Sabtu, 27 November 2021

Jangan Pernah Mengalah

#Repost @jentikhati 
——
Jangan pernah mengalah dengan kehidupan kita, kerana Allah tidak pernah mengalah untuk menunggu taubat kita.

Dengarkan baik-baik sahabat ku.. Kehidupan ini tidak semuanya terjadi sesuai dengan apa yang kita inginkan.

Terkadang, kita harus mengalah untuk meraih kemenangan. Dan terkadang pula, kita memang harus menerima kekalahan itu. 

Ketika kau sedih, jangan pernah berfikir Allah  itu tidak adil. Boleh jadi, kesedihan itu adalah jambatan menuju kebahagiaan." 

Syukuri nikmat yang dikurniakan oleh-NYA...
Insafi segala kekurangan dan kegagalan...
Jangan pernah mengalah dengan kehidupan ini...
Pasti ada sinar di masa akan datang...

Bila jatuh dan terasa mahu putus asa,
lihatlah pada sungai yang mengalir walaupun dihalang bebatu Dan Ibarat air mengalir ia akan sampai kemuaranya...

Jangan pernah terpedaya dengan kehidupan dunia ini...
Siapkan bekal di hari esok.
.
Hidup ini adalah perjalanan panjang yg penuh berliku....
hanya Allah yg memahami semuanya...
Allah tempat kita bersandar...
Allah tempat kita menangis dan mengadu segalanya....
Dan Allah jua tempat kita  kembali.
.
Selalu lah berkata dan ingat dalam diri ini bahwa allah tak akan menguji hamba hambaNya di luar batas kemampuannya.
.
Sahabat aku tahu engkau  mampu berdiri dan menumpang dijalan takdir dan juga mampu memikul beban dan ujian ini.
.
Selalulah  berkata Allah sentiasa ada bersama ku...
Selalu dan selalu..
.
INGATLAH SAHABAT HIDUP INI ADALAH PERJALANAN...
JANGANLAH ENGKAU MERASA LELAH...
JANGANLAH ENGKAU BERPUTUS ASA....
JANGANLAH ENGKAU BERHENTI...
TERUSLAH BERJALAN....
SAMPAI WAKTU  ITU TERHENTI..

Selasa, 23 November 2021

Hibah bagaimana berfungsi

Hibah semakin popular. Sana sini asyik cerita pasal hibah. Tapi hibah tu apa? 

Ia adalah salah satu daripada instrument dalam pengurusan harta. 

Hibah itu hadiah. Hibah adalah hadiah. Hibah ialah hadiah. Hibah merupakan hadiah. Hibah ialah satu pemberian daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang.

Itulah maksud hibah. Ia dibuat semasa pemberi masih hidup. 

Ia adalah berbeza dengan hibah takaful kerana hibah takaful merupakan hibah bersyarat.

Hibah takaful pulah adalah sejumlah pampasan kematian dalam bentuk wang dan akan diterima oleh waris (si penama) setelah pemilik sijil takaful meninggal dunia. Ia adalah milik penuh si penerima tanpa boleh dicabar oleh mana-mana pihak. 

Hibah takaful sangat berguna dijadikan sebagai 'income protection' yang dapat membantu si penerima setelah kehilangan sumber kewangan, contohnya isteri yang kematian suami dan perbelanjaan harian masih lagi terpaksa diteruskan. 

Antara belanja yang masih perlu diteruskan adalah seperti :
- keperluan persekolahan, perbelanjaan harian, sewa rumah, keperluan rumah, minyak dan tol, bayaran bank dan lain-lain. 

Berapa nilai hibah takaful yang perlu untuk dihadiahkan kepada waris? 

Tiada nilai yang tetap dan ia bergantung kepada pemilik sijil takaful. Cuma adalah dinasihatkan biarlah ianya mampu menyelesaikan hutang yang bakal ditinggalkan dan pewaris dapat meneruskan perbelanjaan sekurang-kurangnya 3 ke 10 tahun. 

Berapa bila nilai caruman bulanan yang perlu dibayar? 

Antara faktor yang di ambil kira ialah :
- jumlah pampasan, umur, pekerjaan, merokok atau tidak dan sejarah kesihatan. 

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya untuk perbincangan dan dapatkan untuk harga hibah takaful. 

*sebenarnya sangat panjang kalau nak cerita pasal hibah dan hibah takaful. Kalian boleh rujuk di mana-mana sumber yang lain.

Ahad, 21 November 2021

KESAN JIKA TIADA PERLINDUNGAN TAKAFUL

Takaful atau pelan perlindungan masih lagi menjadi topik sensitif untuk dikupaskan memandangkan mentaliti masyarakat terhadap Takaful masih berada pada tahap yang kurang memberangsangkan. Statistik pun mengatakan Hanya 44% Rakyat Malaysia Ada Takaful.


“Tak mampu lah..” dan “Nanti dulu lah..” merupakan alasan utama.

Ramai yang melihat Takaful sebagai satu bebanan dan komitmen yang tidak penting. Namun, tiada satu pun kerugian jika anda mengambil Takaful atau pelan perlindungan, apatah lagi jika anda sudah berkeluarga. 

Sebenarnya, terdapat banyak keburukan tiada Takaful yang perlu anda risaukan. Biarpun yakin 100% takkan ada apa-apa penyakit pada kemudian hari, apakah anda percaya bahawa malang itu tidak berbau?

Jadi apakah yang akan terjadi jika kita tiada perlindungan Takaful?

#1 Tiada Perlindungan Masa Hadapan

Pasti kita pernah melihat situasi mereka yang memerlukan bantuan kos pembedahan dan rawatan yang mencecah nilai ribuan ringgit. Tanpa Takaful, itulah risiko dan keburukan yang perlu kita sedari.

Dari mana datangnya wang yang banyak untuk kita biayai kos rawatan suatu hari nanti?

#2 Lebih Berisiko Ketika Bekerja

Kenapa ada orang yang kerja membanting tulang demi sesuap nasi walaupun kerjanya amat berat? Tanpa pekerjaan, dia tidak dapat menyara keluarganya.

Biarpun kerja tersebut berisiko tinggi, tetapi dia tetap rajin dan bekerja kuat. Risiko berbaloi dengan pelan perlindungan yang telah diambil olehnya, sekurang-kurangnya, jika sesuatu berlaku padanya, waris dan anaknya tetap terjamin.

Keburukan tiada Takaful adalah risiko kerja menjadi lebih tinggi.

#3 Mengikut Sejarah Keluarga

Sekiranya sejarah keluarga kita mempunyai masalah kesihatan yang sangat serius dan tidak berapa elok, jangan teragak-agak untuk mengambil Takaful. Kemungkinan kesihatan kita juga bakal mengikut sejarah keluarga, siapa tahu masa akan datang bagaimana?

Pilihlah polisi Takaful yang benar-benar memberi perlindungan bagi situasi sebegini.

#4 Tiada ‘Backup’ Kewangan

Ada Takaful yang menekankan konsep simpanan dan pelaburan, di mana mereka akan membayar kita semula berdasarkan jumlah yang kita carum setiap bulan. Ada juga Takaful yang tiada elemen simpanan atau pelaburan.

Sekiranya tiada Takaful, kita mungkin berdepan dengan tidak mempunyai simpanan kecemasan dan hanya berharap kepada duit simpanan dalam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

#5 Tiada Manfaat Kepada Waris

Sudahlah miskin harta, tinggalkan waris dalam kesusahan pula.

Keburukan tiada Takaful adalah waris tidak mendapat apa-apa manfaat apabila kita sudah tiada lagi. Kasihan kepada mereka yang terpaksa menggantikan tempat anda untuk mencari rezeki.

Itulah yang akan terjadi jika kita tiada Takaful. Jangan risau, kita masih mampu mengubahnya.

#6 Tidak Mampu Biaya Kos Perubatan Susulan

Apabila kita mengalami kemalangan atau kesakitan, pastinya memerlukan rawatan susulan. Apa akan jadi jika tiada Takaful? Kita terpaksa bayar sendiri 100%.

Kita terpaksa memikirkan cara untuk mencari wang bagi membiayai kos perubatan susulan. Ada Takaful yang menawarkan pembiayaan bagi rawatan susulan untuk beberapa kali. Ini pastinya akan memudahkan urusan anda.



#7 Tiada Keyakinan Diri dan Tiada Aset

Sebenarnya, mengambil pelan perlindungan atau Takaful adalah satu tiket untuk kita menjadi lebih yakin. Takaful boleh dikatakan aset perlindungan hayat untuk diri kita.

Rugi bagi mereka yang tidak fikir secara jauh dan matang. Mereka yang ada Takaful ni kira golongan yang bijak dan berfikiran jauh.

#8 Jauh Daripada Peluang Jana Pendapatan

Perasan tak, orang yang ada Takaful ini pasti mempunyai kesedaran dan pandai menasihati orang. Ini kerana sikap mereka yang menyedari kepentingan Takaful.

Jika kita mempunyai ciri-ciri Takaful Advisor yang baik, apa kata kita jana pendapatan sampingan dengan mempromosikan Takaful secara part time kepada rakan-rakan dan ahli keluarga?

Sambil bagi kesederan, dapat juga buat pendapatan sampingan.

Tidak ada satu kerugian pun jika kita mulakan dengan mengambil perlindungan Takaful yang sesuai hari ini juga!






Nak fahamkan lagi keburukan kalau tak ada Takaful? Cuba tanya dekat seorang balu.

Sabtu, 20 November 2021

TIP TAKAFUL : KELEBIHAN MELABUR DALAM TAKAFUL

 Peluang pelaburan tersedia menerusi pelbagai cara di serata dunia. Sama ada anda melaburkan wang di pasaran saham, membeli saham daripada syarikat rakan anda ataupun membeli hartanah untuk disewa atau dijual, semua cara ini berpotensi untuk menggandakan wang anda. 

Sebab utama dan yang paling asas untuk membuat sesuatu pelaburan adalah untuk menjana lebih banyak wang. Tidak dinafikan setiap pelaburan mempunyai risiko yang tersendiri. Secara umumnya, semakin tinggi pulangan pelaburan, semakin tinggi risiko yang perlu ditanggung. Maka, kemungkinan untuk memperolehi keuntungan yang tinggi adalah sama dengan kemungkinan untuk kehilangan semua wang yang telah anda laburkan. 

Tetapi sebelum anda mengetepikan niat untuk melabur, terdapat pelbagai pilihan pelaburan dengan risiko yang kurang membahayakan kewangan anda. Menjadikan pelaburan lebih selamat dan berpatutan Ramai di antara kita tidak mempunyai wang dalam ribuan atau ratusan ribu untuk membuat pelaburan yang besar. Ini mungkin bagus juga kerana kurang kecenderungan untuk anda melaburkan wang anda dalam pasaran yang berisiko tinggi. Namun begitu, pulangan yang anda perolehi daripada simpanan dalam akaun bank adalah rendah ataupun tiada pulangan langsung. 

Satu cara pelaburan yang selamat, tetap dan berpatutan yang anda boleh pertimbangkan adalah dengan melanggan pelan Takaful berkaitan pelaburan. Anda bukan sahaja boleh meraih pulangan pelaburan daripada bayaran sumbangan bulanan yang rendah tetapi juga mendapat perlindungan serta jaminan kewangan untuk diri anda dan orang tersayang. 

Bagaimana pelaburan dalam Takaful berfungsi ?. 

Melabur dalam pelan Takaful berkaitan pelaburan adalah mudah dan tidak memerlukan jumlah wang yang tinggi. Sama ada anda memilih untuk membuat sumbangan pada setiap bulan, setiap suku tahun, ataupun sekali setahun, bayaran sumbangan anda akan dibahagikan kepada tiga: 

1) sebahagian jumlah akan dimasukkan ke dalam dana Tabarru`, 

2) bayaran Wakalah atau fi pengendali Takaful, dan 

3) selebihnya akan dimasukkan kedalam dana berkaitan pelaburan patuh syariah pilihan anda. Anda tidak boleh membuat pengeluaran daripada dana Tabarru`, kerana sumbangan dalam dana ini akan digunakan untuk membayar segala manfaat dan tuntutan, termasuk tuntutan bagi bil rawatan hospital serta hibah. 

Pelaburan anda boleh dikeluarkan setelah memenuhi syarat-syarat tertentu. Syarat-syarat ini termasuk mengekalkan jumlah pengeluaran dan baki minimum dalam akaun pelaburan. Jumlah minimum ini bergantung pada jenis dana berkaitan pelaburan yang dipilih. Sudah tentu, jika anda tidak membuat sebarang pengeluaran dan lebih lama dana itu dilaburkan, lebih tinggi pulangan tunai yang dijanakan. 

PruBSN menyediakan tujuh jenis dana berkaitan pelaburan patuh syariah yang disertakan bersama sijil Takaful kami. Setiap satu mempunyai tahap risiko dan pulangan yang berbeza. Anda akan kekal mendapat perlindungan dan menerima manfaat daripada pelan Takaful anda tanpa mengira prestasi pelaburan anda. 

Kami kongsikan ciri-ciri utama pelan Takaful berkaitan pelaburan untuk membantu anda membuat pilihan yang terbaik. 

Dapatkan perlindungan dengan PruBSN Setia, pelan paling menyeluruh Jika anda mahu mendapatkan manfaat sepenuhnya dari sijil Takaful anda, PruBSN Setia adalah pelan paling tepat untuk anda. PruBSN Setia bukan sekadar pelan berkaitan pelaburan, ia juga menawarkan manfaat kematian dan hilang upaya kekal & menyeluruh; pembayaran balik untuk perbelanjaan medikal dan kemasukan hospital; perlindungan penyakit kritikal, kemalangan, rawatan akibat kemalangan; dan perlindungan pendapatan akibat kemalangan. 

PruBSN Setia juga memberikan pilihan penambahan rider untuk mendapatkan pelan yang lebih menyeluruh dan sesuai mengikut keperluan anda, serta tempoh perlindungan sehingga umur 100 tahun! Dengan sumbangan minimum sebanyak RM100 sebulan, jumlah pulangan yang diperoleh melalui Takaful Saver akan membantu anda membina wang simpanan untuk persaraan anda pada masa depan. 

Lindungilah masa depan anak anda dengan PruBSN Impian Direka untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan anak anda, PruBSN Impian merupakan pelan khas untuk kanak-kanak yang berumur antara 14 minggu dalam kandungan sehingga 25 tahun. Pelan ini bukan sahaja memberikan manfaat perbelanjaan perubatan bagi penyakit kanak-kanak serta rawatan lain disebabkan penyakit dan kecederaan, tetapi juga melindungi ibu dan bayi dalam kandungan melalui manfaat Pregnancy Care. Dengan kadar sumbangan yang berpatutan dan fleksibel, PruBSN Impian disertakan dengan rider Takaful Saver Impian bagi membantu anda membuat simpanan dan pelaburan untuk keperluan kewangan masa hadapan anak anda. Simpanan dan pelaburan boleh dikeluarkan dan dihadiahkan kepada anak apabila mereka mencapai umur 19 tahun. 

PruBSN Impian juga menawarkan EduAchieve Bonus yang memberikan ganjaran berbentuk wang tunai kepada anak anda atas kecemerlangan akademik dalam peperiksaan peringkat kebangsaan di sekolah rendah dan menengah, serta pencapaian akademik di peringkat Diploma atau Ijazah di universiti tempatan, selagi mereka berumur bawah 18 tahun – ini adalah dorongan terbaik untuk mereka cemerlang dalam pembelajaran! 

Berikan ketenangan minda kepada orang yang tersayang dengan PruBSN WarisanPlus 

PruBSN WarisanPlus merupakan pelan Takaful yang direka dengan tujuan memberikan keselamatan dan perlindungan warisan anda kepada orang yang tersayang. Disertakan dengan perlindungan perubatan bagi penyakit unik serta pilihan untuk penambahan rider mengikut keperluan perlindungan anda, PruBSN WarisanPlus menawarkan perlindungan minimum yang tinggi sebanyak RM250,000* akan dapat meringankan beban keluarga anda sekiranya anda meninggal dunia atau menghadapi hilang upaya kekal & menyeluruh. Pelan ini turut merangkumi pembiayaan kos pengebumian, dan orang tersayang anda akan mendapat hak penuh ke atas manfaat Takaful anda tanpa perlu menjalani prosedur pengurusan harta pusaka yang rumit. 

Dengan sumbangan bulanan serendah RM100 bagi orang dewasa dan RM50 bagi kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun, PruBSN WarisanPlus adalah pelan yang amat berpatutan dan mampu dimiliki. Selain membina simpanan melalui Takaful Saver atau Takaful Kid, anda juga boleh memilih untuk menjana pendapatan melalui tujuh jenis dana berkaitan pelaburan dengan tahap risiko yang pelbagai untuk meningkatkan jumlah pulangan anda. 

Berminat untuk menggandakan wang anda? Mulakan dengan membuat pelaburan bersama PruBSN hari ini.

Hubungi saya

HIBAH takaful Kenapa Mesti Ada

1. Jika kita masih hidup, sediakan wasiat dan hibah buat keluarga kita. 

 2. Bila isteri bertanya, "Duit KWSP abang siapa penama?" jangan cepat cepat tuduh mereka gila harta. Mereka perlu bahagikan ikut faraid juga nanti lepas tolak semua hutang kita. Bukan hak mereka sepenuhnya. 

 3. Bila isteri minta suami, "Abang dah buat hibah simpanan ASB abang?" jangan cepat tuduh dia mata duitan. 

 4. Ketika kita didalam kubur, kereta buruk kita pun orang akan rebutkan, apatah lagi simpanan. 

 5. "Alah adik beradik abang tak macam tu la..!" ketahuilah bahawa pusat tahfiz pun ada kes pencabulan apatah lagi hak anak yatim yang ditinggalkan. Ini semua tanggujawab kita sebagai suami, lakukan sebelum ajal sampai. 


 Bagi isteri, buat simpanan, perlindungan sebelum suami meninggal pergi. Sesungguhnya kematian sangat dekat dengan kita kini.

Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post