Ahad, 26 April 2009

Cerita Liberisasi


Apa kata anda ?
Adakah anda faham apa yang diminta oleh MCA ?
Adakah anda tahu apa kesan sekiranya permintaan ini dipenuhi ?
Dan yang paling penting, apakah persediaan anda ?

Khamis, 23 April 2009

Kemalangan yang boleh dielakkan

14 December 2006

China: Explosion at Maleic Anhydride Plant

An explosion occurred on 11 December in northwest China at the Auxiliary Plant of Lanzhou Refinery & Chemical Industrial, part of PetroChina, killing three people.

The explosion affected the company's maleic anhydride unit's water cooling tank and caused spillage of butane into the environment. Because of government safety checks being carried out, the plant is expected to be out of production for one to two months, company sources confirmed.

The company is required to perform these checks according to government regulations.
The company has two units equipped to make maleic anhydride at the site, one with a 10 ktpa capacity based on benzene feedstock and one based on butane for 20 ktpa. The latter was started up in July this year but has not reached commercial output quality or rates as yet. Company sources said output of maleic anhydride from the new unit totalled around 200 tons before the explosion.

PetroChina's Jilin Petrochemical also suffered a major explosion in November 2005.

More in-depth coverage of the maleic anhydride market in China will appear in the Maleic Anhydride Newsletter on 10 January 2007.

Sabtu, 18 April 2009

Talkin ( dalam BM )


Talkin dlm Bahasa Melayu Maksud (dalam BM) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia. Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik y gkita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah.. WALLAHU A'LAAMM. petikan dari taman2 syurga group


Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadiratAllah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekara ng kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu kiblatku,

malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.

Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad durrasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut

"Firman Allah swt, "

Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.

" Surah Al-A'sr

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, RasulullahS.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun pun satu ayat..."

ENAM PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA



1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri. Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan...


oleh ulama muktabar

Pedoman



Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus Jagung membungkus bijinya yang banyak Sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisangPohon pisang kalau berbuah Hanya sekali seumur hidupnya

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat tetapi di dalamnya ada biji yang berduri

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut Tetapi umbinya tetap putih bersih

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang Tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili Semakin tua, semakin pedas

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis Buah manggis boleh diteka isinya dari bahagian bawah buahnya

Menjadi banyak manfaat
Jadilah seperti buah dada Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran buat anak Ia mampu menjadi alat rekreasi buat bapaknya juga!

Khamis, 2 April 2009

Safety & Fire Watch, and Confine Space

hari ini kita orang ada buat latihan ( biasalah kilang shutdown ) tajuk seperti diatas.. oleh En Amir safety officer..
kat bawah nii ada laa sikit2 nota yang sempat aku salin.... heheh
bolehlah dibuat rujukan sikit2..

Ruang Terkurung ( definisi )

Tempat yang direka bukan untuk bekerja atau dihuni dan hanya mempunyai satu jalan keluar masuk yang sempit. contoh: Vessel, Septik Tank dan Silo

Kualiti Udara:
02: 19.5 hingga 20 %
LEL: <10>
H20: <>
CO: 0 %
Prosedure Untuk masuk kedalam Confine Space:
1. ManHole sentiasa terbuka
2. Ventilation sentiasa terpasang
3. Bacaan Kualiti udara sentiasa dipantau
4. Mempunyai permit yang sah
5. Mempunyai safety watch
6. Memakai PPE
7. Menggunakan lampu bervoltan > 24V
8. Menggunakan alat pneumatik
9. Sihat tubuh badan
10. Tidak makan atau merokok.
Safety Watch ( Tugasan )
1. Menjaga org yg bekerja dalam confine space
2. Mengambil bacaan gas
3. Menghalang orang yang tidak berkenaan masuk
4. Merekod aktiviti keluar / masuk
Fire Watch ( TUGASAN )
1. Memastikan kawasan kerja adalah selamat untuk aktiviti panas ( grinding, Welding Cutting )
2. Ambil bacaan gas
3. Ada alat pemadam api yg sesuai
4. Blanket kawasan berisiko
5. Tahu arah angin
EMERGENCY ( tindakan yang perlu dilakukan ketika kecemasan )
1. Bertenang
2. panggil nama
3. Tutup suis bekalan kuasa kecuali ventilation
4. Inform CR
5. Jangan Masuk kedalam vessel
6.Tunggu bantuan
HAZARD ( dalam Confine space )
1. Gas dan Wasap
2. Suhu tinggi
3. Kejutan elektrik
4. Sinaran panas
5. Melecur
6. Kurang selesa
7. Heat stress

Orang Yang Pendiam Adalah Sangat BIJAK...


Mungkin anda kurang tahu dengan fakta mengatakan orang pendiam sebenarnya sangat bijak, apatah lagi diam-diam berisi. Mereka diam sebab tak mahu bercakap banyak, bahkan lebih suka memerhati, mempelajari dan menganalisis.
Anda jangan silap dengan memandang rendah pada orang pendiam. Mungkin mereka tidak menampakkan apa-apa yang terzahir, tapi mereka banyak menyimpan maklumat tersirat yang hanya menunggu masa untuk dikeluarkan lalu dipertontonkan.
Salah satu sikap positif orang pendiam adalah, mereka selesa dengan diri sendiri dalam dunia sendiri. Mereka tak mengacau sesiapa, tak mengata sesiapa, tak mengumpat sesiapa dan tak pernah suka sibuk-sibuk mengambil tahu hal sesiapa kerana itu tak penting bagi mereka. Mereka tenggelam di dunia sendiri.
Orang pendiam membina kekuatan dalam diam. Orang pendiam suka belajar apa saja perkara, kerana itu, ramai di kalangan orang pendiam berjaya dalam apa yang mereka usahakan. Mereka set matlamat untuk diri sendiri kemudian bekerja keras mencapai matlamat itu sebab itu lebih penting pada mereka.
Orang pendiam menjauhkan diri dari perkara-perkara yang mereka rasa tak penting dan tak menyumbang kepada kemajuan diri mereka.

Rabu, 1 April 2009

Banyak Kerja Betul laa...




Ada seorang pekerja ni. Dia seorang akauntain di sebuat syarikat. Tiap hari kerja dia mengira. Memang dia suka kerja tu, ngam dengan minat dia yang sukakan matematik. Tapi ada satu yang dia tak suka. Bos dia bagi dia kerja banyak betul sampai berlambak. Habis satu kerja, datang lagi satu kerja baru. Tengah siapkan kerja yang tu, datang lagi satu kerja baru.
Lama-lama kerja dia banyak betul. Nak buat cemana? Apa cara nak atasinya?
Cara pertama, pandanglah situasi tu dari aspek positif. Anggaplah bos bagi kerja banyak tul, sebab dia nampak potensi, bakat dan kesungguhan Anda. Orang lain dia tak nampak, cuma Anda sorang. Anda OK apa. Kena tepuk tangan pada diri sendiri sebab bos nampak potensi Anda!
Ketara sangat dia nak melatih Anda supaya makin cekap. Tak ada orang bekerja yang buat banyak kerja makin kurang cekap bekerja. Bahkan, dia jadi makin cekap buat kerja. Dah itu-itu yang dijumpanya, makin cekaplah dia time kerja.
Jangan berfikiran negatif melulu. Jangan anggap bos tu mendera Anda, tapi anggaplah dia nak melatih Anda.
Kedua, set matlamat kerja untuk diri sendiri. Anda tak boleh kawal tindakan bos Anda tapi Anda boleh kawal tindakan Anda, mood Anda, emosi Anda dan fikiran Anda.
Gunakan cara kreatif, cari idea cemana nak siapkan kerja dengan cepat, dengan penuh kualiti. Tanya diri sendiri apa cara yang boleh Anda gunakan untuk menyelenggara kerja yang banyak.
Usah semangat nak membuktikan yang Anda pekerja berguna kerana Anda akan lebih dipergunakan. Tapi, setlah matlamat untuk diri sendiri, cabar diri sendiri kemudian bekerja keras mencapai matlamat itu. Bila ada matlamat, Anda akan ada fokus.
Bila sudah ada fokus, kesibukan bertukar menjadi keseronokan. Mengantuk ilang, rasa boring pun ilang. Terasa benar thrillnya sibuk bekerja. Sedar tak sedar, sudah jam lima setengah. Masa untuk balik ke rumah!
Kerja yang Anda dah rasa seronok akan makin seronok bila Anda anggap yang kerja itu bukan kerja, tapi hobi. Kerja tu akan bertukar jadi macam hobi bila Anda dah jumpa ‘thrill’ tersendiri.
Usah cepat berburuk sangka jika bos Anda bagi kerja banyak betul. Jangan mengomplen atau mengomel sesuka hati. Jangan jatuh kepada mindset mangsa kerana orang yang banyak mengomplen dan mengomel, sebenarnya ada mangsa keadaan. Biarlah Anda menjadi penguasa keadaan.
“Betulkan yang biasa. Biasakan diri membetulkan lagi apa yang biasanya dah betul. Buat biar betul-betul.”




Tapi jika anda masih merasakan kerja anda terlalu sukar.... fikirkan lah gambar disini...



Be Positive Always

Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post