Selasa, 13 Disember 2011

Duit bonus

Bonus tahunan?.. minimun RM 500.. sebulan gaji. dua bulan gaji.. atau 22 hari tidak termasuk dengan imbuhan tanpa MC sebanyak 2 hari.?
tapi yang penting, itu semua adalah duit bonus atau imbuhan yang anda dapat. Kemana anda harus menggunakannya?..
Berikut adalah cadangan untuk anda memperhabiskan dan mempergunakan duit bonus tersebut:
1. Bagi mereka yang sudah sekian lama mengamalkan konsep pay yourself, masukkan je la duit bonus tu dalam akaun yang sama.
2. Bagi mereka yang masih tidak dapat simpan 30% dari keseluruhan pendapatan bulanan, maka cuba selesaikan apa-apa yang patut dengan duit bonus tersebut, khususnya hutang yang berkaitan kad kredit.
3. Sekiranya anda sudah membuat 2 perkara di atas, dan duit bonus masih banyak berbaki, la… itu pun nak saya bagitahu ke? Saya fikir isteri / suami dan anak-anak anda lebih mahir bab tersebut. Hehehe…

Kaya cara halal

Semua orang mahu menjadi orang yang berharta. Namun, ada yang memilih untuk menjadi kaya dengan apa cara sekalipun walaupun melanggar batas-batas Islam. Sedangkan harta sepatutnya membantu kita di akhirat kelak dan bukannya menjadi penghalang kita dari memasuki syurga.
 
Sesungguhnya tidak masuk syurga orang yang daging badannya yang tumbuh dari benda yang haram melainkan nerakalah menjadi tempat yang layak baginya. (Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tarmizi)

Justeru, kita mesti mengetahui kenapa kita mesti mencari harta kekayaan dengan cara yang halal dengan menjauhi 3 maksiat besar dalam urusan harta iaitu riba, judi dan gharar.

1. Tanda syukur kepada Allah swt  
Setiap kekayaan di atas muka bumi ini adalah daripada Allah untuk kita. Emas, perak, kambing, lembu, padi, petroleum serta bisnes misalnya adalah antara sumber kekayaan yang tidak dapat kita hitung banyaknya. Harta-harta tersebut dan jenisnya dicipta sebagai habuan kita di dunia. Justeru, mencari harta kekayaan dengan cara yang halal adalah salah satu cara untuk kita bersyukur kepada Allah swt atas nikmat yang diberi. [al-Qasas:77]

2. Anak kunci syurga  
Harta dari sumber yang halal perlu dizakat dan dibelanjakan di jalan Allah. Harta merupakan salah satu modal perniagaan kita dengan Allah. Barangkali kita tidak dapat menjadi seorang yang ulama yang merupakan waris para Nabi untuk masuk ke syurga. Justeru, menjadi seorang hartawan yang dermawan adalah pilihan kita. [As-Soff: 10-12]

3. Berkembang unik  
Harta halal, melalui zakat dan sedekah dapat berkembang dengan cara tersendiri. Ini kerana zakat dan sedekah walaupun secara fizikal kelihatan ‘mengurangkan’ tetapi sebenarnya zakat dan sedekah menambahkan harta. Berbeza dengan harta haram, nampak banyak tetapi akhirnya susut dan mengecil. Sesungguhnya semua harta adalah milik Allah dan Dia memberi kepada kita dengan cara tersendiri. [al-Baqarah: 276]

4. Semakin banyak, semakin tenang  
Harta yang halal, walaupun jumlahnya kecil tetap memberikan ketenangan dalam jiwa. Berbeza dengan mereka yang mengumpul harta melalui jalan riba, judi dan gharar, Allah swt mencabut ketenangan dari jiwa mereka. Lagi banyak mengumpul harta haram, lagi gelisah, gundah gulana dan semakin jauh dengan Allah swt. [al-Baqarah: 277]

5. Nabi saw juga orang kaya  
Sisi lain Nabi Muhammad saw adalah baginda merupakan orang bisnes. Dari kecil sudah diajar berniaga. Menjadi rakan niaga Sayyidatina Khadijah ‘business woman’ ulung pada zamannya dan kemudian menikahinya dengan maskahwin 20 ekor unta (anggaran nilai seekor unta paling kurang bersamaan dengan 8 ekor kambing). Ketika Nabi saw mula menyebarkan Islam, bisnes Baginda diuruskan oleh sahabat bernama al-Saib ibn Abi al-Saib al-Makhzumi. Nabi Muhammad saw adalah contoh terbaik menjadi kaya dengan cara yang halal.
 
… makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan daging tubuhnya tumbuh dari yang haram. Justeru bagaimana mungkin dia mengharapkan doanya dimakbulkan? (Hadis dari Imam Muslim)

Rabu, 7 Disember 2011

Cerita Pak Pandir

Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.

Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, “Oi… Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat.”

Pak Pandir menjawab, “biar berjimat, habiskan dulu satu persatu.”

Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, “Hei… kenapa belum jalan?”

“Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik,” jawabnya.

============ ========= ========= ====

Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri. “Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?” tanya polis.

“Aduh… lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal.”

============ ========= ========= ====

Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..

Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
Penjual : Ada.
Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau……

============ ========= ========= ===

Pak Pandir mahu pastikan segala kerjanya dilakukan dengan baik. Jadi setelah membuat fotokopi untuk dokumen-dokumen itu, dia selalu membandingkan salinan itu dengan salinan yang asal. Takut kalau-kalau terdapat salah ejaan…

============ ========= ========= ===

Pengurus : Pak Pandir, jika terdapat kecemasan, awak dail 911. Jangan lupa lagi.
Pak Pandir : Saya tak lupa Tuan. Masalahnya, saya tak nampak angka 11 di talipon ini..

============ ========= ========= ===

Kerani : Tuan, ini faks dari Pak Pandir..
Pengurus : Macam mana awak tahu? Tak ada nama dia pun
Kerani : Di faks ini ada setem……

============ ========= ========= ====

pak pandir pandai skit la cakap bahasa inggeris, takat i am sorry, one sampai seven tu biasa bagi pak pandir.

alkisah, suatu hari pak pandir jalan-jalan naik keta ngan mak andeh gi kl. tetiba dia telanggar keta orang lain. alamak, orang putih la!, pak pandir mula gelabah, mak mandeh kata relaks abe?(ore klate) kecek la camana pun…

pak pandir pun keluar dari keta, orang putih pun keluar gak, pak pandir pun kata – i am sorry. orang putih tu pun kata – i am sorry 2. pak pandir dengar 2 apalagi dia jawab la – i am sorry 3. orang putih tu pening, dia kata – what sorry 4.

pak pandir apa lagi, dengar 4 dia terus jawab – i am sorry 5. orang putih 2 lagi pening, pastu bini orang putih tu kuar dari keta, dia pun berkata – i thing this man must be sick(6). pak pandir dengar 6 dia jawab lagi dengan selamba – i am sorry 7…..

============ ========= ========= ===

pak pandir: mak andih.. oo mak andih..
mak andih : ya bang.. awat nya?
pak pandir: rasa nk makan pisang la plak.. wak mai pisang emas kt
dapoq tu..
mak andih : pisang tak masak lagi bang..
pak pandir: laaa.. gas abih dah ka?
mak andih : ????

============ ========= ========= ===

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:

“Panasnya dalam helikopter ini …”.

Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:
“Mahu tak panas tuan …kipasnya besar …tapi di luar …”

============ ========= ========= ==

Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone …
“Wah Pak Pandir …ada handphone …ada coverage ka dekat sini …?”

Jawab Pak Pandir: “Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage”

============ ========= ========= ===

Pak Pandir yang menjual petai di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu …

“Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah…RM20 sahaja.”

Tanya lelaki berkenaan : “Berapa longok semuanya?”

Jawab Pak Pandir : “Semuanya 20 longgok …”

============ ========= ========= ===

Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti …
“Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?

Jawab manager : “Cuti seminggu …oklah, saya bagi cuti seminggu.

Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.

Tanya si manager : “Kenapa dua minggu cuti?”

Jawab Pak Pandir : “Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ..

SEKIAN…

Krisis Euro

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Malaysia dijangka paling teruk menerima kesan ekoran krisis Euro yang sedang melanda Eropah sekarang, kata pakar ekonomi dari Nomura International hari ini.

Ketua Ekonomist untuk Asia  Ex-Japan Nomura, Robert Subbaraman (gambar) berkata,  berbanding dengan negara Asia yang lain, Malaysia paling teruk kesannya kerana terlalu bergantung dengan komoditi di samping kewangan awamnya yang lemah.

Beliau menjangka, harga komoditi Malaysia dijangka jatuh teruk ekoran krisis ini dan ia akan memberikan kesan kepada ekonomi Malaysia keseluruhannya, lapor The Malaysian Insider.

Krisis Eurozone telah mengucarkacirkan Greece manakala Perdana Menteri Italy kehilangan jawatannya.

“Ekonomi Malaysia adalah yang paling teruk terkesan ekoran krisis ini, kerana berada dalam kumpulan ekonomi paling lemah," kata Subbaraman dalam sidang media hari ini.

Pakar ekonomomi Nomura untuk Asia Tenggara, Euben Paracuelles pula berkata, pembangunan ekonomi Malaysia untuk tiga suku pertama tahun ini banyak disebabkan oleh perbelanjaan kerajaan, tetapi kewangan awam pada dasarnya lemah dan dia bimbang ia akan berjaya dipertahankan.

Subbaraman juga berkata, Malaysia berada di tempat ketiga di Asia dalam konteks pendedahannya kepada tuntutan dari bank Eropah selepas Hong Kong dan Singapura.

Ini bermakna, asetnya akan mudah cair dan kering jika bank-bank Eropah ini mula bertindak kepada pelanggannya di daerah sini.

Harga komoditi Malaysia dijangka akan jatuh 15 peratus jika krisis ini menyerang Malaysia.

Antara komoditi yang terlibat adalah getah dan kelapa sawit yang selama ini menjadi hasil utama negara dan memberikan sumbangan besar kepada ramai rakyat negara ini.

Turut terkesan adalah badan seperti Felda yang selama ini menjadi sandaran kerajaan BN untuk mendapatkan wang belanja.

Jika harga kedua-dua komoditi ini jatuh, ia akan menyukarkan kerajaan Malaysia untuk memanggil pilihan raya ketika serangan ini berlangsung.

Sebelum ini, pakar ekonomi kerajaan menjangka ekonomi Malaysia akan melonjak ekoran jangkaan kenaikan harga getah dan minyak kelapa sawit di pasaran dunia.

Kini dengan jangkaan baru dari Nomura ini, akan menyebabkan jangkaan awal kerajaan boleh meleset.

Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post