Setiap wanita muslimah yang sudah dihalalkan oleh seorang imamnya atau dengan erti kata sudah rasmi berkahwin, mempunyai tugas dan kewajibannya sebagai seorang isteri. Di dalam Al-Quran dijelaskan bahawa wanita muslimah memiliki kewajipan-kewajipan yang mesti dipenuhinya sebagai seorang isteri serta sebagai bentuk ibadah dalam hal rumah tangganya. Berikut kewajipanya:
1.Mengikuti imamnya (Suami).
Di dalam ajaran islam, suami ialah pemimpin atau imam bagi wanita yang berkewajipan dalam mencari nafkah untuk keperluan keluarga. Jadi sebagai isteri wajib mematuhi dan melayani suami dengan baik. Hal ini bukan berarti segala apa yang dilakukan dan diperintahkan oleh suami harus seluruhnya ditaati. Semua kembali lagi dengan komunikasi dan kerjasama yang baik diantara kedua belah pehak.
2.Menjaga dan menutup aurat.
Wanita muslim setelah berkahwin, berkewajiban untuk menjaga dan menutup auratnya, maknanya menggunakan hijab, tidak boleh memperlihatkan aurat lebih lebih lagi kalau boleh mengundang atau memancing birahi lelaki lain yang bukan suaminya.
3.Tidak Bersikap Jahiliah atau berlebihan. Maksud jahiliah ialah orang-orang yang memiliki kebiasaan berlebihan seperti dalam bersolek atau memakai barang kemas yang berlebihan, selain itu jahiliah si isteri tersebut juga boleh termasuk kedalam golongan riyak atau tayang, oleh itu jauhilah sikap ini.
4.Berbuat baik dan menjaga kehormatan keluarga. Apa yang dilakukan wanita dalam keluarga hakikatnya ialah melakukan kebaikan untuk dirinya sendiri. Menjaga nama baik keluarga sendiri dengan tidak berbuat jahat atau benda-benda yang melanggar syariat Islam sebagai seorang isteri.
Demikianlah kewajipan wanita setelah menikah menurut ajaran Islam. Jika benda tersebut diatas tetap kamu lakukan tentu saja akan berefek kepada kebahagiaan rumah tangga yang kamu bina. Segala macam bentuk kebahagiaan keluarga sangat dipengaruhi oleh seorang wanita dalam rumah tangga dan keluarganya serta peran dalam mendampingi suaminya dalam susah ataupun senang.
~Semoga bermanfaat.😉
📒 Peguam Syarie dan Khidmat Masyarakat