimpin dan dipelihara urusannya oleh para nabi. Setiap kali seseorang nabi wafat, digantikan oleh nabi yang lain. Sesungguhnya tidak akan ada nabi sesudahku. (Tetapi) nanti akan ada banyak khalifah.' Para sahabat bertanya: 'Apakah yang engkau perintahkan kepada kami?' Baginda menjawab: 'Penuhilah bai'at yang pertama dan yang pertama itu sahaja. Berikanlah kepada mereka hak mereka, kerana Allah nanti akan menuntut pertanggungjawaban dari mereka tentang rakyat yang dibebankan urusannya kepada mereka"

Sepanjang tempoh tersebut Islam telah menjangkau dan meliputi 2/3 dunia dari Timur ke Barat. Sehingga itu juga banyak kejayaan yang telah dicapai dan rahmat melimpah ke atas umat manusia sepertimana Firman Allah:

"Dan tidak kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekelian alam"
[TMQ al-Anbiya' 21:107]

Malapetaka ketiadaan Khilafah

Kehinaan yang menimpa umat Islam secara bertali arus sehingga ke hari ini adalah merupakan kesan dari tiadanya kekuatan politik di dalam tubuh umat Islam – tiadanya sebuah kepimpinan umum umat Islam (Al-Khilafah) yang menerapkan hukum-hukum Islam di dalam Negara Islam dan menyebarkan Islam ke luar Negara melalui dakwah dan jihad. Malapetaka yang terus menerus menimpa kaum Muslimin merupakan rentetan dari tiadanya perlaksanaan keatas perintah Allah secara menyeluruh. Dari firman Allah di atas, adalah merupakan suatu kepastian bahawa dengan terlaksananya hukum-hukum syara' secara menyeluruh, alam ini pasti akan dipenuhi rahmat Allah.

Namun apa yang kita perhatikan hari ini adalah perintah dan larangan Allah hanya tinggal sebagai tulisan-tulisan di dalam kitab sebagai rujukan akademik dan bukannya sesuatu yang diterapkan sebagai penyelesaian bagi masalah umat manusia. Rentetan dari itu, masalah gejala sosial, murtad, seks bebas, Aids, dadah dan sebagainya kini menjadi lumrah dan keluhan di bibir umat. Hakikatnya, penyelesaian bagi semua masalah-masalah ini telahpun dijelaskan oleh Allah dan RasulNya dengan penyelesaian yang hakiki. Apa yang perlu dilakukan adalah menerapkannya secara menyeluruh.

Salah satu malapetaka yang cukup menyedihkan yang menimpa umat Islam akibat dari kelalaian umat dalam menerapkan hukum Allah secara menyeluruh adalah dari segi ekonomi. Lihat sahajalah di negeri-negeri umat Islam, hasil bumi mereka seperti petroleum, emas dan perak yang sepatutnya menjadi milik umat telah dimonopoli oleh kapitalis Barat dan juga menjadi milik peribadi penguasa mereka.

Akibatnya, umat Islam hidup dengan penuh kemiskinan dan menagih simpati di bumi sendiri. Di Iraq, sebagai contoh, akibat dari ketamakan Barat, 120,000 orang terbunuh di sepanjang 2003-2005, 5 juta kehilangan nyawa akibat embargo, 5000 kanak-kanak meninggal setiap bulan dan 100,000 meninggal akibat radiasi nuklear [Perang Iraq-AS, COMES: 2003]. 

Dominasi ideologi kapitalis yang kufur pada hari bukan sahaja membawa pelbagai kesengsaraan kepada umat Islam, malah kepada lebih 60% umat manusia di dunia. Kemiskinan, kehinaan dan kesengsaraan termanifestasi di seluruh dunia. Di dalam dunia yang serba canggih ini, masih terdapat 1.214 billion orang miskin, 78% kanak-kanak kekurangan zat, 11 ribu kanak-kanak mati kelaparan setiap hari dan lebih dari 800 juta orang kelaparan di seluruh dunia di mana 70% di antara mereka adalah wanita dan anak-anak. [Shukor Rahman, World Food Program, New Staits of Malaysia Times, 2001. 

Semua ini berlaku dalam keadaan 20% dari penduduk dunia menerima lebih dari 60% dari kekayaannya!!!

Di Malaysia sendiri, individu terkaya di negara ini memiliki harta melebihi RM 11 bilion sedangkan pendapatan per kapita rakyatnya hanya sekitar RM 1700; malah masih ramai lagi rakyat termiskin yang tidak dapat menampung perbelanjaan keluarga mereka. sudah pasti bebanan rakyat akan bertambah dan bagi yang sudahpun berada di dalam keadaan yang sempit,  mereka ini bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga...

Soalan yang pasti akan bermain di minda adalah kemanakah perginya segala kekayaan hasil bumi anugerah Allah yang menjadi milik umat Islam keseluruhannya? Kemanakah perginya kekayaan dari petroleum, gas,hasil balak dan lain-lain sumber asli yang begitu banyak dikurniakan Allah kepada kaum Muslimin??

Dalam dunia kapitalis hari ini, kekayaan yang sewajarnya menjadi milik umat, kini diraut oleh para kapitalis yang tidak pernah kenyang dari ketamakan mereka. Akibatnya merintihlah umat untuk mendapatkan bantuan perubatan, pendidikan dan keperluan asas kehidupannya kerana negara telah melepaskan tanggungjawab utamanya – menjaga urusan umat.

Dalam aspek pendidikan pula, cengkaman ideologi kapitalisme yang berasaskan aqidah sekular secara langsung memainkan peranan besar dalam perkembangan kurikulum di semua negeri umat Islam. Barat mengetahui bahawa dengan mengawal pemikiran umat melalui pengaruh yang mendasar ke atas kurikulum pendidikan, arah tuju umat dapat dialihkan kepada apa yang mereka inginkan. Realiti, dan bukan wahyu dijadikan sebagai sumber pemikiran. 

Akibatnya, realitilah yang menentukan jalan pemikiran dan bukannya berfungsi sebagai objek pemikiran. Akhirnya, akan lahirlah manusia yang pragmatik dan liberal – manusia yang langsung tidak merasa perlu untuk kembali kepada perintah Allah dalam menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. 

Hari ini, dengan dominasi sistem pendidikan Barat, pengajian ilmu dan tsaqafah Islam menjadi sekadar proses pemindahan ilmu untuk 'dipelajari' bukan untuk diterapkan dan diamalkan.
Akhirnya agama diambil hanya dalam konteks hubungan makhluk dengan Tuhannya sahaja
('ibadah khusus), tidak lebih dari itu. Akibatnya lahirlah masyarakat sekular yang memegang aqidah Islam namun tidak mengambil Islam sebagai penyelesai bagi masalah-masalah kehidupan mereka. Mereka hidup semata-mata ingin meraih dunia tanpa komitmen yang kuat terhadap Islam. Mereka merasa cukup selesa meletakkan Islam hanya sebagai isu peribadi tanpa kesedaran bahawa mereka sebenarnya bertanggungjawab menerapkannya.

Malapetaka yang menimpa kaum Muslimin akibat dari tiadanya Islam dalam kehidupan juga dapat dilihat dalam aspek politik. Satu persatu negeri umat Islam dijajah secara ketenteraan; Iraq, Palestin dan Afghanistan merupakan contoh yang amat jelas. Manakala di negeri kafir umat Islam turut dibunuh dan dihina seperti di Thailand, Filiphina, Rusia serta Perancis. Di negeri-negeri lain, penguasa umat Islam tidak dapat memboloskan diri dari cengkaman negara 'super power' AS seolah-olah akan berlaku bencana yang amat besar sekiranya telunjuknya tidak dipatuhi. 

Dalam keadaan ini, kaum kafir begitu bermaharajalela sehinggakan penghinaan ke atas Rasulullah melalui karikaturnya terus dipandang sepi oleh penguasa-penguasa umat Islam. Mereka (penguasa muslim) ini nampaknya sehingga hari ini tidak pernah mengambil pendirian yang tegas dalam menyelesaikan masalah tersebut. Dengan nada penuh kehinaan mereka hanya mampu menyeru kepada penyelesaian melalui dialog dan kompromi dengan kuffar, suatu yang mereka, kaum kafir, sambut dengan tangan terbuka. Dan pada waktu yang sama
penguasa-penguasa ini menekan kebangkitan umat yang mahukan penyelesaian yang lebih tegas.

Di manakah pendirian kita sebagai umat yang mulia?

Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post