Selasa, 28 Julai 2009

Lilin atau pelita




Lilin?

Anda mesti hairan. Kenapa mesti saya cerita tentang lilin? Lilin yang bagaimana? Maknawi ke hakiki?

Saya tak akan jawab soalan anda tentang apa itu lilin. Saya juga tak akan jawab soalan anda tentang berapa banyak lilin yang saya ada. Saya cuma akan jawab, mengapa saya membicarakan soal lilin.

Semua orang tahu, lilin hanya berguna bila tiada elektrik. Kadangkala diguna untuk menerangi kek hari lahir, meskipun tidak ramai yang tahu lilin yang dihembus (bersama liur penyambut hari lahir, yukhs!) merupakan simbolik musuh Islam menghapuskan cahaya Islam. Mereka (penghembus liur basi itu) tiup cahaya lilin biar padam, biar alam kembali menjadi kelam. Lalu dengan sukaria dan cita (cita-cita mereka memadamkan cahaya Allah, tapi tak mampu, boleh rujuk ayat ke-17 surah Al-Baqarah) mereka, mereka mereka (mencipta) angan-angan untuk memadamkan Islam dengan meniup lilin dan mereka bahagi-bahagikan pula isi kek sampai berpecah belah kawasan tanah jajahan Islam seperti yang berlaku selepas Perang Dunia Kedua dan selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniah pada 1924. Alangkah hebat anganan mereka!

Saya suka menonton lilin. Menonton? Pelik ya? Itu bagi anda. Tapi tidak bagi saya. Saya gemar memerhati lilin terbakar. Saya gila? Tidak, bagi saya, lilin adalah inspirasi!

Lilin popular di kalangan masyarakat Melayu (masyarakat lain pun popular juga, tapi saya tak mahu sebut, pedulikan mereka). Yang lebih popular adalah perumpamaan Melayu, jangan membakar diri seperti lilin, orang lain menikmati cahaya percuma, tapi diri sendiri terbakar. Kasihan cikgu-cikgu yang sering dikaitkan dengan terbakarnya lilin.

Bagi saya, cikgu-cikgu bukan lilin. Terbakar untuk menerangi orang lain? Silap...Silap...Guru, jika dia memberi ilmu, ilmunya akan bertambah (kata-kata Saidina Ali, mengulas perbezaan antara harta dan ilmu). Guru, jika ikhlas mengajar ilmu, pahalanya bercambah. Terbakarkah dirinya untuk menerangi yang lain?

Tapi kita perlu ingat, bukan lilin sahaja yang membakar diri, lampu minyak tanah, lampu gas (sama ke dgn minyak tanah?), pelita karbaid dan lain-lain, semuanya menggunakan sumber yang sama, iaitu minyak.

Ketika saya menulis blog ini, saya bertemankan lilin. Walaupun lampu bilik saya masih elok, tidak terbakar macam lilin cikgu-cikgi kununnya, tapi saya tetap memasang lilin. Saya bodoh macam yang memasang lilin waktu hari lahir? Tidak, saya cerdik tahu. Saya pasang lilin untuk menerangi bilik saya dengan bau wangi. Bau lavendar.

Lilin membakar. Api membakar. Cuba bayangkan anda berada di sumbu lilin. Anda terbakar atau tidak? Anda panas, bukan? Kalau anda renung lilin itu lama-lama, anda akan lihat diri anda menjadi sumbu lilin yang menyala merah, panas dan hangat terbakar oleh api neraka. Anda akan ingat api neraka yang akan membakar bahan bakarannya yang bersumberkan manusia dan batu, bukan lagi minyak. Anda tak percaya? Buka ayat 24. Surah Al-Baqarah juga. Bahan bakar neraka adalah manusia kafir!

Renunglah lagi lilin itu. Api lilin adalah api daripada pembakaran tidak sempurna (ai, dah masuk sains tingkatan satu pulak). Kerana nyalaannya yang kuning di atas, dan tidak biru semuanya (macam gelombang biru di negeri penyu menangis) maka oksigen yang terbakar tidak disedut oleh api sepenuhnya (apa yang saya cakap ni?). Api neraka apinya berwarna bagaimana? Sudah tentu bukan dua warna saja. Pasti berwarna pelangi (macam keputusan peperiksaan, with flying colours)! Kenapa? Sebab bahan bakarnya bukan minyak, tapi manusia dan batu. Tentu hati perut dan hati batu mempunyai pelbagai warna jika dibakar.

Anda pernah membakar batu? Kita susah kalau mahu membakar batu bukan? Cuba kalau kita bakar batu dengan lilin, agak-agak, terbakar tak batu itu? Kalau bakar manusia, senang saja. Api neraka kalau dibandingkan dengan api di bumi, sangat jauh bezanya. Setahu saya, api neraka mempunyai suhu 70 kali ganda api bumi. Jadi, kalau kita pandai matematik dan ilmu hisab, kita kiralah betapa hebatnya warna yang terhasil daripada bakaran tubuh kita nanti di neraka Allah. Nauzubillahi min zalik!

Orang begitu sensitif kalau cerita pasal neraka, bukan? Kenapa ya? Takut? Resah kerana salah, benar kerana berani. Cerita tentang mati pun begitu. Sampai nasyid Selimut Putih pun pernah diharamkan. Hairan. Adakah dengan mengingati mati, kita tidak mampu untuk mengambil dunia? Tidak boleh mengejar pahala? Produktiviti negara merosot? KDNK merudum?

Rasulullah pun mengambil dunia seadanya. Apalah erti dunia dibandingkan akhirat. Anda seorang genius kira-kira, cuba hitung berapa nisbah dunia : akhirat? Boleh jawab? Jawapannya dengan nombor juga. Kalau anda berani, jawablah!

Kembali kepada lilin saya yang masih menyala dan mewangi. Malaikat dijadikan daripada cahaya. Syaitan dijadikan daripada api. Jin dijadikan daripada api juga. Manusia dijadikan daripada tanah selut. Tapi manusia lagi mulia daripada syaitan dan jin walaupun penciptaannya daripada sumber yang hina. Ada orang tanya, syaitan itu, kalau diseksa di akhirat nanti, bagaimana? Tentu dia tidak merasa sakit, kerana dia diperbuat daripada api, dan neraka yang membakarnya juga adalah api?

Hei, siapa yang bertanya itu, mari sini. Saya baling muka awak dengan tanah liat. Sakit tak? Kalau anda sakit, itu tandanya awak dicipta daripada tanah. Kalau anda tak sakit, anda dicipta daripada api/cahaya. Api dan cahaya kalau dibaling tanah, telus. Takkan terasa sakit dia.

Saya kurang faham, mengapa penganut agama lain menggunakan lilin dalam upacara mereka. Kristian, Buddha, Hindu, semuanya mempunyai lilin dalam gereja dan kuil mereka. Aneh, bukan?

Saya cuba menyelami maksud di sebalik penggunaan lilin itu. Lilin itu bermakna cahaya asli? Yang memberi cahaya pudar dan kusam. Atau makna kebebasan (bebas daripada bil-bil elektrik yang akan naik, mungkin)? Atau tahan lama? Atau sumber kekuatan?

Maaf. Saya gagal menyelami sebutir mutiarapun daripada peranan lilin dalam kehidupan mereka. Sumber kehidupan? Lilin melingkungi upacara, adakah sama dengan jin dan syaitan yang melingkungi mereka? Maaf jika anda terasa, tapi saya betul-betul kurang faham. Kalau anda Kristian, bagaimana dan bila syiar penggunaan lilin ini bermula? Kalau Buddha, bagaimana pula? Kalau Hindu?

Persoalan ini bukan bererti saya memusuhi anda yang beragama selain Islam. Tapi, saya ingin mengetahui mengapa lilin begitu penting?

Liuk-lentuk lilin mengingatkan saya kepada angin, pergerakan udara, kecenderungan api dan penari gerudi - Inul (yang tidak mampu dihalang penganjuran konsert tebuk dindingnya. Malang Islam dotdotdot : Cemerlang, Gemilang, Kecundang).

Fuh...Sudah cukup panjang saya merepek tentang lilin. Ada apa dengan lilin? Anda jawablah sendiri.

Isnin, 27 Julai 2009

10 Jenis Makanan Anti Kolestrol





1. SOYA
Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt
menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg
membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan
meningkatkan kadar lemak baik (HDL)


2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi
boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL.


3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak
mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL
sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh
diperolehi dalam brokoli, tomato, bawang serta delima.


4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan
khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg
memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya
menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.


5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel.
Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol
LDL.


6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin
E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL
dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.


7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong,
betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol
LDL dlm tubuh.



8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan
diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm
darah sebanyak 8%.


9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa
pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat
mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya
dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.


10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan
mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya
bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu
sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan
berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg
sesuai.

Tips untuk gigi yang sihat


Buat sendiri ubat gigi anda
Banyak ubat gigi yang ada kat pasaran, bermacam macam jaminan, tetapi belum tentu memuaskan hati kan.. Baru2 nii heboh pasal halal atau haram ubat gigi.. sebab bahan yg digunakan. Dan kdg2 bahan tersebut belum adakah selamat atau tak.. So ada beberapa tips untuk anda:..

Strawberry
Strawberries mempunyai agen untuk bleaching secara lembut untuk membantu membersihkan kesan teh atau kopi, Apa yang diperlukan ialah hanya hancurkan strawberry dan gosokkan pulp pada gigi.

Hydrogen Peroxide
Campurkan 1/2 teaspoon hydrogen peroxide dengan satu teaspoon baking soda. Gosokkan pada gigi sekali seminggu untuk memutihkan gigi. Formula ini berupaya menghilangkan kesan kekotoran dan mengurangkan tartar.
tetapi awas jika anda mempunyai gigi yg sensitif ini mungkin tidak sesuai bagi anda.

Makanan yang dapat mencuci gigi anda
Makanan yang memberi kesan yang tidak sihat (coffee, tea, etc.) dan ada juga yang baik untuk gigi anda ( macam cuci gigi la ) seperti buah apples, celery,dan carrots yang membantu memutihkan gigi secara natural.
Dan makanan seperti Spinach, lettuce and broccoli mengelakkan staing dengan membina satu lapisan film pada enamel gigi bertindak sebagai penghadang.

Berus lidah anda
Apa bila memberus gigi jangan lupa untuk berus liodah sekali. kerana Lidah adalah tempat sarang segala bakteria yang menyebabkan bau nafas. Gunakan berus gigi dan yang lebih elok gunakan tongue scraper.

Buat sendiri Mouthwashes:
Tea
Minum secawan peppermint atau spearmint tea. Hirup pelan, Kumur pelan2 teh tersebut sehingga sejuk
Berkumur cengkih
Panaskan satu sudu teh cengkih dengan 1/4 cawan air. kumur dan bilas...


tapi yang penting jangan lupa berjumpa dengan doc gigi, anak2 dah kena bawak seawal usia 1 thn..checking setahun sekali to avoid masalah di kemudian hari

selamat mencuba..
terima kasih Dr Eka..
.

Saya Boleh Bagi Modal tapi..

Situasi:

Anda ada satu projek baik. Boleh untung besar punya lah. Tapi masalahnya modal tak cukup.

Kemudian anda tahu ada pihak boleh bagi modal. Tapi dia cakap …

Bro, untung kita bagi ikut nisbah modal.

Kalau modal nak RM 100k, lu cuma ada RM 10k. Takde masalah. Wa inject RM 90k.

Tapi kalau untung dapat RM 1 juta, lu ambik 100k, gua ambik 900k.

Apakah pandangan anda ?

Penemuan

Racun serangga punca Parkinson

Mereka yang mempunyai sisa racun serangga di dalam darah mungkin lebih berisiko mendapat penyakit Parkinson.

Penemuan itu adalah hasil kajian oleh ketua penyelidik dari Pusat Perubatan, Universiti Texas Southwestern, Dallas, Amerika Syarikat (AS), Profesor Dwight German.


KESAN jangka panjang penggunaan racun serangga begitu menakutkan.


Ujar German, kajian ke atas 113 pesakit mendapati sebahagian daripada mereka mempunyai sejenis bahan kimia iaitu beta-HCH yang terdapat di dalam darah pesakit Parkinson.

Ia dibuktikan berasal daripada Organochlorines iaitu sejenis pembasmi serangga yang telah diketatkan penggunaannya di AS sejak tahun 1960.



Migrain

Wanita yang berhadapan masalah migrain kini mempunyai satu sebab untuk menyukainya - ia mengurangkan risiko kanser payu dara. Pusat Kajian Kanser Fred Hutchinson mendapati ia disebabkan kandungan hormon estrogen yang rendah di kalangan penghidap migrain.


Kondom kurangkan risiko penyakit kelamin

Risiko mendapat sejenis penyakit genital iaitu herpes simplex virus 2 dapat dikurangkan dengan pemakaian kondom.

Kajian oleh Pengarah Perkhidmatan Pencegahan dan Kawalan Penyakit STD dari Jabatan Kesihatan Awam San Francisco, Dr. Jeffrey D. Klausner menjelaskan, kondom juga mampu menghalang hampir kebanyakan bakteria, kuman serta virus yang menjadi punca kepada penyakit kelamin.


KONDOM mampu mencegah jangkitan penyakit kelamin.


Beliau berkata, sekiranya kondom mampu menampung udara dan air, ia sudah semestinya boleh menghalang penyebaran kuman yang molekulnya lebih besar daripada air dan udara


AIDS

Kajian oleh Persatuan Perubatan Semula Jadi Amerika Syarikat mendapati perkembangan tahap virus HIV dalam darah adalah lebih pantas pada wanita.







Garlic and Your Health


Garlic (allium sativum) is packed full of health-promoting power. It's famous for being one of our most powerful natural health allies. It can be used in poultices and teas or in direct applications. Or you can enjoy more of it in all your favorite foods. In fact, nearly everyone would benefit from a generous boost of garlic in the daily diet, because it...
* is a potent antibiotic, antiviral, antifungal and immune-boosting herb
* can be used to treat wounds, infections and sties
* improves circulation
* treats ulcers
* attacks cold germs and flu viruses
* prevents and treats respiratory and throat problems, such as chronic bronchitis, sinusitis, sore throat, tonsillitis and pneumocystis pneumonia
* alleviates allergy symptoms
* retards inflammatory reactions
* can be used directly to treat burns and insect bites and stings
* treats earaches and ear infections
* helps prevent altitude sickness
* is effective at treating breastfeeding- related mastitis with the added bonus of not introducing antibiotics into baby's milk
* helps babies nurse better
* reduces high cholesterol levels
* helps control blood sugar levels
* lowers high blood pressure
* helps prevent ischemic stroke (If you're concerned about hemorrhagic stroke, avoid anti-clotting herbs.)
* helps prevent heart disease and heart attacks
* helps prevent angina and congestive heart failure
* reduces ventricular tachycardia and fibrillation of cardiac arrhythmia
* treats athlete's foot and other fungal infections
* treats vaginal yeast infections (candidiasis) , thrush and vaginitis
* helps prevent some types of cancer
* helps prevent migraines
* helps treat both types of herpes virus
* treats pinworms, roundworms, giardia (an amoeba) and other parasitic infections
* contains more blood-thinnning anticoagulants (9) than any other herb
* may help slow physiological aging and age-related memory loss
* helps prevent opportunistic infections of AIDS, and may inhibit spread of HIV in the body
* helps reduce the leg pain associated with peripheral vascular disease
* fights tuberculosis and enhances the action of standard antibiotics in fighting off tuberculosis bacteria

Jumaat, 24 Julai 2009

From Datuk Dr. Fadilah Kamsah

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say:

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... . "


Jadi renungkan lah....


1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, sela-
gi hati kita berdengki,
jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan
tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari
anggapan kita itu sendiri.


Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia...
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?


Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ..
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.


Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

~ Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya


"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Rabu, 22 Julai 2009

Broken English



seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya... .:

Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)

Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya. .. Kata pemandu tersebut:

Pemandu: Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn't play! Let he taste. (Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main... Biar dia rasa)

Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:

Boss : Why didn't you come to work?
Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)

Sokong


Saya daftarkan blog ini pada pihak Nuffnang untuk membolehkan iklan-iklan dipaparkan di sini.

Duit yang saya dapat, saya gunakan untuk beli buku, majalah dan berbagai bahan bacaan, semuanya untuk tujuan mencari ilmu. Selain motivasi, saya banyak membaca berkaitan komputer, perisian, kejuruteraan dan ekonomi. Apa yang saya baca, suka untuk saya kongsikannya dengan Anda.

klik saja pada iklan-iklan yang dipaparkan di blog ini


Sewa atau Beli rumah ?


Ramai duk tanya bila lagi nak beli rumah sendiri?... asyik menyewa jer.. sampai bila?..

so apa pendapat anda?

HeeHeeHee

Ok.

Anda ada simpanan dan pendapatan yang mencukupi untuk mendapatkan sebuah rumah sekitar harga RM 200,000.

Kemudian anda berkira-kira untuk terus menyewa rumah selepas berkahwin atau beli sahaja sebuah rumah untuk diduduki. Pening dah tu fikir. ( memang pun ) hehe.

Maklumlah, pembelian rumah adalah perbelanjaan terbesar bagi kebanyakan orang.

Ini adalah panduan mudah untuk anda yang masih berkira-kira untuk

  • Menyewa, atau
  • Membeli rumah.

Ingat Law of Investing

Don’t fall in love with any of your investmet.

Jangan ada emotional attachment dengan sebarang pelaburan anda.

Kalau sampai masa kena cut loss. Do it. Kalau sampai masa kena take profit. Do it.

No.Emotion.No.Sentimental.

Hm… Mari kita lihat pilihan yang pertama.

Beli rumah.

Ini yang perlu anda buat. Tanya 3 soalan ini.

  1. Adakah anda boleh mendapat cashflow positive dari rumah tersebut sekiranya ia disewakan sekarang ?
  2. Adakah keadaan (sewa rumah positive cashflow) tersebut boleh berkekalan untuk 5-10 malah sehingga 20 tahun akan datang ?
  3. Adakah anda boleh jual kembali rumah tersebut selepas 5-10 tahun dengan keuntungan ?

Anda barangkali telah mempunyai beberapa lokasi pilihan, dan jawapan anda agak berbeza bagi setiap lokasi.

Selalunya ia disebabkan rumah-rumah tersebut bersatus

  • Freehold; atau
  • Leasehold.

Sekiranya ia berstatus leasehold. Lupakan sahaja untuk membelinya.

Time is not your friend.

Dan sekiranya jawapan anda bagi 3 soalan tersebut kesemuanya adalah

YA!

Maka anda telah berjumpa kawasan perumahan yang sesuai untuk anda.

Yuhuu…!

Hubungi ejen. Atau hubungi tuan rumah. Sediakan deposit. Kumpul dokumen. Cari peguam. Cari bank.

Beli!

Tetapi sekiranya ada satu jawapan yang

Tidak

Cukuplah dengan menyewa sahaja sehinggalah anda berjumpa dengan lokasi yang betul.

Habis cerita.

Kenapa?

Wah. Perlu ke saya beritahu ?

Anda memang nak tahu juga ?

Ok. Ini sebab-sebabnya.

  • Harga rumah leasehold tidak boleh naik setinggi harga rumah freehold di kawasan yang sama.
  • Anda masih muda dan bekerjaya. Sekiranya anda telah cukup wang untuk membeli rumah pada usia yang muda ia menunjukkan anda mempunyai kerjaya dan pendapatan yang baik.
  • Memandangkan anda masih muda, selalunya anda akan ditawarkan dengan pekerjaan lain, kenaikan pangkat dengan gaji yang lebih tinggi.
  • Bila gaji sudah lebih besar, anda akan mula mencari rumah yang lebih besar dan selesa untuk diduduki sesuai dengan status anda ketika itu.
  • Mungkin untuk suasana kerjiranan yang lebih baik untuk keluarga anda.
  • Oh, mungkin anda perlu berpindah tempat kerja di tempat lain.
  • Hmm, mungkin anda nak balik kampung bila dah tua nanti.
  • Jadi, bila keadaan itu berlaku 5-10 tahun lagi, anda boleh memilih untuk menjual rumah tersebut dengan keuntungan.
  • Jika anda tidak mahu menjualnya, anda boleh menyewakannya kepada orang lain dengan keuntungan.
  • Money is made when you buy, not sell.
  • You must have more than 1 exit strategy.

Wow!

Nanti.

Tiada siapa tahu masa depan. Walaupun sekarang potensi rumah itu bagus, tetapi pada masa depan belum tentu.

Tetapi kalau anda merancang dengan baik, potensi kerugian anda boleh dikurangkan.

Perancangan yang baik.

Ikut perancangan tersebut.

Itulah yang anda perlukan.

Selasa, 21 Julai 2009

Saham amanah... ejen...

Ramai yang minat untuk menjadi ejen saham amanah dapat komisyen setinggi 3% sedangkan para pelanggan belum tentu dapat untung.

bagi saya sebagai ejen...

Ya, ia sangat baik. Tetapi tidak baik untuk anda, pelanggan.

Saya fikir sesuatu yang sekiranya saya membuat “projection” keuntungan 10%, maka selepas anda, pelanggan mendapat 10% baru lah saya mendapat upah saya.

Dan sudah tentu, keadaan industri sekarang tidak membenarkan ejen to be paid based on investment performance.

Jadi, anda perlu tahu perbezaan salespeople dan so-called-consultant atau advisor atau planner.

Baca: Some Dirty Tricks By (Unscrupulous) Financial Planners

Kini kita berada bulan Rejab. Didalamnya berlaku peristiwa Israk Mikraj yang bersejarah. Peristiwa tersebut bukan sahaja menunjukkan kekuasaan Allah swt di atas sekelian makhluqNya dan benarnya kenabian Muhammad saw, bahkan ianya juga membuka ufuk pemikiran dan cita-cita manusia sejagat dari hanya sekadar terhad kepada muka bumi ini semata-mata kepada keluasan cakerawala ciptaan Allah swt yang amat luas dan jauh, siap untuk diamati untuk lebih kita mengenali Tuhan Pencipta Agung, siap untuk diterokai agar manusia memperlengkap dan meninggikan kualiti ilmu pengetahuan demi memenuhi cita-cita tersebut.

Setelah kewafatan Khadijah ra, pendokong moral dan material perjuangan Baginda saw dan kewafatan Abu Talib, pelindung Baginda saw dari ancaman fisikal oleh kafir Quraisy pada Tahun Kesedihan, Dakwah Islam berada diposisi paling tenat disegi saikologi Nabi saw dan para Sahabat ra sendiri, maupun disegi tiadanya kemasukan baru ke dalam agama Islam dari kalangan penduduk Mekah. Dengan azam tidak menyerah kepada keadaan, Baginda saw mencuba nasib, mencari peluang baru untuk Dakwah ini di Taif, 80 km dari Mekah, namun harapan dan sangkaan Baginda saw meleset. Di Taif, Dakwah tidak diterima, Pendakwah dihina dengan dibaling batu oleh penduduknya. Pintu Dakwah ditahun ini hampir tertutup. Namun Allah swt melalui Surah Huud, mengarahkan Nabi saw terus beristiqamah menjalankan amal Dakwah ini meredah fasa-fasa gelap yang sedang menyelubunginya, tanpa isteri yang mendorong dan tanpa bapa saudara yang melindung. "Shayyabatni Huud" (Surah Huud telah mengubankan rambutku !!).

Allah swt tidak membiarkan Rasul Akhir Zaman berpanjangan dalam kemuraman seperti itu. Dakwah ini harus dipacu hingga berjaya bukan sahaja di Mekah, tetapi ke seluruh dunia, merangkumi sekelian jin dan manusia. Pada malam 27 Rejab ~620M, Jibril mengejutkan Rasulullah saw dari lamunan malam dan mengisyaratkan kepada Baginda saw bahawa kenderaan Buraq telah siap di luar sana untuk membawanya ke Masjidil Aqsa di Palestin, naik meredah 7 petala langit, ke Sidradul Muntaha melalui Baitul Makmur, memenuhi undangan Allah swt. Di Masjidil Aqsa Baginda bersolat mengimami kesemua para rasul, melihat bandar Baitul Maqdis, memilih susu dan menolak arak. Di langit, Baginda bertemu sebahagian para rasul, diperlihatkan gelagat penghuni-penghuni Syurga dan Neraka serta tanda-tanda kebesaran Allah swt yang lain. Di Sidratul Muntaha, Baginda diwahyukan Allah swt apa yang hendak diwahyukan olehNya, termasuk kewajipan Solat, ibadah yang paling utama.

Sekembalinya Nabi saw ke Mekah dari langit, kekuatan Baginda saw untuk berdakwah lebih kental. Segelintir orang Islam murtad kerana tidak dapat menerima hakikat boleh berlakunya peristiwa Muhammad saw pergi ke Palestin dan langit serta kembali semula dalam malam yang sama. Para Sahabat ra yang lain bertambah keyakinan dan kekaguman mereka kepada Nabi tercinta. Bagi Nabi saw pula, melihat sendiri kesudahan manusia di Syurga dan Neraka sudah cukup memberi motovasi penuh untuk menyelamatkan mereka didunia lagi, sebelum mereka menempuh alam Pengadilan dan Pembalasan, belum lagi berpeluang menerima wahyu langsung dari Allah swt di Sidratul Muntaha. Tiga tahun selepas itu, keimanan baru, lebih tinggi dan teruji inilah yang menjadi asas kepada Hijrah dan penegakkan Negara Islam di Madinah.

Dari sinopsis ringkas peristiwa Israk Mikraj, dapat disimpulkan sebahagian pengajaran berguna untuk umat selepasnya dan kita seperti berikut :

  1. Kehebatan dokongan isteri, kerukunan rumahtangga adalah salah satu asas kejayaan dalam diri Pendakwah dan Dakwah itu sendiri.
  2. Perlindungan seperti yang diberi oleh sesiapa contohnya Abu Talib, biar pun dia bukan seorang Islam, adalah penting dalam memastikan Islam berkembang tanpa gangguan terutamanya di fasa awalnya.
  3. Kepentingan Masjidil Aqsa dan Palestin di dalam perjuangan Uslam dan umat.
  4. Dengan Nabi saw menjadi imam semua para Rasul yang lain di Masjidil Aqsa, hari ini dan selepas ini, umat Islam mestilah menjadi imam (pemimpin dan pembimbing) kepada umat-umat yang lain, dan bukan sebaliknya seperti yang berlaku hari ini. Umat Islam mesti bekerja ke arah itu.
  5. Solat adalah ibadah terpenting dalam Islam. Di Hari Kiamat, tidak dinilai amalan-amalan lain jika solatnya dinilai sebagai gagal.
  6. Iman pendokong-pendokong perjuangan Islam, termasuk para Sahabat ra akan terus menerus melalui proses penapisan, untuk membeza dan mengasingkan permata dari kaca.
  7. Negara Islam tertegak bila ada jemaah manusia yang bersedia memikul tanggungjawab tersebut dengan keimanan yang telah teruji seperti para Sahabat ra.
  8. Umat Islam dituntut melihat cakerawala dan kehebatan penciptaannya, bukan terhad atau terkongkong kepada apa yang ada di bumi sahaja.
Marilah kita sama-sama merai dan memperingati peristiwa bersejarah dan besar ini, dengan mengatur atau menghadiri ceramah mengenainya. Jauh lebih itu ialah mencedok pengajaran-pengajar an darinya untuk kehidupan berkeluarga bersama anak isteri dan perjuangan bersama-sama teman-teman yang beriman. Sekian.

Dipetik dari blog Ustaz Halim

Melayu Hari Ini?

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di
Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh,
pusat pemulihan , dulu di Pudu
Dan di jalan,
lumba haram , rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di
pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu pun nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu
Asal bergaye sanggup makan nasi dan tokyu

Boleh tak jumpa Melayu di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada jugak tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa Melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin
negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan bengkok atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu!!!!

Khamis, 16 Julai 2009

IKHLAS


"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!" Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun.
Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.
"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.
Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.
"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu... "
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.

Pengajaran: Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

Isnin, 13 Julai 2009

Spider - Katalis


Bagaimana bisa ku melupakanmu

Pemilik wajah yang meruntun di kalbu
Sekali tersenyum berzaman ku rindu
Dalam lena masih juga mimpikanmu

Semakin ku nafi semakin manjadi
Semakin ku lawan semakin tertawan
Sedar, sedar hujung mata
Tertitis tangisan tak terungkap kata

Tiap nafas mengutus ghairah dan rindu
Mendesakku gadai maruah diriku
Haruskah ku tunduk mengalah padamu
Sedang cinta menuntutku mendugamu

Sedar, sedar hujung mata
Tertitis tangisan tak terungkap makna

Janjikan ku dapat biar kau ku rayu
Kerana hidup tak bermakna tanpamu

Sedar, sedar hujung mata
Tertitis tangisan tak terungkap kata
Sedar, sedar hujung mata
Tertitis tangisan tak terungkap makna
Sedar, sedar hujung mata
Tertitis tangisan tak terungkap kata


Entah kenapa saya letak pulak lirik lagu kat blog nii.

mungkin ada sesuatu yg istimewa dari lirik2 dia kot.


Gardenia bread Tips on buying Gardenia bread


Here is something interesting. ....... When you go to buy bread in the grocery store, have you ever wondered which is the freshest, so you 'squeeze' for freshness or softness. Did you know that bread is delivered fresh to the stores five days a week? Monday, Tuesday, Thursday, Friday and Saturday. Each day has a different color twist tie. They are : Monday - Blue Tuesday - Green Thursday - Red Friday - White Saturday - Yellow So if today is Thursday, you would want red twist tie not white which is Fridays. (almost a week old)! The colors go alphabeti cally by color Blue - Green - Red -White -Yellow, Monday thru Saturday. Very easy to remember. I thought this was interesting. I looked in the grocery store and the bread wrappers DO have different twist ties, and even the one with the plastic clips have different colors. Enjoy fresh bread when you buy bread with the right color on the day you are shopping.

Sabtu, 11 Julai 2009

Plastic Types, Characteristics… Dangers

Individuals have a way to identify the type of plastic in many products, especially food storage containers and packaging. Many, but not all, such plastic products have a number – the resin identification code – molded, formed or imprinted in or on the container, often on the bottom. This system of coding was developed in 1988 by the U.S.-based Society of the Plastics Industry to facilitate the recycling of post-consumer plastics. It is voluntary for plastic manufacturers, but has become relatively standard on certain plastic products sold globally. Knowing the code for a particular product, consumers can then inform themselves of the characteristics of the plastic and the risks of using that product.

The seven plastic resin codes are each briefly described below to provide a quick snapshot detailing the name of the resin (i.e., the base material of the plastic), typical products it is found in, dangerous chemicals it leaches, and why they are dangerous.

recycle code 1Polyethylene terephthalate (PET or PETE) – Used in soft drink, juice, water, beer, mouthwash, peanut butter, salad dressing, detergent and cleaner containers. Leaches antimony trioxide and di(2ethylhexyl) pthalate (DEHP). Workers exposed to antimony trioxide for long periods of time have exhibited respiratory and skin irritation; among female workers, increased incidence of menstrual problems and miscarriage; their children exhibited slower development in the first twelve months of life. The longer a liquid is left in such a container the greater the concentration of antimony released into the liquid. DEHP is an endocrine disruptor that mimics the female hormone estrogen. It has been strongly linked to asthma and allergies in children. It may cause certain types of cancer, and it has been linked to negative effects on the liver, kidney, spleen, bone formation and body weight. In Europe, DEHP has been banned since 1999 from use in plastic toys for children under the age of three.

recycle code 1High density polyethylene (HDPE) – Used in opaque milk, water, and juice containers, bleach, detergent and shampoo bottles, garbage bags, yogurt and margarine tubs, cereal box liners. Considered a 'safer' plastic. Our research on risks associated with this type of plastic is ongoing.

recycle code 1Polyvinyl chloride (V or Vinyl or PVC) – Used in toys, clear food and non-food packaging (e.g., cling wrap), some squeeze bottles, shampoo bottles, cooking oil and peanut butter jars, detergent and window cleaner bottles, shower curtains, medical tubing, and numerous construction products (e.g., pipes, siding). PVC has been described as one of the most hazardous consumer products ever created. Leaches di(2-ethylhexyl) phthalate (DEHP) or butyl benzyl phthalate (BBzP), depending on which is used as the plasticizer or softener (usually DEHP). DEHP and BBzP are endocrine disruptors mimicking the female hormone estrogen; have been strongly linked to asthma and allergic symptoms in children; may cause certain types of cancer; linked to negative effects on the liver, kidney, spleen, bone formation and body weight. In Europe, DEHP and BBzP and other dangerous pthalates have been banned from use in plastic toys for children under three since 1999. Not so elsewhere, including Canada and the United States.

recycle code 1Low density polyethylene (LDPE) – Used in grocery store, dry cleaning, bread and frozen food bags, most plastic wraps, squeezable bottles (honey, mustard). Considered a 'safer' plastic. Our research on risks associated with this type of plastic is ongoing.

recycle code 1Polypropylene (PP) – Used in ketchup bottles, yogurt and margarine tubs, medecine and syrup bottles, straws, Rubbermaid and other opaque plastic containers, including baby bottles. Considered a 'safer' plastic. Our research on risks associated with this type of plastic is ongoing.

recycle code 1Polystyrene (PS) – Used in Styrofoam containers, egg cartons, disposable cups and bowls, take-out food containers, plastic cutlery, compact disc cases. Leaches styrene, which is an endocrine disruptor mimicking the female hormone estrogen, and thus has the potential to cause reproductive and developmental problems; long-term exposure by workers has shown brain and nervous system effects; adverse effects on red blood cells, liver, kidneys and stomach in animal studies. Also present in secondhand cigarette smoke, off-gassing of building materials, car exhaust and possibly drinking water. Styrene migrates significantly from polystyrene containers into the container's contents when oily foods are heated in such containers.

recycle code 1Other – This is a catch-all category that includes anything that does not come within the other six categories. As such, one must be careful in interpreting this category because it includes polycarbonate - a dangerous plastic - but it also includes the new, safer, biodegradable bio-based plastics made from renewable resources such as corn and potato starch, and sugar cane. Polycarbonate is used in many plastic baby bottles, clear plastic “sippy” cups, sports water bottles, three and five gallon large water storage containers, metal food can liners, some juice and ketchup containers, compact discs, cell phones, computers. Polycarbonate leaches Bisphenol A (some effects described above), and numerous studies have indicated a wide array of possible adverse effects from low-level exposure to Bisphenol A: chromosome damage in female ovaries, decreased sperm production in males, early onset of puberty, various behavioural changes, altered immune function, and sex reversal in frogs.

Important Note: Two other types of plastic that fall under code 7 are acrylonitrile styrene (AS) or styrene acrylonitrile (SAN), and acrylonitrile butadiene styrene (ABS). Both AS/SAN and ABS are higher quality plastics with increased strength, rigidity, toughness and temperature and chemical resistance. AS/SAN is used in mixing bowls, thermos casing, dishes, cutlery, coffee filters, toothbrushes, outer covers (printers, calculators, lamps), battery housing. The incorporation of butadiene during the manufacture of AS/SAN, produces ABS, which is an even tougher plastic. ABS is used in LEGO toys, pipes, golf club heads, automotive parts, protective head gear. Our research on risks associated with AS/SAN and ABS is ongoing.

WHAT THIS MEANS FOR YOUR EVERYDAY PLASTIC USE: You may wish to seriously consider your – and especially your children's – use of plastics numbered 1, 3, 6 and 7 (polycarbonate) , all of which have been shown to leach dangerous chemicals. This does not necessarily mean the others are completely safe, just that they have been studied less to date.

So if you have to use plastic, it is safest to stick to numbers 2, 4, 5 and 7 (other than polycarbonate) whenever possible.

If an item does not have a plastic code on it, or if the type of plastic is unclear from the code (e.g., with #7, it likely will not say it is polycarbonate) , your best bet is to contact the manufacturer and ask them directly what type of plastic was used to make the product.

Plastic Tips

Here are some simple tips to help you in working toward a life without plastic, or a life of safer, more informed plastic use.

o Avoid polycarbonate (#7) baby bottles and sippy cups. For baby bottles, try and use glass, polyethylene or polypropylene instead. Sippy cups made of stainless steel (e.g., Kleen Kanteen, Purica), or of polypropylene or polyethylene are safer. Be sure to check the bottle or cup to be sure of the type of plastic it contains. As for baby bottle nipples, try and use silicone which does not leach the carcinogenic nitrosamines that can be found in latex.

o If you must use polycarbonate (#7) bottles, avoid heating food and drink in the bottle. Heat it in a separate container and transfer it to the bottle once it is warm enough for the child to eat or drink. If the plastic is showing signs of wear – scratched, cloudy – discard the container.

o For drinking water, try and avoid plastic bottles. If you do use plastic bottles made from #1 or #2 plastic try not to reuse them as they are intended only for single use. One alternative is a stainless steel water bottle. For storing large quantities of water, glass and stainless steel containers are also available. If you use a #1 water bottle, try to consume the contents as soon as possible because leaching of antimony increases with time.

o Try to avoid heating foods in plastic containers, especially in the microwave oven, which can cause the plastic to degrade and leach chemicals faster. As well, leaching increases when plastic comes into contact with oily or fatty foods, or when the plastic is scratched, worn, cracked, or sticky.

o Use plastic wraps with caution, especially in the microwave, and try to keep the plastic from touching the food. Alternatives include wax paper or paper towels.

o Try and use alternatives to plastic packaging and storage containers. Cloth, paper or cardboard are possibilities for transporting groceries. Stainless steel and glass food storage containers are available.

o Avoid plastic dishes and utensils for meals. Alternatives include glass, ceramic, wood, stainless steel, and lacquer ware. Offer your child or grandchild a non-plastic dish set made of either stainless steel or wood (safely coated with a non-toxic lacquer).

These days, plastic is so omnipresent it can be difficult to imagine life without plastic. Yet, our ancestors managed just fine without it. All it takes is a little imagination, determination and discipline.

Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post