Sabtu, 4 Ogos 2018

DIL Dan DNR / NAR

DIL dan DNR/NAR

Penulisan kali ini saya menyentuh tentang isu yang amat sensitif, iaitu DIL (Death in Line), atau bahasa kasarnya "menunggu masa untuk maut", DNR (Do Not Resuscitate). bermakna sekiranya jantung pesakit berhenti, kami tidak akan melakukan CPR kepada pesakit mahupun meletakkan tiub ke dalam mulut pesakit untuk disambung ke alat bantuan pernafasan

Medical officer berhak mengeluarkan DIL kepada seseorang pesakit sekiranya beliau memikirkan tiada harapan untuk pesakit untuk diselamatkan,. NAMUN, jangan SALAH FAHAM, walaupun seseorang itu dikategorikan sebagai DIL, rawatan antibiotik, ubat-ubatan masih diteruskan sebaiknya. Gunanya DIL bagi masyarakat islam adalah untuk mereka bersedia dengan apa yang patut ketika waktu ajal seseorang pesakit itu tiba. Bacaan Yassin, mengajar pesakit mengucap serta menjemput mana-mana ahli keluarga yang masih belum berjumpa pesakit untuk berjumpa sementara pesakit masih hidup.

Ada juga beberapa pesakit yang setelah diisukan DIL, Alhamdulillah berjaya sihat semula, setelah kami berusaha sedaya upaya mengambil darah, memonitor nadi dan mengoptimimkan ubat mereka.

Jadi, sekiranya anda diberitahu bahawa saudara terdekat anda telah diisukan DIL, harap anda memahami apakah maksudnya dan mulalah untuk memanggil mana2 saudara-mara yang masih belum melihat pesakit sementara mereka masih hidup

DNR pula ialah satu kenyataan yang hanya boleh dikeluarkan oleh pegawai perubatan. Ini bermaksud apabila pesakit collapse atau berhenti bernafas, tiada apa yang akan kami lakukan kecuali memberi si mati untuk pergi dengan selesa. Kami akan memberi ubat tahan sakit yang maksimum oksigen taktala pesakit bertarung dengan sakaratulmaut. 

Kami hanya mengisukan DNR kepada beberapa jenis pesakit sahaja, seperti contoh, pesakit berumur 84 tahun, yang sudah menghidapi stroke beberapa kali sehingga tidak boleh bergerak, dan kali ini datang dengan kegagalan buah pinggang serta jantung. Cuba anda fikirkan, sekiranya pesakit teersebut adalah ibu anda, mahukah anda melihat kami me resuscitate beliau

Perlu anda fahami resuscitation btermasuk CPR (Cardioplumonary resuscitation) yang mana doktor akan naik ke atas katil dan menekan dada pesakit sehingga kedalaman 2 inci pada kadar 100-120 kali seminit. Bukan itu sahaja, tiub akan dimasukkan ke dalam kerongkong dan disambungkan kepada mesin pernafasan, itu pun jika mesin pernafasan mencukupi. Dan sekiranya pesakit masih hidup, dia akan dihantar ke ICU untuk pemerhatian selanjutnya.

Adakah anda mahu melihat pesakit yang sudah tua, cengkung dan kebanyakkan organ sudahpun gagal melalui CPR, yang mana peratusan untuk menghidupkan kembali jantung adalah amat tipis. Itu belum cerita ada yang patah beberapa tulang rusuk akibat CPR dan lain-lain, dalam erti kata lain, menyeksa mereka yang sudahpun tiada harapan untuk hidup lagi.

Masyarakat perlu tahu, anda sebagai pesakit berhak untuk memilih sama ada anda mahukan active resuscitation (seperti yang saya terangkan di atas) atau DNR. Sekiranya pesakit berumur 50 tahun, yang sebelum ini sihat tiba-tiba jantungnya berhenti, sudah pasti kami akan membuat CPR, memaukkan tiub dll. Apapun, bergantung kepada keadaan pesakit dan juga assessment yang dilakukan oleh pegawai perubatan

ANDA TIDAK BOLEH MENGHALANG KAMI DARIPADA MELAKUKAN RESUSCITATION SEKIRANYA PADA AWALNYA ANDA BERSETUJU UNTUK ACTIVE RESUSCITATION. Pengalaman saya, sedang saya keletihan mengCPR pesakit ketiga malam tersebut, baru lima minit si anak datang dan memarahi saya dengan nada yang sangat kasar dan kurang hajar "Sudahlah doktor dan misi bodoh, jangan seksa bapak saya!!!".

Jawapan saya "ang ingat aku suka tekan2 dada bapak ang petang-petang ni, tadi kata nak active resuscitation, sekarang xnak pulak, jangan cakap sekejap macam tu sekejap macam ni!!, pergi duduk sana!!Jangan masuk sini sampai aku bagi kau masuk!!:.

Anda kena faham, sekali resuscitation dilakukan, ianya perlu berterusan sehingga 30-45 minit bergantung kepada keadaan. DNR juga tidak boleh diisukan sekiranya pesakit tiba-tiba jantungnya berhenti, kerana faktor emosi waris pesakit tidak boleh dipakai pada waktu tersebut,

Pendek kata, fahamilah beberapa perkara ini. Jangan pula ada yang kata jantung bapak saya berhenti, tapi staf hospital tak buat apa-apa pun, walhal DNR telah pun diisukan seminggu lalu

#CASD
#SEMUAORANGMESTITAU

Sumber :En Onn Azli Puade

Tiada ulasan:

Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post