Khamis, 30 November 2017

Jalan pulang

JALAN PULANG KE PANGKUAN TUHAN YANG TERLALU LUAS

Antara keistimewaan Islam yang agung adalah jalan pulang ke pangkuan agama ini amat luas terbuka dan tidak membebankan. Peluang untuk seorang insan kembali ke pangkuan keampunan dan keredhaan Allah tidak pernah disekat oleh sebarang jarak waktu, latar diri, keturunan, atau harta. Sesiapa sahaja yang ingin pulang ke pangkuan Allah tidak pernah dihalang oleh agama ini disebabkan oleh jenis dosanya, atau darah keturunan yang diwarisi, atau usianya yang lanjut, atau apa sahaja.

Seseorang yang ingin kembali kepada Allah diterima oleh kerahmatanNya dengan syarat insan tersebut menyesali kesilapannya, benar-benar memohon keampunan dan berazam untuk tidak mengulangi kesalahan yang lalu. Itu sahaja. Jika kesalahan itu sesama insan yang lain, dia memohon maaf dari yang dizalimi. Jika dia tidak mampu kerana bimbang mudarat yang lebih besar jika pemohonan maaf itu dibuat, dia serahkan sahaja urusannya itu kepada Allah dan Allah Maha Mengetahui kadar kemampuan hamba-hambaNya. Firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran 135-136:
وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَٰحِشَةً أَوۡ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ ذَكَرُواْ ٱللَّهَ فَٱسۡتَغۡفَرُواْ لِذُنُوبِهِمۡ وَمَن يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمۡ يُصِرُّواْ عَلَىٰ مَا فَعَلُواْ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ ١٣٥ أُوْلَٰٓئِكَ جَزَآؤُهُم مَّغۡفِرَةٞ مِّن رَّبِّهِمۡ وَجَنَّٰتٞ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَاۚ وَنِعۡمَ أَجۡرُ ٱلۡعَٰمِلِينَ ١٣٦
 (maksudnya): Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

Tiada Tebus Harga Dosa

 Islam bukan seperti sesetengah ajaran yang menyuruh seseorang yang berdosa membuat pengakuan di hadapan orang agama, atau melakukan upacara yang menyiksa diri demi penghapusan dosa seperti melukakan diri atau berjalan atas bara api atau membuat bayaran penebusan. Sebab itu, perbuatan sesetengah pihak yang mencari rezeki dengan mengambil upah untuk pelupusan dosa solat –kononnya upah solat hadiah- atau puasa atau ibadah yang lain, bukan dari ajaran Islam. Islam tidak pernah mengenal itu semua. Seperti mana Islam tidak pernah menerima sama sekalipun perbuatan sesetengah agama lain yang mengeluarkan surat berbayar untuk penghapusan dosa, demikian Islam tidak dapat menerima perbuatan penganutnya jika melakukan hal yang sama dengan mengeluarkan borang pahala yang dijual sempena Ramadan atau selainnya.

Keampunan dan rahmat Allah bukan dijual di jalanan. Ia sangat berkaitan dengan keluhuran jiwa yang ikhlas ingin kembali kepada Allah Yang Maha Pengampun. Jika keampunan hanyalah bayaran yang dibayar kepada pihak tertentu, tentulah semua orang kaya tempatnya di syurga. Sementara si miskin yang tidak mampu membayar kepada golongan agama tiadalah habuan keampunan untuknya. Maka tidaklah perlu lagi seseorang berpegang dengan agama, cukuplah dengan hanya membanyakkan ongkos sahaja, maka selamatlah dia di sisi Tuhan. Aduhai, tentu tidak demikian. Firman Allah:
 يَوۡمَ لَا يَنفَعُ مَالٞ وَلَا بَنُونَ ٨٨ إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٖ سَلِيمٖ ٨٩

(maksudnya): "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan manfaat sesuatu apapun. Kecuali orang yang  ating mengadap Allah dengan hati yang sejahtera. Dan (pada hari itu) didekatkan syurga bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat. (Surah al-Syu’ara 88-91).

Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post