Selasa, 22 Jun 2010

Ayam tertipu lagi


Zaman internet dan facebook menaikkan Musang berbulu ayam menjadi amat terkenal. Musang ini menawarkan peluang pelaburan dengan pulangan melebihi 100%. Antara yang famous termasuklah WinliFund, Swiss Cash, ABFund dan berbagai lagi lah.

Dan kemudian bagaikan magic. Berjuta-juta bahkan berbillion-billion wang ayam lesap begitu sahaja. Memang pelik, lepas satu satu musang berbulu ayam seperti ni muncul. Dan yang lebih lebih pelik dan hairannnya ayam ayam ni lepas satu kena tipu, masuk lagi satu, kene tipu balik dan yang dah tahu musang berbulu ayam ini menipu tapi akhirnya kena tipu jugak...Tak serik-serik…. mungkin, memang itulah hakikat ayam.

Tak cukup dengan skim cepat kaya, ade lagi investment-investment yang diperkenalkan oleh musang berbulu ayam ini seperti Ceramic Business Club, Jai Networks yang buat skim Stromberg dan berbagai lagi la. Yang ini pula guna konsep, musang berbulu ayam ini menjual produk kepada ayam, Cuma ayam hanya labur duit pada mereka, kemudian musang berbulu ayam ini membeli semula barangan dengan meyakinkan ayam ayam ini bahawa market produk mereka tinggi dan mereka boleh jual balik dengan harga yang lebih tinggi khususnya di pasaran luar negara……

HaHaHa…… Semua ini penipu besar… Musang berbulu ayam ini menggunakan ponzi skim dimana mereka hanya pusing-pusing balik je wang ayam. Sekali kene serbu dengan Securities Comission dan Bank Negara, semua gulung tikar, duit pelabur ntah ke mana.. Sedih-sedih…… Menangis la ayam - ayam..

Itu sahaja ke Modus operandi musang berbulu ayam tu? OH TIDAK .… ada lagi rupanya. Ini satu lagi, skim-skim MLM yang musang berbulu ayam cipta ni tak jual produk pun, tapi lebih leka dengan mengalakkan ayam mencari ayam lain supaya ‘tabur’ duit melabur dekat musang berbulu ayam ni.

Antaranya yang masyhur ialah Island Red Cafe Franchise Sdn Bhd. Mengikut petikan dari akhbar Berita Harian 28 Mac 2010, Kira-kira 50,000 pelabur kerugian lebih RM100 juta kerana menyertai pelaburan penternakan cacing, lintah, sarang burung layang-layang, lembu dan kafe ala kopitiam di seluruh negara sejak dua tahun lalu. Mereka ini guna status syarikat skim berkepentingan dan lima daripada syarikat terbabit dipercayai menyalahgunakan lesen perniagaan masing-masing, walaupun berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Di dalam artikal itu ada juga sebut bahawa Island Red Cafe Franchise Sdn Bhd sudah didakwa di Mahkamah Majistret Ampang atas tiga pertuduhan menipu dan memperdayakan pelabur membabitkan pelaburan RM16 juta.. … RM 16 juta???? Ya Allah, berapa banyak duit orang Melayu Islam yang dah dibazirkan??

Huh…. sedih sebab mengenangkan terlalu banyaknya wang ayam ayam yang hilang tanpa dapat memberi manfaat. Tapi, tidakkah anda pernah terfikir mengapa ayam ayam tak serik-serik ditipu?

Mungkin ada dua sebab utama,

Pertama, kurangnya ilmu pengetahun. Ini adalah masalah utama dan punca yang membuatkan ayam ayam membuat keputusan pelaburan tanpa mengetahui langsung apa sebenarnya yang dilaburkan. Sebenarnya kesemua skim-skim tadi, kontraknya adalah tidak sah ataupun mempunyai perkara meragukan mengikut Islam. Dengan erti kata lain, duit yang ayam dapat TIDAK HALAL atau TIDAK BERKAT!!! jika ayam paham mengenai selok belok bisnes dan perkara asas dalam ekonomi dan kewangan islam, sudah tentu ayam ayam ini tak akan ternoda dengan pulangan melebihi 100% yang tak masuk akal langsung!!.

Apa pula sebab kedua..Tamak haloba, nak cari jalan senang, malas bersuaha, nak goyang kaki pastu nak kaya (sebenarnya banyak lagi). Itulah antara masalah kronik ayam ayam ini. Semua mahu dan suka mencari jalan mudah dalam mencapai kejayaan. Suka ambil ‘short cut’. Kerja sikit tapi nak pulangan tinggi. Itu masih ok lagi lah, tapi sekarang lebih kronik, tak mahu bekerja dan berusaha langsung, kemudian melabur dalam skim-skim musang berbulu ayam dan mengharapkan pulangan 300%….

Mana boleh!!! terlalu tamak dalam mengejar kekayaan dunia. Langsung tidak mengkaji dan meneliti adakah pelaburan yang dimasuki sah disisi undang-undang serta datang dari sumber-sumber yang halal. Asalkan pulangannya yang lumayan, sapu je…. isk… sedih-sedih.

Cubalah ayam ayam ini berusaha sendiri dalam menambahkan pendapatan, Gunakan internet, blog dan facebook dengan menjual produk digital mahupun fizikal, jual telur ke.. Yang penting halal dan berkat.


Isnin, 21 Jun 2010

Pelaburan halal dan haram


Sebelum melabur atau membeli saham-saham di mana-mana syarikat, anda wajib pastikan syarikat tersebut tidak terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang haram disisi Islam. Bagi yang mahu melabur dengan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, anda boleh menyemak sama ada syarikat tersebut ‘syariah compliant’ atau tidak melalui website Bursa Malaysia dan meneliti aktiviti perniagaan syarikat terbabit dengan membaca prospektus mereka dan pastikan mereka tidak terlibat dengan jenis perniagaan ini:

1- Arak
Sudah Termaktub dan jelas di dalam al-Quran bahawa arak itu haram qatie. Sepuluh golongan yang terlibat dengan arak yang dilaknat
Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :- Pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnyadan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi). Antara syarikat yang berkait dengan arak adalah Carlsberg serta F&N.

2- Babi dan Produk Barangan daripada Babi
Memakan Babi adalah haram, dan produk barangan daripada babi adalah Najis.

3- Rokok
Walaupun terdapat pelbagai fatwa mengenai rokok, Ini adalah kerana merokok sudah sah-sah membahayakan kesihatan dan membawa kemudaratan kepada umat Islam. Oleh itu membeli saham syarikat rokok adalah Haram kerana ianya membawa kepada darurat yang lebih besar. Contoh syarikat British American Tobacco (BAT).

4- Perjudian
Ini adalah termasuk gambling, betting, lumba kuda seperti Sports Toto, Internet gambling dan banyak lagi bentuk perjudian. Skim-skim loteri juga dihukumkan haram kerana termasuk dalam perjudian. Contoh adalah Genting Berhad.

5- Pornography
Melihat aurat manusia dan juga melihat sesuatu yang haram dilihat yang menimbulkan syahwat adalah haram disisi Islam.
Di dalam surah an-Nur, ayat 30 dan 31, Lelaki dan perempuan Islam disuruh untuk menundukkan pandangan.
Melabur di dalam syarikat yang menjual barangan yang berkatian dengan porno adalah haram kerana ianya membantu dalam menyebarkan kegiatan yang haram di sisi Islam.

6- Riba dan Perniagaan yang tertumpu kepada Riba

Riba adalah haram.

Allah telah menyebut di dalam surah al-Baqarah ayat 278-279 bahawa diisytihar perang oleh Allah dan Rasul bagi sesiapa yang mengamalkan riba.

Riba ini sebenarnya tidak pun menambahkan kekayaan dan lebih menjarakkan jurang pendapatan antara yang kaya dan yang miskin. Contoh Bank konvensional, kad kredit.

Jadi dunia sekarang riba amatlah susah untuk dielakkan 100%, ada terdapat pandangan ulama yang mana adalah dibenarkan melabur di dalam syarikat yang pendapatannya yang datang dari sumber yang mempunyai unsur riba tidak melebihi 25%. Akan tetapi ini adalah dengan syarat kita hendaklah ‘membersihkan’ pulangan dariapada pelaburan tersebut dengan sadaqah atau memberi sebahagaian pulangan pelaburan kepada pembangunan umum umat Islam. Majoriti institusi kewangan yang disenaraikan di Bursa Malaysia di bawah sektor ‘finance’ adalah tidak diluluskan oleh Shariah Board kecuali Bank Islam Malaysia Berhad dan Takaful.

7- Pelacuran

Hubungan seksual sebelum akad perkahwinan yang sah adalah suatu perbuatan yang terkutuk dan berdosa besar. Oleh itu, mencari keuntungan dengan jalan tersebut adalah haram.

8- Dadah

Kesan dadah adalah sama seperti arak. Ia membawa kemudaratan yang besar kepada masyarakat. Akan tetapi, jika perniagaan yang dijalankan berkaitan dadah yang tujuannya sebagai ubat, dibolehkan.

9- Syarikat Insurans Konvensional

Ini adalah kerana terdapat unsur gharar (perkara yang samar-samar dan kurang jelas) di dalam kebanyakan skim-skim syarikat insurans konvensional.

Hukum melabur di dalam syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan aktiviti di atas adalah diambil melalui kaedah usul fiqh di mana membantu dalam melaksanakan sesuatu yang haram adalah haram walaupun kita tidak secara langsung melakukan perbuatan itu. Jadi kesemua aktiviti perniagaan adalah haram dalam Islam. Oleh itu, apabila kita melabur di dalam syarikat tersebut, ia adalah umpama kita membantu mereka dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang tidak bertepatan dengan Syariah. Kesannya, pulangan daripada pelaburan tersebut adalah tidak halal. Kalau dah tidak halal, untuk memperoleh keberkatan apatah lagi. Jadi, timbang-timbangkan dan selamat melabur!

Saham Amanah


Unit Trust/Amanah Saham, hampir majoriti rakyat Malaysia pernah terdengar ataupun telah pun melabur di dalam Unit Trust ataupun Amanah saham yang terdapat di negara kita Malaysia. Paling kurang pun, mesti anda semua tahu tentang Amanah Saham Nasional (ASN atau ASB). Tak pun yang terkini.. Amanah Saham 1 Malaysia.

Ini adalah antara amanah saham yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia. Selain daripada itu, terdapat juga amanah saham yang diperkenalkan oleh bank-bank komersil dan bank-bank pelaburan seperti CIMB atau Public Mutual contohnya Public Mutual Dana Islamic Bond ( Public mutual ).

Ramai sudah rakyat Malaysia telah pun melabur dalam amanah-amanah saham ini. Akan tetapi, sejauh manakah pemahaman anda mengenai bagaimana sebenarnya amanah saham/unit trust ini beroperasi ?Mungkin kita pun telah mendengar sedikit penerangan daripada agen-agen atau wakil-wakil bank. Apa yang faham hanya sekadar tahu harga unit amanah saham tersebut. Dan pulangan diperolehi sama ada daripada dividen atau kenaikan harga unit (capital appreciation).

Ramai pelabur tidak pernah mengambil tahu apakah objektif dan portfolio pelaburan sesebuah amanah saham itu yang mana perkara ini sangat penting supaya apa yang anda harapkan sebenarnya selari dengan apa yang amanah saham itu mampu berikan.

Anda mesti tahu ke mana wang anda dilaburkan oleh fund manager amanah saham tersebut contohnya sama ada di dalam saham, sukuk (islamic bond), market dalam negara atau market luar negara.

Melabur di dalam amanah saham ini lebih rendah risikonya berbanding melabur secara terus di dalam saham-saham ( open market ) KLSE akan tetapi, perlu anda ingat, meskipun rendah, risikonya tetap wujud. Tambahan pula, Ramai juga pelabur tidak mengetahui bentuk pulangan yang ditawarkan contohnya seperti sama ada pulangan anda dalam bentuk pulangan tetap (fix income), dividen, ataupun pertumbuhan modal (capital appreciation).

Sekiranya anda mahukan pulangan dalam bentuk bayaran tetap, anda mestilah melabur dalam unit amanah yang menawarkan pulangan tetap, bukan amanah saham yang objektif pelaburannya dalah pertumbuhan modal. Jika tidak, jika ditakdirkan bahawa amanah saham yang berobjektif pertumbuhan modal itu menghadapi masalah seperti berlakunya krisis ekonomi dunia baru-baru ini yang mana terdapat amanah saham yang harga unitnya jatuh sehingga 50%, mungkin sehingga anda meninggal dunia pun anda tiada rezeki menikmati pulangan pelaburan anda.

Anda perlu sedikit sebanyak study dulu mengenai amanah saham yang anda minati supaya anda dapat memaksimumkan rate of return yang anda sebenarnya harapkan.

Tetapi anda perlu ingat, sebagai seorang Muslim, anda mesti atau wajib melabur di dalam amanah saham yang berlandaskan Syariah dan bukan portfolio pelaburannya terdapat perkara-perkara haram! Jika tidak, pelaburan anda hanyalah sia-sia kerana duit haram yang anda makan itu akhirnya akan dijilat oleh api neraka di hari akhirat kelak.

Ahad, 20 Jun 2010

Duit


Semua yang wujud dalam alam ini bergerak mengikut hukum alam dan tidak berubah-ubah. Manusia yang memiliki akal akan mencari dan menemui hukum-hukum ini.

Penemuan hukum-hakam alam ini menjadikan asas kepada tamadun manusia. Hukum alam ini tidak akan beralih-alih. Hukum-hakam ini berkecuali, tidak memiliki nilai.

Nilai baik atau jahat lahir daripada akal manusia.

Madame Marie Curie menemui radium dan menemui cahaya X dalam uranium. Dia juga menemui hukum-hakam uranium. Ciri dan watak uranium tidak pernah berubah.

Apabila ditemui ciri dan hukum-hakam uranium, maka akal manusia jugalah yang cuba mengubah hukum-hakam ini sehingga melahirkan bom atom.

Kajian hukum-hakam algebra dan ilmu bintang oleh al-Khwarizmi di Baitul Hikmah, Baghdad di zaman Khalifah Al-Mamun berkembang hingga ke hari ini.

Kapitalisme juga bergerak mengikut hukum-hakam. Hukum pertama kapitalisme ialah: untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Hukum ini tidak akan beralih-alih.

Sama ada kapitalis ini Majusi, Yahudi, Nasrani atau Islam – hukum kapitalis tetap sama.

Kapitalisme juga bergerak melalui hutang. Sistem kapitalisme akan runtuh jika hutang dan riba tidak wujud. Kepala jahat yang melahirkan hutang dan riba ini ialah bank.

Justeru kita wajib memahami bagaimana bank mula bergerak untuk mendapat keuntungan maksimum.

Sebelum kemunculan bank – di zaman kapitalisma kaum pedagang - emas adalah tukaran. Justeru, jika kita menyemak Sejarah Melayu, kita akan terbaca ufti yang dibayar kepada Raja Siam berbentuk Bunga Emas.

Kita juga terbaca perkataan perak sebagai wang. Jika melawat musium, kita akan akan dapat melihat mata wang lama Alam Melayu – emas dan perak.

Para saudagar yang berniaga akan mengupah tukang emas untuk membuat kepingan emas dan perak ini sebagai tukaran membeli-belah.

Saudagar akan meninggalkan emas dan perak untuk disimpan ke dalam peti besi tuan kedai. Kepingan emas dan perak ini dijaga rapi. Sebagai tandanya, tuan kedai akan menulis di atas kertas jumlah emas yang tersimpan.

Kertas ini cukup berharga. Sesekali si saudagar akan datang melihat emasnya yang tersimpan.

Tuan kedai emas melihat bahawa surat yang ditulisnya telah diyakini umum. Keyakinan ini datang kerana tuan kedai bukan hanya menyimpan untuk seorang saudagar tetapi berbelas-belas.

Jika ada si saudagar atau sesiapa yang datang untuk melihat emasnya, tuan kedai akan memperlihatkan emas-emas kepunyaan saudagar yang lain. Keyakinan bertambah.

Dari sini hukum kapitalisme bergerak lagi. Contohnya, tuan kedai menyimpan 100 keping emas yang dimiliki saudagar Buluh Kasap. Jika disimpan, maka nilainya tidak bertambah.

Justeru tuan kedai telah menulis 200 keping kertas untuk Buluh Kasap. Ertinya, ada seratus keping kertas lebih daripada 100 keping emas. Lebihan kertas ni menjadikan modal saudagar Buluh Kasap bertambah satu kali ganda.

Kertas yang ditulis oleh tuan kedai ini diuar-uarkan sama dengan nilai emas yang tersimpan dalam peti besi tuan kedai - inilah asal-usul duit kertas atau bank note.

Daripada pengalamannya, tuan kedai tahu bahawa para saudagar ini tidak semuanya akan datang serentak untuk melihat emas simpanan masing-masing. Justeru, dia boleh memutarbelitkan jumlah kepingan emas yang disimpan.

Hukum keuntungan maksimum sistem kapitalis bergerak lagi. Kali ini tuan kedai bukan lagi mengeluarkan kertas kepada si penyimpan emas sahaja tetapi telah berani menjual kertas ini kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar untuk digunakan sebagai modal.

Kertas yang dijual ini pastilah telah melebihi daripada jumlah emas yang tersimpan. Perkara ini tidak diketahui umum kerana tuan kedai menyimpan emasnya secara rashia - konon untuk menjaga kestabilan suasana perniagaan.

Tuan kedai emas menjadi kaya dengan menjual kertas kosong yang tidak berasaskan emas. Justeru inilah asal-usul bank dalam sistem kapitalisme. Amat jelas bank bermula dengan pembohongan.

Pembohongan ini menjadi kukuh kerana adanya keyakinan daripada orang ramai. Mereka yakin kerana melihat ramai saudagar telah menyimpan emas dengan tuan kedai.

Tuan kedai emas ini juga dilihat hebat di kalangan masyarakat kerana memiliki rumah besar, isteri gemuk, makanan sedap, ada babu dan pengawal peribadi.

Tuan kedai emas ini akhirnya menjadi pemilik bank. Gejala ini berlaku 500 tahun dahulu. Jika kita membaca karya Shakespeare, kita akan bertemu dengan si Mamat yang bernama Shylock tuan peminjam wang di kota Venice.

Shylock ini watak pemilik bank 500 tahun dahulu. Hari ini watak, hukum-hakam dan ciri-ciri seorang pemilik bank tidak pernah berubah. Hutang wajib dibayar. Jika tidak, daging seketul wajib diagihkan.

Hari ini, 500 tahun kemudian, asas hukum perbankan tidak pernah berubah tetapi cara pengendalian lebih tersusun.

Umum selalu bertanya dari mana datangnya wang. Jawabnya: yang mencetak wang ialah bank. Caranya tidak jauh bezanya daripada amalan tuan kedai emas dahulu.

Contoh: Ada sebuah bank bernama Bank Buluh Kasap yang memiliki modal sebanyak 100 ringgit. Bank ini mendapat pelanggan 10 orang yang menyimpan 100 ringgit seorang.

Ertinya bank ini ada 1100 ringgit. Bank ini kemudian memberi pinjaman kepada 10 pelanggan baru. Setiap pelanggan dipinjamkan 200 ringgit. Lihat silap mata!

Dari 100 ringgit modal asal, kini menjadi 2100 ringgit.

Bank ini sebenarnya tidak memberikan pinjaman duit tetapi kredit. Tidak ada duit bertukar tangan - ini duit atas angin. Tuan punya bank seperti tuan kedai emas tahu bahawa tidak semua pelanggan akan datang serentak untuk mengeluarkan duit simpanan.

Bank memungut bunga dan riba – yang dipanggil untung. Duit bunga ini akan terus dipusingkan untuk dipinjamkan lagi. Ertinya duit dalam sistem ekonomi kapitalis lahir daripada hutang dan bunga.

Beginilah yang telah dilakukan oleh semua bank. Inilah caranya bagaimana duit muncul dalam pasaran. Sistem bank dalam ekonomi kapitalis bergerak mengikut hukum ini.

Dalam masa yang sama, si peminjam diminta memberi cagaran – amalan ini untuk menjamin keuntungan kepada bank. Jika si pelanggan gagal membayar hutang, maka cagaran akan terlupus.

Harus difahami bahawa bank membuat duit bukan melalui cagaran. Bank membuat duit dengan memberi orang berhutang. Cagaran hanya mainan silap mata untuk melahirkan keyakinan.

Katakan pada hari Rabu minggu hadapan, semua pelanggan Bank Buluh Kasap ingin mengeluarkan duit - maka tertonggeng dan terkangkang Bank Buluh Kasap!

Tidak ada duit sebenarnya dalam bank itu. Yang berpusing-pusing hanya kertas. Tertongeng dan terkangkang inilah yang sedang kita hadapi semenjak September 2008.

Bank Northern Rock di Scotland tertonggeng apabila semua penyimpan datang beratur untuk meminta wang simpanan mereka - permulaan hilangnya keyakinan orang ramai terhadap bank.

Orang ramai tidak yakin bahawa duit mereka akan selamat. Apabila orang ramai hilang keyakinan, maka silap mata bank akan kantoi. Orang ramai akan berbondong-bondong datang untuk mengeluarkan duit mereka.

Bank yang pandai main silap mata kini tidak dapat melakukan apa-apa melainkan mengaku diri mereka bankrap - inilah yang sedang berlaku sekarang.

Selama 30 tahun yang lalu, pelbagai bentuk mainan silap mata telah dilakukan oleh bank. Pemilik-pemilik ban ini telah mempengaruhi para ahli politik untuk melupuskan pelbagai larangan dan rintangan.

Mereka memungut riba dan mengumpul harta. Dengan harta kekayaan yang terkumpul hasil daripada memakan riba, para pemilik bank telah memberi sumbangan kepada politikus.

Persekongkolan ini cukup intim. Para pemilik bank ini tidak pernah muncul di khalayak umum. Tetapi kepentingan mereka terjamin melalui para politikus yang akan bersuara menjaga kepentingan mereka.

Pada 2009, banyak bank telah muflis. Lalu timbul persoalan. Ke mana perginya duit-duit ini? Harta kekayaan tidak hilang, ia hanya bertukar tangan. Duit ringgit milik orang ramai yang tersimpan di bank telah dijadikan modal untuk membuat lebih banyak untung.

Keuntungan ini disimpan. Penyimpan duit di bank boleh jatuh muflis, bank boleh diistihar bankrup tetapi tuan empunya bank tidak pernah bankrup.

Ada pelangan akan kalah judi di Genting tetapi syarikat Lim Goh Tong sampai kiamat tidak akan bankrup - ini juga hukum sistem kapitalis.

Petikan Dari Hishamuddin Rais

Jual Beli


Jualbeli :-

1. Jualbeli dari istilah bahasa ialah menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain. Dari istilah syarak ialah menukar harta dengan harta mengikut cara-cara yang tertentu.

2. Dalil-dalil harus dan halal jualbeli:

1) Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
“Dan Allah s.w.t telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.” (Surah Al-Baqarah : ayat 275)

2) Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
” Janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu dengan jalan batil melainkan dengan jalan jualbeli secara redha daripada engkau.” (Surah An-Nisaa’ : Ayat 29)

3) Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :-
“Sesungguhnya jualbeli itu adalah lahir dari redha-meredhai.”
(Riwayat Ibnu Hibban)

3. Hikmah diharuskan jualbeli :-

1. Allah s.w.t telah menjadikan sifat semulajadi manusia yang memerlukan pertukaran faedah harta di antara sesama manusia samada menerusi jualbeli, sewa-menyewa dan sebagainya.

2. Dengan adanya peraturan jualbeli ini maja akan terhindarlah kejadian rampas-merampas atau rompakan yang mana manusia ingin memiliki harta benda yang tiada padanya.

3. Berjualbeli adalah mengajar manusia supaya hidup bersatupadu dan hidup mengikut lunas undang-undang.

4. Rukun jualbeli terbahagi kepada enam :-

1. Penjual
2. Pembeli
3. Harga yang dibeli
4. Barang yang dijual
5. Sighah (lafaz penjual)
6. Qabul (lafaz pembeli)

5. Syarat-syarat penjual dan pembeli :-

1. Baliqh dan berakal
2. Tidak bankrap atau bodoh
3. Tidak dipaksa
4. Beragama Islam
5. Merdeka
6. Bukan berurusan dengan Musuh Islam.

6. Syarat-syarat harga dan barang yang dijual:-

1. Barang-barang itu mestilah suci dan bersih.
2. barang itu kepunyaan penjual itu sendiri ayau wakil penjual
3. Menyerahkan barang kepada pembeli ketika melakukan akad jualbeli.

Sebagaimana sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :-
“Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasullah s.a.w telah melarang dari menjual jualan secara tipu daya.”

4. Penjual dan pembeli mesti tahu tentang jenis, kadar dan sifat barang yang dijual.

7. Syarat-syarat Ijab (lafaz Penjual) dan Qabul (lafaz Pembeli)

1. Tidak diselangi oleh perkataan yang lain ketika akad jualbeli.
2. Tidak diselangi oleh diam yang lama di antar ijab dan Qabul
3. Bersamaan Ijab dan Qabul dari segi maknanya walaupun berlainan dari segi lafaznya.
4. Tidak boleh dihadkan waktunya.
5. Tidak boleh bertakliq.

8. Apabila tidak cukup rukun dan syaratnya maka jualbeli tersebut adalah tidak sah.

9. Syarat membeli kitab suci Al-Quran dan kitab Al-Hadith itu hendaklah ia beragama Islam.

10. Beberapa persoalan yang melibatkan jualbeli :-

1. Tidak sah menjual binatang buas.
2. Tidak sah menjual sesuatu yang najis yang tidak dapat disucikan.
3. Tidak sah menjual harta benda yang telah digadaikan kepada orang lain melainkan dengan keizinan daripada orang yang memegang gadaian.

Sabtu, 19 Jun 2010

Melayu


Petikan dari buku Memoir Abdul Majid Salleh. Seorang pejuang kemerdekaan tanahair kita . Beliau adalah rakan perjuangan Ahmad Boestamam , Prof Burhanuddin Helmy , Zahari Said dan ramai lagi rakan perjuangan yang lain.

Saya amat tertarik ulasan beliau mengenai sikap pemikiran orang Melayu 40an dahulu. Antara lain beliau merumuskan:

1.Jiwa orang Melayu terlalu baik, hanya terlalu sedikit bilangannya yang benar-benar keras kepala.Oleh kerana terlalu baik , orang lain dengan mudah saja dapat menipu atau membelit mereka.

2.Jiwa orang Melayu terlalu lembut terhadap orang yang bukan Melayu , tetapi mengeras dan garang terhadap orang Melayu itu sendiri.

3.Orang Melayu terlalu suka memakan budi orang , apabila budi sudah diterima dan tidak terbayar maka akan menyerah kalah.

4.Orang Melayu terlalu suka mengagung-agungkan orang lain tetapi menghina bangsanya sendiri.

5.Orang Melayu terlalu taat kepada orang lain tetapi khianat kepada bangsa sendiri.

6.Kalau orang Melayu menasihatinya dan orang bukan Melayu menasihatinya atas tajuk yang sama , maka orang Melayu akan mengikut nasihat orang bukan Melayu.

7.Apabila menghadapi sesuatu bencana baharulah mereka berasa hendak bersatu dengan bangsanya iaitu seia sekata tetapi apabila bencana telah hilang , mula menidakkan pertolongan dari orang-orang Melayu yang lain.

8.Suka meniru-niru dan tidak mereka-reka sendiri kerana penyakit malas berfikir.

9.Tidak berani menghadapi sesuatu masalah yang rumit dan apabila masalah itu timbul ia kehilangan akal.

10.Tidak berani meneroka sesuatu usaha yang besar kerana tidak percaya diri sendiri.

11.Apabila orang lain meneroka sesuatu usaha itu berjaya , ia cuba pula melakukan usaha yang sama secara meniru-niru tanpa ilmu pengetahuan dan pengalaman.

12.Suka menyerahkan nasibnya kepada orang lain.

Inilah salah satu dari beberapa punca yang menyebabkan orang Melayu ketinggalan jauh ke belakang dari bangsa-bangsa lain.

Renungi sedalamnya samada kita tergolong dalam kumpulan Melayu 40an atau yang lain.. petikan dari muka surat 100-101 Memoir Abdul Majid Salleh.

Tentang selepas perkhawinan


Ikatan perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang kekasih. Tetapi sebenarnya banyak cabaran dan cubaan terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama.

beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.

Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang

Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca pergaduhan dalam rumahtangga (sehingga membawa perceraian). Jadi mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.

Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan keluarga untuk masa depan

Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan

Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.

Apa yang perlu dilakukan: Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual harian anda ketat.

Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks

Seks amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60% pasangan yang baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.

Apa yang perlu dilakukan: Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat. Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin akan lebih menyukainya. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.

Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri.

Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.

Apa perlu dilakukan : Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik


Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil

Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam. Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang ada.

Apa yang perlu dibuat : Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan perubatan yang akan dikesali kemudian hari.


Kesilapan 6: anak

Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.

Apa yang perlu dilakukan: Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu bangun 4 pagi untuk menyusukan anak. Buat perancangan supaya anda lebih bersedia.

Selasa, 15 Jun 2010

Rumah


Rumah yang pernah menjadi perbualan hangat. Dianggarkan bernilai RM 12 juta. Masih belum siap sepenuhnya dan terletak di Lot 65, seksyen 60 Bandaraya kuala Lumpur. Dibina oleh TRC Corporation.














Doktor


Doktor adalah nama glamor manakala pegawai perubatan adalah nama jawatan yang diberikan kementerian kesihatan. Terkini, kerajaan telah memberikan pelbagai insentif menarik kepada doktor.

Untuk yang bergraduat dengan jayanya sebagai pelajar perubatan maka dilantik sebagai pelatih pegawai perubatan berjawatan UD41. Proses yang perlu dilalui ialah 2 tahun.

Selepas 2 tahun, seseorang pelatih akan dilantik sebagai pegawai perubatan UD44 secara automatik. Manakala genap sahaja perkhidmatan sebagai pegawai perubatan selama 3 tahun selepas perlantikan UD44, automatik akan dilantik sebagai pegawai perubatan UD48.

Selepas 5 tahun berada pada pegawai perubatan UD48, seseorang akan dilantik terus secara automatik kepada UD52 dan selepas 5 tahun akan terus dilantik ke jawatan UD54.

Pelajar-pelajar perubatan yang lulus dengan jayanya, kerjaya sudah sedia menanti. Tiada istilah pengangguran dan kesusahan mencari pekerjaan bagi pelajar2 perubatan.

Benarlah kata orang2 di zaman saya, belajar susah, kerja senang jika belajar senang maknanya susah lah nak dapatkan pekerjaan.

Dengan peluang kerjaya dan prospek kerjaya menarik, ramai mungkin tidak sedar betapa sukarnya menjadi seorang doktor atau pegawai perubatan.

Walaupun tugas seorang doktor adalah tugasan mulia, insyallah mempunyai pahala yang besar jika ikhlas bekerja tetapi cabaran menanti juga besar. Antara cabaran yang menanti:

Cabaran di Hospital

Cabaran yang menanti seseorang doktor bermakna mereka bertarung untuk menyelamatkan nyawa manusia. Dalam tugasan tersebut, ada yang kurang faham menyebabkan kes saman menyaman berlaku ke atas seseorang doktor.

Cabaran yang kedua, kekurangan doktor menyebabkan ada doktor yang tidak berminat dalam bidang tertentu terpaksa berkhidmat dalam jabatan yang mereka kurang minat. Ini menjejaskan prestasi mereka dalam melakukan sesuatu displin

Cabaran yang ketiga ialah oncall berselang sehari hingga tiada ruang rehat untuk diri sendiri. Oncall bermakna seseorang doktor perlu bertugas selama 24 jam di hospital.

Cabaran yang keempat ialah persatuan doktor yang tidak kuat untuk membela nasib para2 doktor di sektor awam. Ini kerana kebanyakkan penyandang utama persatuan doktor adalah doktor yang berkhidmat di sektor swasta.

Cabaran yang kelima berkaitan dengan pentadbiran hospital yang tidak pandai mengurus kedudukan doktor2 di hospital seperti tidak boleh membezakan jabatan mana yang lebih utama. Contohnya, jabatan kecemasan dan kemalangan hanya ada 1 orang doktor berbanding dengan jabatan perubatan yang mempunyai 5 orang doktor.

Masalah ini terjadi bilamana jabatan kecemasan dan kemalangan tidak mempunyai pakar dalam bidang tersebut manakala jabatan perubatan mempunyai pakar dalam bidang terbabit. Namun, jika dilihat secara kasar dan halus sudah tentu jabatan kecemasan dan kemalangan sepatutnya diberi keutamaan.

Cabaran di Rumah

Berkahwin dengan seorang doktor memerlukan suami/isteri yang perlu memahami. Usah bermegah kerana isteri/suami seorang doktor kerana kadar penceraian bagi kerjaya ini adalah tinggi.

Seorang doktor perlu berkhidmat 24 jam sehari, perlu dipanggil bilamana berlaku kecemasan, ada juga perlu berkhidmat selama 7 hari seminggu di hospital bila mana keadaan memerlukan.

Maka untuk suami, sanggupkah anda menjaga anak kerana kerjaya isteri anda seorang doktor. Sanggupkah anda menyedia dan mengurus rumah tangga sepanjang ketiadaan isteri anda. Maka anda adalah seorang ayah/ibu kepada anak2 anda.

Usah bercita-cita untuk mengahwini doktor jika anda fikir anda tidak berkemampua untuk menguruskan perkara2 tersebut. Jika ditakdirkan, itu jodoh, maka bersedialah dengan mental dan fizikal untuk mengurus rumahtangga

Begitu juga, semasa musim perayaan. jangan harap anda dapat beraya dengan sanak saudara jika isteri/suami anda seorang doktor. Sebagai seorang doktor, isteri/suami perlu bekerja di hospital manakala anda mungkin beraya berseorangan ataupun bersama2 dengan anak.

Bukan anda sahaja perlu memahami tetapi mungkin juga keluarga anda. Jika tidak, rumahtangga yang dibina mungkin rosak binasa

Jumaat, 11 Jun 2010

Tiga Abdul



( Di dalam cerita tersebut, sebenarnya ketiga-tiga Abdul memiliki hak yang sama ke atas harta ayah mereka Ismet Ulam Raja. Baik harta di dalam Isketambola dan di luar Isketambola. )

Di dalam cerita tersebut, Abdul Wahab selaku anak sulung membahagi harta-harta Ismet Ulam Raja yang berada di dalam Isketambola secara “demokrasi terpimpin”.

Dia mendapat segala estet-estet, kebun-kebun dan tanah-tanah yang bernilai 5 juta pound sterling, manakala adik kedua Abdul Wahib pula mendapat segala wang di dalam bank-bank Ismet Ulam Raja yang berjumlah 4 juta pond sterling.Manakala adik bongsu mereka Abdul Wahub pula hanya mendapat rumah pusaka “yang hampir hendak roboh”. Ia menimbulkan konflik kerana ketidakadilan yang dilakukan oleh pemegang amanah, iaitu Abdul Wahab. Lantaran itu, Abdul Wahub mengambil keputusan memutuskan persaudaraan dengan mereka berdua.

Jika faraid digunakan, ketiga-tiga Abdul tidak perlu putus saudara. Peguam si mati, Sulaiman Akhlaken patut memainkan peranan dalam hal ini.

Apapun, ia sekadar cerita jenaka. Mungkin yang tersirat di sebalik itu, P.Ramlee ingin mengingatkan kita tentang keperluan ilmu faraid.

satu hadith Rasulullah s.a.w yang dilaporkan oleh Imam Ahmad, yang bermaksud; “Hendaklah kamu pelajari ilmu faraidh, maka sesungguhnya ilmu faraidh adalah suruhan dari agama kamu dan bahawasanya ilmu faraidh adalah seperdua daripada ilmu dan yang mula-mula dicabut dari umatku.”.

Yong-Tau-Fu.


Yong-tau-fu adalah makanan masyarakat Cina. Menu asal Yong-tau-fu adalah tauhu yang dicampurkan dengan kuah pati ikan atau khinzir.


(nota:terjemahan untuk “meat paste of fish and pork” yang terdapat di dalam wikipedia, diterjemahkan sebagai kuah pati ikan atau khinzir)

Hari ini menu ini sudah berubah dengan pelbagai bahan-bahan lain, seperti telur, sayur, sosej, dan sebagainya. Sekiranya yong-tau-fu asal haram dimakan oleh orang Islam, kerana kandungan menunya adalah kuah pati khinzir, adakah ia masih haram sekiranya tiada lagi unsur tersebut?

Yong-tau-fu tidak boleh dimakan bukan kerana namanya yong-tau-fu. Sekiranya ia ditukar nama kepada “yong-tau-fu Halal”, atau “yong-tau-fu Islam”, atau “yong-tau-fu Ahmad”, ia masih lagi belum cukup syarat halal sekiranya ia masih menggunakan kuah pati khinzir!

Begitulah juga halnya dengan takaful dan insurans.

Fungsi insurans dan takaful adalah sama, iaitu untuk memberi perlindungan. Yang membezakan bukanlah premiumnya, bukanlah proses underwritingnya, atau juga bukanlah berapakah jumlah pampasannya. Atau juga bukanlah komisennya. Ada beberapa perkara yang sama, dan ada beberapa perkara yang tidak sama. Asasnya ia dibezakan dengan kontrak yang mewujudkan takaful ataupun insurans. Yang ada unsur haram itu; riba, judi dan ketidaktentuan.

Takaful halal bukan kerana namanya takaful, dan insurans adalah haram bukan kerana namanya insurans.

Telaga Minyak 4


Gambaran secara grafik Aktiviti yang sedang dijalankan bagi menangani dan mengawal tumpahan minyak.

Jumaat, 4 Jun 2010

PruBSN Takaful2


Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakaian dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (240)

Nota: Allah SWT telah memberi peringatan buat suami supaya menyediakan sejumlah perbelanjaan yang mencukupi bagi tempoh setahun untuk isteri sekiranya si suami meninggal dunia. Perbelanjaan tersebutlah yang akan digunakan oleh si isteri untuk meneruskan kehidupan bersama anak-anak. Kenapa setahun? Kerana selepas kematian suami, isteri akan hilang mata pencarian utama mereka terutamanya bagi isteri yang tidak bekerja. Dalam tempoh satu tahun itulah mereka perlu berdikari sendiri, mencari pekerjaan untuk menyara hidup bersama anak-anak. Sekurang-kurangnya perbelanjaan yang si suami tinggalkan untuk tempoh setahun itu dapat meringankan beban sedikit sebanyak. Bagaimana sekiranya si suami tidak meninggalkan sebarang wasiat? Adakah kita sebagai suami sanggup melihat anak-anak kita yang masih kecil dikerah bekerja bagi menggantikan kita sebagai pencari nafkah utama? Atau kita sanggup melihat anak-anak kita diserahkan kepada badan kebajikan anak-anak yatim atau keluarga angkat kerana si isteri tidak mampu menyara mereka?

Fikir-fikirkan sedalam-dalamnya…

Sediakan perancangan kewangan yang terbaik untuk keluarga anda sebelum anda meninggalkan mereka.

Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post