Ahad, 30 Julai 2017

Besi 7 pa

Dalam proses pembuatan senjata warisan melayu terdapat satu kaedah pembuatan unik yang menggunakan besi-besi (alatan) yang bermula dengan sebutan huruf jawi ‘pa’. Antaranya ialah parang, pahat, pasak, pagar , paku, pahar dan lain-lain lagi. senjata di alam melayu ini, selain dijadikan sebagai senjata sulit, penggunaanya juga lebih ke arah hikmat maka tentulah proses pembuatannya diambil berat supaya hikmatnya betul-betul sesuai mengikut kehendak si pemakainya. Dengan itu juga besi-besi yang baik dan hebat yang penuh dengan rahsia dipilih untuk membuat senjata seperti keris dan badik.
Besi-besi tersebut diramun dalam tempaan mengikut kaedah-kaedah tertentu supaya mendapat kelebihan untuk pakaian. Nilai senjata yang dihasilkan dari besi 7 ‘pa’ ini amat tinggi.
Gabungan 7 pa ini dipercayai mempunyai kelebihan dan rahsia yang tersendiri dari segi mistik. Walaubagaimana pun, apa yang tersirat di sebalik semua ini ialah betapa semua perkakas asas dalam kehidupan seharian kita terkumpul dalam sebilah senjata tempahan khas milik kita yang melambangkan kegigihan, kerajinan, semangat dan usaha ikhtiar seseorang. Wallahu a’lam.
Dalam memperkatakan tentang besi 7 pa, 7 pa yang paling baik ialah 7 pa yang telah patah. Misalnya parang patah, pahat patah, pasak patah dan lain-lain lagi yang patah. Prinsipnya ialah parang itu telah digunakan betul-betul sehingga patah putingnya. Amat jarang sekali untuk menemui parang patah puting pada masa kini kerana ia sekali-sekala sahaja digunakan. Apatah lagi jika 7 ‘pa’ ini diambil dari 7 pengkalan atau 7 kuala sungai, tujuh daerah atau tujuh negeri maka akan bertambah tinggilah nilai dan rahsianya.
Sesiapa sahaja patut berbangga dan rasa bertuah jika dapat memiliki atau mewarisi sesebilah keris atau senjata yang dibuat dengan besi 7 ‘pa’ ini. Kerana bukan senang untuk mengumpul dan mendapatkan besi 7 pa, apatah lagi 7 pa dari 7 daerah. Tetapi jika ada usaha insyaAllah kita akan dapat.
Kalau kita yang berbangsa melayu ini sudah tidak kenal apa itu keris, maka kepada siapa lagi untuk diharapkan. Hindarilah semua pandangan negatif terhadap senjata warisan ini. Kita patut belajar menjaganya sebagai menghargai warisan nenek moyang kita yang begitu tinggi nilai seni budayanya.
Menurut kepercayaan bahawa ramuan besi 7 pa ini boleh :
1.Melindungi diri dari pandangan musuh.
2.Melariskan perniagaan.
3.Mematahkan semangat musuh.
4.Menjadi pengasih bagi orang yang telah lama membenci antara satu sama lain.
Orang-orang lama dalam bidang perkerisan ada berpesan ” besi 7 pa kena ada lah sebilah buat pakaian”. Dalam berkeris ingatlah pesan ini :

Bermain keris biar berpada
Dek keris bawa ke neraka.
Ukur, sukat hanya petua.
Sepenuh hati jangan percaya
Cuma besi baru ditempa
Allah jua Maha Kuasa .

Note untuk SPM / PT3

Utk yg ada anak nak ambik SPM tahun ni, bawah ni saya forward msg link kepada nota padat drpd Puan Pengetua Sekolah Men Keb Sek 18, Shah Alam.

Ambil masa yang lama untuk dikumpulkan nota padat ini. Harap perkongsian ini dihargai. Please share to other groups..
Whatsapp, Telegram, Wechat & Facebook.

Let’s start sharing knowledge and help others..

Bahasa Inggeris : http://gg.gg/spmbi
Bahasa Melayu : http://gg.gg/spmbm
Bahasa Arab: http://gg.gg/spmarab
  Biologi : http://gg.gg/spmbio
Ekonomi Asas : http://gg.gg/spmeko
Ekonomi Rumah Tangga : http://gg.gg/spmert
EST : http://gg.gg/spmest
Fizik : http://gg.gg/spmfzk
Geografi : http://gg.gg/spmgeo
Kesusasteraan Melayu : http://gg.gg/stra
Kimia : http://gg.gg/spmkmia
Matematik Moden : http://gg.gg/mmode
Matematik Tambahan : http://gg.gg/mattm
Pengajian Al Quran dan As Sunnah : http://gg.gg/alq
Pengajian Syariah Islamiah : http://gg.gg/asyha
Pendidikan Moral :  http://gg.gg/spmmor
Pendidikan Agama Islam : http://gg.gg/spmagm
Perdagangan : http://gg.gg/spmprdg
Prinsip Perakaunan : http://gg.gg/spmakn
Sains Sukan : http://gg.gg/spmssk
Sains : http://gg.gg/spmsns
Sejarah : http://gg.gg/spmsjh
Tasawwur Islam : http://gg.gg/spmtswr
Reka Cipta : http://gg.gg/spmrc
Bg ank yg ambii spm thn ini

Nota PT3 2017. Jika ada anak2, atau kawan2 yang ada anak yang bakal duduki PT3 2017 ni boleh share supaya sama2 berjaya insyaAllah

BM  : http://gg.g get gg/40zux
BI     : http://gg.gg/40zuz
SEJ    : http://gg.gg/40zv3
PAI   :  http://gg.gg/40zuy
GEO : http://gg.gg/40zv4b
KH    : http://gg.gg/40zv2
MT    : http://gg.gg/40zv0
SN     : http://gg.gg/40zv1

Moga bermanfaat utk persiapan/ulangkaji anak2 kita yg bakal menghadapi  PT3 dan SPM 2017. Maklum. Tksh

Adik beradik

Apabila adik beradik semakin meningkat dewasa, masing-masing akan mengejar impian masing-masing. Ada yang berjaya dan ada juga yang kecundang. Namun, janganlah sampai kita mengabaikan hubungan adik beradik meskipun sudah berbeza haluan. Kenangkan kembali zaman kanak-kanak kita membesar bersama-sama di bawah bumbung rumah yang sama.

Sebenarnya bila adik beradik bergaduh sebenarnya telah hilang rahmat Allah dalam keluarga tu..sebab tu penting jaga hubungan dengan adik beradik..

Kalau kita tengok ada yg adik beradik kita susah sikit..dan Allah bagi kita rezeki lebih.. Bantulah adik beradik kita..sebaik baik sedekah adalah kepada ahli keluarga yg terdekat..kata nabi saw..

Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di bangi saya x nak tag nama dia.. Nama dia haris… Baru umur 40 lebih.. Tapi kaya raya.. Rumah besar nak mati.. Suka bantu orang.. Banyak bg pendapat dan bantu saya.. Dia kata “Khalil.. Saya dulu agak berkira dengan adik beradik. Walaupun saya kaya..

Tapi bila dah kenal agama sikit2 ni.. Hidup saya berubah banyak.. Saya banyak bantu adik beradik.. Rupa rupanya Allah bagi lagi banyak pada saya bila saya start tak berkira dnegan adik beradik saya.. So khalil kalau ada adik beradik susah bantulah mereka.. Tengok lah Allah bagi rezeki kat u melimpah ruah..”

Terus teringat seorang ustaz kata “salah satu punca hidup kita sempit.. Susah.. Sebab putus hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga..” YaAllah.. Takutnya..

Sedih lihat.. Ada adik beradik yg tak bertegur sapa bertaun taun.. Sebenarnya kalau kita pergi minta maaf ngan adik beradik kita walaupun kita tak salah.. Allah akan tinggikan darjat kita.. Tak hina pun orang yg meminta maaf..

Ustaz saya kata “Kita cepat maafkan orang kat dunia ni Allah mudah maafkan kita di akhirat nanti.. “

Ya Allah.. Jadikanlah kami adik beradik yg akan bersama dalam syurga nanti.. YaAlllah.. Rapatkanlah kami hubungan kami adik beradik.. Rahmatilah kami adik beradik.. YaAllah ampunilah dosa adik beradik kami.. Kalau mereka ada buat salah pada kami..Amiiin

Kredit : Muhamad Rizuan

Sabtu, 29 Julai 2017

LAWRENCE OF ARABIA & KEBODOHAN UMAT YANG MELUPAKAN AL-QURAN.

LAWRENCE OF ARABIA & KEBODOHAN UMAT YANG MELUPAKAN AL-QURAN.

Apabila mengamati sejarah pemberontakan Arab ke atas Uthmaniyyah, pasti akan muncul satu watak yang berperanan besar melobi pemimpin-pemimpin Arab.

⚫ Intelijen British.

Thomas Edward Lawrence (1888-1935) merupakan perisik yang dihantar oleh British untuk menguasai pemimpin-pemimpin Arab. Beliau melakukan tinjauan geografi di tanah Arab seawal 1914 dan merekod pemetaan bagi pihak British.

Lawrence juga menyelami budaya dan kemahiran berbahasa Arab, sebagai kunci mendapatkan akses mendekati pemimpin-pemimpin Arab.

⚫ Misi.

Lawrence menggalas misi British. Menyalakan api pemberontakan Arab melawan Khilafah Uthmaniyyah. Antara kaedah yang diaplikasikan oleh Lawrence adalah:

• Mendekati pemimpin-pemimpin Arab dan berusaha memenangi hati mereka. Lawrence menggambarkan bahawa dirinya jujur membantu Arab keluar dari 'penjajahan' Uthmaniyyah. Sebutkan apa sahaja, Lawrence sedia membantu.

• Membodek pemimpin-pemimpin Arab. Kononnya merekalah yang paling layak mewakili umat, bukan Uthmaniyyah yang berbangsa Turki.

• Menyalakan sentimen kebangsaan yang amat berperanan menjadi asas kepada doktrin nasionalisme Arab.

• Tidak bersikap kontradik dengan nafsu pemimpin-pemimpin Arab yang kebulur kuasa. Lawrence tahu mereka sudah sedia prejudis dengan Uthmaniyyah.

• Maka Lawrence mewiridkan kempen anti Uthmaniyyah. Menyebabkan pemimpin-pemimpin Arab menganggap Lawrence 'sefikrah' dengan mereka. Ketika itu, budaya memaki Uthmaniyyah menjadi 'trend' yang pasti mendapat sambutan ramai.

• Memanipulasi isu korupsi Uthmaniyyah yang sememangnya berlaku. Lalu diolah kefahaman kononnya adalah lebih baik bersekutu dengan British berbanding Uthmaniyyah yang korup itu.

Dari kaedah-kaedah tersebut, pemimpin-pemimpin Arab meletakkan kepercayaan penuh kepada si kafir itu. Lawrence si anak muda British ditatang ibarat anak 'angkut' pemimpin-pemimpin bodoh.

Bagi pemimpin-pemimpin Arab, mereka kononnya telah berjaya mempengaruhi dan mempergunakan Lawrence. Hakikatnya mereka yang menjadi buah catur British.

⚫ Revolusi Agung Arab.

Pemimpin-pemimpin Arab melancarkan Revolusi Agung Arab yang bertemakan semangat nasionalisme Arab. Hasil dari lobi 'nasihat' Lawrence.

Arab bangsa mulia. Apakah wajar Arab duduk di bawah naungan Uthmaniyyah yang berbangsa Turki itu? Uthmaniyyah adalah penjajah, Lawrence adalah orang kepercayaan dan British adalah sekutu yang baik. Itulah doktrin yang ditanam.

Pemberontakan Arab menentang Uthmaniyyah berlangsung dari 1916 hingga 1918, menatijahkan sejarah hitam bagi umat Islam.

⚫ 'Menikmati' Bantuan British.

Arab bergembira dengan tawaran senjata dari British. Mereka gunakan persenjataan British demi memerangi Uthmaniyyah, sedangkan masing-masing seagama Islam. Rela menjadi alat berbunuhan sesama sendiri.

Ketika itu kewarasan telah hilang. Landasan-landasan keretapi Uthmaniyyah diletupkan. Ia sebagai usaha mensabotaj sistem perhubungan Uthmaniyyah.

⚫ Sejarah Hitam.

Dari pemberontakan tersebut, menghasilkan kejayaan British dan Perancis melakar peta baharu bagi wilayah-wilayah peninggalan Uthmaniyyah melalui perjanjian Sykes Picot pada tahun 1916.

Kemudian menatijahkan perjanjian Balfour pada tahun 1917 yang memberi laluan kepada Yahudi dari Eropah untuk mula menetap di Palestin. Maka bermulalah episod penjajahan ke atas al-Quds.

Pada tahun 1924 jatuhlah Uthmaniyyah. British bergembira, Arab yang tidak sedar diri menganggap merekalah yang bakal dinobat sebagai khilafah yang baharu. Malangnya ia hanyalah fantasi.

Misi Lawrence telah selesai. Beliau pulang ke tanah airnya dan mati pada tahun 1935 akibat terlibat dalam kemalangan motorsikal.

⚫ Berwaspada Adalah Hikmah Yang Tercicir.

Apa yang telah terjadi merupakan akibat dari tidak beringat dengan ingatan Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ ۚ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil golongan selain dari kamu sebagai orang kepercayaan. Sedangkan mereka tidak henti-henti berusaha memudaratkan kamu. Mereka amat suka menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut-mulut mereka, dan apa yang tersembunyi di hati-hati mereka lebih jahat. Sesungguhnya Kami telah terangkan kepadamu ayat-ayat Kami. Itu pun jika kamu berfikir" - Ali Imran 118.

Inilah antara cebisan sejarah kebodohan segelintir umat Islam yang mempercayai pihak asing menyebabkan mereka menjadi buah catur musuh. Allah mencabut maruah mereka.

Jika dahulu musuh boleh buat, adalah amat logik mereka mengulanginya hari ini. Bahkan pasti lebih licik. Malangnya kita selalu lalai.

Abdul Mu'izz Muhammad
29 Julai 2017

Khamis, 20 Julai 2017

Jenis isteri

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وعلى آله وصحبه وسلم

4 jenis isteri...

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan. Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora.

p/s : Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia ; sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh at Tirmidzi Rasululllah saw telah bersabda :

" Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya.. di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya.. mereka bukan para nabi atau syuhada'.. para nabi dan syuhada' iri kepada mereka.. ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, " Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana Allah

Isnin, 10 Julai 2017

Boneka Bernyawa

Isteriku Boneka Bernyawa

Seks Suami Isteri

Mengikut Pendapat Ulama
Iman Shafie berpendapat, ada tiga malam dalam seminggu hukumnya sunnat membuat seks (jimak) dengan isteri. Malam-malam itu ialah Jumaat, Isnin dan Khamis.

Tidak menjadi kesalahan melakukan seks setiap malam, tetapi dikhuatiri zakar dan buah pinggang akan menanggung risiko yang berat, terpaksa bekerja setiap hari. Berilah ruang untuk rihat kepada tenaga batin - pendapat Dr Nik

' Nabi berpesan, " Sekiranya kamu merasa akan turunnya mani, janganlah cepat-cepat kamu mencabut zakarmu. Biarkan dahulu sehingga isteri kamu juga turut sama turunnya mani. Ini kerana pada saat itulah terletaknya punca kenikmatan yang amat sangat bagi pasangan suami isteri yang berjimak."

[ Jauhilah ZINA kerana zina itu membawa malapetaka kepada semua manusia. Ia dapat memusnahkan lelaki dan perempuan, Senang mendapat jangkitan gonorrhoea, siflis , herpes atau HIV ]

Seks Yang Sempurna & Memuaskan

Seks aadalah satu-satunya keprluan lelaki yang tidak boleh diperolehi diluar rumah ( berzina ). Setiap lelaki inginkan seorang isteri memberi layanan first class terhadap seks.

Kenapa harus suami 'makan yang haram' diluar, padahal dirumah ada yang halal ?

Seorang kawan saya menjawab:. " Dirumah isteri tidak pandai melayan nafsu seks suami !"

Sambil selamba seorang kawan lagi berkata," Kenapa perempuan Siam lebih pandai melayani nafsu seks lelaki ? dan mereka lebih bagus dan faham kehendak lelaki !"

Pesanan Untuk Isteri

Apakah wanita Melayu tidak pandai ? Atau pun, apakah isteri kita tidak pandai ' buat seks' ?

Semuanya itu adalah alasan semata-mata.

Seandainya perempuan Melayu atau isteri kita dirumah pandai melayani kehendak suaminya, saya rasa kehebatan dan kehangatan wanita Melayu akan tersohol dan mengasyikkan.

Disini saya ingin perurunkan beberapa petua yang harus dibaca dan diamalkan oleh setiap orang yang bergelar - wanita Melayu, Isteri dan Perempuan.....

Dirumah makan malam lebih awal 1 atau 2 jam sebelum setubuh.

No.1:  Siapkan Diri anda sekurang-kurangnya satu jam sebelum hubungan kelamin dengan mandi,berus gigi, cuci mulut dan cuci faraj dan pakai pakaian seksi yang nipis dan menghairahkan serta pakai sedikit bauan halus dan lembut.

No 2: Goda Suami:  Godalah suami anda sebaik mungkin dengan duduk disini suami. Jika suami kelihatan malas, usik dia sehingga menaikkan berahi dengan aksi-aski menarik anda, katakan;' kononnya seperti perempuan siam'. Apa salahnya kan ini suami anda yang sah dan perkara yang anda lakukan ini adalah halal dan sunnat !

No.3: Jangan sekali-kali menanti pelukan suami anda. Anda adalah seorang isteri, seorang wanita yang harus mengoda suami anda. Anda harus memberi semua yang terbaik yang ada pada diri anda untuk suami anda, anda mahu suami sentiasa ingat dan sayangkan anda.

Nah ! lakukan apa saja yang anda fikir dapat mengoda suami anda, lakukan sekarang, jangan biarkan perempuan lain mengodakan suami anda !

Jangan malu, Jangan takut dan jangan Malas. Itu semua adalah nasihat syaitan.

Kalau dia masih duduk di kerusi, anda himpitkan diri anda dekat-dekat dia, usik si ' anu' dia, kalau dia angkat tangan anda ketepi, anda himpitkan dia kuat-kuat, jika dia masih tidak respon, bisikkan pelahan-lahan ditelinganya untuk ke kamar, lihat TV di kamar dan jika dia masih gagal untuk bangun, pelahan-lahan tarikkan tangannya dan letakkan tangannya ke'anu' anda.

Tidak dinafikan ada lelaki liat 'buat seks' dengan isteri namun anda harus bersabar, kerana kadang-kadang 'suami' anda ini sememangnya 'tidak ganas' dan 'dianggap 'suami berjurus' [civic] - bersabarlah...

sila cetak dan berikan kepada suami isteri

Cara Yang sesuai Untuk Jimak Isteri

Setiap kali melakukan hubungan badan dengan suami-isteri beberapa adab harus diikuti;- ( Jangan mengharamkan yang halal dan jangan menghalalkan yang haram )

Pesanan Untuk Kedua-dua Suami Isteri
Sebelum , Sewaktu dan Selepas Jimak

Fakta No.1
- Bersopan santum
- Isteri pakailah pakaian nipis, supaya nampak ghairah.
- Pakailah bau-bauan yang lembut ( jangan pakai minyak atar Mekkah, busok ! Kecuali Malaikat Suboh )
Jika ada, musik yang lembut dan halus memang digalakkan.

Fakta No. 2
Ada hadith menyatakan bahawa Rasullullah SAW sendiri mandi bersama dengan Siti Aisyah ra. Kenapa tidak anda ! Bercumbu-cumbuan sebelum jimak adalah digalakkan.

Fakta No.3
Bila sudah kemuncak, masukkan zakar pelahan-lahan kedalam faraj dan layarilah nikmat yang Tuhan anugerahkan kepada kita dengan baik dan sopan.

Jangan sekali-kali gopoh-gapah dalam melakukan hubungan badan, kerana ini akan menyebabkan cepat terpancutnya air mani atau dikenali sebagai pancutan pramasa.

Kalau anda pelahankan sedikit seni tusukan zakar, maka anda dapati, anda dapat bertahan lebih lama dalam melayari hubungan batin dengan isteri anda dengan baik dan sempurna.

Sekiranya anda terlampau cepat keluar air mani atau pancutan pramasa, maka kita ada ubat untuk mengatasinya. Jangan risau, ikhtiarlah segera, jangan menunggu.

Fakta No4

Sekiranya air mani sudah terpancut, JANGAN sekali-kali biarkan isteri anda terkapai-kapai dan kecewa kerana kebiasaannya orang perempuan memang payah untuk sampai kemuncak syahwat.
Maka romancelah isteri anda sehingga beliau mencapai kepuasan.

Jangan sekali-kali terus tidur selepas jimak. Ini satu cara yang salah !!

Fakta No.5

Tukarlah posisi berjimak, agar anda merasa kenikmatan yang lebih. Kadang-kadang jika anda melakukan posisi yang sama sahaja, kenikmatan seks anda mungkin akan menurun, dan anda tidak menghayati betul-betul sunnah Rasullullah, dimana beliau menyatakan bahawa 'isteri kamu itu diibaratkan sebagai taman, maka gaulilah ia sebaik mungkin'

Fakta ke 6

Gaulilah isteri kamu secara sopan, isteri kamu bukanlah pelacur yang harus dibuat bermacam-macam karenah kamu yang kurang sopan.
Baikilah tingkah laku kamu secara sopan dan lemah lembut.

Sebagai isteri kenalah pandai mainkan watak.. Jangan kaku je.. Suami sukakan belaian & kemesraan dari isterinya.. Jika kita jaga suami elok2 insyaallah tiada istilah suami 'makan luar'.

Ini tidak, teknik yang sama hari-hari.. Nak cium tapi mulut berbau tak ke terbantutnya situasi..

Boleh cakap.. Ala suami saya ok je, tak ada komplain pon.. Pandai-pandai je nak ajar orang.. Jangan macam tu ye kak.. Suami kita patutnya kita lebih tahu & peka kehendak dia.. Tak ada rendah martabat seorang isteri andai dia memulakkannya dulu..

Semoga bermanafaat..

Arrogant

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

*SUDAH BAIK KAH SAYA*

*"sdh Baik kah saya"* walaupun selalu solat 5 waktu serta tepat pada waktunya

*"sdh Baik kah saya"* walaupun telah berhaji & umrah beberapa kali

*"sdh Baik kah saya"* walaupun telah bersedekah setiap hari

*"sdh Baik kah saya"* walaupun sudah pakai jubah, dan menutup aurat dengan sempurna.

*"sdh Baik kah saya"* walaupun setiap malam sholat: Tahajjud, Hajat, Witir,Sholawat dan dzikir

*"sdh Baik kah saya"* walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah.

*"Sdh baik kah saya"*
walaupun setiap saat kita menolong orang lain.

*al-Quran, surah an-Najm ayat 32:*

فلا تُزٓكُّوْا آنْفُسٓكُمْ هُوٓ آعْلٓمُ بِمٓنْ اتّٓقٓى

*_"...........Janganlah kamu menganggap diri kamu suci (orang baik) karena Allah-lah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar bertaqwa_*

Aisyah (ra) ditanya orang *"Siapakah orang yang buruk?" dijawab olehnya "yaitu orang yang merasa dirinya baik". Beliau ditanya lagi "Siapakah orang yang baik?", maka dijawab "yaitu orang yang merasa dirinya buruk"*.

*_JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN._*

Karena kita takkan pernah tahu dimanakah dan bilakah saat *HATI* kita *IKHLAS* melakukan amalan-amalan sholeh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah Swt.

*Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.*

*Mari letakkan diri kita dalam keadaan :*

*_"Aku banyak kekurangan dan kelemahan, semua orang lain lebih baik dari aku karena hati manusia masing-masing hanya diketahui Allah"_*.

*_"Akulah yang paling buruk dikalangan manusia. Aku sedang perbaiki diriku dan mencoba bantu orang lain untuk menjadi lebih baik"_*.

Wujudkan *KEIKHLASAN* hindari *IRI & DENGKI*

Selalu mengharapkan *RIDHO  ALLAH*

Latih diri agar selalu *TAWADHU* jauhkan dari penyakit *UJUB & TAKABBUR*

Selalu perbaiki *_diri serta orang lain dengan kelembutan dan kasih sayang*_

Hanya Allah yang akan terus memberi kita *PETUNJUK* serta *JALAN KEBENARAN*.

*Salam ukhuwwah fillaah*

Isnin, 3 Julai 2017

Tiadan Insurans

Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia!

Adoi.. dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk spital? Tak adil la bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim?

Sebenarnya, ramai yang tak tau. Jadi aku nak bagitau. Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)
.
.
MIB tu apa? Syarikat insurans ke?

Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans.
.
.
MIB dapat duit dari mana?

MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib carum ke dalam MIB.
.
.
Oo begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye?
.
Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:

1. Claim MIB boleh buat sendiri atau melalui peguam
2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plet kenderaan yang melanggar
3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian
4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.
6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri
.
.
Ok jelas? Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:

1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
2. Repot polis
3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada)
4. Laporan perubatan
.
.
Hantar dokumen diatas ke:

Motor Insurers' Bureau of West Malaysia
Wisma Piam
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910          

Aurat

13 Aurat Wanita yang perlu tahu

1. Bulu kening;
Menurut Imam Al-Bukhari, Rasullullah Saw melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan.
**Petikan dari Hadis Riwayat Imam Abu Daud, Fi Fathil Bari.

2. Kaki;
Memakai gelang berloceng – Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
-Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian;
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang.
-Petikan dari Hadis Riwayat Imam An-Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada;
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
– Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi;
Rasullulah Saw melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
--Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani

6.Muka dan leher:
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan tangan;
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis.
Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.
--Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan;
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
–Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata;
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya
–Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad Saw: Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
--Petikan dari Hadis Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara);
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.
–Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda Rasulullah Saw: Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
–Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan;
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
–Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.
–Hadis Riwayat Riwayat Imam Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
–Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian;
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
–Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud: Hai NABI-NABI katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.
–Petikan dari Hadis Riwayat Imam Al Bukhari dan Muslim.
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut;
Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
–Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post