Khamis, 31 Disember 2009

Gerhana Pada awal tahun baru 2010


Pada awal pagi 1 Jan 2010 ini, Bulan akan mengalami proses gerhana sekali lagi. Kali ini ia merupakan gerhana bulan separa. Kemuncaknya akan berlaku pada jam 3.24 pagi waktu Malaysia.

Sebanyak 8 peratus daripada Bulan sahaja akan berada di dalam bayang-bayang umbra. Namun, ia cukup menarik untuk dicerap kerana Bulan penuh akan kelihatan sompek sedikit di awal-awal pagi tahun baru masehi.

Menarik kali ini ia berlaku ketika fenomena di panggil "Blue Moon". Untuk "Blue Moon" berlaku amat jarang, iaitu setiap lebih kurang 2.5 tahuhn. Untuk ia berlaku pada awal tahun baru masehi lagi jarang, iaitu setiap 19 tahun. Dan mengikut maklumat dari NASA, untuk 1000 tahun akan datang, kombinasi Blue Moon dan Gerhana Bulan akan berlaku hanya 11 kali sahaja, atau sekali dalam setiap 19 tahun!


Sumber :http://shadowandsubstance.com



Selamat Tahun Baru 2010


Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh


Selamat Menyambut Tahun Baru 2010.


Semoga tahun baru ni membawa kebahagiaan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya buat diri Anda dan keluarga Anda. Moga tahun 2010 membuahkan bermacam rupa kejayaan-kejayaan dalam hidup Anda, kejayaan-kejayaan kecil atau kejayaan besar. Moga tahun 2010 ni kita berjaya merubah diri kita ke tahap yang lebih baik, moga kita berjaya membina peribadi yang lebih baik dari yang sebelumnya.


Terima kasih yang tak terhingga kerana kunjungan anda di Blog ini walau sekadar beberapa minit untuk membaca artikel-artikel yang ada kat sini.


Ketahuilah bahawa sudah dah lama saya menganggap Anda lebih dari sekadar seorang pembaca. Andalah kawan saya, Andalah sahabat saya. Jika Anda seorang gadis bujang yang masih belum berkahwin, Andalah kekasih hati saya. Semoga blog ini kekal dihati anda.




Selasa, 29 Disember 2009

Persahabatan


Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.

Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”. Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan. Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita; Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan. Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu. Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu. Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu? Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu! Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu. Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan. . Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

Cucumbers to the rescue


This information was in The New York Times several weeks ago as part of their "Spotlight on the Home" series that highlighted creative and fanciful ways to solve common problems.


1 Cucumbers contain most of the vitamins you need every day, just one cucumber contains. Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Vitamin B5, Vitamin B6, Folic Acid, Vitamin C, Calcium, Iron, Magnesium, Phosphorus, Potassium and Zinc.

2. Feeling tired in the afternoon, put down the caffeinated soda and pick up a cucumber.

Cucumbers are a good source of B Vitamins and Carbohydrates that can provide that quick pick-me-up that can last for hours.

3. Tired of your bathroom mirror fogging up after a shower?

Try rubbing a cucumber slice along the mirror, it will eliminate the fog and provide a soothing, spa-like fragrance.

4. Are grubs and slugs ruining your planting beds?

Place a few slices in a small pie tin and your garden will be free of pests all season long.

The chemicals in the cucumber react with the aluminum to give off a scent undetectable to humans but drive garden pests crazy and make them flee the area.

5. Looking for a fast and easy way to remove cellulite before going out or to the pool?

Try rubbing a slice or two of cucumbers along your problem area for a few minutes, the phytochemicals in the cucumber cause the collagen in your skin to tighten, firming up the outer layer and reducing the visibility of cellulite. Works great on wrinkles too!!!

6.. Want to avoid a hangover or terrible headache?

Eat a few cucumber slices before going to bed and wake up refreshed and headache free.

Cucumbers contain enough sugar, B vitamins and electrolytes to replenish essential nutrients the body lost, keeping everything in equilibrium, avoiding both a hangover and headache!!

7.. Looking to fight off that afternoon or evening snacking binge?

Cucumbers have been used for centuries and often used by European trappers, traders and explores for quick meals to thwart off starvation.

8. Have an important meeting or job interview and you realize that you don't have enough time to polish your shoes?

Rub a freshly cut cucumber over the shoe, its chemicals will provide a quick and durable shine that not only looks great but also repels water.

9. Out of WD 40 and need to fix a squeaky hinge?

Take a cucumber slice and rub it along the problematic hinge, and voila, the squeak is gone!

10. Stressed out and don't have time for massage, facial or visit to the spa?

Cut up an entire cucumber and place it in a boiling pot of water, the chemicals and nutrients from the cucumber with react with the boiling water and be released in the steam, creating a soothing, relaxing aroma that has been shown the reduce stress in new mothers and college students during final exams.

11. Just finish a business lunch and realize you don't have gum or mints?

Take a slice of cucumber and press it to the roof of your mouth with your tongue for 30 seconds to eliminate bad breath, the phytochemcials will kill the bacteria in your mouth responsible for causing bad breath.

12. Looking for a 'green' way to clean your faucets, sinks or stainless steel?

Take a slice of cucumber and rub it on the surface you want to clean, not only will it remove years of tarnish and bring back the shine, but is won't leave streaks and won't harm you fingers or fingernails while you clean.

13. Using a pen and made a mistake?

Take the outside of the cucumber and slowly use it to erase the pen writing, also works great on crayons and markers that the kids have used to decorate the walls!!

Pass this along to everybody you know who is looking for better and safer ways to solve life's everyday problems....

Sabtu, 26 Disember 2009

Bas Terbabas 10 maut


Dec 26. 09 09:44am
Bas Ekspress dua tingkat terbabas menyebabkan 10 orang maut sementara 2 orang cedera dan 1 daripadanya cedera parah. Bas Ekspress Sani terbabas dan melanggar pembahagi jalan di km 272.8 Lebuhraya PLUS arah Utara kira - kira 8 KM dari Plaza Tol Ipoh Selatan awal pagi tadi..

Jumaat, 25 Disember 2009

Bonus...




Mendapat bonus tahunan ?....

Berikut adalah cadangan untuk anda memperhabiskan dan mempergunakan duit bonus tersebut:

1. Bagi mereka yang sudah sekian lama mengamalkan konsep pay yourself, masukkan je la duit bonus tu dalam akaun yang sama.

2. Bagi mereka yang masih tidak dapat simpan 30% dari keseluruhan pendapatan bulanan, maka cuba selesaikan apa-apa yang patut dengan duit bonus tersebut, khususnya hutang yang berkaitan kad kredit.

3. Sekiranya anda sudah membuat 2 perkara di atas, dan duit bonus masih banyak berbaki, la… itu pun nak saya bagitahu ke? Saya fikir isteri / suami dan anak-anak anda lebih mahir bab tersebut. Hehehe…

Apricot


Apricot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet.

Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu.

Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah diperkenalkan di eropah semasa zaman Alexander The Great.

Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gula nya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak.Apricot merupakan buah yang berbij dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.

Di China ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur.Apricot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh….masih banyak lagi khasiat dari buah aprikot…

Kebanyakan orang mengambil vitamin B-17 untuk tujuan pemulihan. Namun yang terbaik adalah mengambil vitamin B-17 sebagai pemakanan makanan tambahan dengan mengabungkan elemen-elemen lain bagi melengkapkan penjagaan kesihatan dan kehidupan seharian.

Kelebihan Vitamin B-17
· Merawat & membunuh kanser
· Merawat penyakit kencing manis
· Merawat penyakit jantung
· Merawat penyakit gout
· Anti penuaan
· Mengurangkan risiko penyakit Parkinson & Asma
· Mengurangkan berat badan
· Melancarkan sistem penghadaman
· Melancarkan sistem peredaran darah
· Seimbangkan kandungan gula dalam darah
· Menurunkan kolesterol dalam darah

SUMBER:WORLD WITHOUT CANCER


12 skin creams banned for health danger

2009/12/10
By Annie Freeda Cruez
KUALA LUMPUR: The National Pharmaceutical Control Bureau (NPCB) has banned 12 cosmetic products that contain ingredients, including scheduled poisons, that are dangerous to health.
The products are Felisa Gentle Peeling Solution, Krim Malam Rahsia Rimba, Biocosmet Whitening Essence Cream, H2O + Waterwhite Brightening Night Cream, Magixpress Lightening Plus, A.Vant Cream, Eriesya Spa Beauty Cream, Natasya Krim Herba, Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya, Ratna Sari Whitening Night Cream, Atika Beauty Renewal Night Cream and Chantique Whitening Night Cream.

The bereau cancelled the registration of the products over the past 11 months because they contained the prohibited ingredients tretinoin (retinoic acid) and hydroquinone.

NPCB no longer allows the import, manufacture, distribution and sale of these products, and must be removed from the shelves.

Tretinoin, used to control acne, decongests the pores by peeling the superficial skin layer. The problem is that the acne would get worse before it gets better, and side effects include scaling of the skin, stinging, swelling or flushing.

In 2006, the US Food and Drug Administration recommended that products with hydroquinone be sold only under prescription because it was a possible carcinogen and for a possible link found in studies in Africa to a skin disorder called ochronosis.

Last year, NPCB banned six cosmetic products for similar reasons -- Khazanah White Pembersih Wajah, Gloskin Krim Malam & Siang, Reena's Astringen Lanjutan, Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk, EETYE Whitening Cream and O'Lynn Skin Lightening Cream.

Ahad, 20 Disember 2009

Sabar Setiap Dugaan

Sudah menjadi lumrah bahawa manusia akan didatangkan dengan pelbagai ujian. Ujian yang mendatang di dalam pelbagai bentuk, tetapi yang pasti tatkala ujian itu datang menjengah, pastinya kita akan mengeluh, merengek atau resah. Namun, di situlah akan tampak setinggi mana iman kita. Allah menurunkan cubaan kepadamu, agar Dia dapat menguji iman kita, kita engkau akan bersabar ataukah kita akan marah, dan adakah kita redha terhadap takdir Allah?

Firman-Nya di dalam Al-Quran Al- Karim tentang tuntutan sabar...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kapal-kapal (yang berlayar) di laut seperti gunung-gunung. Jikalau Dia mengkehendaki, Dia akan menenangkan angin, maka jadilah kapal-kapal itu terhenti di permukaan laut. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya) bagi setiap orang yang bersabar dan banyak bersyukur." (Asy-Syura: 32-33)

Allah SWT amat menyanjungi orang-orang yang sabar di dalam menghadapi dugaan...

"Dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imannya), dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa." (Al-Baqarah: 177)

Dan Allah SWT juga amat mencintai orang-orang yang sabar...

"Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." (Ali Imran: 146)

Allah memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan balasan yang lebih baik daripada amalnya dan melipatgandakannya tanpa terhitung...

"Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan." (An-Nahl: 96)

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas". (Az-Zumar: 10)

Bahkan, keuntungan pada hari kiamat dan keselamatan dari neraka akan menjadi milik orang-orang yang sabar...

"Sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu, (sambil mengucapkan) : "Salamun 'alaikum bima shabartum." Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu." (Ar-Ra'd: 23-24)

Benar. Semua ini merupakan balasan bagi orang-orang yang sabar di dalam menghadapi cubaan.

Berikut pula adalah sabda Baginda Rasulullah SAW mengenai sabar...

"Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Apabila mendapat kelapangan, maka dia bersyukur dan itu kebaikan baginya. Dan bila ditimpa kesempitan, maka dia bersabar, dan itu kebaikan baginya." (Riwayat Muslim)

Dari Sa'id bin Abi Waqqash RA , dia berkata: "Aku pernah bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling keras cubaannya?" Beliau menjawab: "Para nabi, kemudian orang pilihan dan orang pilihan lagi. Maka seseorang akan diuji menurut agamanya. Apabila agamanya merupakan (agama) yang kuat, maka cubaannya juga berat. Dan, apabila di dalam agamanya ada kelemahan, maka dia akan diuji menurut agamanya. Tidaklah cubaan menyusahkan seorang hamba sehingga ia meninggalkannya berjalan di atas bumi dan tidak ada satu kesalahan pun pada dirinya." (Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ad-Darimy dan Ahmad)

"Cubaan tetap akan menimpa ke atas diri orang mukmin dan mukminah, anak dan juga hartanya, sehingga dia bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahan pun." (Isnadnya Hasan Sahih, ditakhrij At-Tirmidzi, Ahmad dan Al-Hakim)

"Tidaklah seorang Mukmin ditimpa sakit, letih, demam, sedih hingga kekhuatiran yang mengusiknya, melainkan Allah mengampuni kesalahan-kesalahan nya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Di dalam sebuah hadith qudsi...

"Sesungguhnya Allah berfirman: "Apabila Aku menguji hamba-Ku (dengan kebutaan) pada kedua matanya lalu dia bersabar, maka Aku akan menggantikan kedua matanya itu dengan Syurga." (Riwayat Bukhari)

Menurut Al-Hafidz di dalam Al-Fath, yang dimaksudkan dengan habibatain adalah dua hal yang dicintai. Sebab itu kedua mata merupakan anggota badan manusia yang paling dicintai. Sebab dengan tidak adanya kedua mata, penglihatannya menjadi hilang, sehingga dia tidak dapat melihat kebaikan sehingga membuatnya senang, dan tidak dapat melihat keburukan sehingga dia dapat menghindarinya.

Al-Fudhail bin Iyadh pernah mendengar seseorang mengadukan cubaan yang menimpanya. Maka dia berkata kepadanya. "Bagaimana mungkin engkau mengadukan yang merahmatimu kepada orang yang tidak memberikan rahmat kepadamu?"

Sebahagian ulama' Salaf yang soleh berkata: "Barangsiapa yang mengadukan musibah yang menimpanya, seakan-akan dia mengadukan Rabb-nya."

Tetapi pengaduan di atas merupakan gambaran penyesalan dan penderitaan kerana mendapat cubaan dari Allah, yang dilontarkan kepada orang yang tidak mampu mengubati, seperti kepada teman atau tetangga.

Abu-Darda' RA berkata: "Apabila Allah telah menetapkan suatu takdir, maka yang paling dicintai-Nya adalah meredhai takdir-Nya."

Perbaharuilah imanmu dengan lafaz la ilaha illallah dan carilah pahala di sisi Allah kerana cubaan yang menimpa kita. Sesungguhnya tidak ada taufik kecuali dari sisi Allah SWT.







"Cukuplah bagiku Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar".

(Surah At Taubah : 129)

Khamis, 17 Disember 2009

Contoh dunia.

Kisah Isa a.s

Ada seorang lelaki datang kepada Nabi Isa as dan ingin bersahabat dengannya. Nabi Isa menerima permintaan lelaki itu.
Satu hari mereka berjalan di tepi sungai dan makan tiga potong roti. Nabi Isa sepotong, sepotong untuk orang itu manakala sepotong lagi disimpan.Nabi Isa kemudian pergi ke sungai untuk minum dan apabila kembali semula roti yang sepotong itu tidak ada. Lalu Nabi Isa bertanya sahabatnya: “Siapa mengambil sepotong roti itu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak tahu.”

Maka berjalanlah kedua-duanya. Tiba-tiba mereka melihat rusa dengan dua anaknya, maka ditangkap satu daripada anak rusa itu lalu disembelih dan dibakar. Kemudian dimakan berdua. Lalu Nabi Isa menyuruh anak rusa yang dimakan itu supaya hidup kembali, maka hiduplah ia dengan izin Allah.
Kemudian Nabi Isa bertanya: “Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti kekuasaan-Nya itu, siapakah yang mengambil sepotong roti itu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak tahu.”

Kemudian, kedua-duanya meneruskan perjalanan hingga sampai ke tepi sungai, lalu Nabi Isa memegang tangan sahabatnya dan mengajaknya berjalan hingga sampai ke seberang, lalu ditanya sahabat itu sekali lagi: “Demi Allah, yang memperlihatkan kepadamu bukti ini, siapakah yang mengambil sepotong roti itu?” Lelaki itu menjawab: “Aku tidak tahu.”

Kemudian berjalanlah mereka ketika di hutan. Mereka duduk-duduk dan Nabi Isa mengambil tanah serta kerikil lalu diperintahkan: “Jadilah emas dengan izin Allah.” Maka dengan tiba-tiba tanah dan kerikil itu berubah menjadi emas, lalu dibahagi tiga bahagian.
Nabi Isa berkata: “Untukku sepertiga, dan kamu sepertiga, sedang sepertiga ini untuk orang yang mengambil roti.” Serentak sahabat itu menjawab: “Akulah yang mengambil roti itu.”

Nabi Isa berkata: “Maka ambillah semua bahagian ini untukmu.” Lalu kedua-duanya berpisah. Kemudian orang itu didatangi dua orang yang mahu merompak harta itu dan membunuhnya.

Begitupun, lelaki itu membuat tawaran berkongsi emas dimilikinya. Perompak terbabit setuju, lalu menyuruh seorang pergi ke pasar berbelanja makanan.
Maka timbul perasaan orang yang berbelanja itu, dan berkata dalam hatinya:
“Untuk apa kita membahagi wang dan harta ini. Lebih baik makanan ini saya bubuh racun saja, biar kedua-duanya mati, dan saya ambil semua harta itu.”
Lalu dibubuhnya racun dalam makanan itu. Sementara orang yang tinggal itu berkata: “Untuk apa kita membahagikan harta ini, lebih baik jika dia datang, kita bunuh saja, lalu harta itu kita bagi dua.”

Ketika datang orang yang berbelanja itu, dia segera dibunuh oleh kedua-duanya, lalu hartanya dibahagi dua. Kemudian mereka makan makanan yang dibubuh racun itu, matilah kedua-duanya, dan tinggallah harta itu di hutan.

Kemudian ketika Nabi Isa berjalan di hutan dan melihat hal itu, berkata Nabi Isa kepada sahabatnya: “Inilah contohnya dunia, maka berhati-hatilah kamu.”

Selasa, 15 Disember 2009

Bangun Pagi


Tips2 yang berguna diambil dari buku motivasi

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi. Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi. Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah. Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ¡cas betri¢ saja.
Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna Cerah Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

KEISTIMEWAAN WANITA


Oleh Imam Al-Ghazalli

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendakla h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.



Khamis, 10 Disember 2009

Krisis Dubai


Dubai World milik kerajaan, konglomerat pembangunan, memohon penangguhan enam bulan daripada membayar hutang hampir AS$60 bilion.

Krisis itu menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan kegagalan syarikat terbabit, yang terlibat dalam projek di seluruh dunia. Perkembangan itu mengejutkan sektor kewangan yang sememangnya lemah.

Laporan EFG Hermes yang mendakwa Dubai, Emiriyah Arab Bersatu yang kini dilanda krisis kewangan dianggarkan memiliki hutang sebanyak AS$150 bilion (RM508.5 bilion), termasuk pinjaman-pinjaman dua hala.

Menurut laporan itu lagi, jumlah hutang Dubai dianggarkan sebanyak AS$84.2 bilion hanya membabitkan pasaran modal hutang seperti bon, sukuk dan pinjaman bagi syarikat-syarikat Dubai Inc.

Setakat ini, tiada sesiapa tahu tentang kemampuan syarikat-syarikat dari Dubai membayar hutang masing-masing.

Jelasnya, kerajaan Dubai juga tidak dapat menjamin syarikat-syarikat berkenaan mampu berbuat demikian.


Para penganalisis menyatakan krisis Dubai World merupakan satu gejala yang kurang menyenangkan.

Dubai tidak mempunyai sumber minyak.

Namun pada masa lalu, ia menjadi bandar pesat membangun, meningkatkan hutang ekoran pembinaan pulau buatan, pusat beli-belah yang dilengkapi kemudahan ski dan menara tertinggi dunia.

Harga hartanah di bandar gurun itu juga menjunam sebanyak 50 peratus akibat krisis tersebut.

Sabtu, 5 Disember 2009

Hujan Pembawa Rahmat


Sekarang merupakan musim tengkujuh,yang membawa hujan lebat dibumi Malaysia yang bertuah ini. Baik di bahagian utara, selatan, timur mahupun centre, hampir semua negeri dan kawasan pastinya mengalami hujan, tidak kira pagi, petang, siang mahupun malam. Bahkan ada juga kawasan pantai timur yang dilanda banjir disebabkan hujan yang tidak berhenti2 sepanjang hari, malah berhari2 lamanya.

Dan pastinya kita akan terdengar bebelan orang (mungkin tanpa sedar kita sendiri juga ada membebel) merungut dan mengeluh, hanya kerana hujan. Seringkali terdengar ungkapan “cuaca buruk je akhir-akhir ni ye…”. Persoalannya di sini,kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramaikah di kalangan kita yang merungut dan mengeluh apabila hujan turun?

“Ish, tak keringlah baju yang dibasuh kalau asyik hujan je…”
“Alahai… hujan lagi… hmm…”
“Tiap-tiap hari hujan… susahla macam ni…”
“Payahlah nak buat apa2 kalau hujan…”
“Hmm… hujan tak henti2.. tak boleh balik lagi la jawabnye…”


Saya yakin, pastinya kita (saya akui, termasuklah diri ini) ada melafazkan kata-kata rungutan serta keluhan seperti contoh2 di atas,kan? Itu normal. Kita manusia, insan yang hina, yang seringkali lupa dan alpa dengan segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita. Pada kita, hujan merupakan satu masalah buat diri kita.

Cuba kita renungkan kembali... Tidakkah kita terfikir, bahawa hakikatnya hujan itu adalah rahmat? Cuba kita perhatikan firman Allah dalam surah Al-A’raaf, ayat 57, mafhumnya:

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)" (Al-A'raaf, 7: 57)


MUSTAJABNYA DOA TATKALA HUJAN

Sedarilah, apabila hujan turun, hakikatnya terlalu banyak rahmat yang Allah limpahkan buat manusia sekalian alam. Justeru itu juga, kita amatlah digalakkan untuk berdoa kepada Allah saat turunnya hujan kerana ianya adalah waktu mustajabnya doa seseorang.

Nabi SAW bersabda (maksudnya): "Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, sewaktu mendirikan solat, dan ketika hujan turun." (HR Abu Dawud)

Sekarang ni, di tempat kita, hampir setiap hari hujan. Bererti, tiap-tiap hari, pastinya ada masa untuk doa kita menjadi mustajab. Jadikenapa kita lepaskan peluang keemasan ini dengan rungutan dan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan air yang tertumpah (hujan yang lebat)" (al-Qamar, 54: 11)


HUJAN TURUN MENGIKUT SUKATAN

Harus diingatkan juga, rahmat yang datang bersama turunnya hujan, tidak hadir begitu sahaja. Bahkan ketahuilah sesungguhnya turunnya hujan itu juga adalah mengikut sukatan yang tertentu.

"Dan Kami turunkan air dari langit menurut kadar sukatannya, lalu Kami tempatkan air itu di bumi; dan sesungguhnya Kami berkuasa melenyapkannya." (Al-Mu’minun, 23: 18)

Mungkin sebelum ni kita tidak tahu atau terlupa. Baru hari ini kita tahu, sedar, dan teringat bahawa Allah SWT turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, dan ada juga sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah. WALLAHU A3LAM…

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami beri kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr, 15: 22)

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi, dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Hud, 11: 123)


KESIMPULANNYA…

Jadi kesimpulannya di sini, marilah sama-sama kita perbaiki kesilapan diri kita… hentikanlah tabiat merungut dan mengeluh saat turunnya hujan. Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa? Maka perbanyakkanlah berdoa ketika hujan turun, mudah-mudahan doa kita menjadi mustajab dan diterima Allah ^_^

Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post