Selasa, 29 Ogos 2017

Umur 50

15 NASIHAT UNTUK YANG DAH BERUMUR 50 TAHUN

BERAPA UMURMU?  -  SUDAH 50 TAHUN?

"Allah tidak lagi memberi alasan bagi siapa yang telah dipanjangkan umurnya hingga 50 tahun"
(Hadith Riwayat Bukhari)

Al-Khattabi berkata : "Maknanya, orang yang Allah panjangkan umurnya hingga 50 tahun, tidak diterima lagi keuzuran/alasan. kerana usia 50 tahun merupakan usia yang dekat dengan kematian...

Maka inilah kesempatan untuk memperbanyak taubat, beribadah dengan khusyuk, dan bersiap2 bertemu Allah."
(Tafsir al-Qurthubi)

Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 50 tahun,

*Nasihat Fudhail kepadanya:*

"Bererti sudah 50 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu, sekarang hampir sampai ... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa2mu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus ..!"

Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai 50 tahun:

1. Jangan berlebihan berhias, bersolek, dan berpakaian.

2. Jangan berlebihan makan, minum, dan berbelanja barang yang kurang diperlukan untuk mendukung amal salih.

3. Jangan berkawan dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal.

4. Jangan gelisah, berkeluh kesah dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dengan rasa sabar dan bersyukur.

5. Perbanyak doa mengharap keredha-an Allah agar Husnul Khatimah dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah.

6. Tambahkan ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya.

7. Siapkan wasiat dan lakukan pembahagian harta.

8. Kerapkan menjalin silaturrahim dan merapatkan hubungan yang renggang sebelumnya.

9. Minta maaf dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi.

10. Tingkatkan amal soleh terutama amal jariah yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati.

11. Maafkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu.

12. Bereskan segala hutang yang ada dan jangan buat hutang baru walaupun untuk menolong orang lain.

13. Berhentilah dari semua maksiat !

*mata, berhentilah memandang yang tidak halal bagimu*

*tangan, berhentilah dari meraih yang bukan hak mu*

*mulut, berhentilah makan yang tidak baik dan yang tidak halal bagimu, berhentilah dari ghibah, fitnah, dan berhentilah menyakiti hati orang lain*

*telinga, berhentilah mendengar hal2 haram dan tak bermanfaat*

14. Berbaik sangka lah kepada Allah atas segala sesuatu yang terjadi dan menimpa

15. Penuhi terus hati dan lisan kita dengan istighfar & taubat untuk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat, waktu dan keadaan

Semoga bermanfaat bagi kita semua, walaupun Anda belum 50 tahun, kerana...

*KEMATIAN TIDAK MENGENALI SESIAPA *

Penyakit kayap

Petua Hilangkan KAYAP

Antara petua untuk merawat kayap adalah seperti berikut:-
Petua 1.
Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.

Petua 2.
Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.

Petua 3.
Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penyakit ni sesiapa pun boleh dapat termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu kayap dan memangla masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu dah kering.

Petua 4. (Untuk kayap setompok).
Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.

Petua 5.
Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.

Petua 6.
Guna jenis ubi, lupa plak nama ubi tu seakan2 keledek di gosok kat simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut, alhamdulillah kering 2,3 hari lepas tu..cuba rujuk orang2 tua tentang ubi.

Petua 7
Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.

Petua 8.
Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.

Petua ke 9.
1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.
2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.
3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap.
Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik .

Khamis, 24 Ogos 2017

Angin Ahmar

*Angin Duduk*

```Pada suatu ketika dimana Nabi Allah Sulaiman a.s duduk di singgahsananya,
Maka datang satu Angin yang cukup besar, maka bertanya Nabi Allah
Sulaiman siapakah engkau......?.

Maka dijawab oleh Angin tersebut : akulah Angin Rihul Ahmar....dan
Aku bila memasuki rongga anak Adam, maka lumpuh, keluar darah dari
rongga, dan apabila aku memasuki otak anak Adam, maka menjadi gilalah anak Adam.....

Maka diperintahkan oleh Nabi Sulaiman a.s supaya membakar angin
tersebut,maka berkatalah Rihul Ahmar kepada Nabi Sulaiman a.s bahwa:
Aku kekal sampai hari Kiamat tiba,tiada sesiapa yang dapat membinasakan Aku melainkan Allah SW T.
Lalu Rihul Ahmar pun menghilang.

Diriwayatkan cucu Nabi Muhammad SAW terkena Rihul Ahmar
sehingga keluar darah dari rongga hidungnya.

Maka datang Malaikat Jibril kepada
Nabi SAW  dan bertanya Nabi kepada Jibril.

Maka menghilang sebentar,lalu Malaikat Jibril kembali mengajari akan do'a Rihul Ahmar kepada Nabi SAW kemudian
dibaca do'a tersebut kepada cucu nya dan dengan sekejap cucu Rasulullah sembuh serta merta.

Lalu bersabda Nabi S AW : Bahwa barang siapa membaca do'a stroke/do'a Rihul Ahmar.....walau sekali dalam seumur hidupnya, maka akan dijauhkan dari penyakit ANGIN AHMAR atau
STROKE.

Do'a menjauhkan terhindar dari angin ahmar dan penyakit kronik :

اللهم إني أعوذبك من الريح الأحمر والدم الأسود والداء الأكبر

Allahumma inni a'uzubika minarrihil ahmar, waddamil aswad, waddail akbar....
Artinya :
Ya Allah Tuhanku lindungi aku dari angin merah dan lindungi aku dari darah hitam (stroke) dan dari penyakit berat.

SEBUT HARGA PENDAWAIAN ELEKTRIK 1 FASA DAN 3 FASA

SEBUT HARGA PENDAWAIAN ELEKTRIK 1 FASA DAN 3 FASA

BASIC :~

SEBUT HARGA PENDAWAIAN ELEKTRIK 1 FASA DAN 3 FASA 2017 (upah wiring)

Perkhidmatan WIRING :-

Harga Pendawaian Elektrik dan Pemasangan (2017):

1.Harga Pendawaian - Permukaan (surface) menggunakan PVC atau uPVC conduit.

- Harga pendawaian lampu = RM65

- Harga pendawaian kipas termasuk hook= RM80

- Harga pendawaian soket plug =RM 85

- Harga pendawaian aircond =RM130-RM160

- Harga pendawaian water heater =RM 130-RM 160

2. Harga Pendawaian - Tanam Dalam Simen (conceal):

- Pendawaian lampu = RM80

- Pendawaian kipas = RM90

- Pendawaian soket plug 13A = RM100

- Pendawaian aircond = RM 150-RM 180

- Pendawaian Water Heater = RM150-RM180

3. Harga pendawaian Autogate (Guna Armoured Cable-Pendawaian Bawah Tanah)

- RM800-Rm1400 (Ikut Panjang Armoured Cable)

4. Harga Pendawaian Autogate (Surface Wiring) Pendawaian Permukaan Menggunakan PVC Conduit

- RM 300 hingga RM500( Bergantung pada panjang)

5. Harga pendawaian Door Bell + install = RM 150

6. Network CAT5e cabling 1 Point = RM170

7. Pemasangan pemutus litar ke bumi(Earthing) menggunakan rod kuprum dan penyediaan tapak rod

= RM150/lot-Rm250/lot

8. Pemasangan DB (Switch Board)

- Single phase 8way hingga 20 way termasuk barang RM400 - RM500

- Single phase atas 20 way termasuk barang RM600 ke RM750

- Three phase untuk rumah termasuk barang RM1250

*Untuk metalclad DB tambah RM200

9  .UPAH PASANG SAHAJA

- Pasang Semua Jenis Lampu Filamen = RM 10- RM15

- Pasang Semua Jenis Lampu Pendafluor = RM 15-RM 25

- Pasang Semua Jenis Lampu Downlight termasuk tebuk = RM 20- RM 30

- Pasang Semua Jenis Lampu Hiasan = RM 20-RM 40

- Pasang Kipas 3 bilah biasa = RM30

- Pasang Kipas hiasan (4 bilah ke atas) = RM40

(HARGA DI ATAS MENGIKUT PERUBAHAN KOS SEMASA DAN ANGGARAN BARANGAN)

Khamis, 10 Ogos 2017

Menyesal

MENYESAL

Iskandar Zulkarnain dan bala tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap.

Tiada api dan cahaya.

Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan.

Ada yang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian.

Apa lagi, ada yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan.

Ada yang gunakan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu.

Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa-apa.

Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa.

Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong.

Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian.

Ada yang minta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah balik ke tengah terowong tapi tak dibenarkan.

Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yang amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.

Semua menyesal.

TIADA yang tidak menyesal.

1. Paling menyesal ialah yang tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yang dibawa walaupun mempunyai peluang.

2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapa lah aku bawa penuh tangan saja? Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian"

3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari orang lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya.

4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas.

Begitulah gambaran penyesalan kita bila sampai ke ALAM AKHIRAT.

SEMUA menyesal.

Tiada yang terkecuali.

Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat.

Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan.

Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula tapi bila roh tiba di halqum sudah terlambat.

Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal.

Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanfaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi.

Yang kadang-kadang soleh, kadang-kadang perangai macam KAFIR lagilah menyesal. Ada amalan tapi sedikit, dosa menimbun.

Orang-orang kafirlah yang PALING menyesal.

Terutama mereka yang dah sampai seru, faham Islam tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat, harta dan sebagainya.

Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagilah menyesal !!

Seperti mereka yang mula-mula kutip batu tapi lepaskan.

Di akhirat nanti merekalah yang paling menyesal.

Itulah gambaran penyesalan di Akhirat.

Selasa, 8 Ogos 2017

Larangan menyimpan kad pengenalan

KEMENTERIAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

LARANGAN MENYIMPAN KAD PENGENALAN DAN DOKUMEN PENGENALAN DIRI PELAWAT OLEH PENGAWAL KESELAMATAN DI PREMIS-PREMIS PERSENDIRIAN

TUJUAN

1. Tujuan Surat Pekeliling Agensi Persendirian Bil. 2/2007 ini adalah untuk memaklumkan kepada semua Syarikat Kawalan Keselamatan berkenaan garis panduan penyimpanan dokumen identiti pelawat yang memasuki premis seperti kondominium, kawasan perumahan dan komuniti berpagar di seluruh negara.

LATAR BELAKANG

2. Kementerian ini telah menerima laporan dan aduan daripada orang awam mengenai amalan syarikat kawalan keselamatan persendirian yang meminta dan menyimpan dokumen identiti seperti kad pengenalan, pasport dan lesen memandu milik para pelawat sebelum dibenarkan memasuki premis mereka. Amalan ini bertujuan untuk memastikan identiti semua pelawat yang masuk direkodkan dan dipantau demi keselamatan dan ketenteraman penduduk di premis berkenaan.

3. Amalan ini dilakukan oleh syarikat kawalan keselamatan adalah berdasarkan kepada peraturan dalaman yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan premis tempat mereka bekerja atau pun pihak majikan. Terdapat aduan daripada orang awam yang tidak puas hati dengan amalan ini kerana ia boleh membawa kepada insiden tidak diingini seperti pencurian identiti dan pemalsuan dokumen.

4. Berdasarkan aduan tersebut, Kementerian telah membuat semakan dari sudut perundangan sama ada amalan yang dibuat oleh syarikat kawalan keselamatan ini boleh diteruskan atau dihentikan. Terdapat dua (2) peruntukan undang-undang dalam Peraturan- Peraturan Pendaftaran Kebangsaan 1990 [P.U. (A) 472/1990] yang menyentuh berkenaan dengan pengeluaran dan pemeriksaan dokumen identiti seperti kad pengenalan, pasport dan lesen memandu milik para pelawat iaitu sebagaimana yang berikut:

4.1 Peruntukan Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pendaftaran Kebangsaan 1990 memperuntukkan bahawa hanya seorang pegawai pendaftaran, pegawai polis, pegawai kastam, pegawai tentera atau pegawai lain yang diberi kuasa bertulis oleh Ketua Pengarah Pendaftaran sahaja yang dibenarkan untuk meminta dan memeriksa identiti seseorang dengan mengemukakan kad pengenalan.

4.2 Di bawah Peraturan 8A memperuntukkan bahawa adalah menjadi suatu kesalahan jenayah bagi mana-mana orang selain dari pegawai-pegawai yang dinamakan di peraturan 7 untuk secara tidak munasabahnya menahan kad pengenalan milik orang lain.

5. Berdasarkan peruntukan-peruntukan tersebut jelas menyatakan bahawa hanya pegawai yang diberi kuasa di bawah Peraturan- Peraturan Pendaftaran Kebangsaan 1990 sahaja boleh untuk meminta dan memeriksa dokumen identiti seseorang itu. Kesalahan juga dikenakan kepada mana-mana orang selain daripada pegawai- pegawai yang dinamakan dalam peraturan 7 untuk secara tidak munasabahnya menahan kad pengenalan milik orang lain. Oleh yang demikian, amalan pegawai keselamatan menyimpan kad pengenalan milik pelawat adalah bertentangan dengan peruntukan undang- undang.

6. Sehubungan itu, Kementerian ini meminta semua syarikat kawalan keselamatan memberhentikan serta-merta amalan menyimpan dokumen sekuriti pelawat yang memasuki premis persendirian seperti kondominium dan komuniti berpagar seperti yang diamalkan. Syarikat kawalan keselamatan hanya boleh meminta dokumen identiti pelawat semata-mata bagi tujuan semakan dan rekod kemasukan ke premis dan kemudian mengembalikannya kepada pelawat selepas identiti mereka direkodkan.

7. Selain daripada itu, semua syarikat kawalan keselamatan yang mengeluarkan peraturan dalaman untuk kawalan sesuatu premis kediaman awam hendaklah mengemukakan peraturan tersebut kepada Kementerian ini bagi tujuan semakan dan kelulusan sebelum sesuatu peraturan itu berkuat kuasa.


SYURGA SEORANG ISTERI

Fauziah Hashim:
Tajuk: SYURGA SEORANG ISTERI
Dugaan paling besar adalah bersabar.

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tidak sengaja.

Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!

Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.

Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar  mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.

Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.

Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah. Aamiin.

Share kan dengan sahabat2 wanita yang lain ye. Jika dengan coretan ini mereka menjadi isteri yang lebih baik dari semalam, pahala berpanjangan buat kita semua insya Allah.

Moga kita semua tergolong dalam golongan para isteri yg Allah redho, suami redho kita sebagai isterinya...Aamiin.

"HINT" ANAK SAYANG MAK AYAH

"HINT" ANAK SAYANG MAK AYAH

Semasa anak umur 9 bulan,
Anak: "Tatattataa".... "Papapapa"... "Nananana"...
*Sambil datang dekat ayah

Ayah: Ahh senyaplah, memekak je ayah nak tengok video ni!
*Sambil tolak anak ke tepi dan sambung tengok handphone

Semasa anak umur 2 tahun,
Ayah: Abang, abang sayang ayah tak? Kalau sayang sinilah peluk ayah.
*Sambil mendepakan tangan

Anak: ..... er... er... hmm..
*Sambung main dan menjauhkan diri dari ayah

Sebenarnya anak belajar bercakap, berinteraksi dan berfikir melalui pemerhatian dan meniru perbuatan orang sekeliling terutamanya mak ayah. Kalau di rumah sudah terbiasa ditengking, dipukul dan dimarah maka tak hairanlah di sekolah anak akan melakukan perkara yang sama. Kalau di rumah sudah terbiasa tidak dilayan, dibelai, dan tidak dihiraukan. Tidak mustahil anak akan buat perkara yang sama pada mak ayah pada masa akan datang sebab rasa dirinya tidak penting bagi mak ayah.

Elakkan perkataan KALAU,
"KALAU saya selalu bagi perhatian dekat dia mesti dia tak banyak tantrum macam sekarang"
"KALAU saya tak bagi gadget dari bayi mesti dia dah boleh bercakap macam anak lain"
"KALAU saya selalu luangkan masa dengan dia, mesti dia akan dengar cakap saya"
"KALAU saya selalu peluk dan cium dia dulu, mesti dia tak mengelak bila saya nak peluk dia"

Jangan menyesal dikemudian hari. Mengelak lebih baik dari merawat. Tunjukkan kasih sayang kita pada anak. Bagi anak rasa kepentingan mereka dalam hidup kita. Tak ada guna setiap hari cakap "I Love You" tapi tak disertai perbuatan sebab anak tak faham pun. Mak ayah perlu tunjukkan kasih sayang dengan perbuatan bukan hanya kata-kata.

Untuk kaum ayah, bukan jadi romantik dengan isteri sahaja tau tapi perlu juga "romantik" dengan anak. Kalau yang memang jenis hati kering tak ada perasaan, kena belajar juga tunjukkan kasih sayang pada anak sepaya anak  rasa kasih sayang kita. Peluk, cium pipi, bagi perhatian, urut lembut dan selalu senyum dan ketawa bersama anak sebagai tanda kita sayang mereka.

Tak perlu malu nak cakap "I Love You", tak luak pun. 😍

Walaupun anak belum pandai membalas dengan cakap "I love you too Mummy Papa" tapi sebenarnya banyak "hint" yang ditunjukkan oleh anak yang menunjukkan mereka sayang kita. 😍

Contohnya:

1. Kalau anak datang nak peluk kita, layankan dan jangan abaikan mereka. Kalau kita kerap abaikan mereka, sampai satu tahap kita nak peluk pun susah. Kita nak sentuh pun susah. Kita nak cium pipi pun susah. Masa itu baru rasa menyesal. (Salah satu tanda masalah sensory processing disorder). 💋

2. Kalau anak nak main-main suap kita, layankan. Itu salah satu tanda mereka sayang kita dan teringin nak balas jasa kita dan jaga kita seperti mana kita jaga mereka. Ini juga sebenarnya salah satu tahap dalam perkembangan sosial. ❤

3. Kalau anak datang panjat kita, maksudnya mereka rindu kita. Rindu bau kita, rindu kehangatan pelukan kita. Balaslah pelukan anak sambil cakap kita sayang mereka.

3. Kalau anak kacau kita masa kita tengok handphone atau campak handphone kita maknanya mereka rasa "dicurangi" oleh handphone umpama ada orang ketiga yang merampas kasih sayang dan perhatian kita. Tutuplah handphone jika anak tiba-tiba nak tengok dan "spotcheck" handphone kita sebelum pecah dibaling.📱

4. Kalau anak sepahkan segunung baju yang baru dilipat, maksudnya anak nak membantu meringankan beban kita tapi belum tahu cara. *Think Positive 😂

5. Kalau anak menangis bila kita berhenti menyanyi maksudnya suara kita sedap mengalahkan suara Siti Nurhaliza. 🎶

Banyak sebenarnya perbuatan-perbuatan anak yang menunjukkan mereka sayang kita jika kita hargai dan hayati masa bersama mereka.  Banyakkan masa berkualiti dengan anak, insyaAllah berkembangan emosi anak akan stabil dan mudah diurus bila anak meningkat dewasa. 😍

Masa kanak-kanak anak kita hanya sekali, bukan sampai besar dia perlu didukung, paksa kita untuk menyanyi untuk dia, panjat-panjat kita, main suap-suap kita dan lari pada kita nak minta peluk. Satu masa nanti bila semua itu dah tak ada, anak dah mula sibuk dengan urusan sendiri dan dah pandai uruskan diri sendiri lagi-lagi kalau masuk asrama. Barulah kita rindu zaman itu. Rumah yang riuh dari celoteh dan gelak tawa anak tiba-tiba jadi sunyi, masa itu baru kita rindu dan menyesal kenapa tidak hargai masa.

Kesimpulannya, jadikan diri kita sebagai medium utama dalam pembelajaran anak bukannya tv atau gadget. Gunakan masa dan hargai zaman kanak-kanak anak. ❤

Semoga bermanfaat, terima kasih.

Ahad, 6 Ogos 2017

Tanda tanda kematian

Tanda-Tanda Kematian Bagi Orang Islam

Adapun tanda-tanda kematian bagi Orang Islam mengikut ulamak adalah benar dan sememangnya wujud. Cuma amalan dan ketakwaan sahaja yang akan membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
.
Firman Allah سبحانه وتعالى:

ٱللَّهُ يَتَوَفَّى ٱلْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَٱلَّتِى لَمْ تَمُتْ فِى مَنَامِهَا ۖ فَيُمْسِكُ ٱلَّتِى قَضَىٰ عَلَيْهَا ٱلْمَوْتَ وَيُرْسِلُ ٱلْأُخْرَىٰٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍۢ مُّسَمًّى ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ

“Allah memegang nyawa pada saat kematiannya dan nyawa yang belum mati ketika dia tidur. Dia tahan nyawa yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir.” (Surah az-Zumar, ayat 42)

Rasulullah ﷺ diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandi, wuduk serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah سبحانه وتعالى. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah سبحانه وتعالى.

TANDA-TANDA KEMATIAN

Menurut pandangan ulama’, berikut adalah tanda-tanda sebelum seseorang umat Islam itu dikeluarkan roh dari jasadnya:

Ini adalah tanda pertama dari Allah سبحانه وتعالى kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini Cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil dan rasanya sedap dan lega.

Bagi mereka yang sedar dan terdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah seseorang itu tersedar akan kehadirannya. Maka dengan kehadiran tanda inilah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan yang akan dibawa dan urusan yang bakal ditinggalkan selepas mati kelak. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.

Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat seseorang itu akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun di Arasy yang tertulis nama orang yang akan mati akan gugur dari pokoknya. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan ke atasnya, antaranya ialah dengan mula mengikuti orang tersebut sepanjang masa, sehingga saat kematiannya.

Malaikat maut akan memperlihatkan wajahnya sepintas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan terasa seakan-akan kebingungan seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya Cuma satu tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari sebelum hari mati.

Menurut sebahagian pandangan ulama’; Dalam tempoh ini akan berlaku sesuatu yang luar biasa seperti melakukan sesuatu yang pelik dan mereka yang diuji dengan musibah penyakit akan mengidam sesuatu atau selera makannya bertambah secara tiba-tiba.

Tanda 5 hari sebelum hari mati.

Pada ketika ini akan terasa anak lidah bergerak-gerak. Jika tanda terjadi, maka banyakkanlah membaca Al-Quran dan berzikir supaya dapat melafazkan kalimah syahadah dan memudahkan sakaratul-maut.

Tanda 3 hari sebelum hari mati.

Pada ketika ini bahagian tengah dahi akan akan terasa berdenyut dan bergerak-gerak.Sekiranya seseorang itu sakit tenat, tiba-tiba kelihatan bertambah sihat yang menggembirakan orang di sekelilingnya seperti dia boleh makan dan berkata-kata semula, maka ajalnya mungkin telah hampir.

Tanda 2 hari sebelum hari mati.

Pada masa ini, biasanya seseorang itu akan dapat melihat dan bertemu dengan roh orang yang telah meninggal dunia, terutama roh orang yang mereka sayangi. Di samping itu, seluruh bahagian dahi akan akan rasa berdenyut dan bergerak-gerak. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah supaya perut tidak dipenuhi najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan beransur jatuh, ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari sebelum hari mati.

Seseorang itu akan berasa denyutan di kawasan ubun-ubun yang berlaku selepas waktu Asar, di mana ini menandakan tidak akan sempat lagi untuk menemui waktu Asar hari berikutnya. Rasulullah ﷺ ketika menghadapi sakaratul-maut, Baginda mencelupkan jari ke dalam gelas berisi air berhampiran Baginda lalu diusapkan ke wajah sambil berdoa:

Seseorang itu akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang hingga ke tulang sulbi (di bahagian belakang badan) dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan dan jemputan malaikat maut untuk kembali kepada Allah سبحانه وتعالى Yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan.
Rasulullah ﷺbersabda: “Janganlah seseorang itu meninggal dunia, melainkan dalam keadaan berbaik sangka terhadap Allah سبحانه وتعالى.” (Hadis riwayat Muslim)

Kesimpulan Tanda Mati

Bertaqwa dan berdoalah kepada Allah سبحانه وتعالى semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى untuk diberi kesedaran dan kepekaan terhadap tanda-tanda mati ini. Supaya kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan dari Allah سبحانه وتعالى mahupun dari sesama manusia dari segala dosa dan urusan hutang piutang.

Rasulullahﷺ bersabda: “Orang yang paling bijaksana dan paling teliti di antara kamu adalah orang yang sering mengingati mati dan yang paling banyak mengadakan persiapan untuk mati. Merekalah yang bijaksana dan berhasil mencapai kehormatan di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Thabrani r.a.)

Rasulullahﷺ bersabda: “Orang yang paling bijaksana dan paling teliti di antara kamu adalah orang yang sering mengingati mati dan yang paling banyak mengadakan persiapan untuk mati. Merekalah yang bijaksana dan berhasil mencapai kehormatan di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Thabrani r.a.)

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah سبحانه وتعالى yang Maha Berkuasa, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah سبحانه وتعالى semata-mata. Oleh itu hendaklah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga diberi hidayah dan petunjuk oleh Allahسبحانه وتعالى, kelapangan masa, kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah سبحانه وتعالى samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah سبحانه وتعالى dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post