Isnin, 20 Ogos 2012

Salam Aidul Fitri


Ya Allah
Jadikan Ramadhan yang telah berlalu pergi
Meninggalkan bersamanya bibik bibik iman dan takwa
Yang telah kau kurniakan kepada kami semua
Moga menjadi bekalan kepada kami mengharungi hidup didunia
Yang penuh fana dan noda

Ya Allah
Jadikan syawal yang hadir
Memupuk semangat UKHWAH & RAHMAH sesama kami
Menjadi titik bersatunya hati hati kami dalam mentaati suruhan dan ajaran-mu
Meninggalkan segala larangan & kemurkaan mu
Moga menjadi pemangkin untuk kami terus hidup dibawah naungan islam
Yang kau redhai
Amin.. Ya Robbal`alamin…

Salam Aidilfitri


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Di kesempatan ini, saya penulis blog sembangjuruteknik.blogspot.com ingin memohon kemaafan kepada para pembaca dan bloggers yang setia bersama penulisan saya selama ini. Sekiranya ada tersalah tingkah laku, bahasa dan penulisan, haraplah dimaafkan.

Saya juga sentiasa memaafkan kepada sesiapa sahaja yang mungkin ada melakukan kesalahan kepada saya. Semoga kita semua saling bermaaf-maafan sesama insan.

Akhir kata sekali lagi saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post