Rabu, 25 Ogos 2010

DICINTAI DAN MENYINTAI

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu. Kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.

Amat mudah untuk kita membuka pintu hati kepada seseorang tetapi teramat sukar untuk kita menutup kembali pintu hati kita kepadanya selepas itu.Betapa indahnya apabila kita mencinta seseorang walaupun dia tidak membalas kembali cinta kita. Tetapi betapa bencinya hati apabila seseorang begitu mencintai kita tetapi kita tidak menyukainya walau sebesar zarah pun. Fikirlah perasaanya sama seperti perasaan kita.. ingin mencintai walaupun tidak dicintai. Hormatilah perasaannya tetapi usahlah memberikan harapan.

Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.

Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.

Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama .. tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti.. Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian....

Khamis, 19 Ogos 2010

Nukilan jiwa


Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.


Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka


Rabu, 18 Ogos 2010

Lynas


Lynas Corp Ltd merupakan syarikat asing yang melaburkan RM1 billion bagi membina prasarana serta kemudahan untuk memproses lathanides (nama saintifik bagi rare earth) di 72, Jalan Gebeng 1/24, Bandar Industri Gebeng Jaya, Kuantan 26080 Pahang. Kawasan seluas 101.25 hektar di Kawasan Perindustrian Gebeng di peringkat permulaan, di mana operasinya dijangka bermula September 2009.

Pembangunan kilang itu dihentikan ketika krisis kewangan global. Syarikat kini mempunyai pelabur baru, China Non-ferrous Metals Co, Serta mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom telah diperoleh.


Taburan DOS Kawasan LYNAS sebelum operasi bermula


Pemprosesan ‘rare earth’ menghasilkan sisa radioaktif dan sisa radioaktif ini amat berbahaya bukan sahaja kepada manusia tetapi seluruh ekosistem. Tragedi yang menimpa penduduk-penduduk di Bukit Merah, Perak sekitar tahun 1982-87 Ramai yang telah meninggal dunia akibat pendedahan kepada sisa-sisa radioaktif – leukemia, kanser, kelahiran bayi cacat dan sebagain

Sebuah syarikat Australia kini membina kilang memproses ‘rare earth’ di Kawasan Perindustrian Gebeng yang terletak di Kuantan, Pahang. Pemprosesan ‘rare earth’ ini jika tidak diuruskan dengan baik dikhuatiri akan mencemari sumber air dan seterusnya mengakibatkan kejadian seperti di Bukit Merah, Perak. Kesan jangkamasa panjang yang akan diakibatkan amatlah ketara kerana sisa radioaktif tidak mudah reput.

Berikut adalah kronologi penetangan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Ipoh sehingga penutupannya pada 19 Januari, 1994. 1979

November: Syarikat Asian Rare Earth (ARE) dibentuk untuk mengekstrak itrium ( sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit. Pemegang saham utamanya ialah Mitsubishi Chemical Industries Ltd (35%), Beh Minerals (35%), Lembaga Urusan dan Tabung Haji (20%) dan beberapa peniaga bumiputera (10%). Pihak ARE telah mendapatkan pandangan dari Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr. Ismail (Puspati), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar mengenai sisa buangan radioaktif yang dihasilkan melalui pemerosesan monazit. Adalah diputuskan, sisa buangan itu yang menjadi milik kerajaan Negeri Perak akan disimpan kerana berpotensi sebagai sumber tenaga nuklear.

1982

Jun: Penduduk Parit, Perak mendapat tahu kerajaan telah memilih kawasan seluas sembilan ekar, kira-kira 6 km dari penempatan mereka untuk dijadikan tapak penimbunan sisa radioaktif syarikat ARE.

30 Jun: Ekoran bantahan hebat daripada jawatankuasa penduduk serta lain-lain pertubuhan politik dan sosial, kerajaan membatalkan cadangan itu dan kemudian mula mencari tapak baru.

11 Julai: Kilang ARE mula beroperasi di KM 7.2, Jalan Lahat di Bukit Merah.

1983

November: Penduduk Papan (kira-kira 16 km dari Ipoh) mendapat tahu ARE sedang mengorek lubang berhampiran tempat kediaman mereka untuk dijadikan tapak buangan sisa radioaktif. Tapak itu merupakan pilihan kerajaan

1984

24 Mei: Kira-kira 6,700 penduduk Papan dan pekan-pekan yang berhampiran menandatangani satu surat bantahan dan menghantarnya kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Perak, Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

31 Mei: Seramai 200 penduduk Papan membantah tapak pembuangan yang dicadangkan. Mereka menyekat jalan yang menuju ke tapak itu.

5 Jun: Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatannya dan menegaskan pembinaan tapak buangan radioaktif di Papan akan diteruskan.

18 Jun: Kira-kira 300 penduduk Papan sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan sebagai membantah tapak buangan yang dicadangkan.

28 Jun: Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Amar Stephen Yong berkata, tapak buangan Papan adalah selamat kerana dibina mengikut piawaian yang ketat. Beliau mencabar pengkritik supaya membuktikan tapak itu boleh mengancam kesihatan dan alam sekitar. Sementara itu, ARE meneruskan operasinya dengan menimbun sisa torium di sebuah kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang itu.

1 Julai: Kira-kira 3,000 penduduk termasuk wanita dan kanak-kanak mengadakan tunjuk perasaan secara aman sebagai membantah tapak buangan tersebut.

4 Julai: Seramai 2,000 orang penduduk terus mengadakan tunjuk perasaan meskipun Ketua Polis Perak memberi arahan supaya bersurai.

18 Julai: Pembentukan Jawatankuasa Bertindak Bukit Merah, terdiri daripada penduduk Bukit Merah, Lahat, Menglembu dan Taman Badri Shah, sebagai tanda sokongan kepada penduduk Papan. Sahabat Alam Malaysia (SAM) menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri memaklumkan paras radiasi yang tinggi telah dikesan dikawasan kolam terbuka berhampiran kilang ARE di Bukit Merah. Satu bacaan yang dicatat oleh pegawai-pegawai SAM sewaktu berkunjung ke situ ialah 43,800 milirem/tahun. Paras ini melebihi 88 kali paras maksimum yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa bagi Perlindungan Radiologi (ICRP) untuk orang ramai.

29 Ogos: Michael O ‘Riordan dari Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British dijemput oleh kerajaan untuk memeriksa tapak buangan toksik di Papan.

19 September: Sekumpulan tiga orang dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengunjugi tapak buangan di Papan atas jemputan kerajaan Malaysia. Mereka mengisytiharkan tapak buangan itu tidak selamat.


5 Oktober: Dr William Cannell, seorang ahli fizik dan penganalisis kesihatan menerima jemputan penduduk Papan untuk melawat tapak buangan tersebut. Hasil pemerhatian beliau mendapati kerja-kerja kejuruteraan yang dijalankan oleh syarikat terbabit sangat buruk.

21 Oktober: Seorang pakar dari Amerika dan bekas ahli jawatankuasa Akademi Sains Kebangsaan Amerika bagi kesan-kesan Biologi Radiasi Mengion (BEIR), Dr Edward Radford, atas jemputan penduduk Papan, membuat tinjauan di tapak buangan sisa itu. Beliau dapati tapak itu tidak sesuai sementara lubang-lubang yang digali mempunyai dinding yang nipis atau sudah merekah.

7 November: Seorang pakar buangan sisa industri dari Jepun, Dr. Jun Ui, menerima jemputan penduduk Papan untuk memeriksa tapak buangan ARE. Beliau juga mendapati tapak itu tidak sesuai dijadikan kawasan penimbunan sisa berbahaya.

28 November: Kabinet membincangkan laporan-laporan yang diserahkan oleh dua badan kawalan. Laporan yang dikemukan oleh Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British (NRPB) berkata, penduduk hanya akan selamat jika faktor-faktor tertentu diberi perhatian oleh kerajaan Perak dan syarikat ARE. Laporan kedua oleh IAEA pula berkata, lubang-lubang yang dibina tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

9 Disember: Lebih 1,500 penduduk di Papan mengadakan mogok lapar selama sehari sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meneruskan rancangan menempatkan tapak buangan sisa di Papan. Penduduk Bukit Merah membawa masuk seorang pakar radiasi dan genetik dari Jepun, Profesor Sadao Ichikawa untuk mengukur paras radiasi di kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang ARE. Beliau dapati paras radiasi di situ terlalu tinggi malah paras tertinggi yang dicatatkan melebihi 800 kali paras yang dibenarkan.

12 Disember: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Musa Hitam menunjukkan minat secara peribadi terhadap perkembangan isu Papan ini. Beliau mengunjungi tapak buangan tersebut.

1985

11 Januari: Selepas mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Musa Hitam, kerajaan mengambil keputusan memindahkan tapak buangan sisa ke Mukim Belanja di Banjaran Kledang yang terletak kira-kira 5 km dari Papan dan 3 km dari Menglembu.

1 Februari: Lapan orang penduduk, bagi pihak diri mereka sendiri dan penduduk Bukit Merah membuat satu permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh menahan ARE daripada mengeluar, menyimpan atau menimbun sisa radioaktif di sekitar kampung tersebut.
Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dikuatkuasakan. Ia memastikan pengendali bahagian pemasangan nuklear (termasuk kerajaan) bertanggungjawab terhadap ancaman nuklear. Lima ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dibentuk di bawah Akta itu, dengan perwakilan dari Puspati, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

14 Oktober: Hakim Anuar Datuk Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan kepada penduduk Bukit Merah perintah menahan dan menghentikan ARE daripada mengeluar dan menimbun bahan sisa radioaktif sehingga langkah-langkah keselamatan yang secukupnya diambil. Lebih daripada 1,500 penduduk Bukit Merah hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu.

1986

22 September: ARE mendakwa ia telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk meningkatkan langkah-langkah keselamatan (sepertimana yang dikehendaki oleh perintah mahkamah), diikuti oleh piawaian IAEA. Ia menjemput pakar tenaga atom dari Amerika, Dr E.E. Fowler (Bekas kakitangan IAEA) untuk mengunjungi kilang berkenaan. Menurut beliau, paras radiasi berhampiran kawasan pembuangan yang disediakan oleh ARE memenuhi piawaian ICRP dan beliau dapati kilang itu selamat untuk beroperasi.

5 Oktober: Kira-kira 3,000 penduduk Bukit Merah dan kawasan sekitarnya mengadakan tunjuk perasaan terhadap rancangan ARE untuk menimbun sisa radioaktif di tapak kekalnya di Banjaran Kledang.

28 Oktober: Profesor Sadao Ichikawa dalam kunjungan kali keduanya ke Bukit Merah mendapati paras radiasi di sekitar kilang ARE masih melebihi paras yang dibenarkan. Beliau dilarang masuk ke dalam kilang itu.

16 November: Sekumpulan penyiasat dari AELB memeriksa beberapa buah tapak buangan sisa torium yang dilonggokkan secara haram di Bukit Merah. Mereka dibantu oleh bekas kontraktor ARE, Ng Toong Foo yang pernah membuang sisa di situ. Bacaan di salah sebuah tapak ialah 0.05 – 0.10 milirem/jam (iaitu 438 - 876 milirem/tahun) melebihi paras keselamatan maksimum 0.057 milirem/jam yang ditetapkan oleh ICRP.

26 November: Perwakilan dari tujuh kawasan (Bukit Merah, Lahat, Taman Badri Shah, Menglembu, Papan, Falim dan Guntong) membentuk sebuah jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC).

8 Disember: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Encik Kasitah Gadam berkata hasil pemeriksaan AELB di dua tapak buangan haram Bukit Merah mendapati paras radiasi di situ adalah selamat. Menurutnya, sungguhpun AELB mendapati paras radiasi di situ melebihi paras normal, ini tidak membahayakan kerana tapak-tapak itu sangat sedikit bilangannya.

1987


6 Februari: Tanpa mempedulikan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasi, AELB Malaysia memberikan lesen kepada ARE supaya meneruskan operasinya.

10 April: PARC menjemput 14 pakar asing untuk datang ke Bukit Merah-pengasas-pengasas Institut Antarabangsa bagi Kepentingan Awam di Kanada, Dr Rosalie Bertell; Setiausaha Pusat Keselamatan Industri dan Kepentingan Alam Sekitar di India, V.T. Pathmanaban; dan Presiden Institut Kesihatan dan Tenaga di Amerika Syarikat, Kathleen Tucker merupakan antara mereka yang dilarang memasuki kawasan ARE. Dalam satu forum yang berlangsung di Bukit Merah, pakar-pakar itu membuat kesimpulan bahawa ARE mendedahkan pelbagai ancaman kesihatan yang serius.

12 April: Kira-kira 10,000 orang penduduk berarak di Bukit Merah sebagai membantah operasi yang dijalankan semula oleh ARE.

24 Mei: Kira-kira 300 orang penduduk diperintahkan bersurai oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berhampiran ARE. Lebih 20 orang, termasuk tiga wanita mengalami kecederaan dalam dua pertelingkahan pada hari itu. Seramai 60 orang ditahan oleh pihak polis. Semua kecuali enam dibebaskan kemudian selepas disoal-siasat. Keenam-enam pemuda itu dibebaskan seminggu kemudian di mana pihak polis tidak mengenakan sebarang tuduhan. Penduduk menghalang kerja-kerja membina jalan yang menuju ke tapak buangan kekal di Banjaran Kledang yang dicadangkan.

23 Julai: Seorang doktor Kanada, Bernie Lau, diupah oleh PARC untuk meletakkan alat pengesan gas radon di luar kilang ARE. Beliau berjaya mengesan sejumlah gas radon dibebaskan daripada kilang itu.
Terdahulu dari itu, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Datuk Amar Stephen Yong berkata, kerajaan berpuas hati dengan laporan penilaian kesan alam sekitar bagi tapak buangan kekal yang dicadangkan itu. Penilaian itu dijalankan oleh ARE bersama beberapa orang pegawai Kementerian.

7 September: Perbicaraan saman yang dikemukakan oleh lapan orang penduduk Bukit Merah terhadap ARE bermula di hadapan Hakim Peh Swee Chin di Mahkamah Tinggi Ipoh. Sebagai mengetengahkan nasib mereka, para penyokong PARC berjalan sejauh 8 km dari Bukit Merah ke Ipoh. Polis menyuraikan tunjuk perasaan mereka berhampiran Menglembu. Sembilan orang ditahan tetapi dibebaskan setelah diikat jamin. Kira-kira 1,000 orang hadir di mahkamah sebagai menunjukkan sokongan mereka.

11 September: Para penduduk berarak dari Bukit Merah ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari terakhir perbicaraan. Jumlah mereka yang hadir dianggarkan 3,000 orang.

18 Spetember: Penduduk Bukit Merah mengemukakan permohonan perbicaraan kerana menghina mahkamah terhadap ARE memandangkan ia melanggar perintah menahan operasi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh kepada mereka pada tahun 1985.

27 Oktober: Lebih 100 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di antaranya termasuklah pengerusi PARC, Hew Yoon Tat; timbalannya, Hiew Yew Lan; (bekas) setiausaha PARC, Lee Koon Bun; ahli jawatankuasa, Phang Kooi Yau dan peguam Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mewakili plaintif Bukit Merah, Meenakshi Raman. Merek dibebaskan selepas dua bulan.

November: ARE mula membina tapak buangan kekal sisa toksik di Banjaran Kledang.


1988

25 Januari: Perbicaraan disambung semula.


1990

13 Februari: Perbicaraan tamat selepas berlansung selama 65 hari dan berlanjutan lebih 32 bulan.


1992

11 Julai: Penduduk Bukit Merah memenangi kes saman terhadap ARE. Mahkamah mengarahkan penutupan kilang ARE dalam tempoh 14 hari. Pihak ARE pula mengumumkan ia akan membuat rayuan di Mahkamah Agung.

23 Julai: ARE mengemukan rayuan di Mahkamah Agung berhubung perintah Mahkamah Tinggi Ipoh supaya operasinya dihentikan. Pengerusi PARC Hew Yoon Tat dan salah seorang plaintif dalam saman terhadap ARE, Lau Fong Fatt menemui kakitangan atasan Mitsubishi Chemical di Jepun. Mereka diberitahu ARE mengemukan rayuan tanpa kebenaran syarikat itu.

24 Julai: Berikutan permohonan ex-parte oleh ARE, Hakim Besar Mahkamah Agung menahan (sehingga perintah selanjutnya) perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasinya.


3 Ogos: Lebih 2,000 orang dari Bukit Merah hadir di Mahkamah Agung untuk mendengar rayuan ARE terhadap perintah Mahkamah Tinggi Ipoh yang menggantung operasinya. Bagaimanapun, hakim-hakim Mahkamah Agung Menangguhkan perbicaraan kepada 5 Ogos kerana ‘tekanan oleh mereka yang berpiket di luar mahkamah.’

5 Ogos: Mahkamah Agung membenarkan permohonan ARE untuk menolak perintah Mahkamah Tinggi yang meminta ARE menghentikan operasinya berikutan rayuan syarikat berkenaan. Menurut hakim-hakim itu, penutupan tersebut akan menyulitkan kilang dan 183 pekerjanya.


1993

15 Mac: Perbicaraan rayuan yang dikemukan oleh ARE di Mahkamah Agung ditangguhkan pada 7 Jun.

7 Jun: Perbicaraan mendengar rayuan ARE sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.


1994

19 Januari: Pengumuman syarikat ARE untuk menghentikan operasi.

Isnin, 16 Ogos 2010

Kekuatan cinta


Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa saja.

Di depan orang yang kita cintai, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukan image yang sebenarnya.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga.

Iman dan takwa


Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam di dalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Always striving for the best


Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.

Setiap kita di dunia ini tidak mahu memilih jalan yang derita. Hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku.

Kita jangan selalu mengharap…kerana mengharap tidak pasti tertunai. Tetapi kita boleh bersabar…kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan. Jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yang dicinta.

Keinsafan bukan mudah untuk ditatang, tapi jelas diulang-ulang. Sesungguhnya lidah itu lebih berbisa dari segala senjata. Jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya.

Zaman berubah tetapi dendam manusia tidak pernah berubah. Lelaki yang gagah mustahil tidak pernah menangis. Tetapi percintaan yang akan menyebabkan mereka menangis.

Nilai persahabatan diukur dengan kejujuran bukan kebendaan. Jadilah ubi yang bertutup rapat, bukannya kek yang berkrim tetapi diharungi lalat.

Kedewasaan tidak menghalang apa yang diinginkan oleh setiap insan. Manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu. Tidak dapat bebas dengan sempurna kecuali tali itu putus; barulah ia bebas melayang.

Orang Hebat


Bagaimanakah untuk menjadi seorang yang hebat?

Jawapannya adalah mudah. Untuk menjadi juara ataupun hebat , kita mestilah memiliki mentaliti sama seperti orang hebat atau juara berfikir. Dr Stapler,yang merupakan penulis untuk buku ‘Think Like A Winner” telah menggariskan mereka yang hebat ini mempunyai 10 kepercayaan atau corak pemikiran. 10 kepercayaan inilah yang sebenarnya menjadi asas kepada pencapaian hebat mereka. Jadi, jika kita hendak menjadi seperti mereka, kita mestilah berfikiran seperti mereka. Membentuk mentaliti ini perlahan demi perlahan seterusnya mendapat hasilan yang optimun.

Disini disenaraikan 10 kepercayaan utama mereka.

* Orang hebat bukanlah dilahirkan, mereka dicipta.
* Daya yang menentukan kewujudan anda adalah fikiran yang anda masukkan.
* Anda berkuasa dalam menentukan realiti anda.
* Terdapat hikmah disebalik kepayahan.
* Setiap kepercayaan anda adalah pilihan.
* Anda tidak dikalahkan sehinggalah anda menerima realiti bahawa anda dikalahkan dan mengambil keputusan untuk berhenti.
* Anda sememangnya mempunyai potensi berjaya sekurang-kurangnya satu kawasan dalam kehidupan anda.
* Batasan sebenar yang menghalang anda mencapai apa yang diingini dalam kehidupan ini adalah anda.
* Tiada pencapaian yang hebat tanpa komitmen yang hebat.
* Anda memerlukan sokongan anda kerjasama daripada orang lain dalam mencapai impian yang bermakna.

Tanpa kita suka atau tidak, pemahaman ini yang diterapkan oleh orang hebat dalam hidup mereka. Suka atau tidak, ini yang perlu kita ada dalam perjalanan menjadi insan yang Hebat. Sedikit demi sedikit berusaha untuk menjadi diri mereka. Ayuh!

Isnin, 9 Ogos 2010

Andai ini Ramadhan yang Terakhir


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya engkau sibuk berzikir tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu' tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang..bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. .. mengadu...merintih. ..meminta belas kasih "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang mari kita meriahkan Ramadhan kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiap diri...rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman Duhai Ilahi....

Andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...
paling berseri... menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman... tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

Wahai tuhan, ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu

"Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
Amin.....

Engkau..


Dengan kecantikan yang anda miliki,
teryata lebih cantik dari matahari.

Dengan akhlaq anda,
anda lebih harum dari minyak wangi
Dengan sikap tawadhu' anda,
anda lebih tinggi dari purnama

Dengan cinta anda,
anda lebih segar dari rintik gerimis

Oleh kerana itu peliharalah kecantikan anda dengan keimanan, keredhaan dengan kepuasan.
Dan dengan hijab yang menutup aurat.

Ketahuilah bahawa perhiasanmu bukanlah emas atau perak,
tetapi dua raka'at menjelang subuh,
dahagamu di tengahari yang panas kerana puasa,
derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh ALLAH,
air mata taubat,
sujud panjang di atas hamparan sejadah,
dan malu kepada ALLAH ketika terdorong bisikan nista dan
ajakan syaitan.

Jadikanlah taqwa itu bak pakaian anda,
nercaya anda akan menjadi wanita yang tercantik di dunia meski pun pakaianmu bertampal.
Jadikan rasa malu sebagai baju kurung anda,
nescaya anda menjadi wanita yang paling anggun di dunia meski pun anda tidak berkasut.

Hindarilah oleh anda rutin hidup seperti yang dilakukan oleh wanita fasiq dan nonmuslim, yang suka memperlihatkan daya tariknya untuk memikat lawan jenis dan menjadikan tubuhnya sebagai komoditi kaum lelaki tanpa mengendahkan norma-norma susila,
kerana sesunggunya mereka adalah bahan bakar neraka jahanam.
Firman ALLAH Subhanahu wa Ta'ala:
" TIADA YANG MEMASUKINYA, KECUALI ORANG YANG
PALING CELAKA'' - Surah Al-Lail: Ayat 15

Khamis, 5 Ogos 2010

Cinta


Cinta adalah emosi positif yang amat kuat. Kerana cinta, sesiapa saja sanggup berkorban segala dan buat apa saja. Cinta sifatnya subjektif, sama ada cinta pada ibu bapa, negara mahupun cinta pada seorang kekasih.

Kita bersemangat bila adanya cinta dan motivasi juga naik membara bila ada semarak cinta. Tekanan, risau dan gundah gulana hilang bila munculnya cinta. Cinta juga wujud dalam semangat setia kawan, bak kata Bob AF2, Cinta Seorang Teman.

Andai Anda tiada kekasih yang untuk mencurah cinta, tumpahkan kasih sayang Anda pada ibu bapa, keluarga, adik beradik mahupun hobi Anda.

Sejak dari dulu lagi, motivasi timbul bila adanya rasa cinta. Jadi, untuk memberi semangat pada diri sendiri, timbulkan rasa cinta di dalam hati Anda, kalau boleh dari pagi hingga ke malam hari!.

Elak memandang cinta sebagai emosi yang menyakitkan, sedih ataupun pilu kerana sikap negatif sebegitu akan membuang motivasi jauh dari diri Anda. Kesannya, Anda sukar nak ada motivasi dalam apa jua yang Anda lakukan.

Kita sentiasa ada dua pilihan, hitam atau putih, positif atau negatif, gembira atau sengsara. Mengapa perlu berduka, sedangkan Anda ada pilihan untuk bertukar menjadi gembira.

Kuatkan semangat dan sabarkan hati, walau apa jua yang terjadi.

Be Strong!

Isnin, 2 Ogos 2010

CINTA


Di suatu pulau kecil ada seorang gadis bernama CINTA dan teman-temannya namanya KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN, KEKAYAAN,

Mereka hidup berdampingan dengan baik sekali, namun suatu ketika datang badai menghempas pulas pulau kecil itu dan air laut pun tiba-tiba naik dan akan menggelamkan pulau itu.
Semua penghuni pulau cepat2 berusaha menyelamatkan diri,CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak tahu berenang dan tidak mempunyai perahu.

Dia berdiri di tepi pantai cuba mencari pertolongan sementara itu air smakin naik membasahi kakinya. Tidak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

'KEKAYAAN! KEKAYAAN! tolong aku!,' teriak CINTA'

`Maaf CINTA' kata KEKAYAAN.. Aku tak dapat membawamu..perahuku ini akan tenggelam jika bawa bersamamu. Lagi pula tak ada tempat lagi bagimu.

CINTA sedih sekali namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lalu dengan perahunya

" KEGEMBIRAAN! tolong aku ! " teriak CINTA

Namun KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana sedang asyik dengan perahunya sehingga ia tak dapat mendengar teriakan CINTA, air semakin tinggi dan CINTA semakin panik. Tak Lama lalu pula KECANTIKAN

" KECANTIKAN! bawalah aku bersamamu!, " teriak CINTA"

"Wah, CINTA kamu basah dan kotor, aku tak boleh membawamu nanti akan mengotori perahuku yang indah ini " sahut KECANTIKAN.

CINTA sedih sekali mendengarnya dia pun menangis terisak-isak. Pada saat itulah lalu pula KESEDIHAN dengan perahunya
" Oh KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu!, " kata CINTA

"Maaf CINTA aku sedang sedih dan aku ingin bersendirian saja, " kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya.

CINTA putus asa. Ia merasakan air semakin naik dan akan menenggelamkannya. Pada saat itulah tiba2 dia terdengar suara

"CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!"

CINTA menoleh ke arah suara itu dan cepat2 naik keperahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Sampai di pulau yang selamat, CINTA pun turun dan perahu itu meneruskan perjalanannya.

Pada saat itu barulah CINTA sedar ia sama sekali tidak mengetahui siapa yang menolongnya, CINTA segera bertanya kepada penduduk pulau itu

" Yang tadi adalah WAKTU ," kata penduduk itu

"Tapi, mengapa ia menyelamatkan aku ? Aku tdk mengenalinya Bahkan teman2ku yg mengenalku pun enggan menolong" Tanya CINTA heran

" SEBAB HANYA WAKTULAH YANG TAHU BERAPA NILAI SEBENARNYA DARI CINTA ITU"

Ahad, 1 Ogos 2010

Perancang Kewangan Bebas


Di Malaysia, perancang kewangan yang bebas adalah teramat sedikit. Financial planner yang tidak terikat dengan mana-mana institusi kewangan dan boleh memberikan khidmat nasihat yang menyeluruh.

Manakala, jurujual produk kewangan financial product salesperson bersepah-sepah di pasaran. Mereka ini terikat dengan institusi kewangan, baik namanya syarikat insurans / takaful, syarikat saham amanah, bank, syarikat broker dan sebagainya.


Perbezaan utamanya adalah …

Anda membayar khidmat financial planner untuk mendapatkan khidmat nasihat (consultation).

Manakala, financial product salesperson akan memberikan ‘khidmat nasihat’ atau lebih tepat ’sales script’ secara percuma dengan harapan utamanya anda akan membeli produk yang mereka tawarkan.

Malangnya, di Malaysia ni saya lihat financial product salesperson ini dengan selamba kodok meletakkan title seperti financial planner, penasihat kewangan dalam kad-kad bisnes mereka. Tetapi bila berjumpa sewaktu temujanji, anda hanya mendengar sales script dan bukannya khidmat nasihat.

Bayangkan, anda baru berjumpa kali pertama, dia sudah menyediakan lebih awal plan tertentu untuk anda. Wah. Hebat sungguh. Sedangkan pendapatan, perbelanjaan, aset dan liabiliti setiap dari kita ini adalah berbeza-beza. Malah, profil risiko pun tak sama.

Dan kalau boleh mereka mahu close sales dalam pertemuan kali pertama itu juga! Sedangkan dia tidak meneliti pun fakta-fakta penting tentang diri anda. Isteri berapa ramai. Hutang berapa banyak. Masih menanggung kedua orang tua atau tidak. Anak masih sekolah berapa orang. Anak yang sudah lepas tanggungan berapa orang.

Jadi, anda mahu seorang doktor yang sudah siap-siap sediakan panadol dan ubat batuk setiap kali temujanji atau anda mahu seorang doktor yang memeriksa suhu badan anda dahulu, periksa tekanan darah, dengar bunyi jantung baru lah dia beritahu berita yang sepatutnya seterusnya mencadangkan ubat yang perlu dibeli ?


Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post