Khamis, 20 Disember 2018

MASJID DI HUJUNG DUNIA

Korang tahu tak kat mana letaknya masjid paling dekat dengan kutub utara? Itulah masjid NURD KAMAL.

Masjid ini terletak di bandar Norilsk dalam wilayah Siberia di Rusia. Masjid ini dicatat dalam rekod ‘Guinnes Book of Records’ sebagai masjid yang terletak paling utara di bumi. Atau senang cakap, masjid yang terletak di hujung dunia.

Masjid ini yang mula dibuka pada tahun 1998 diasaskan oleh Mukhtad Bekmeyev, seorang Muslim daripada bangsa Tartar. Masjid ini diberi nama Nurd Kamal, sempena nama bapa Mukhtad.

Kisahnya, pada masa itu ada lebih kurang 40 ribu orang Islam di bandar tersebut, tapi mereka langsung tiada masjid. Jadi, si Mukhtad ni pun ambil inisiatif untuk buat masjid. Dia dapatkan khidmat arkitek tempatan dan dibantu dana daripada macam2 pihak, termasuk seorang dermawan Inggeris, Stephen Trantham yang banyak menyumbang kepada pembinaan masjid ni.

Binaan masjid ni mengambil contoh macam bangunan klasik Turki dan mempunyai 3 tingkat. Kini, masjid ini merupakan satu-satunya masjid yang wujud di Kutub Utara, dengan komuniti penganut Islam di kawasan ini berjumlah lebih kurang 210,000 orang. Oh ya, Rusia antara negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di Eropah. Islam sudah berkembang di sini sejak abad ketujuh Masihi.

Oh, lupa nak beritahu korang, masjid ini merupakan masjid paling sejuk di dunia dengan suhu mencecah -50 darjah Celsius. Lebih kurang 1000 orang bersolat jemaah di masjid ini setiap hari.

Lagi satu, ibadah puasa di kawasan ini berbeza dengan tempat lain. Ini kerana, umat Islam di sini akan berpuasa selama 18 hingga 20 jam sehari.

Fuh, mesti ramai yang beryukur dapat berpuasa di Malaysia kan kan kan... itupun takat berpuasa dalam 9 jam dah asyik gastrik sesaja korang kan...

Rabu, 12 Disember 2018

Renungan pada pandangan

Renungan buat kita semua..

Dalam menganalisa suatu masalah lihatlah foto ini nyata, kita akan menemukan batu menggantung di udara. Ini adalah satu foto, bukan dua foto dan tidak ada yang perlu dinaikkan atau dipegang. Untuk mengetahui apa rahsianya, cuba balikkan telefon kita, kita akan menemukan bahawa batu itu berada di tepi sungai, pelajaran dari sini untuk kehidupan kita adalah kadang kita melihat sesuatu masalah dari satu sudut maka hendaklah melihat dari beberapa sudut pandang lainnya Insya Allah akan kita temukan jawapan dari sebuah masalah..

Isnin, 26 November 2018

Kisah Rompakan Bilik Kebal Terbesar Dalam Sejarah British

Kisah Rompakan Bilik Kebal Terbesar Dalam Sejarah British Oleh 8 Warga Emas

Apa yang anda nampak pada warga emas yang berusia 60 hingga 70 tahun? Mereka kelihatan lemah, tak bermaya dan lesu. Namun, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Berlaku di London, United Kingdom, sekumpulan 8 orang warga emas telah melakukan satu rompakan barang kemas terbesar dalam sejarah British.

Insiden ini dikenali sebagai "The Hatton Garden Safe Deposit Box Robbery" berlaku pada April 2015 ketika hujung minggu Easter. Mereka telah memasuki premis berkenaan yang dikatakan lokasi yang paling ketat dikawal di seluruh England, dan telah berjaya merompak barang kemas dan wang tunai. Dengar macam kelakar, namun perompak-perompak warga emas ini telah mengosongkan 73 peti simpanan, sebelum melarikan diri. 

Ia dikatakan satu rompakan yang mempunyai kelas tersendiri dengan dari segi matlamat yang tinggi, perancangan yang sangat teliti, tahap persediaan dan cara melaksanakannya serta jumlah rompakan yang luar biasa.

iluminasi.com ingin berkongsi fakta-fakta menarik mengenai rompakan ini.

1. Dilakukan oleh warga emas

Apa yang membuatkan rompakan ini sangat pelik, popular dan ramai orang ternganga adalah kerana umur si pelaku-pelaku ini yang berusia seperti seorang datuk. Perompak-perompak tersebut adalah:

Hugh Doyle - 49 tahunCarl Wood - 59 tahunWilliam Lincoln - 60 tahunDaniel Jones - 61 tahunTerry Perkins - 67 tahunJohn Collins - 75 tahunBrian Reader - 76 tahunBasil - masih belum ditemui

Sebagai yang paling tua, Brian Reader merupakan dalang dan ketua kepada rompakan ini, yang ketika itu sudah bersara. Mereka yang mengenali perompak-perompak ini menggambarkan sebagai baik, mudah mesra dan tak berbahaya, serta langsung tidak menyangka akan melakukan rompakan ini. Faktor usia memainkan peranan penting dalam rompakan ini.

2. Jumlah keseluruhan rompakan

Jika ia merupakan rompakan barang kemas terbesar dalam sejarah British, pastilah jumlahnya sangat besar. Terdapat beberapa laporan mengenai jumlah rompakan. Ada yang mengatakan RM228 juta dalam bentuk barang kemas, dan ada yang mengatakan RM40 juta. Bukan sahaja barang kemas, malah wang tunai juga lesap. 

Sebanyak 73 peti dikosongkan mereka dalam bentuk barang berharga, permata, dan wang tunai, dengan jumlah keseluruhan 1.14 billion, menurut sumber lain. Rompakan ini dikatakan sangat "cool", namun ia telah memberi kesan yang sangat dahsyat, kepada pihak bank dan pendeposit. Bukan sahaja barang kemas dan wang tunai lesap, barang-barang berharga lain yang tidak dapat diganti semula juga dirompak.

Sehingga kini hanya 1/3 daripada hasil rompakan ditemui yang mana kebanyakannya adalah barangan yang murah. Hatton Garden Safe Deposit telah dibubarkan dan ditutup buat selama-lamanya berikutan kejadian ini.

3. Artifak sejarah juga dirompak

Kebanyakan berlian dan permata adalah daripada mereka yang berdagang permata. Namun, bagi sesetengah pendeposit, ia lebih daripada itu. Salah seorang mangsa adalah pengedar berlian Yahudi, yang keluarganya berjaya melepaskan diri Nazi Jerman. Berlian-berlian dijahit di dalam pakaian bagi memastikan ia selamat, dan disimpan di Hatton Garden. Namun, berlian-berlian dirompak dan tak lagi dijumpai.

Sebuah keluarga India kehilangan barang kemas untuk perkahwinan anak perempuan mereka, dan bimbang akan masa depa anak mereka tanpa barang kemas tersebut. Jadi insiden ini bukan sahaja memberi kesan kepada bank, tetapi kepada ramai orang yang terlibat termasuklah pekerja-pekerja yang kehilangan tempat mencari nafkah.

3. Menyamar sebagai tukang selenggara

Menurut polis, ia bukan kerja orang dalam. Selain itu, tiada tanda pecah masuk, dan pintu belakang juga tidak dibuka secara paksa, jadi bagaimana warga-warga emas ni masuk? 

Disebabkan tiada orang akan mengesyaki pekerja selenggara tua, atau tukang cuci yang tua, ia memudahkan kerja mereka. Mereka kelihatan tidak berbahaya dan melihatkan pada usia, pastilah mereka tak mampu untuk melakukan rompakan. Jadi kesempatan ini digunakan mereka sebaik-baiknya.

Mereka memasuki bangunan ini sebagai pekerja perbandaran dengan memakai ves kuning, topi dan topeng putih bagi mengelakkan identiti terbongkar. Salah seorang daripada mereka, Basil, kekal berada dalam bank tersebut sehingga semua staf pulang dan memberikan jalan masuk kepada yang lain melalui pintu kecemasan.

4. Menuruni lubang kecil melalui lif

Tak ada yang mudah dalam dunia ini, termasuk rompakan. Walaupun sudah berjaya memasuki premis, masih banyak yang perlu dilakukan. Setelah berada dalam premis, mereka menaiki lif dan berhenti di tingkat dua. Lif tersebut kemudiannya digodam, dan dibawa turun ke bawah tanah, di mana terletaknya bilik kebal.

Pintu keluli yang memisahkan lif dan bilik kebal dikopak dan penggera kecemasan dipadamkan dengan memotong wayar telefon. Walaupun penggera tersebut memberikan amaran kepada syarikat terlibat, namun rompakan itu tak sempat dihalang. Sebanyak 3 lubang ditebuk yang mampu dilepasi oleh mereka. 

Mereka kemudiannya merangkak memasuki lubang yang ditebuk bersaiz 25 x 45 sentimeter. Perompak yang melepasi lubang itu kemudiannya memecahkan peti besi dan memberikan barangan tersebut kepada mereka yang di luar bilik kebal.

5. Gerudi rosak, dan perlu kembali semula

Menurut ketua perompak, Brian Reader, yang berpengalaman dalam rompakan ketika muda, jika anda ingin merompak berlian, anda perlukan gerudi berlian. Jadi beliau mencari gerudi apa yang boleh dibeli online, dan menjumpai gerudi Hilti DD350.

Pada cubaan pertama, mereka melakukan gerakan seperti di atas, dan menggerudi 3 lubang pada dinding bilik kebal yang setiap satunya mengambil masa 30 minit. Namun, mereka tersilap langkah. Lubang yang digerudi terhalang oleh sebuah kabinet keluli, menyebabkan lubang itu terhalang.

Mereka ingin menebuk lubang kedua, namun gerudi tersebut mengalami kerosakan, menyebabkan mereka terpaksa datang semula keesokan harinya dengan gerudi baru.

6. Sorok hasil rompakan dalam tong sampah

Ketika mula-mula sampai di premis itu, kumpulan ini keluar dari sebuah van putih, beg plastik, alatan dan tong sampah. Barang-barang ini kemudiannya ditinggalkan di pintu kecemasan, tempat mereka masuk kemudiannya.

Kamera Litar Tertutup (CCTV) menujukkan mereka kemudian keluar semula dari premis dan memasukkan semula barang-barang tersebut ke dalam van, dan tong sampah tersebut kelihatan lebih berat dari sebelumnya. Disebabkan mereka berpakaian seperti pekerja selenggara, tak ada siapa yang menyesyaki apa-apa.

7. Tak dapat dikesan selama sebulan

Walaupun akhirnya datuk-datuk ini berjaya diberkas, namun mereka sempat menikmati hidup sebagai jutawan selama lebih daripada sebulan. Pihak berkuasa terus melakukan siasatan selepas kejadian itu berlaku, dan tak mengambil masa yang lama untuk mendapat mengetahui identiti mereka. Namun disebabkan perancangan yang rapi, agak sukar untuk pihak polis menemukan penjenayah ini. 

Polis terpaksa menjejaki kereta, memeriksa gambar-gambar dan memasang kamera serta mikrofon untuk merakam perbualan bagi memerangkap warga emas ini.

8. Perancangan yang sangat lama

Jenayah ini bukannya biasa-biasa dan memerlukan perancangan yang rapi dan menguji kesabaran. Ia mengambil masa 3 tahun. Orang pertama yang mencadangkan idea ini adalah Daniel Jones. Ia bermula sebagai angan-angan, namun beliau asyik teringatkan idea tersebut. Disebabkan beberapa yang lain berminat, tinjaun mula dilakukan.

Mereka melakukan tinjaun mengenai waktu bekerja Hatton Garden, bagaimana pekerja bergerak dan salah seorang daripada mereka pernah berpura-pura untuk menyewa peti besi di premis tersebut. Ia memberikan mereka gambaran bagaimana susur galur bilik kebal itu. Setelah bersedia, David Jones mula mencari dan membeli peralatan melalui atas talian.

9. Salah seorang daripada mereka menaiki bas warga emas ke tempat kejadian

Ketika yang lain sedang sibuk untuk menyewa kereta untuk ke tempat rompakan, Brian Reader, ahli paling tua, hanya tenang mencari laluan bas yang perlu dinaikinya. Disebabkan usianya yang cukup tua, beliau menerima pas bas warga emas percuma.

Pada 2 April 2015, malam pertama cubaan merompak, ahli lain bergerak dalam beberapa kumpulan. Namun Brian bergerak seorang diri, dengan menunggu di perhentian bas No.96 di Kent, berdekatan dengan rumahnya. Beliau kemudiannya menaiki bas, meleretkan kad warga emas, dan mengharungi perjalanan selama 80 minit ke Hatton Garden.

Banyak kebaikan menjadi orang tua. Salah satunya adalah kemudahan pengangkutan awam percuma. Sebagai yang paling tua dalam kumpulan, Reader hanya menggunakan bas sebagai medium bergerak ke lokasi rompakan dan menggunakan sepenuhnya kemudahan percuma yang sedia ada.

10. Rujuk buku bagi menyempurnakan rompakan

Walaupun mereka profesional, namun ia tidak membuatkan mereka tidak perlukan bantuan bagi melakukan jenayah besar ini. 

Selepas mereka ditangkap, pihak polis melakukan serbuan ke rumah-rumah ahli ini dalam misi mencari hasil rompakan. Apa yang mereka jumpa dalam serbuan itu agak mengejutkan, dan lucu. Sebuah buku "Forensics For Dummies" dijumpai, dipercayai digunakan untuk mengkaji teknik penyiasatan pihak polis, dan cara untuk elak diri daripada ditangkap. Memang bijiak.

11. Melakukan perancangan di pub

Jika anda menonton filem rompakan, biasanya perancangannya dilakukan di tempat-tempat rahsia dan tersembunyi, apatah lagi perancangan rompakan terbesar dalam sejarah British. Namun, bagi kumpulan datuk ini, mereka lebih selamba dan relaks dengan berbincang di pub, atau di kedai mamak jika di Malaysia.

Pub "The Castle" di Islington menjadi lokasi pilihan perbincangan sebelum melakukan rompakan. Dan selepas berjaya merompak, mereka kembali ke pub itu untuk berbincang bagaimana untuk membahagikan hasil rompakan dan apakah yang akan mereka lakukan dengan hasil tersebut. Pub ini kini masih dibuka dan para pekerja dilarang untuk bercakap mengenai rompakan itu.

Namun, ia menjadi lokasi hangat oleh pengunjung, bagi mereka yang kagum dan ingin melihat tempat yang menjadi lokasi perancangan rompakan itu.

12. Rekod jenayah masa lalu

Kebanyakan daripada ahli kumpulan ini adalah penjenayah profesional yang pernah meringkuk dalam penjara akibat kes rompakan. Brian Reader pernah dipenjarakan selama 8 tahun setelah didapati bersalah merompak jongkong emas bernilai RM147 juta di Lapangan Terbang Heathrow pada tahun 1983.

Terry Perkins juga adalah satu nama yang terkenal kerana terlibat dalam rompakan Security Express dan RM34 juta wang tunai lesap, pada tahun yang sama. Terry dipenjarakan selama 22 tahun disebabkan kesalahan itu, dan apabila keluar, beliau seolah-olah bersedia untuk melakukan jenayah yang lebih besar.

Manakala John Collins dan Danny Jones juga mempunyai banyak sabitan jenayah dan mempunyai rekod jenayah yang sangat kuat.

13. Menyimpan hasil rompakan

Selepas berjaya merompak, cabaran seterusnya adalah mencari di mana untuk menyimpan hasil rompakan yang bernilai jutaan ringgit.

Ada di antara mereka yang menyimpan hasil rompakan di rumah, dan ironinya, ada yang menyimpannya di peti besi. Namun, salah seorang daripada mereka lebih bijak. Danny Jones telah mengambil bahagian rompakannya dan menanam kesemuanya di kubur ahli keluarganya. Ia kekal di situ sehingga polis mengorek dan menemukannya.

14. Kesilapan yang membawa kepada penahanan

Pada cubaan pertama merompak, mereka menggunakan kereta dan van yang disewa, manakala Brian menaiki bas. Mereka sangat teliti dalam menyembunyikan identiti termasuklah menggunakan walkie-talkie dan mengelak wajah daripada dirakam CCTV. Namun ketika cubaan kedua, mereka melakukan satu kesalahan yang paling asas, iaitu salah memilih kereta untuk melarikan diri.

Mereka menggunakan kereta yang didaftarkan atas nama Kenny Collins. Kereta tersebut digunakan banyak kali melalui Hatton Garden ketika mereka melakukan tinjauan dan perancangan. Lebih buruk, kereta itu dipandu ke tempat kejadian pada malam rompakan kedua. Jelas kelihatan no plat kereta dan pihak penyiasat berasakan ia adalah klu terbaik bagi mereka, dan sebulan kemudian, perompak-perompak ini diberkas. 

15. Seorang ahli masih bebas

Walaupun kumpulan ini berjaya ditumpaskan, namun masih terdapat seorang suspek yang masih dikehendaki polis. Disebabkan ahli kumpulan yang lain setiap dan tak buka mulit, beliau dikenali sebagai Basil masih bebas di dunia luar. Basil mempunyai rambut kemerahan yang cerah, tinggi dan kelihatan lebih muda daripada yang lain. Sebanyak £20,000 (RM114,000) ditawarkan kepada mereka yang boleh memberi maklumat mengenai Basil.

Ada teori mengatakan beliau kini di Rusia dan sedang diburu mafia oleh kerana kumpulan mafia itu juga menyimpan barangan di Hatton Garden. Ada juga mengatakan beliau di Panama, dan juga di London. Walaupun ada yang memberi petunjuk mengenai Basil, namun beliau masih bebas sehingga kini.

16. Disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman

3 daripada mereka iaitu Kenny Collins, Daniel Jones dan Terry Perkins didapati bersalah atas konspirasi melakukan rompakan dan dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun. Carl Wood dan William Lincoln pula didapati bersalah atas konspirasi menyembunyikan, menukarkan atau memindahkan harta jenayah dan dijatuhkan hukuman 6 dan 7 tahun penjara.

Hugh Doyle yang didakwa atas kesalahan yang sama walaubagaimanapun dihukum 21 bulan penjara. Ketua kumpulan ini, Brian Reader dijatuhkan hukuman 6 tahun penjara, dan ahli ke-8, Jon Harbinson didapati tidak bersalah.

17. Kisah ini difilemkan

Disebabkan kisah ini tersangat popular, ia telah dilakonkan semula dalam sebuah filem "The Hatton Garden Job" yang ditayangkan pada April 2017. Walaubagaimanapun ia mendapat ulasan dan maklum balas yang teruk, membuatkan ramai berfikiran masih ada peluang untuk menghasilkan filem ini kali kedua dengan lebih menarik.

Jumaat, 23 November 2018

Lubang Hitam di angkasaraya

Lubang hitam merupakan suatu objek yang aneh dan sangat menarik untuk dipelajari. Albert Einstein merupakan orang pertama yang meramalnya dalam General Theory of Relativity pada tahun 1916. Akan tetapi, John Wheeler yang menemuniya pada tahun 1971. Lubang hitam merupakan suatu ruangan yang di tengah-tengahnya mengandungi titik ketumpatan yang tidak terhingga, yang dipanggil ketunggalan (singularity). Semua objek akan ‘ditekankan’ ke suatu titik yang tinggi ketumpatannya. Di sekitar kawasan sfera ketunggalan, tarikan graviti adalah begitu besar sehingga tidak ada apa-apa objek boleh terlepas apabila memasukinya termasuk cahaya. Lubang hitam itu hanya boleh dikesan melalui perilaku bahan di sekelilingnya dimana setakat ini yang biasa ditemui adalah cakera gas dan debu berputar di sekeliling lubang, materi jet yang panas dan berkelajuan tinggi atau sinaran (seperti X-ray) pemancar yang jatuh ke dalam lubang.

Terdapat tiga jenis lubang hitam yang utama iaitu ‘supermassive’ lubang hitam, ‘stellar' lubang hitam dan ‘intermediate’ lubang hitam. ‘Supermassive’ lubang hitam boleh mempunyai berat bersamaan berbilion matahari dan ianya wujud di pusat-pusat sesuatu galaksi, termasuk galaksi kita sendiri. Kejadiannya masih belum difahami, tetapi kewujudannya merupakan hasil sampingan proses pembentukan galaksi. Manakala, lubang hitam ‘Stellar’ terbentuk daripada sisa-sisa runtuhan/kematian bintang yang sangat besar dan meletup. Ianya biasa terjadi dalam semua galaksi. ‘Intermediate’ lubang hitam pula terbentuk apabila bintang-bintang di dalam kluster berlanggar sesama sendiri didalam suatu rantaian. Lubang hitam boleh bersaiz besar atau kecil dimana yang paling kecil sebesar atom tetapi berjisim seperti gunung. Lubang hitam bukanlah berlegar-legar di angkasaraya untuk ‘menelan’ bintang, bulan dan planet-planet. Tiada lubang hitam yang dekat pun berada dalam sistem suria kita. Suatu fakta lagi adalah, lubang hitam bukanlah ‘menyedut’ objek disekitarnya, tetapi objek tersebut ‘jatuh’ padanya kerana ‘spacetime’ meleding pada objek berketumpatan besar. Jika dahulunya teori menyatakan graviti akan menegangkan objek tersebut sehingga hilang dan akan ‘mati’ sebelum melintasi event of horizon, tetapi kini (pada tahun 2012) 'Quantum Theory' menunjukkan kesan quantum menghasilkan ‘dinding’ yang membakar pada event of horizon dan membakar sehingga ‘mati’. Boleh rujuk laman sesawang kertas jurnal tersebut.

Teorinya:
Selepas penerbitan ‘The General Theory’, ahli Fizik German Karl Schwarzchild (1873-1916) menemui penyelesaian matematik kepada general teori tersebut yang mengesahkan kewujudan lubang hitam (ianya diberi nama pada sekitar 1967). Pada awalnya, ide tersebut memberitahu tentang kewujudan suatu objek yang pelik di angkasaraya, sehinggakan Eisntein menyangkalkannya. Secara pelahan, ide kewujudan objek berketumpatan besar ini mula diterima pakai dan menjadi suatu objek yang penting. Ianya diterbitkan dari formula ‘kinetic energy’ dan ‘gravitational potential energy’. Menyamakan kedua-dua energy tersebut akan terbit suatu persamaan menunjukkan ‘escaping velocity’. Apabila halaju tersebut digantikan dengan halaju cahaya maka r_S ini disebut sebagai ‘Schwarzschild radius’:

r_S=2GM/c^2

Tiada satu pun koordinat fizikal sebenarnya membesar sehingga  ‘Schwarzschild radius’, dan objek yang menuju ke arah M akan notis tiada perubahan dalam gerakannya kerana ia melintasi ‘Schwarzschild radius’. Apabila objek jatuh, ‘general relativity’ meramalkan bahawa masa bergerak lebih perlahan, berhenti sepenuhnya apabila objek mencapai ‘Schwarzschild radius’. Objek itu kelihatan beku di lokasi tersebut selamanya. Ketika mana objek itu jatuh, cahaya yang terpancar semakin ‘red-shifted’, dan menjadi tak terhingga pada r = rs, oleh itu objek ‘hilang’ dari pandangan. Pemerhati luar tidak  boleh mendapatkan sebarang ‘maklumat’ tentang objek tersebut apabila ia melintasi ‘Schwarzschild radius’. Atas sebab itu, ‘Schwarzschild radius’ sering dipanggil ‘event of horizon’. Satu objek yang mempunyai jisim terletak pada jejari rs dikatakan sebagai lubang hitam. Untuk membentuk lubang hitam, objek tersebut harus dimampatkan kepada kepadatan luar biasa. Untuk itu, bumi boleh menjadi lubang hitam sekiranya dimampatkan dalam radius sfera kurang daripada 1cm, dan matahari  kepada 3km besarnya!

Jejari bintang pada masa medan graviti menjadi cukup kuat untuk foton terperangkap dipanggil ‘Schwarzschild radius’. Apabila bintang runtuh dan merosot dalam ‘Schwarzschild radius’, ia dikatakan telah melintasi ‘event horizon’. Ini adalah kerana pemerhati luar tidak dapat melihat apa-apa yang berlaku kepadanya selepas itu. Oleh kerana kita tiada daya untuk melihat apa yang berlaku di dalam ‘event horizon’ itu, maka tiada kuasa juga yang boleh menghentikan kejatuhan/kematian bintang tersebut, dan kita beranggapan keadaan itu terus berlaku. Jisimnya tertumpu pada pusatnya, yang dipanggil ketunggalan, kerana secara matematik ianya dipanggil ‘satu titik’.

Lubang hitam adalah penting untk difahami kerana ianya suatu ‘jambatan’ untuk menghubungkan ‘Theory of Relativity’ dan ‘Quantum Theory’ yang sudah lama diimpikan untuk membentuk ‘Theory of Everything’. Beberapa cara untuk ‘mententeramkannya’ juga telah diketengahkan, termasuklah ‘String Theory’, ‘Quantum Gravity’, ‘M-Theory’ dan lain-lain. Sungguhpun demikian, masih belum lagi detemuinya.

Wallahua’lam.

-yang terhad pengetahuannya, HA-

Rujukan:
Theodore P. Snow (1991). The  Dynamic Universe An Introduction to Astronomy 4th Edition. West Publishing Company US.
Kenneth Krane (1996). Modern Physics 2nd Edition. John Wiley & Sons, Canada.
Stephen Hawking (1995). A Brief History of Time from Big Bang to Black Holes. Bantam Books, UK.
John D Barrow (1994). The Origin of the Universe . The Orion Publishing Group, London.
Christopher Potter (2009). You Are Here. HarperCollins, New York.
Lee Smolin (2013). Time Reborn. Mariner Books, Boston.
http://www.nature.com/news/astrophysics-fire-in-the-hole-1.12726
http://www.space.com/15421-black-holes-facts-formation-discovery-sdcmp.html
http://www.sciencealert.com/10-mind-blowing-scientific-facts-about-black-holes

Gambar-gambar diambil dari:
http://spaceplace.nasa.gov/black-holes/en/
https://www.nasa.gov/mission_pages/swift/bursts/new-black-hole.html
http://www.telegraph.co.uk/news/science/space/11947040/Animation-shows-what-a-black-hole-does-When-a-star-gets-too-close.html
http://www.skyandtelescope.com/astronomy-resources/how-big-is-a-black-hole/

Khamis, 8 November 2018

KENAPA INDONESIA TIDAK MEMPUNYAI SULTAN?

KENAPA INDONESIA TIDAK MEMPUNYAI SULTAN?

Jam 12 malam 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur. Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk menyertai gagasan Indonesia.

Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan pendatang luar.

Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula menguasai parti politik dan juga membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh atau Parti Komunis Indonesia.

Istana Darul Aman, Tanjung Pura, milik Kesultanan Langkat, di tahun 1930an. Kini ia musnah hancur akibat fitnah puak yang melaungkan 'Ketuanan Rakyat' yang semata-mata mahukan kuasa bersama-sama berbelas-belas istana kesultanan lain di Sumatera Timur. Rakyat Sumatera Timur kini menyedari kesilapan yang telah dilakukan oleh datuk nenek mereka terdahulu.

Akibat jarak dan kegagalan Sukarno berhubungan dengan sultan-sultan Melayu di Sumatera bagi mendapatkan kepastian mereka dalam pernyataan sokongan kemerdekaan dari Belanda, Timbalan Gabenor Sumatera yang dilantik, Amir Syarifuddin (salah seorang pro-komunis) tiba di Serdang dalam negeri Asahan dari pulau Jawa dan menghasut para penyokong komunis supaya menghapuskan kuasa Sultan dan bangsawan di istana mereka di Serdang. Dia merupakan seorang penulis yang merupakan redaksi majalah Pemoeda Soematra.

Secara diam-diam, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk menghapuskan monarki kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan. Mereka kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk menghasut rakyat dengan laungan ‘Daulat Rakyat’ bagi melawan laungan ‘Daulat Tuanku’. Selain itu, isu bahawa Raja-Raja Melayu ini mempunyai hubungan baik dengan Belanda dimainkan kononnya pihak istana memeras dan menindas rakyat.

Muslihat ini dilakukan setelah Gabenor Sumatera yang dilantik, Tengku Muhammad Hassan beserta rombongan dengan 7 buah kereta , bertolak dari Medan pada 6 Februari 1946 melalui Brastagi dan Sumatera Tengah menuju ke Sumatera Selatan, dan mengikut rancangan, akan kembali ke Medan pada 22 Mac 1946.

3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang kebanyakan rakyat pendatang, telah dipimpin oleh orang-orang komunis kiri PKI dan mengajak bersama-sama mereka PNI dan Pesindo, menyerbu istana dan pejabat kerajaan Melayu dan mengumumkan bahawa kerajaan Melayu telah dihapuskan oleh rakyat Indonesia.

Pembunuhan terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain, di lakukan oleh orang ramai yang pro-komunis yang dipimpin Parti Komunis Indonesia.

Penyerbuan itu merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa yang digelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu.

Kesemua sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang Sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis.

Hampir separuh penduduk negeri-negeri ini terdiri dari kaum pendatang yang didatangkan sebagai kuli di ladang-ladang.

Di tempat lain, istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota Binjai diserbu dan dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan Indonesia yang terkenal, Tengku Amir Hamzah. Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa dan yang lebih memilukan lagi pemerkosaan dilakukan di depan mata baginda Sultan Langkat, dan putera mahkota yang masih muda hilang entah ke mana.

Kekejaman ini dilakukan oleh seorang pemimpin PKI bernama Marwan dan pengikut-pengikutnya.

Kesultanan Langkat adalah kesultanan paling kaya dan mewah di Sumatera kerana mempunyai hasil petroleum dan jika istana Sultan Langkat yang hangus dibakar itu masih berdiri, ia merupakan khazanah yang tinggi nilainya untuk orang Melayu sedunia.

Kerabat-kerabat lelaki di negeri Asahan dibunuh kesemuanya termasuk isteri Tengku Musa dan anaknya. Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenalpasti sebagai kerabat raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunuh dengan kejam di Asahan sahaja.

Mereka kemudian menangkap semua kerabat-kerabat diraja Melayu di beberapa daerah terdiri dari perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan di Simalungun dan Tanah Karo, disiksa, dihina dan dibunuh.
Indonesia pada waktu ini seolah-olah menyokong kekejaman ini sehinggakan dua generasi orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka.

Mereka takut mengaku Melayu, takut memakai baju Melayu dan menambah gelaran Batak di depan nama mereka supaya boleh bersekolah atau diterima di pejabat kerajaan. Mereka menghilangkan gelaran Tengku atau Wan karena takut dicaci sebagai kerabat raja.

Akhirnya, selepas 19 tahun, pada 30 September 1965, terjadilah rampasan kuasa oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan Jenerel Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia. Puak pro-komunis Indonesia menerima nasib yang sama dianggap sebagai balasan kepada apa yang telah mereka lakukan ke atas Sultan-sultan Melayu di Sumatera.

Hampir 2 juta puak pro-komunis Indonesia telah dibunuh oleh tentera Indonesia dan sebahagian besar pemimpin Parti Komunis Indonesia di Sumatera Timur terbabit mencetus ‘Revolusi Sosial 1946’ di Sumatera Timur dengan membunuh para Sultan dan kerabat diraja serta merompak istana-istana, ditangkap dan dibunuh oleh tentera dan juga rakyat.

Sinar bagi orang Melayu di Sumatera Timur kembali pada tahun 1971 apabila pemimpin masyarakat Melayu Sumatera Timur yang dilindungi oleh Panglima Komando Wilayah Sumatera, Leftenan Jeneral Ahmad Tahir, telah mengumpul dan menyatukan sebanyak 17 organisasi masyarakat Melayu dan membentuk payung organisasi bernama MAJLIS ADAT BUDAYA MELAYU INDONESIA (MABMI) .

Sehingga kini, adat budaya Melayu masih banyak yang hilang akibat terputusnya dua generasi pada masa mula revolusi sosial dan sepanjang zaman pemerintahan Sukarno. Walaupun kini telah ada yang berusaha menggali khazanah budaya Melayu Sumatera Timur tetapi itu belum cukup tanpa bantuan dari orang orang Melayu di seluruh penjuru dunia.

Para pecinta sejarah Indonesia kini menyesali keterlanjuran masyarakat yang mudah ditipu oleh pihak komunis yang kononnya pro-rakyat yang meniup fitnah demi merampas kuasa pemerintahan dengan jalan mudah.

Tengku Amir Hamzah, Pahlawan ulung wafat setelah dipenggal kepala di Kuala Kegumit. Beliau tidak lari saat nak dibunuh , beliau berkata " lari dari binjai patik pantang,Patik ialah keturunan Panglima, kalah di gelanggang sudah biasa".

*Di Malaya, bersyukurlah kita di atas kegagalan Gagasan Indonesia Raya*

*Jika tidak, belum tentu apakah nasib Islam, Melayu dan Raja-raja.*

HATI HATI DENGAN YANG NAMANYA ''PEJUANG RAKYAT''..PADAHAL MEREKALAH GUNTING DALAM LIPATAN.

Baca sejarah jatuh nya raja raja melayu di indonesia. Jangan biarkan sejarah disana jadi disini.

Anak perempuan

Bila ada anak perempuan.

Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan.
Jujur
Masa dia kecil kecik dulu
Tak rasa sangat cabarannya
Tapi bila dah besar makin terasa cabarannya

Mak sentiasa pesan,
Ada anak perempuan jangan ambil mudah..
Jangan buat tak endah
Tanggungjawab nya berat
Tugasnya amat besar

Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki

Bila ada anak perempuan
Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi seksi
Wajib diajar anak bertudung litup
Tidak cukup mengajar anak berpakaian sopan.
terdedah sana sini
ketat menonjol
Ajarkan mereka erti malu
Ajar pakai yang sopan sopan
Besederhana menikmati zaman kanak kanak

Bila ada anak perempuan
Tak boleh dibiar tidur sana sini
Harus diajar tidur setempat di dalam bilik
Bahayanya ada dimana mana
Jangan percaya kepada sesiapa

Bila ada anak perempuan
Ajarkan mereka sentuhan selamat
Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat
Jangan biarkan anak berseorangan
Sentiasa temani mereka
Biar kita susah hari ini
Dari menangis dikemudian hari

Bila ada anak perempuan
Ajarkan mereka tentang harga diri
Ajar mereka untuk sayang diri sendiri
Kerena diri mereka sangat berharga

Bila ada anak perempuan
terangkan kepada mereka tentang haid,
dan kehamilan bila mereka sudah baligh
Usah malu untuk memberi ilmu
Bimbang mereka cari di tempat salah

Bila ada anak perempuan
Pilihlah rakan untuk mereka
Kenali juga siapa kawan mereka
Rakan yang baik menjadi penguat
Rakan yang nakal menjadi pemusnah

Bila ada anak perempuan
Selalu lah diperiksa handphone mereka
Apa yang dikongsi
Apa yang ditulis
Ambil tahu

Bila tiba saat kau lepaskan mereka-Hidup berjauhan
Sentiasa ingatkan mereka
Jagalah diri baik baik
Jagalah maruah diri
Jagalah maruah keluarga

Biarlah orang kata kita kolot
Biarlah orang kata kita syadid

Bila ada anak perempuan
Berdoalah,
Mohon dijaga kehormatan diri mereka
Mohon dijaga keselamatan mereka
Moga moga Allah jaga dan lindung..

Perkongsian utk kita bersama ibu ayah🌹

Isnin, 29 Oktober 2018

ILLUMINATI : WAJAH SEBENAR ARAB SAUDI

Illuminati telah mencipta dua bentuk gerakan yang menekan masyarakat. Pertama, Demokrasi Liberal, untuk Barat menentang Keganasan dan kedua, gerakan politik berwajahkan Islam. Kedua-dua gerakan ini akan memaksa kita bergerak ke arah objektif akhirnya iaitu New World Order.

Strategi Freemason ialah merosakkan Islam dlm islam itu sendiri. Mereka merosakkan islam dan sunnah yg di bawa Rasulullah dgn islam versi mereka iaitu Wahhabi. Mereka berjaya merosakkan Mekah dengan binaan2 yg menutup kebesaran Kaabah dan dari kota ibadah menjadi kota perlancongan. Segala peninggalan Rasulullah dimusnahkan atas alasan bidaah, tetapi artifak berhala tidak pula dimusnahkan, malah dipelihara dalam muzium dan menelan belanja berbillion2. Skrg raja dh mati, akan berlakulah perebutan kuasa pemerintahan dan apa yg tertulis dlm Quran akan berlaku

Negara Arab Saudi lahir dari konspirasi Illuminati sempena nama Bani Saud. Keluarga Ibnu Saud adalah Freemason keturunan Yahudi (Bani Al-Masalikh) dan dipilih sendiri oleh Rothschild.

Siapakah Rothschild???

Rothshchild adalah penaja utama organisasi penyembahan syaitan terbesar didunia iaitu Illuminati.
Rothschild adalah keluarga paling kaya dan berkuasa didunia, dan mereka bekerja untuk Al Masih Ad Dajjal.

Raja Fahd dan Queen Elizabeth ibu kepada George W Bush yang juga benih asli dari keturunan Firaun. Kematian Puteri Diana telah dirancang oleh Queen Elizabeth.

KAABAH KINI SUDAH DIKEPUNG YAHUDI – FREEMASON

Ketika ini seluruh umat islam didunia menumpu perhatian pada krisis di Mesir dan Syria…tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka Fasa berikutnya…Tahukah anda,sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin….sebaliknya MEKKAH dan MADINAH….dan Tahukah anda MEKAH dan MADINAH kini telah dikepung secara sistematik oleh Yahudi – Freemason?

Kemunculan fahaman Wahhabi yang dicetuskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab An-Najdi pada era perang dunia pertama, gerakannya turut dibiayai oleh Rothschild, Rockefeller dan anak-anak Dajjal yg sama utk memberontak kepada khalifah Turki Uthmaniyyah.

Hasilnya, kaum Quraisy dan umat Islam telah dibunuh dan dihalau beramai-ramai oleh tentera Wahhabi yang dianggotai oleh orang-orang Arab Badawi (Arab kampung barbaric) Najd dan bani Sa’ud.

Natijahnya lagi, kaum Quraisy yang memerintah Mekah Madinah selama seribu tahun lebih sejak zaman Rasulullah telah dirampas kaum Wahhabi dari bani (keturunan) Sa’ud yang merupakan keturunan Yahudi yang tinggal di Hijjaz (semenanjung Arab).

Aqidah Wahhabi = Aqidah Yahudi. Yahudi memperalatkan Wahhabi untuk menjauhkan umat Islam daripada Rasulullah SAW dan ahli keluarganya serta menjauhkan umat Islam daripada Islam itu sendiri. Walaupun nampak secara zahir seolah2 untuk mendekatkan umat Islam dengan Islam, hakikatnya jauh sama sekali.

Tak percaya? Pergi sajalah ke Mekah dan Madinah. Orang ramai sudah tidak tahu mana satu makam isteri Rasulullah, mana satu makam sahabat2 Rasulullah dan sebagainya. Rumah S.Khadijah R.A dijadikan tandas awam.

Itulah antara bukti2 Allah Ta’ala nak zahirkan yang Wahhabi adalah pembenci Rasulullah SAW dan ahli keluarga Baginda SAW sekalipun 5 waktu sehari semalam tak pernah tinggal solat.

Di antara Umat Islam yang paling banyak dibunuh adalah Keturunan Rasulullah SAW. Namun ada diantara keturunan Rasulullah SAW yang sempat melarikan diri ke Malaysia dan Indonesia.

Jadi adakah tak relevan bila ada teori kata bani tamim dan imam mahdi berada di nusantara? Rasulullah pernah bersabda umatku akan bangkit dari timur.

Peninggalan Rasulullah SAW dimusnahkan supaya Umat Islam tidak lagi membesarkan Rasulullah SAW dan keturunannya. Apa yg kita dpt lihat hari ini tinggalan nabi Muhamad S.A.W spt rambut, kasut, serban dll….itulah harta Rasulullah yg sempat diselamatkan keturunan beliau.

Tanah arab atau kita gelar sebagai Hijjaz memang didiami oleh keluarga Rasulullah, keluarga para Sahabat dan orang Quraisy sejak.zaman Rasulullah hinggalah Allah datangkan fitnah dajjal yakni tentera Wahabi/Salafi yang membunuh dan mengusir keluarga Rasulullah dan bani Tamim dari Hijjaz.

Pengusiran keluarga Nabi dan orang Quraisy oleh tentera Dajjal (Wahabi) ini telah dirakamkan.dalam hadis Rasulullah saw yang berbunyi,

Dari Ibnu Mas”ud RA, katanya, “ketika kami berada di sisi Rasullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari.kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah.Aku pun bertanya, “Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?” Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia.Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji.Sesungguhnya dia adalah al- Mahdi.”(Ibnu Majah)

Ketika berada di negara Saudi, kita akan merasakan banyak amalan yang terkait dengan Rasulullah SAW akan terasa asing. Bila kita mendoakan Rasul SAW di depan makam, nanti akan terdengar suara “Ruh! Ruh!” Bila kita teruskan berdoa nanti Mutawwa (gelaran pegawai agamanya) akan halau kita atau pukul dengan tongkat yang sedia ada di tangannya.

Berkunjung di tempat kesan sejarah Nabi Muhammad mereka akan kata tiada dalam Sunnah. Istilah yang sangat popular yang mereka gunakan ialah Bidaah. Cubalah perati pendakwah mana yg tak habis2 nak bidaah kan amalan2 dlm mazhab syafie. Masih nak tutup mata?

Sejak jatuhnya khilafah Turki Uthmaniyah pada tahun 1924, kelambu Kaabah bertukar dari hijau kepada hitam sbg tanda kekalahan islam. Tahun ini genap 90 tahun kekalahan islam. Renungkan hasilnya sepanjang 90 tahun islam kalah:

TURKI : Uthmaniyah ditumbangkan dan Jatuh ke tangan Puak Sekular Ekstreme, walaupun kini diperintah Pemimpin “Islamik” Erdogan, Hakikatnya beliau hanyalah Puppet yang hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang Pengikut Setia Attaturk.

PALESTIN : yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.

IRAQ : satu-satunya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan,USA dan negara Salib dan Bantuan sulit dari Syiah (IRAN).

AFGHANISTAN : negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).

LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan
musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan Eksperimen utk mencetuskan “Arab Spring”.. Rakyatnya dihasut untuk “BANGKIT”…dibantu dengan “Bersungguh2” oleh Tentera Salib (NATO).

SYRIA : adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab2 lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah(Dajjal) dan Al- Mahdi.

MESIR walaupun “DISERAHKAN” kepada Dr. Morsi dari Ikhwanul Muslimin, kemudian dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga Umat Islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera.

LIHATLAH…DIPETA,SEMUA NEGARA DISEKELILING MEKAH N MADINAH TELAH DITAWAN DGN SISTEMATIK

Ada golongan yg tak percaya dgn fakta yang diberi tanpa mahu selidik sejarah yg benar tentang kerajaan Saudi hari ini. Mereka persoalkan kalau lah Wahabi dan bani Saud tidak benar dan sesat tak mungkin Allah izinkan mentadbir dua bandar suci ini dgan aman dan makmur. Bayangkan negeri kering kontang penuh pasir dan debu tapi kaya dan pembangunan sentiasa pesat.

Cubalah melihat semula sejarah penjaga dua bandar ini, waktu zaman jahiliyah di mana kaabah ditadbir dengan keadaan makmur oleh keturunan arab quraisy. Di dalam masjid berdekatan kaabah siap ada berhala lagi. Kota madinah boleh dikatakan ramai geng-geng yahudi.

Keamanan dua kota ini adalah dalam jagaan ALLAH S.W.T, tiada kaitan pun dengan manusia sebagai penjaga sebenarnya.

Bukankah ada satu hadith mengenai apabila dajjal dtg ke makkah dan madinah dia cuma hentak kaki dan org2 munafiq dlm tu keluar mengikutinya…tak semua di makkah itu wahabi cuma penguasa2 nya itu yg berfahaman wahabi. Cuba kita fikirkan pula kenapa Makkah aman tanpa musuh2 islam nak serang? Sebab buktinya sudah jelas. Makkah dikuasai oleh org2 mereka juga….

Tak hairan byk tempat bersejarah dihapuskan di Mekah ats alasan ada org arab buat perkara bidaah, tp sebaliknya pemimpin dia gila wang, buat pembangunan demi keuntungan diri sendiri. Bina hotel nk kalahkan Dubai. Mekah dah mcm Amerika dgn lambakan MCD, KFC, Burger king, Starbucks bersepah2.. Latest..butik paris hilton. Mekah mmg x kalah dgn NYC.

Cuba lihat sekarang di dirikan bangunan pencakar langit sebagai penantian ketibaan Al-Masih Dajjal. Siapa yang menantikan dajjal kalau bukan Yahudi-Freemason?? Kita kena kaji bukan terus menolak. Adakah ajaran Islam
sekiranya kahwin 13 isteri dan Raja sekarang ni dari isteri ke 8? Renungkan!!

Boleh rujuk pendedahan ini dari buku Min Aina Wa Ila Aina sebanyak 43 halaman buku tersebut, ditambah dengan banyak rujukan lainnya. Penulis buku berjudul ‘ Ali Saud min aina wa ila aina’ ( Ali Saud dari mana dan ke mana iaitu Muhammd Shakher menggemparkan dunia apabila mendedahkan fakta berkaitan siapa sebenarnya Dinasti Saud sehingga setiap kali berlaku konflik antara Palestin – Israel, pasti mereka diam dan bungkam.

*Muhammad Shakher akhirnya dibunuh oleh Regim Saudi kerana pendededahannya yg menggemparkan itu.

Boleh rujuk kitab tarikh najad, kitab fitnah mujassimah, kitab qarnunajd, boleh tanya penduduk asal mekah keturunan ‘ashkubi, suwaidi, khardawi, ruhaili, sa’dadi, sulaibi, alawi,…boleh tanya anak2 murid ulama asal yg mengajar dimasjidil haram syeikh musa halabi yg sanad diambil dri syeikh yasin..
boleh tanya syeikh ahmad alawi anak syeikh mohamad alawi yg ayahny di penjara dan dikenakan tahanan rumah 10 tahun sedangkan syeikh muhamad ulama asal yg mengajar di masjidil haram…boleh tanya anak2 murid asal yg veteran sekarang ini ada dekat bukit ajyad, bukit karkaz, bukit hudais dll..

Pembunuhan yg dibuat anak wahab kerana mudah mengkafirkan ulama2 asal Mekah dan Madinah yg kebanyakan keturunan Rasulullah SAW berganding bahu bersama alu su’ud nasab yahudi utk menjatuhkan empayar islam yg benar dan digantikan dengan agama wahabi sekutu yahudi…

Boleh tanya syeikh ali sobuni, boleh tanya syeikh habib zain sumait, boleh tanya sendiri mufti dia syeikh soleh fauzan yg membenarkan cerita ini…

Hudud di haramain adalah fitnah terbesar dunia…Hudud kasta… Amah indon dirogol… Yg dipancung amah indon… Perogol dari kalangan arab saudi…??Bayar denda… Beratus kes boleh tengok…

Hudud wahabi mmng dasar yahudi (Talmud)… Bkn dasar Quran

ARAB SAUDI DAH NAK JADI LAS VEGAS. TAPI KITA SIBUK DOK MAKI SYIAH DAJJAL. CERDIK PUNYA WAHABI ALIHKANKAN SERANGAN PADA MAZHAB SYIAH YG SAMA SAJA CIPTAAN YAHUDI…SEDANGKAN MEREKALAH DALANG SEBENAR!

Manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya,mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat,mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah Al A’raf Ayat 179)

SEKADAR BACAAN YG BERMINAT MENERUSKAN KAJIAN

Semoga bermanfaat...

Sabtu, 27 Oktober 2018

KISAH BERMULANYA TYPHOID

Antara Sebab Kenapa Pengendali Makanan Perlu Mendapat Suntikan Typhoid

Ia bermula dengan nama seorang wanita Mary Mallon.Beliau berasal dari Ireland kemudian berhijrah ke AS untuk mencari rezeki.Umurnya 14 tahun ketika itu. Kerja yang dilakukan adalah menjadi tukang masak untuk keluarga orang kaya. Air tangan Mary sebenarnya mampu menyediakan hidangan yang cukup menyelerakan. Malangnya, ia membawa sejenis kuman pembawa maut - bakteria Salmonella typhi (S. typhi).

Mary pada mulanya menjadi tukang masak di rumah orang kaya di Mamaroneck, New York pada tahun 1900 sebelum berpindah ke Manhattan. Kedua-dua keluarga majikannya itu mendapat demam dan cirit-birit, sebahagian gejala tifoid atau demam kepialu, manakala seorang tukang cuci meninggal dunia.

Mary kemudiannya bekerja pula dengan seorang peguam dan berhenti selepas tujuh hingga lapan orang ahli keluarga tuannya itu mengalami peristiwa sama.Persinggahan seterusnya adalah di Long Island di mana dalam masa dua minggu, empat hingga 10 keluarga majikannya dimasukkan ke hospital Mary terus bertukar-tukar majikan yang menyaksikan tiga buah keluarga lagi telah dijangkitinya.Sehinggalah pada tahun 1906 apabila satu wabak ganjil di New York menarik perhatian Dr. George Soper.

Tifoid lazimnya menyerang golongan miskin dan persekitaran kotor. Peliknya, wabak tersebut terjadi di kalangan individu berharta.
Siri penyiasatan Dr. Soper akhirnya menuding kepada seorang tukang masak yang berusia 40-an dan belum berkahwin iaitu Mary.
Dia berjaya dijejaki di sebuah penthouse di Park Avenue di mana penyakit itu sedang aktif. Dua pembantu rumah terlantar di wad selain turut mengorbankan anak perempuan pemilik kediaman itu. Sambil bermati-matian menafikan pernah menghidap tifoid, Mary telah memaki Dr. Soper apabila diminta contoh najisnya.

Dia turut mengugut doktor berkenaan menggunakan pisau pemotong daging, memaksa pihak polis dan pegawai kesihatan New York campur tangan membawa kepada penangkapan Mary. Kerana tidak memahami bagaimana orang sihat sepertinya boleh merebakkan penyakit, Mary cuba melawan balik dan meronta-ronta agar dilepaskan.Semasa disoal siasat, Mary mengakui dia jarang membasuh tangannya ketika memasak kerana tidak nampak apa keperluannya.

Kultur air kencing dan najisnya yang diambil dengan bantuan matron penjara mengesahkan pundi hempedu Mary dipenuhi dengan S. thypi. Mary enggan menjalani pembedahan bagi membuang pundi hempedunya itu mahupun berhenti kerja sebagai tukang masak dan tetap berdegil.Saya tidak membawa sebarang penyakit ! tegasnya.

Pihak berwajib terpaksa mengisytiharkan Mary sebagai musuh kesihatan awam nombor satu lalu mengasingkannya di dalam sebuah kotej di Bronx, tanpa dibicarakan. Dia bersumpah menjadi mangsa konspirasi kerajaannya. Bagaimanapun, dia dibenarkan bekerja sebagai tukang cuci di Hospital Riverside. Pada tahun 1910, Mary dibebaskan dengan jaminan untuk kekal dengan tugasan barunya itu. Kerana pendapatan yang tidak mencukupi, Mary yang menukar nama keluarganya kepada Brown akhirnya berpaling tadah dan untuk tempoh lima tahun berikutnya, dia terus menularkan penyakit dan menyebabkan kematian dari dapur-dapur tempat dia bekerja.

Semasa suasana kecoh berikutan tercetusnya wabak tifoid serius di kalangan kakitangan Hospital Wanita Sloan yang meragut dua nyawa dengan 25 orang disahkan menghidapinya, Mary menghilangkan diri dari dapur tempat kerjanya Tidak lama kemudian, dia berjaya diberkas di Long Island tetapi enggan bekerjasama dengan pegawai kesihatan untuk mengumpul sejarah perubatannya bagi tujuan penyelidikan.

Kedegilannya itu telah menyebabkan Mary dikuarantin seumur hidup di sebuah pulau. Popularitinya ketika itu mengalahkan celebrity Mary meninggal dunia pada tahun 1938 akibat radang paru-paru. Bedah siasat mendapati pundi hempedunya masih lagi aktif menghasilkan S. typhi sebelum disemadikan!

Mary Mallon aka Typhoid Mary dikenal pasti sebagai pembawa tifoid pertama yang sihat, tanpa menunjukkan apa-apa tanda penyakit itu. Bagaimanapun, pakar-pakar percaya, Mallon mungkin pernah beberapa kali mendapat jangkitan yang tidak berbahaya tanpa disedarinya, tetapi setiap kali itu jugalah dia sembuh. Bakteria itu kekal berada di dalam tubuh badannya dan kerjanya sebagai tukang masak memudahkan perpindahannya kepada orang lain yang memakan masakannya.Jadi,Jangan pandang remeh pada suntikan Tifoid untuk semua pengendali makanan ya.

Demam Kepialu ini bukan benda kecik, Ia boleh membawa maut !
Sebab itu Semua Pengendali Makanan diwajibkan untuk mendapat suntikan Typhoid (TY2)

Selasa, 23 Oktober 2018

HEPATITIS

PENGENALAN
Sakit hati disebabkan manusia adalah berbeza dengan sakit hati disebabkan oleh virus. Sakit hati disebabkan virus mengakibatkan keradangan dan kerosakan sel sel di hati menyebabkan kegagalan fungsi hati. Salah satu penyebab adalah virus hepatitis.

JENIS JENIS HEPATITIS
Hepatitis A adalah yang paling ringan disebabkan virus hepatitis A. Penyebaran melalui kotoran atau tinja pesakit. Gejala yang hadir adalah demam, mual, kurang selera makan, mata menjadi kuning dan urin menjadi kehitaman.

Hepatitis B disebabkan oleh virus hepatitis B yang menyebabkan keradangan hati. Apabila berlanjutan boleh menyebabkan cirrhosis atau hati menjadi keras atau lebih teruk kanser hati. Cara penyebaran melalui darah seperti ibu kepada anak di dalam perut, berkongsi jarum suntikan, transfusi darah dan hubungan seksual.

Hepatitis C disebabkan virus hepatitis C. Infeksi kronik menyebabkan parut pada hati dan pengerasan hati. Cara penularan sama dengan hepatitis B. Vaksin masih dalam kajian.

Hepatitis D disebabkan delta virus hepatitis D. Ia adalah virus cacat yang asalnya dari virus hepatitis B. Cara penularan melalui seks, jarum dan pembuatan tatu yang tidak hygiene. Tiada vaksin untuk virus Hep D tetapi vaksin untuk hepatitis B dapat mencegah virus Hep D.

Hepatitis E disebabkan virus hepatitis E. Berjangkit melalui makanan atau minuman yang terkontaminasi oleh virus ini.  Vaksin spesifik sudah ada tapi sukar didapati namun dapat dicegah dengan hygiene yang baik.

PENAWAR HEPATITIS.
Jika anda penghidap hepatitis A dan mempunyai infeksi ringan sahaja, hati anda akan pulih dalam masa dua bulan dengan sistem imun tubuh yang baik. Untuk hepatitis B juga sistem imun tubuh dapat melawan virus ini sekiranya mendapat vaksin tetapi anda boleh mengambil ubat anti viral untuk membantu penyembuhan. Sekali dijangkiti, virus hepatitis akan kekal dalam badan tapi dalam keadaan tidak aktif selagi sistem imun dalam keadaan baik

Anti viral yang biasa digunakan:
*Adefovir
*Entacavir
*Interferon
*Lamivudine

Untuk kakitangan kementerian kesihatan malaysia, diwajibkan mengambil vaksin hepatitis dari zaman kolej sampai pencen dan dipantau titer hepatitis dari masa ke semasa.

PENDIAGNOSAN HEPATITIS
-Sentuhan fizikal
-Sonogram
-CAT scan
-Liver Biopsy
-Ujian darah

UJIAN MAKMAL
Ujian saringan dimulakan dengan melihat paras enzim hati iaitu ALT dan AST.

UJIAN FUNGSI HATI
-Alanine aminotransferase (ALT) iaitu enzim utama dalam hati. Apabila hati rosak, enzim akan masuk dalam darah dan diukur dengan mesin biochemistry.
-Aspartate aminotransferase AST ialah salah satu enzim hati. Ia akan sedikit tinggi tetapi banyak penyebab lain seperti alcoholism dan dadah.
-Bilirubin akan meningkat kerana hati yang rosak tidak dapat membuang bilirubin dari badan.
-Albumin akan menurun kerana albumin adalah sejenis protein yang dihasilkan di hati. Apabila hati rosak, albumin tidak dapat dihasilkan.
-Prothrombin time akan meningkat kerana ia dihasilkan di hati. Prothrombin berfungsi membekukan darah jika anda mengalami luka.
-Ujian lain Gamma-glutamyl transpeptide, lactate dehydrogenase dan alpha feto protein semuanya untuk melihat fungsi hati.

UJIAN PANEL VIRUS HEPATITIS
Hep A antibody, Hep B antibody, Hep B antigen dan Hep C antibody. Semua ujian ini untuk mengesan kehadiran virus hepatitis.

Share untuk semua.

isteri yang berdoa untuk suami

Isteri yang bangun tengah malam minta ampun pada Allah bagi pihak suami, kerana dia tahu suami dia buat jahat, dia tahu suami dia malas solat, dia tahu suami dia buat dosa. Maka di hari kematian dia, Allah muliakan jenazahnya. Dia senyum semasa kematiannya. Suami berubah kerana doa dan kasih isterinya.

Jadi para isteri, kesalahan suami itu didoakan pada Tuhan. Bukan diceritakan. Bukan diaibkan. Lagi teruk apabila menghina suami depan anak-anak dan kawan dia. Seburuk mana pun suami, dia sebab isteri itu di terima ke Syurga, atau dihumban dalam neraka!

Dari Abdullah bin Abbas r.a, Rasulullah ﷺ bersabda: "Maukah ku beritahukan kepada kalian tentang istri-istri kalian yang termasuk penghuni Syurga? yaitu perempuan yang mencintai suaminya, mempunyai banyak anak, dan selalu meminta maaf kepada suaminya. Jika ia menyakiti atau disakiti, ia segera mendatangi suaminya dan memegang tangannya, lalu berkata: Demi Allah, aku tidak akan tidur sebelum engkau ridha kepadaku." (HR Al-Nasa'i)

Sabtu, 20 Oktober 2018

pedas

Kalau Tengah Rasa Pedas, Jangan Amalkan Minum Air Sejuk.

Sejenis sebatian dikenali sebagai capsaicin, menghasilkan sensasi rasa panas. Makanan pedas menjadi makanan kegemaran kita seharian, tanpa mengira umur, bangsa dan jantina.

Tetapi rasa pedas yang berlebihan akan menyebabkan kita berpeluh dan tidak selesa, seterusnya membuatkan kita rasa nak cari air sejuk untuk meredakan rasa pedas itu.

Tetapi tahukah anda, air sejuk yang diambil ketika pedas ini menyebabkan rasa pedas itu tidak hilang, sebaliknya meningkatkan lagi rasa pedas ?

Menurut American Chemical Society, sejenis sebatian yang terdapat dalam makanan pedas, dikenali sebagai capsaicin, menghasilkan sensasi rasa panas pada lidah sebaik sahaja ia memasuki mulut.

Sekiranya anda minum air sejuk selepas sebatian ini masuk ke mulut, sebatian capsaicin tidak mampu bertindakbalas dengan air kerana mempunyai kekutuban yang berbeza. Air sejuk hanya akan menyebabkan rasa pedas dalam mulut kita bertambah pedas !

Sebaliknya, makanan yang tidak mempunyai kekutuban, seperti susu dan produk tenusu lain, boleh melarutkan sebatian capsaicin, seterusnya mengurangkan rasa pedas dalam mulut.

Isnin, 15 Oktober 2018

DERITA ORANG PENGHUJUNG USIA

*DERITA ORANG PENGHUJUNG USIA

Ramai orang tua hidup derita sebab tak merancang!
Kalau derita sekadar di dunia ok lagi, tapi yang ditakuti derita dunia akhirat.
Di usia pencen ini tak payah lah sibuk bela kucing, cari Pokemon, ralit dengan game atau apa saja yang tak faedah.
Badan dah tak berapa larat tu eloklah buat plan ibadah agar mati dalam iman/ibadah.
Sekarang banyak majlis ilmu. Mengajilah... Refresh balik ilmu yang telah kita tinggalkan sejak dulu.

Cadangan Manfaat:

1. *Mantapkan ilmu aqidah/Tauhid* untuk memastikan aqidah kita betul sebab jika salah/syirik/kufur tanpa sedar pun kita akan masuk neraka. Akidah kunci syurga.
Mantapkan juga *ilmu feqah dan tasauf*.
Jangan asyik belajar tajwid dan taranum saja sedangkan kita dah fasih baca quran. Lain lah *kalau tak pandai baca quran, wajiblah kita belajar*.
Bagi yang dah mahir baca, ingatlah tak ada siapa nak dengar suara tua kita yg merdu tu. Yg penting *banyak tadabbur quran* dan bukan hanya baca saja tanpa faham isi alquran.

2. *Banyakkan taubat*. Taubat tak kira tempat. Di mana pun boleh taubat. Bukan di Mekah saja. Kita banyak dosa. Jangan abaikan taubat walau sehari.

3. *Qodho segala solat* yang pernah kita tertinggal, abaikan. *Perbaiki ilmu solat*. Jangan pulak masa terluang yg banyak tu kita asyik tengok drama bersiri dan drama cinta. Ingat, awak tu dah kerepot. Takde siapa main cinta dah!

4. Dapat RM pencen jangan sibuk shopping bergaya macam orang kaya2. Itulah RM belanja penyambung nyawa kita 10-15 tahun lagi. Jangan pula asyik belikan cucu2 baju pula. Sesekali tak apalah! Yg penting, guna RM untuk settle fidyah puasa dan qodha. Itu semua *hutang kita kepada Allah*. Jangan lupa *hutang pada manusia* yang belum dibayar!

5. Kalau belum ke Mekah & dah ada RM *pergilah Mekah*. Jangan sibuk renovate rumah. Duduklah rumah yang ada tu seadanya. Kalau nak repair pun repair bumbung sebab takut kena hujan.

6. *Banyakkan sedekah jariah dan wakaf*. Bukan sedekah kepada orang buta yang ada sindikit tu tapi jariah bermaksud sedekah kepada orang buat masjid, pondok ngaji dsbnya. Sedekah jariah itu akan mengalir pahalanya bila kita dikambus tanah.

7. Pagi dan petang jangan lupa buat *senaman* & *check up hospital* selalu. Supaya kita tak sakit, menyusahkn anak2 jaga kita waktu tua. Mereka pun bergelut dengan kehidupan sendiri. Kesian anak2. Bila sihat mudahlah buat ibadat.

8. *Jangan banyak tidur* sebab kita pun tak lama lagi nak tidur lama!

9. *Jangan jadi kuli anak* waktu tua. Waktu inilah anak2 yang tak fikir keperluan ibubapa, suka landingkan anak2 mereka pada kita untuk kemudahn mereka melaram pergi kenduri kahwin/shopping. Lainlah kalau sesak sesekali kerana kerja dsbnya. Tapi bukan selalu. Ingat tu!

10. *Jangan sesekali terlibat dengan bisnes!* Cukuplah pencen/simpanan yang ada tu untuk makan kita yang dah tak berapa selera ni sebab hidup kita pun tak lama. Andai kalau bangkrap, jawabnya jadi cleaner/pak guard lah kita sampai mati.

11. *Berhati2 bagi anak pinjam RM* untuk perkara yang tak penting bagi mereka. Kalau penting sangat bolehlah beri tapi pastikan mereka bayar balik! Itu RM hari tua kita. Jangan sampai kita mengemis sebab kerakusan anak2. Sayang anak biar bertempat. Jangan sesekali kita diperbodohkan.
Mereka sepatutnya perlu bijak uruskan kewangan seperti mana kita dulu yang ikat perut besarkan mereka. Terkadang anak menantu hidup ikut nafsu. Pantang ada duit sikit, shoppinglah mereka tanpa fikir masa depan anak2 mereka. Baju penuh almari. Mekap yang mahal2. Sambil perhatikan, berilah nasihat.

12. *Berziarahlah kawan2 dan sedara mara* sebab usia kita pun tak panjang. Kita pun banyak dosa dengan mereka waktu muda dulu. Mengumpat, gosip, pinjam duit tak bayar. Waktu inilah kita *tebus segala dosa* agar kita clear *dengan manusia* bila mati.

13. Akhirnya, *bersabarlah* hidup di hari tua. Ujian macam kelkatu. *Banyak ingat Allah & baca quran*. Agar kita selalu tenang hinggalah bertemu Allah.

Jangan sesekali menyusahkan orang atau anak2 asbab *kelemahan kita tak plan hidup atau berlagak sampai tua.*
Ingatkan anak2 jangan ambil kesempatan

Selasa, 9 Oktober 2018

hakikat kalimah

🌴Hakikat Kalimah🌴

Apabila kita melafazkan kalimah "la ilaha illaLLah" maka wajib kita menafikan diri kita memiliki sifat dan wajib pula kita memulangkannya kepada Allah(isbat).

Tiada kita mendengar dengan sebab telinga, melihat dengan sebab mata, berkata dengan sebab mulut, berkehendak dengan sebab hati, bergerak dengan sebab adanya tangan dan anggota, berfikir dengan adanya otak dan bernafas sebab adanya nyawa.

Sebaliknya kita hanyalah cermin tempat DIA memantulkan sifat-sifat Nya, pemilik sifat yang sebenar adalah empunya bayang...

iblis sangat Alim

IBLIS ITU SANGAT ALIM

Jika engkau bertanya tentang Al-Qur'an kpd iblis, maka iblis akan bisa menerangkan dg sangat jelas, karena iblis tau sangat mendalam ayat itu turun dari langit...

Jika engkau bertanya tentang ilmu hadist kpd iblis, maka iblis akan sangat pandai menjelaskannya,
karena iblis tau asbabul wurud dari hadist tsb....

Jika engkau bertanya tentang kisah para nabi, iblis akan dg tepat menceritakannya karena iblis sudah ada sejak nabi adam masih berada dalam surga...

iblis ahli alqur'an...
iblis ahli hadist....
iblis ahli riwayat..
iblis alim/pandai dalam segala ilmu...

Tapi iblis tdk menjadi kekasih Allah, karena dalam diri iblis ada kalimat...

AKU LEBIH BAIK DARI KAMU

Semoga sedikit ilmu yg dititipkan Allah Subhana Wa Ta'alla dihati kita tdk menjadikan kita sombong dalam segala urusan...
Juga paham bahwa ilmu tak menjamin orang pasti ta'at dan sholeh.

Yang aku takut...hatiku kian mengeras dan sulit menerima nasehat, namun
sangat pandai menasehati
Yang aku takut...aku merasa paling benar, sehingga merendahkan yang lain.

Yang aku takut...egoku terlalu tinggi, hingga
merasa paling baik di antara yang lain.

Yang aku takut...aku lupa bercermin, namun
sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.

Yang aku takut...ilmuku akan membuatku
menjadi sombong,memandang yang lain berbeda denganku.

Yang aku takut...lidahku makin lincah membicarakan aib orang lain, namun lupa dengan aibku yang menggunung dan tak sanggup kubenahi.

Yang aku takut...aku hanya hebat dalam berkata namun buruk dalam berbuat.

Yang aku takut...aku hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam mengkoreksi diri sendiri.

Yang aku takut...aku membenci dosa orang lain, namun saat aku sendiri buat dosa aku enggan membencinya.

Kiranya Allah Subhana Wa Ta'alla
senantiasa menyadarkanku sehingga lebih rajin instrospeksi diri daripada mengurusi orang lain yang belum tentu perilaku dan tutur katanya lebih baik dari diriku. Aamiin...

SELALULAH MELIHAT KE DALAM HATI

Wallahu a'lam Bishowab

Allahuma sholii 'alaa sayyidina muhammad wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa salim

kisah manusia

KISAH MANU-SIA DAN KOD KISAH KEJADIANNYA

Lama sebelum munculnya agama Islam, kitab Hindu kuno berbahasa Sanskrit, Brahma Puraan, ada menceritakan tentang MANU dan SHATARUPA sebagai makhluk pertama diciptakan.

MANU ini kemudiannya diceritakan “dicampakkan” ke BHU-MI atau EAR-TH. Selepas dicampakkan ke BHU-MI maka berkembang biaklah keturunan MANU hingga bergelar MANU-SYIA.

Dalam bahasa Sanskrit MANU bermaksud : Mahluk Pertama. Manakala perkataan SYIA bermaksud “melontar atau campak” Makanya perkataan MANU-SYIA adalah merujuk kepada MAKHLUK PERTAMA YANG DICAMPAKKAN. Si Manu itu dikatakan diciptakan Tuhan Brahma di Swarga (syurga) makanya, MANU-SYIA dari perspektif Hindu adalah merujuk kepada MAKHLUK CIPTAAN PERTAMA YANG DICAMPAKKAN DARI SYURGA.

Agama Abrahamic (Ibrahimiyah) iaitu Yahudi, Kristian dan Islam ada menceritakan hal ADAMA DAN HAWWAH sebagai makhluk pertama diciptakan.

Bahasa Inggeris menggelarkan makhluk pertama ini sebagai MAN. Sebelum adanya Islam, kitab Pantateuch (Kitab Taurat vesri Hebrew) dan kitab Bible ada menceritakan tentang kisah “FALLEN” atau makhluk yang dicampakkan ke EAR-TH selepas makan buah dari syurga.

Daripada MAN (human) atau MANU (Manu-sia) inilah kemudianya bangsa HUE-MAN (Hue : Sinaran warna dari Cahaya) beranak pinak hingga sekarang.

Selepas si MANU, pasangannya bernama SHATARUPA pula diciptakan. Dalam bahasa Sanskrit Shatarupa bermaksud ‘SESUATU YANG MENGIKUT BENTUK” (banyak bentuk). Begitu juga dengan kisah ADAMA. Selepas Adama, pasangannya bernama Hawwah pula diciptakan. Hawwah adalah perkataan Hebrew (Ibrani) yang bermaksud HIDUP.

SAINS

Dalam kajian Sains Exobiology, saintis mengatakan bahawa :

KE-HIDUP-AN (Hawwah) bermula dari TENAGA METAFIZIK YANG TIDAK DAPAT DIRUNGKAIKAN ( Pure Energy). TENAGA ini sudah sedia ada sebelum segala sesuatu yang lain (alam AHDAH). Menurut sains, TENAGA tidak boleh dicipta dan TENAGA juga tidak boleh dimusnahkan, sebaliknya TENAGA hanya boleh ditukarkan sifatnya. Tenaga ini ada frekuensinya tersendiri (E=mc2). Frekuensi ini berkembang biak dalam sistem alam TRI-NITY atau sistem BERPASANGAN tersendiri sehingga mencetuskan gelombang tenaga besar yang digelar BIG BANG atau Letusan cahaya. Letusan cahaya ini bermula dalam dimensinya tersendiri dan kemudian terus berevolusi hingga lama kelamaan cahaya-cahaya ini menghasilkan dimensi-dimensi lain (alam WAHDAH) sehinggalah DEBU-DEBU CAHAYA (Hue) ini membentuk planet-planet dan seluruh sistem cakerawala (alam WAHIDIYAH).

Debu bercahaya (Adama) ini terbina dari ATOM yang ada NUKLEUS. Nukleus ini dikelilingi Tenaga PROTON (+ve) dan Tenaga ELEKTRON (-ve). Atom ini berevolusi hingga membentuk SEL TUNGGAL. Sel yang tunggal ini kemudiaanya bermitosis (beranak pinak) menjadi SEL-SEL YANG BANYAK. Sel ini kemudiannya digelarkan sebagai "DNA" oleh saintis. DNA ini kemudianya MEMUNCULKAN SESUATU (Bhu-Mi) berupa makhluk (being) hidup yang MENGIKUT BENTUK (Shatarupa) dan makhluk (matter) yang BANYAK BENTUK (Shatarupa).

KEMUNCULAN (Bhu-Mi) segala makluk hidup (being) dan segala makhluk mati (matter) ini adalah bermula dari PERMULAAN YANG TIADA (Mi) /Tidak dapat dirungkaikan) kepada PERMULAAN YANG ADA (Fizik) dan kembali semula kepada PERMULAAN ASAL YANG TIADA - permulaan METAFIZIK.

KISAH TERSIRAT ADAM DAN HAWA ?

Adam dan Hawa adalah dikatakan ‘Bapa’ dan ‘Ibu’ yang menjadi asal permulaan kepada seluruh kejadian makhluk manusia di muka bumi ini. Kisah penciptaan DUA makhluk manusia terawal ini, ada dikisahkan di dalam kitab al-quran (2:30-38, dan 7:11-25)

Selain dari kitab al-quran, kisah seumpama Adam dan Hawa dengan buah khuldi ini juga ada tercatat di dalam pelbagai kitab-kitab kuno. Selain daripada nama Adam dan Hawa versi Arab, terdapat beberapa nama-nama lain di dalam pelbagai versi mengikut sesebuah masyarakat.

Kitab Hebrew Bible (Torah/Taurat) Yahudi mengatakan bahawa, Yahweh (nama Tuhan Yahudi) menjadikan ha’Adham (dalam bahasa Hebrew yang bermakna laki-laki) dari ‘adamah’ (debu) dan menjadikan ‘Ishshah’ (perempuan), dari secebis ‘tsela ha’Adam ‘(tulang rusuk laki-laki).

Bila ha’Adam melanggar perintah Yahweh, dia kemudiannya diturunkan ke dunia (fallen) dan terus dipanggil ‘Adham’. ‘Adham’ kemudiannya menamakan Ishshah (perempuan) itu sebagai ‘Haw-wah’ (mother of all living/ibu segala manusia).

Kristian mengenali Adam dan Hawa sebagai ‘Adam’ dan ‘Eve’ seperti yang disebutkan di dalam Genesis 1:26-30

Di negara-negara Scandinavia (pada era Viking), ada kisah ‘Ask’ dan ‘Embla’ diceritakan dalam kitab “Prose Edda : Gylfaginning” yang juga mirip kisah Adam dan Hawa.

Di dalam agama Zoroaster (agama Parsi), kitab ‘Bundahishn’ ada menceritakan tentang ‘Mashya’ dan ‘Mashyana’, cerita mirip Adam dan Hawa versi Parsi.

Kitab Veda agama Hindu ada menceritakan kisah Jiva dan Atman dan kisah Manu dan Shatarupa yang juga mirip cerita Adam Hawa dengan buah buah Khuldi.

Mitos Mangaia di kepulauan Cook Islands, ada menceritakan kisah Vatea dan Papa.
Di dalam mitos masyarakat Mouri, ada kisah Tiki dan Marikoriko.
Agama Kikuyu di Afrika ada kisah Gikuyu dan Mumbi.
Di dalam mitos Greek, ada kisah Epimethius dan Pandora .
dan... banyak lagi cerita-cerita yang seumpamanya.

MAKSUD

Di dalam bahasa Hebrew, Adam itu bermaksud ‘laki-laki’ (ada juga mentafsirkannya sebagai ‘merah’yang merujuk kepada sifat ‘tanah’ atau ‘darah, simbol kejadian laki-laki itu).

Di dalam bahasa Arab dan Bahasa Melayu, perkataan Adam itu ‘TIDAK ADA MAKSUD YANG KHUSUS’ dan merujukkan maksud itu kembali kepada ‘Nabi Adam’ seperti yang tertulis di dalam Al quran, Bible dan Torah (Taurat).

Daripada pelbagai versi cerita dan pengkisahan yang di atas, ada sesuatu yang menarik untuk diperkatakan. Di dalam kebanyakan cerita, didapati ada TUJUH persamaan ketara , iaitu :

1. ada PENCIPTA Manusia

2. ada Kehidupan awal di SYURGA/Eden/Nirvana. (Hindu menggelarnya Swarga)

3. ada NERAKA/Hell, (Hindu dan Buddha menggelarnya Narakha). Dilambangkan dengan kisah ‘diturunkan’/fallen ke Dunia

4. ada LAKI-LAKI

5. ada PEREMPUAN

6. ada BUAH/pokok (Tree of knowlegde)/ILMU

7. ada Kehendak (NAFSU/Desire) dilambangkan dengan syaitan, serpent (ular)

Para cerdik pandai dalam semua disiplin ilmu termasuk Theology (kajian Ketuhanan), Religion (agama), Sains, Sastera, Falsafah dan sebagainya telah mengkaji cerita-cerita ini dengan menggunakan pelbagai bukti saintifik dan bukti empirik (bukti dari data-data pengetahuan dan pengalaman).

1. PENCIPTA

Setiap kejadian makhluk itu bermula dengan diciptakan oleh PENCIPTA manakala PENCIPTA itu tiada permulaan dan tiada pengakhiran. Dari Dialah punca segala sesuatu bermula dan berakhir. PENCIPTA itu ‘diumpamakan’ sebagai KUASA NEUTRAL yang telah sedia WUJUD sebelum adanya tenaga POSITIF dan tenaga NEGATIF (Cina menggelarnya Yin & Yang)

2. SYURGA

Kisah penciptaan makhluk ini bermula di suatu ‘alam’ yang paling hebat. Alam ‘batin’ atau alam spiritual yang penuh dengan ‘keajaiban’. Alam yang tiada sempadan dan tiada dimensi. Alam ini hanya dapat diterokai dengan ‘diri batin’ atau ‘spiritual’ (Roh) yang dibekalkan di dalam jasad makhluk yang dicipta oleh PENCIPTA . Alam ini bersifat POSITIF. Perlakuan BAIK (+) diperlukan bagi mereka yang yang ingin menerokainya. Syurga itu lambang alam BAIK dan KEBAHAGIAAN.

3. NERAKA

Selepas bermulanya episod kehidupan di Syurga, maka bermulalah juga episod kehidupan alam neraka. PENCIPTA yang Neutral itu menciptakan segalanya mengikut KESEIMBANGAN. Bila ada POSITIF, akan wujud pula NEGATIF. Ini perlu bagi meneruskan sistem KESEIMBANGAN alam itu, tidak kira samada alam batin mahupun alam zahir. Sesuatu itu TIDAK BOLEH wujud tanpa ada Positif dan Negatif ini. Hanya PENCIPTA itu sahaja yang boleh wujud tanpa sistem keseimbangan ini.

Seperti Syurga, Neraka juga adalah ‘alam batin’ atau spiritual yang hebat dan penuh keajaiban. Neraka juga merupakan ‘alam’ yang tiada sempadan dan dimensi. Perbezaannya dengan syurga adalah, ia bersifat NEGATIF (-). Perlakuan BURUK diperlukan untuk meneroka alam ini. Neraka itu adalalah lambang alam BURUK dan KEMUSNAHAN.

Kitab agama Abrahamic/Ibrahimiyah (Islam, Kristian dan Yahudi) ada menceritakan perihal ‘FALLEN’ atau kisah ‘diturunkan’, ‘dicampakkan’ ke dunia. Kitab-kitab agama lain seperti yang disebutkan di atas, juga ada menyebutkan kisah yang hampir sama.

Persamaannya ialah : BILA ADA POSITIF, NEGATIF AKAN MENYUSUL dan BILA ADA NEGATIF, POSITIF AKAN MENYUSUL ! Sentiasa berpasangan ! Inilah Sunatullah (Undang-undang kejadian yang dicipta Allah/Pencipta). Ini diceritakan melalui watak dan perwatakan yang berbeza di dalam kitab-kitab, tetapi dengan cerita yang sama.

4. LAKI-LAKI

Adam itu disimbolkan sebagai Laki-Laki. Laki-laki itu perlambangan POSITIF, lambang BAIK, lambang kuasa, lambang kekuatan, lambang pemberi, lambang permulaan dan lambang kelahiran. Tanpa positif tiada negatif. Tanpa laki-laki tiada kelahiran!

5. PEREMPUAN

Hawa itu disimbolkan sebagai Perempuan. Perempuan itu perlambangan yang berlawanan dengan laki-laki. Lambang NEGATIF, lambang kelembutan, lambang penerima, lambang kesempurnaan.

Tiada perempuan, hidup tiada kesempurnaan. Jika laki-laki itu punca kelahiran, perempuan itu pula menyempurnakan kelahiran. Tiada perempuan, tiada juga kelahiran !

Kelahiran itu bukti PENCIPTA menzahirkan WujudNya DIA. Kelahiran itu Tanda Dia Ada! Tanda Dia Nyata! Laki-laki dan perempuan saling memerlukan untuk melahirkan. Baik dan Buruk saling memerlukan untuk menunjukkan KESEMPURNAAN. Positif dan Negatif perlu untuk mendapatkan NEUTRAL. Begitulah Sunatullah yang telah diciptakanNya.

6. BUAH/ILMU

Dalam kebanyakan kitab, BUAH yang dilambangkan adalah merujuk kepada ILMU.

Kitab Old Testament dan New Testament (nama lain bagi Taurat dan Injil) melambangkan buah ini dengan ‘TREE OF KNOWLEDGE’. Al-Quran ada menyatakan kisah buah Khuldi. Sebelum buah Khuldi itu dimakan Adam, PENCIPTA telah mengajarkan segala MAKLUMAT kepada Adam tetapi maklumat yang banyak ini belum diproses menjadi ilmu. Bila dimakan saja buah Khuldi itu, maka proses pemecahan maklumat itu pun berlaku.

Proses pemecahan maklumat itulah yang dikatakan ILMU. Bermaksud proses ‘KENAPA’ pun bermulalah. Proses mencari ‘KENAPA’ ini seterusnya berlanjutan hingga diri itu MENGENAL dan bila telah mengenal,MAKA diri itu tidak lagi bertanya mengapa. Bila KENAL, semuanya menjadi NEUTRAL semula !

Proses MENGENAL ini memerlukan pemecahan maklumat. Setiap anak ADAM itu telahpun dibekalkan dengan maklumat sewaktu awal kejadiannya. Mereka itu cuma perlu memecahkan maklumat dan jadikannya ILMU. Dengan ILMU barulah mereka dapat MENGENAL dan bila MENGENAL tiada apa lagi yang diingin kerana segalanya telah DIKENALI dan kembali menjadi NEUTRAL.

7. KEHENDAK (Nafsu)

Arab memanggil Kehendak itu sebagai Nafs. Malayu memanggil Nafsu. Inggeris memanggilnya Desire. Dalam Hindu ia dipanggil ‘Kama’. Buddha menggelarnya, ‘Tanha’. Walau apa pun jua panggilan NAMA kepada KEHENDAK ini, ia masih menceritakan hal KEHENDAK yang sama.

Kehendak ini diciptakan oleh PENCIPTA sebagai PENYEMPURNA kepada Sistem Keseimbangan (Kesempurnaan) alam diri manusia.

Tanpa kehendak, bagaimana untuk Baik dan Buruk itu dapat dirasakan?

Bayangkan jika kita tidak berkehendak kepada makan, bagaimana kebaikan dan keburukan makanan itu dapat kita rasakan? Bila ada kehendak makan, baru kita dapat merasai nikmat makanan dan KEBAIKAN nya terhadap tubuh zahir dan batin.

Bila kita ada kehendak makan yang berlebihan(buruk makan), baru kita dapat rasakan KEBURUKAN makanan terhadap tubuh, zahir dan batin. Bila kenal rasa baik dan rasa buruk perihal makan, maka sempurnalah rasa itu dalam diri. Bila sempurna rasa, apa lagi yang ingin dirasa? Tiada ! Segalanya kembali kepada NEUTRAL !

Maka, kehendak itu amat penting dalam menyempurnakan keseimbangan alam diri.
Makhluk manusialah satu-satunya makhluk yang dapat menikmati KESEMPURNAAN jika dia tahu bagaimana mengawal dan menggunakan KEHENDAK ini. Malaikat, hanya dibekalkan dengan hal KEBAIKAN (+). Syaitan hanya dibekalkan dengan hal KEBURUKAN (-). Makanya, mereka tidak dapat merasai nikmat KESEMPURNAAN yang ada pada manusia.

KESEMPURNAAN inilah NEUTRAL yang kembali kepada keadaan asalNya. Neutral yang tidak berkehendak kepada segala sesuatu. Tidak berkehendak kepada Syurga apatah lagi Neraka, kerana bila NEUTRAL, syurga dan neraka itu juga akan kembali NEUTRAL kepada PENCIPTANYA.

KESIMPULAN

Kisah Adam dan Hawa adalah kisah yang terselit seribu satu maklumat yang perlu dikupas dan diproses bagi menjadikannya ilmu. Hanya ilmu yang membolehkan kita MENGENAL !

Bila telah mengenal, apa lagi yang diingin dikenal? ADAM ! Tiada !

Adam itu maknanya Tiada !

Kelu? Tiada !
Tersenyum? Tiada !
Menangis? Tiada !
Duka? Tiada !
Bahagia? Tiada !
Baik? Tiada !
Buruk? Tiada !
Adam? Tiada !!!

Apa yang ada?

Yang ada hanya PENCIPTA yang menciptakan ADAM !

Tiada menyatakan Adam, Adam menyatakan Tiada. Kedua-duanya saling nyata menyatakan. Berpisah tidak, bersatu tiada !

Maka Mengenallah !!

AWAS !!

Jika tidak kenal, itu tanda TIDAK SEMPURNA !

Jika Tidak Sempurna, itu tanda BURUK.

Buruk itu hal NERAKA !

Maka, jika tidak Mengenal...

Tersiksalah di dalam NERAKA !!

Jika KENAL...

Nikmati saja.... segalanya kembali NEUTRAL !

Arab menggelar KENAL itu MAKRIFAH.

Maka.....

MAKRIFAH lah !

TAFSIRAN CODE MENGIKUT BAHASA

MANU-SIA (Sanskrit) : Makhluk ciptaan pertama yang dicampakkan dari syurga
SHATARUPA (Sanskrit) : Sesuatu yang mengikut bentuk/banyak bentuk
ADAMA (Hebrew) : sesuatu (debu) yang merah
ADAMU (Akkadian) : Menjadikan
ADAM (Arab) : Tiada
HAWWAH (Hebrew) : Hidup
BRAHMA (Sanskrit) : Hal suatu TENAGA atau KUASA atau TUHAN yang tidak dapat dirungkaikan/Metafizik
ATOM (Sains) : Tenaga yang darinya wujud sesuatu
NUKLEUS (Sains) : Sel yang boleh nampak (Jasad zahir)
PROTON (Sains) : Tenaga Positif (Baik)
ELECTRON (Sains) : Tenaga Negatif (Buruk)
FIZIK (Sains) : Sesuatu yang boleh difahamkan dengan teori sains
METAFIZIK : Sesuatu yang tak dapat dijelaskan secara logik

TRI-NITY (English) : Tri – Tiga. Nity : Unity – Menyatu (Tiga Dalam Satu atau Yang Banyak Menyatu dalam Satu)
Trinity perspektif Islam : Ahdah, Wahdah, Wahidiyah
Trinity perspektif Hindu : Brahma, Vishnu, Shiva
Trinity perspektif Kristian : Father, Son, Holy Spirit
Trinity perspektif Sains : Proton, Neutron, Electron

EAR-TH : Ear (English) : Telinga / alat pendengaran yang mendengar FREKUENSI.
Earth : Planet yang menghubungkan alam batin dan alam zahir dengan teknologi FREKUENSI

BHU-MI (sanskrit) :
1. Bhu – sesuatu yang muncul/menjadi
2. Mi atau Nii : Kosong/Tiada

KESIMPULANNYA

Jika sudah memahami akan apa yang diperkatakan, maka CODE di bawah ini akan DE-CODE dengan sendirinya :

Meraka yang KENAL Puncak Tertinggi (Sidratul Muntaha) dan menikmati RASA Buah ini akan dicampakkan ke BHU-MI dan kembali menjadi MANU-SIA !!

Wahai DIRI Yang Mengenal....

Sejahteralah Engkau

Jumaat, 28 September 2018

parenting

Sebenarnya masa muda atau masa  anak2 kita masih kecil inilah masa PALING KRITIKAL utk kita melatih hati @ MUJAHADAH utk menjadi ISTERI SOLEHAH yg sabar dan tenang...mengurus anak kecil sgt menguji kesabaran kita...masa inilah byk ibu2 belajar erti kesabaran, erti mujahadah. Diuji dgn suami kadang2 buat isteri stress dan ank2 menjadi mangsa? Jangan jadikan perangai suami alasan. Kerana percayalah kita pun ada perangai kita juga..sbb itu kita suami isteri dijodohkan bersama..cuba byk2 muhasabah diri dan akui kelemahan/ kesilapan kita..kita diuji bukan kerana dosa org lain tapi kerana DOSA KITA SENDIRI.

Sbb tu bila dh tua tp perangai masa muda masih sama... cpt marah, meroyan ,mengamuk.. itulah petanda masa mudanya dulu dia tidak manfaatkan kesempatan itu utk belajar mendidik hati utk bermujahadah melawan nafsu ammarah..dulu dengan ank2 terlampau garang ikutkan nafsu... melepaskan nafsu ammarah kpd anak2..tegas boleh utk mendidik Anak2, yg xboleh jangan sampai mengamuk dgn Anak2 sbb kegagalan kita mengawal nafsu..petanda lemahnya iman....kesannya dpt dilihat bila dh tua kita masih gagal kawal nafsu marah. Mahukah bila kita dh tua nnt kita dikenali dgn sifat pemarah itu? Sepatutnya org tua bersikap tenang dan menjadi tempat rujuk org muda..tp terbalik.

Bila anak2 membesar....ramai mengadu ada masalah dgn attitude anak2 selalunya yg berumur 13 tahun keatas, sedangkan itulah umur anak2 akil baligh dh mula tanggung dosa sendiri dan awal2 usia lagi anak2 dh pandai buat dosa , ramai anak ada attitude problem..kenapa ank2 xsuka ayah mereka? kenapa ank2 degil xnak dgr ckp ibu mereka? Sikap ank lebih pd membenci keadaan keluarga sendiri..lebih suka lepak dgn kawan2.....Anak2 lebih suka diluar dirumah balik rumah xda mood.

Antara Sbb paling penting kenapa ank xhormat ayah berpunca dr ibu sendiri yg bermasalah dgn suami @ ayah mereka. Bergaduh depan ank2 sampai ank nampak kekerasan ayah... banyak puncanya sbb sikap isteri yg berkasar sehingga menyebabkan suami menjadi kasar...kesan2 menjadi isteri derhaka akan effect kat ank2. Allahuakbar

anak2 ni cetakan dari ibu bapa.. apa yg ibu bapa cetak kat anak2 itu la hasil nya.. dlm mendidik anak2 ibu main peranan paling penting.. ayah tugasnya cari nafkah.. bila masing2 jalankan tanggungjawabnya dgn baik.. in shaa Allah semuanya akan jadi baik..

Rabu, 19 September 2018

mati

Untuk renungan kita bersama 👇🏼👇🏼👇🏼...

Kenapa rumah saya adik beradik x datang pun.
Saya je kena ziarah mereka.
Dan mereka "lalu" rumah saya tetapi x singgah ..

Mari saya bagi tau.

Allah SWT perintahkan kita menziarahi untuk eratkan silaturrahim. Jika kita buat kira dapat pahala. Mereka x dapat.

Bab ni kita yang pilih. Antara pahala @ kebencian @ dendam @ cemburu.

Jadi biarkan orang yang x nak menyambung silaturrahim.

Kita ikut sunnah pasti kita bahagia.

Seperkara lagi:

Saya sendiri tidak kesal @ kecewa jika rumah saya tidak dikunjungi sanak saudara. Mungkin mereka bz. Ada hal lebih penting daripada silaturrahim. 

Kita x perlu kecil hati. InsyaAllah orang lain jadi tetamu kita..membawa balik dosa kita dan membawa rahmat .

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7. Apabila meninggal  dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini....

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.

(Manfaatkanlah masa yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....)

umur ujian

Umur 35 tahun - 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapak (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit, pergaduhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.

Memang bermula 35 tahun - 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangannya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.

Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Allah malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan² dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak²

Usia 35 - 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah "al-Ahqaaf ayat 15" ada menyebut tentang itu. Allah berfirman yang bermaksud,

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu)."

Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta Sportnya, tanaman Duriannya, ternakan kerbaunya, harta2nya, anak2 dan cucu2nya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar Kuliah Agama, ibadat di Masjid, Umrah, Haji dan sebagainya.

Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.

Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat2, sedara-mara ramai yg sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita "ehh, tak sangkaaa...muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal..."

Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.

Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.

Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.

Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.

Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:

“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].

Kalau sekarang kita rasa 35 - 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN…

Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..

Oleh karena itu, lihatlah diri Anda, sudahkah kita mempersiapkanny.?!

Allah ta’ala berfirman (yang artinya):

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”.
[Al-Hasyr:18]

Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post