Isnin, 29 Jun 2009

Circle Of Competence



Circle of competence ini adalah ruang lingkup bidang yang kita mahir.

Warren Buffett berjaya dalam hidupnya sehingga menjadi fund manager paling kaya di atas planet ini adalah disebabkan dia sentiasa membuat keputusan pelaburannya berdasarkan circle of competence.


Michael Jackson sampai hujung hayatnya dikenali sebagai raja Pop. Tidak pernah kita dengar MJ cuba menjadi raja dangdut.


Warren Buffett hanya melabur dalam syarikat yang dia faham dan Michael Jackson tetap dengan style lagu dan muzik popnya. Dan keduanya berjaya dan dikenali satu dunia serta mempunyai peminat tersendiri, sampai mati pun MJ tetap digilai.


Kita tidak akan tahu dan pandai semua benda. Kalau dia kata dia pakar dalam semua benda, maka dia gila. Cari sahaja apa yang kita pandai yang Allah swt dah bagi.


Jadi kenapa kita tak cuba cari apa yang kita pandai dan fokus segala usaha kita di situ untuk menjadi yang terbaik?

Khamis, 25 Jun 2009

Penyelam Mutiara

Perjalanan hidup manusia bagaikan penyelam mutiara. Seorang penyelam mutiara, dalam tugasnya selalu dibekal dengan tabung oksigen yang terpasang dibelakangnyanya. Pada saat ia menyelam, niatnya hanya ingin mencari tiram mutiara sebanyak-banyaknya. Tetapi bila ia berada di bawah, ia mulai lupa pada tugasnya. Kenapa? kerana pemandangan di dalam laut sangat mempesona. Bunga karang yang melambai-lambai, ikan-ikan berwarna-warni dengan riangnya membuatnya terpesona. Dia terlupa tugasnya untuk mencari tiram mutiara yang berada jauh di dasar laut sana.

Hingga pada suatu saat, dia terkejut apabila mendapati oksigen yang berada di belakangnya tinggal sedikit lagi. Timbullah rasa takutnya. Tak terbayang olehnya bagaimana kemarahan majikannya kelak bila ia muncul ke permukaan tanpa membawa tiram mutiara sebanyak yang diharapkan. Maka dengan tergopoh-gopoh ia pun berusaha untuk mencari tiram mutiara yang ada disekitarnya. Namun sayang, kekuatan fizikalnya sudah lemah, tenaganya sudah tiada kerana asyik dengan keindahan alam bawah laut.

Akhirnya isi tabung oksigennya benar-benar kosong, sehingga walaupun tiram mutiara yang diperolehnya sangat sedikit, ia mau tidak mau harus muncul ke permukaan. Malangnya lagi, kerana tergesa-gesa dia tidak sempat mengikat kantongnya dengan baik, sehingga ketika tersengol ikan yang berkeliaran disekelilingnya, tiram mutiara yang sudah diperolehinya dengan susah payah itu sebahagian tertumpah ke luar.

Di permukaan, majikannya telah menunggu. dilihatnya isi kantong si penyelam tidak berisi tiram mutiara sebagaimana yang diharapkan, maka tumpahlah caci makinya dan pada saat itu juga si penyelam dipecatnya. kita bayangkan bagaimana gundahnya perasaan si penyelam.

Dengan penuh rasa penyesalan, si penyelam berusaha minta kesempatan untuk menyelam kembali. "Tuan, izinkanlah aku untuk menyelam kembali, pasti aku akan mencari tiram mutiara sebanyak-banyaknya. " Namun majikannya dengan tegas menolak, "engkau aku beri kesempatan, ternyata engkau hanya pandai membuang oksigen saja."

Kisah ini samalah dengan perjalanan hidup manusia di dunia. Tabung oksigen adalah lambang umur manusia, tiram mutiara diibaratkan pahala yang harus kita kumpulkan dan mutiara yang tumpah umpama pahala yang hilang kerananya, sedangkan keindahan yang ada di dalam lautan melambangkan godaan-godaan duniawi dengan harta, tahta dan wanitanya.

Marilah kita fikirkan, sudah cukupkah tiram mutiara yang kita peroleh?, Sehingga bila suatu saat kita harus muncul ke permukaan menemui tuhan kita, Allah swt, adakah Ia redha menerima kita ?

Selasa, 23 Jun 2009

WOMEN AS EXPLAINED BY ENGINEERS


1st


2nd

3rd

4th

5th

Husband poyo

Salam..
Smlm ada dapat satu email yang menarik... boleh jadi bahan lawak jugak.. tapi ada cerita yang boleh dia ambil iktibar.. heheh


Before marriage...

He: Yes. At last. It was so hard to wait.
She: Do you want me to leave?
He: No! Don't even think about it.
She: Do you love me?
He: Of course! Over and over!
She: Have you ever cheated on me?
He: No! Why are you even asking?
She: Will you kiss me?
He: Every chance I get.
She: Will you hit me?
He: Are you crazy! I'm not that kind of person!
She: Can I trust you?
He: Yes.
She: Darling!

After marriage....
Simply read from bottom to top.

Isnin, 22 Jun 2009

Kata Kata hikmah

Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.

Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.

Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.

Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.

Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.

Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.

Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.

Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.

Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.

Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun.

Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.

Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.

Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang mempergunakan kita.

Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.

Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.

Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.

Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.

Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.

Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.

Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara baik.

Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.

Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.

Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.

Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.

Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap mereka.

Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.

Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.

Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.

Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.

Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.

Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah.

Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.

Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.

Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.

Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.

Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.

Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.

Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.

Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.

Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.

Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain.

Sabtu, 13 Jun 2009

Melupakan memang susah tetapi ianya boleh menyenangkan


Melupakan sesuatu yang membuat Anda sakit hati, geram, marah atau terpukul memang susah. Ia bagaikan mustahil. Namun, Anda memang boleh melakukannya jika Anda sanggup buat 2 langkah yang dicadangkan selepas ini.

Anda susah pasti melalui situasi di mana.. ada orang sakitkan hati Anda, mentertawakan Anda, memarahi Anda, memperli Anda, merendah-rendahkan kebolehan Anda dan memandang sebelah mata pada kata-kata Anda, seolah-olah apa yang Anda katakan itu remeh serta kurang penting. Siapa yang tak sakit hati bila dah camtu?

Pasti sesiapa saja akan sakit hati serta merta. Kemudian, susah nak lupa. Untuk menyenangkan Anda melupakannya, mula bertindak dengan mengambil langkah pertama. Apa dia? Maafkan saja. Jadi seorang pemaaf, cepat memaafkan, senang memberi kemaafan dan mudan menerima maaf.

Maafkan orang yang sakitkan hati Anda tu serta merta, maafkan kesalahannya sebelum Anda tidur, selepas Anda sembahyang atau andai kata jika Anda teringatkan dia.Sikap memaafkan Anda membuat Anda jadi orang cemerlang. Sikap mendendam Anda akan membuat Anda jadi orang yang tak pernah surut dari dilanda masalah, terutama masalah kewangan.

Ubah diri, bina peribadi baru jika Anda mahu keluar dari masalah. Ok, langkah kedua. Langkah kedua ni ramai orang sangkut.

Mereka mengaku pada saya, memang susah nak buat. Apa dia langkah kedua? Melupakan. Tadi kita memaafkan, sekarang kita melupakan. Just LET GO.

Biarkah ia berlalu, usah disesali, usah dingati walaupun sekali. Jangan ingat, jangan fikir, jangan cakap dan jangan bangkitkan. Jangan pandang belakang!

Yang dah berlalu, biarkan berlalu supaya tak ada apa-apa menghalang Anda maju. Cuba lihat realiti kehidupan seseorang. Jika Anda lihat dia susah nak maju, susah nak cemerlang, susah nak berjaya atau susah nak mendapat hasil dalam apa yang diusahakan olehnya,  kaji sikap dia.

Perhatikan. Dia biasanya seorang yang susah nak memaafkan dan susah nak melupakan, tetapi amat suka membuat orang sakit hati dan amat suka mengungkit hal lepas-lepas, walaupun dah lama berlalu. Dia seorang pendendam dan kurang senang bila dia tahu ada orang lebih berjaya darinya, lebih senang hidupnya dari dia.

Jika Anda tak nak jadi macam dia, tak nak hidup Anda kurang cemerlang seperti dia, ubah sikap Anda. Latih diri untuk selalu memaafkan, selalu melupakan sepanjang masa, selagi Anda masih bernafas. Tadi Anda dah pelajari cemana caranya, sekarang masanya untuk Anda buat, praktikkan.

Jika Anda buat 2 langkah tu dengan berterusan tanpa diubah-ubah atau ditangguh-tangguh, Anda akan merasai kesannya. Hidup Anda makin tenang, Anda rasa bahagia dan Anda rasa gembira, seronok, bebas tekanan. Melupakan memang boleh menyenangkan Anda, membahagiakan Anda, cuma kena rajin berlatih melakukannya!

Rabu, 10 Jun 2009

Petua Kekal bahagia


TANPA sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.. Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi. Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan. Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga. 1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49.. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong. 
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t. 

Selasa, 2 Jun 2009

Stadium Sultan Mizan Runtuh






KUALA TERENGGANU, 2 Jun: Stadium Sultan Mizan di Gong Badak Kuala Terengganu runtuh jam 7.30 pagi tadi walaupun baru beberapa tahun dibina dan dirasmikan 10 Mei tahun lalu sempena Sukan Malaysia 2008.

Bangunan yang boleh memuatkan 50,000 penonton itu hampir separuh runtuh (40 peratus) dan tidak boleh digunakan lagi.

Turut tertimbus di bawah runtuhan adalah sebuah kereta Kancil dan empat buah motosikal. Runtuhan dikatakan berlaku pada bahagian stadium yang menghadap dengan Pusat Sekolah Memandu (PSM).

Menurut sumber, beberapa laporan kerosakan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tentang stadium itu sebelum ini namun ia telah tidak diambil serius oleh pihak berkuasa.

Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post