Sabtu, 26 November 2011

Awal Muharram 1433H

Celebrated by Muslims as the day symbolises two happy event in a Muslim's life. The start of Muslim year or calendar, Muharram, coincides with Prophet Muhammad's journey from Mecca to Medina on the first of Muharram in 622AD. 

Asal usul permulaan perhitungan tahun/kalendar Islam (hijriyah). Adalah ketika era khalifah Umar bin Khattab ra. setelah berunding dengan beberapa penasihatnya akhirnya memutuskan untuk menggunakan tahun dimana Rasulullah Saw. berhijrah dari Mekah ke Madinah sebagai awal permulaan perhitungan kalendar Islam. 

Momentum hijrah Rasulullah Saw. dianggap mewakili ‘era baru’, karena bukan halnya ketika itu Rasulullah berhasil meloloskan diri dari kota Mekkah yang sudah tidak kondusif lagi bagi perkembangan dakwah beliau namun juga keputusannya untuk berhijrah ke Madinah membawa pelita terang bagi kebangkitan Islam sehingga beliau berhasil membangun pondasi mental dan spiritual bagi umat Islam yang terasa sampai sekarang ini.

Dari tarikh itulah bermula perkembangan Islam dengan pesatnya ke seluruh dunia sehingga berlakulah perubahan-perubahan yang kekal hingga sekarang. Penghijrahan juga menjadi satu tauladan bagi umat Islam tentang kesabaran dan ketabahan hati dalam menghadapi penindasan dan cabaran yang mana inilah yang akhirnya membawa kejayaan.

Dengan hanya mengingati detik-detik sejarah dan pengalaman adalah tidak berguna melainkan ianya menjadi pengajaran kepada kita. Pada awal Muharam ini kita patut ingatkan balik peristiwa penghijrahan supaya kita dapat manfaat dari satu peristiwa dalam sejarah Islam yang penting ini. Awal Muharam bukan untuk berehat dari kerja atau bercuti atau perayaan tetapi adalah untuk kita memperkukuhkan nilai-nilai dan keazaman kita, mempertingkatkan keupayaan kita dalam semua bidang. Jika kita pelajar maka kita perlu belajar dengan bersungguh-sungguh. Jika kita pekerja maka kita perlu kerja dengan jujur dan dedikasi. Jika kita peniaga kita perlu menjaya dan mempertingkatkan perniagaan dan perusahaan kita. Jika kita pemimpin kita perlu menumpukan lebih banyak tenaga dan usaha dalam membentuk satu masyarakat Islam yang dihormati oleh semua pihak. Awal Muharam adalah satu hari untuk memperbaharui azam dan tekad sebagai orang Islam yang committed kepada kebesaran agama Allah SWT dan kesejahteraan penganut-penganutnya.

DOA AKHIR TAHUN

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


DOA AWAL TAHUN

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Dengan ini selamat mencontohi semangat penghijrahan dalam semua perjuangan hidup dan mati kita. Mudah-mudahan kita akan mendapat nikmat daripadanya; Insyaallah.

Finally, I wish a Happy New Year to all Muslims.

Jumaat, 25 November 2011

Penyakit hati

"ALLAH s.a.w berfirman,yang bermaksud,
Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, 
(untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; 
Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya. "
(Surah An-Naziat:40- 41)

Mengubati tubuh yang sakit dengan ubat-ubatan. Mengubati jiwa
dengan perasaan kesedaran, latihan dan pergaulan dengan orang-
orang soleh. Sifat-sifat kehinaan yang merupakan penyakit hati.

1- Seperti penyakit bodoh dapat diubati dengan tekun belajar.
2- Penyakit kedekut dengan bersikap pemurah.
3- Penyakit sombong atau takabur dengan jalan merendahkan diri.
4- Penyakit rakus dengan menahan nafsu.

Orang yang ingin menyembuhkan jiwanya dari penyakit hati, perlu
mengharungi kepahitan dan kesabaran. Penyakit tubuh akan segera
lenyap apabila kita meninggal dunia, tetapi penyakit hati akan kekal
sehingga kita mati dan akibatnya akan dideritai buat selamanya. dan
diakhirat nanti pasti tiada terlepas. Semuga kita dilindungi oleh ALLAH
dari perkara-perkara yang menyebabkan kita kerugian, mahu pun di-
dunia dan diakhirat nanti.



Ahad, 20 November 2011

Pelaburan Emas


Parameter Pelaburan Emas
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:
Syarat Umum Jual Beli
1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.
Pihak Yang Berakad
2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:
i. Baligh, berakal dan rasyid
Jika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.
ii. Keredhaan
Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.
Harga Belian (al-Thaman)
3. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.
Barang Belian (al-Muthman)
4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli.
Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.
5. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.
6. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:
i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.
ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.
iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya.
Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.
Sighah
7. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.
8. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.
9. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.
Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi
10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:
i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.
ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan.
Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.
Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:
Syarat Pertama: Taqabudh
11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.
12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:
a. Pembayaran secara tunai
b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
c. Pembayaran secara cek peribadi
d. Pembayaran secara kad debit
e. Pembayaran secara kad kredit
f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.
Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan.
Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.
13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:
a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.
14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah.
Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.
Syarat Kedua: Secara Lani
15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.
16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.
17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.
Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.
Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:
Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:
i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.
ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.
iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.
iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.
Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.
Akad Dan Unsur Sampingan
18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.
19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.
20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.
21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.
22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adahdari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.
23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.

Rusuk


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini? 
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa? 
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang 
rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekaduntuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing". 
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.  LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA. 
  Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang? 
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. 
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang 
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah 
terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan 
akibat yang akan diterima?? *

Ahad, 13 November 2011

Lighting for Energy Savers

Three of the most common energy-efficient lighting types. You can find these in most hardware and stores, and they are all more energy-efficient than bulbs.

Energy Saving Incandescents — about 25% energy savingsEnergy-saving, or halogen incandescents have a capsule inside that holds gas around a filament to increase bulb efficiency. This type of incandescent bulb is about 25% more efficient and can last up to three times longer than traditional incandescent bulbs. They are available in a wide range of shapes and colors, and can be used with dimmers.

CFLs — about 75% energy savings

Compact fluorescent lamps (CFLs) are simply curly versions of the long tube fluorescent lights you may already have in a kitchen or garage. Because they use less electricity than traditional incandescents, typical CFLs can pay for themselves in less than nine months, and then start saving you money each month. An ENERGY STAR-qualified CFL uses about one-fourth the energy and lasts ten times longer than a comparable incandescent bulb that puts out the same amount of light.CFL bulbs are available in a range of light colors, including warm (white to yellow) tones that were not as available when first introduced. Some are encased in a cover to further diffuse the light and provide a similar shape to the bulbs you are replacing. If you are looking for a dimmable bulb, check the package to make sure you purchase a CFL with that feature.Fluorescent bulbs contain a small amount of mercury, and they should always be recycled at the end of their lifes



LEDs — about 75% – 80% energy savings
The light emitting diode (LED) uses the same technology as the little indicator light on your cell phone, but designed to light your home. It is one of today's most energy-efficient and rapidly developing technologies. ENERGY STAR-qualified LEDs use only 20% – 25% of the energy and last up to 25 times longer than the traditional incandescent bulbs they replace.LED bulbs are currently available in many products such as replacements for 40W and 60W traditional incandescents, reflector bulbs often used in recessed fixtures, and small track lights. While LEDs are more expensive at this early stage, they still save money because they last a long time and have very low energy use. As with other electronics, prices are expected to come down as more products enter the market.


Sabtu, 12 November 2011

Wajah


 Al-Ahnaf Bin Qais ialah seorang ulama yang terkenal di zamannya. Suatu hari seorang pemuda dari suku Tai'yi berkunjung ke rumahnya. Rumah Al- Ahnaf memang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai terutamanya anak- anak murid dan sahabat handainya. Mereka yang datang itu adalah untuk tujuan berlajar dan menuntut dari beliau. Bagaimanapun kedatangan pemuda dari suku Tai'yi ini amatlah menarik perhatian Al-Ahnaf.


Al-Ahnaf mendapati pemuda ini sangat segak dan tampan, berbeza dari pemuda yang sebaya dengannya. Lalu Al-Ahnaf pun bertanya,"Wahai anak muda! Ada kamu menghiasi wajah mu dengan sesuatu?"

Jawab pemuda,"Memang benar, saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu iaitu jika saya bercakap saya tidak pernah berbohong. Kalau ada orang yang sedang bercakap, saya hanya duduk diam dan mendengar. Jika saya berjanji, saya akan tepati janji itu dan jika saya diberikan amanah, saya tidak mengkhianatinya."

Mendengar jawapan yang bernas itu maka berkatalah Al-Ahnaf,"Benar akan kata-kata mu itu wahai anak muda. Sungguh engkau telah menghiasi diri mu dengan akhlak mulia."

Sekian buat renungan bersama.

" kerja Tuhan siapa yang tahu"

Hayalan dan kenyataan


Antara hayalan dan kenyataan dua perkataan yang berbeza namun punya makna yang sama .kita sering memimpikan sesuatu yang indah dan kadang –kala ianya menjadikan sesuatu  kenyataan dalam kehidupan kita .keindahan yang kita kita inginkan pasti akan tercapai jika kita berusaha untuk mendapatkanya .apa juga cabaran dan halangan yang mendatang  kita hadapinya dengan tabah kerana kesabaran kunci kearah kemenangan  tapi tak ramai diantara kita yang sabar dalam menghadapinya mudah merasa kecewa dalam kehidupan seharian yang di lalui terasa diri tidak berdaya dalam melaluinya..sikap berginilah yang membuatkan diri kita terus di landa seribu masalah..

            Keyakinan dan percaya pada kententuanNYA  akan lebih membuatkan diri kita menerima dengan seadanya setiap kejadian Allah SWT di muka bumi ini sudah tentu mempunyai hikmahnya yang tersendiri kadang-kala .manusia itu sendiri yang kurang mengerti ataupun tidak tahu mengkaji sebab musababnya,sehinggalah terciptalah kecewa terlahirlah resah di hati..sehinggalah ada juga di antara kita yang sering mengalahkan takdir yang menimpa diri namun persoalannya kenapa harus ada perasaan bergitu..? manusia sering di katakan lemah dalam menghadapi ujian Tuhan  kerna sifat yang sering ada pada kita adalah mudah merasa kecewa jika ada ujian yang memimpa kita .

            Sesungguhnya kehidupan kita yang kita laluinya penuh dengan warna-warni kita sendiri yang mencorakkan diri kita ke arah itu kerna Tuhan tidak akan merubah nasib sesorang hambanya itu sekiranya kita sendiri yang tidak mahu merubahnya apa yang kita lalui  setiap insan pastinya ada pengalaman tersendiri dalam kehidupan seharian kita suka dan suka segalanya akan di jadikan pengalaman berharga untuk di bekalkan di kemudian hari

            Kesilapan semalam biarkan berlalu jangan di kenangkan anggaplah segalanya pengajaran yang berguna untuk kita lalui agar lebih berhati-hati dalam melayari kehidupan ini.mungkin ini adalah ujian dariNYa untuk menguji sejauh mana kesabaran dan keimanan hati kita sebagai hambaNya .usah menoleh kebelakang lagi kita harus meneruskan kehidupan ini dengan semangat dan usaha untuk mencapai kejayaan dalam diri sekaligus dapat memperbaiki kelemahan dalam diri .apa yang kita lalui ini akan menjadikan diri kita bertambah matang dalam menghadapi apa juga cabaran yang bakal menduga .

Khamis, 10 November 2011

Maleic Anhydride

Maleic anhydride
Name: Maleic anhydride
CAS No: 108-31-6
Molecular Formula: C4H2O3  
Molecular Weight: 98.06
Structural Formular:





Keterangan Ringkas Proses.

MA (Maleic Anhydride) dihasilkan dengan proses pengoksidaan n-Butane. Bekalan n-butane yang diperolehi dari PETRONAS didalam bentuk campuran butane iaitu ≈ 50% n-butane dan 50% i-Butane. Terdapat dua Loji utama di OOSB iaitu Loji Butane dan Loji Penghasilan MA.

Loji Butane

Secara amnya Loji ini berfungsi untuk mengasingkan i-Butane dan n-Butane. I-Butane akan disimpan didalam tangki simpanan sementara sebelum dihantar ke Loji Penghasilan MA. i-butane akan ditukarkan kepada n-butane melalui proses Friedel Crafts dan dihantar ke tangki simpanan sementara.

Loji MA

n-butane akan dioksidakan didalam Reaktor dan kemudiannya akan dikondensasikan untuk menghasilkan crude MA (CMA). Pada proses pengkondensasian ini hanya 50% MA akan terkondensasi dan baki 50% akan dibilas dengan menggunakan air untuk menghasilkan Maleic Acid (MAC).

MAC yang terhasil akan dihantar ke unit penyulingan yang menggunakan Ortho Xylene (OX) sebagai penarik (entrainer) untuk memisahkan CMA dari air. Disini, pada suhu yang tinggi sebahagian MAC akan bertukar kepada Fumaric Acid.

CMA dan FAC kemudiannya dihantar ke unit Crystallizer dan FAC akan ditukar kepada bentuk pepejal dan diasingkan didalam penapis dan kemudiannya dibungkus sebagai produk sampingan.

CMA yang terhasil dari proses penyulingan tadi akan disimpan bersam CMA yang terhasil dari proses pengkondensasian tadi dan akan dihantar ke unit penyulingan untuk proses penulinan lanjut.

Pure MA yang terhasil dari proses penyulingan lanjut tadi kemudiannya dihantar keunit pembungkusan untuk dihantar kepada pelanggan.

Hydrogen

The Safe Handling of Hydrogen  
Like any fuel, the safe handling of hydrogen requires that the three necessary conditions for combustion be prevented. The wide flammability ranges of hydrogen imply that a mixture of hydrogen and air might ignite more easily than other fuels. Consequently, the following precautions must be adhered to:
Hydrogen should not be mixed with air.
Contact of hydrogen with potential ignition sources should be prevented.
Purging of hydrogen systems should be performed with an inert gas such as nitrogen.
Venting of hydrogen should be done according to standards and regulation.
Because the hydrogen flame is invisible, special flame detectors are required.
 
Who discovered hydrogen?
Henry Cavendish (1731-1810) was an English chemist and physicist who spent several years studying the properties of hydrogen and carbon dioxide. In 1766 he discovered that hydrogen was a separate substance. He was the first chemist to produce water from hydrogen and oxygen.
 
Who was the first person to split water to produce hydrogen?
The first recorded splitting of water to produce hydrogen and oxygen was accomplished by Sir William Grove in 1839. He also discovered the fuel cell in the same year. He combined three fuel cells in series and connected the cells to two electrodes in an acid solution, which resulted in water splitting.
 
Where does hydrogen come from?
Hydrogen is the most abundant element in the universe, and can be found in water, fossil fuels and other sources. It usually bonds with other elements to form commonly known molecules such as water, gasoline, methane (natural gas) and methanol. It is possible to get hydrogen by unlocking the chemical bonds in the molecules that form these substances – reforming natural gas or gasoline, gasifying coal or petroleum coke, or breaking the chemical bonds in water molecules through electrolysis. This last process involves the use of a catalyst and electricity. The electricity required could ultimately be obtained from solar, wind or other renewable sources.


What is the hydrogen economy?
The hydrogen economy is a world fundamentally different than the world we know now. In the hydrogen economy hydrogen is available to everyone, everywhere—from the corner fueling station to the large industrial facility on the outskirts of town. Countries will not be dependant anymore on a single source of fuel. Hydrogen is produced, cleanly and cost-effectively, from a variety of sources like renewable energy, water and fossil fuels. Advanced technologies are used to ensure that any carbon released in the process does not escape into the atmosphere. Hydrogen is delivered and stored routinely and safely. Hydrogen-powered fuel cells and engines are as common as the gasoline and diesel engines of the late 20th century—they power our cars, trucks, buses and other vehicles, as well as our homes, offices and factories.


What are the properties of hydrogen?
Hydrogen is a colorless, odorless, tasteless, and nonpoisonous gas under normal conditions on earth. It typically exists as a diatomic molecule, meaning each molecule has two atoms of hydrogen—this is why pure hydrogen is commonly expressed as "H2". Hydrogen is the most abundant element in the universe, accounting for 90 percent of the universe by weight. However, it is not commonly found in its pure form, since it readily combines with other elements. It is the lightest element, having a density of 0.09 grams per liter at standard pressure.


What makes hydrogen so useful for energy production?
Hydrogen is the simplest element and most plentiful gas in the universe. Yet hydrogen never occurs by itself in nature—it always combines with other elements such as oxygen and carbon. Once it has been separated, hydrogen is the ultimate clean energy carrier. Hydrogen is an obvious alternative to hydrocarbon fuels, such as gasoline. It has many potential uses, is safe to manufacture, and is environmentally friendly.


How is hydrogen produced?
Most methods of producing hydrogen involve splitting water (H2O) into its component parts of hydrogen (H2) and oxygen (O). The most common method involves steam reforming of methane (from natural gas), although there are several other methods.


Why is hydrogen used as a fuel?
Hydrogen has the highest energy content per unit weight of any known fuel. It burns cleanly. When hydrogen is burned with oxygen, the only byproducts are heat and water. When burned with air, which is about 79% nitrogen by volume, some oxides of nitrogen are formed.


How do hydrogen fuel and oxygen produce electrical energy?
The electrical energy is produced in fuel cells. There are several types of fuel cells. Proton Exchange Membrane fuel cells, which are lightweight, low cost and offer high performance, are considered most suitable for use in transportation and Solid Oxide Fuel cells, which are more suitable for stationary applications.





Tahniah

Tahniah diatas perlantikan anda. dan selepas ini semoga ada banyak perubahan kearah yang lebih positif demi kemajuan bersama.

Rabu, 9 November 2011

Cinta

Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat dzalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal).(2:165)


Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).(3:14)

Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(3:31)

Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.(5:54)

Katakanlah: “Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.(9:24)

Yang demikian itu disebabkan karena sesungguhnya mereka mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat, dan bahwasanya Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.(16:107)

Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalangan kamu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti (kemauan) kamu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu akan mendapat kesusahan tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus,(49:7)

(Juga) bagi para fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (karena) mencari karunia dari Allah dan keridaan (Nya) dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar.
Dan orang-orang yang telah menempati Kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.
Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: “Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang”.(59:8-10)

Jumaat, 4 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha 2011



Firman Allah :
Ù„َÙ† ÙŠَÙ†َالَ اللَّÙ‡َ Ù„ُØ­ُومُÙ‡َا ÙˆَÙ„َا دِÙ…َاؤُÙ‡َا ÙˆَÙ„َÙƒِÙ† ÙŠَÙ†َالُÙ‡ُ التَّÙ‚ْÙˆَÙ‰ Ù…ِنكُÙ…ْ ÙƒَØ°َÙ„ِÙƒَ سَØ®َّرَÙ‡َا Ù„َÙƒُÙ…ْ Ù„ِتُÙƒَبِّرُوا اللَّÙ‡َ عَÙ„َÙ‰ Ù…َا Ù‡َدَاكُÙ…ْ ÙˆَبَØ´ِّرِ الْÙ…ُØ­ْسِÙ†ِينَ
Ertinya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al-Hajj : 37)

Hari Raya Aidiladha atau ’Eid Ul-Adha atau dalam bahasa kita hari ini adalah Hari Raya Haji. Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Hari Raya Aidiladha adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Hari Raya Aidiladha 2011 di sambut pada hari Ahad, 6.11.2011.

Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan TakbirAidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Hari Raya Korban jatuh pada hari ke 10 pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Manakala hikmah dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Pada Hari Raya Aidiladha, kita disunatkan berpuasa sebelum Solat hari raya.

Semoga ibadat korban yang menyerikan lagi suasana keceriaan Aidiladha yang menyaksikan satu kesedaran atau keinsafan yang cukup tinggi di kalangan umat Islam untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan ummah sejagat.

Mudah-mudahan ibadat korban yang dilakukan sepanjang Hari Aidiladha diterima Allah. Amin.

Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post