Selasa, 30 Ogos 2016

Mulberry

KHASIAT POKOK MULBERRY yang mungkin ramai tak tahu.

Tanaman dengan daun penghasil klorofil ini awalnya dikenal sebagai makanan istimewa ulat sutra, jika tidak makan daun ini ulat sutra tidak menghasilkan sutra yang baik. oleh karena itu, banyak petani yang membudidayakan tanaman ini.

Mulberry adalah jenis tanaman yang tumbuh dengan sinar matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh pada ketinggian lebih dari 100m dari permukaan laut.

Mulberry memiliki sebutan nama yang berbeda di tiap negara seperti di Indonesia tanaman ini dikenal dengan sebutan Murbei atau arbei, di inggris disebut Mulberry dan di Cina dikenal dengan nama Sangye.

Menurut ahli kimia, daun murbei mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin, scopolin, alfa, betahexenal, cis beta hexenol, cis lamda hexenol, benzaidehide, eugenol, lanaloolbenzyl alcohol, butylamine, acetone, trigonelline, cholin, adenine, copper, zinc, vitamin (a, b1, c dan karoten) dan asam amino, clorogenik, fumarat, folat, dan asam formyltetrahydrofolik, mioinositol dan phytoestrogren.

Daun Mulberry ini adalah ideal untuk membantu mengatasi atau
mengurangkan penyakit berikut :

1. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)

2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah

3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi

4. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung

5. Membantu dalam kehilangan berat badan

6. Mengurangkan keadaan asma yang teruk

7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda

8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi

9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan

10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid

11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur

12. Menambahkan tenaga

13. *Meningkatkan produksi susu badan*

14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi

15. Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan

16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser (antioksidan)

Isnin, 29 Ogos 2016

Pesanan

7 Pesanan Rasulullah SAW kepada Abu Dzar R.A.

1- Saya dipesan supaya suka kepada orang miskin dan mendekati mereka.

2- Supaya sentiasa melihat orang-orang dibawahku dan tidak melihat 0rang-orang di atasku.

3- Sentiasa menghubungan tali kekeluargaan walaupun mereka jauh dan tidak menghubungi kita.

4-  Supaya membanyakkan bacaan لا حول ولا قوة إلا بالله kerana ia merupakan perbendaharaan yang paling baik dan sebagai tabung kebaikan.

5- Jangan meminta sesama manusia.

6- Jangan takut melaksanakan Hukum Allah SWT, walaupun mendapat celaan dan ejekan manusia.

7- Supaya sentiasa berkata benar, walaupun pahit dan berat.

Rujukan:
Kitab Tanbihul Ghafilin.  M/S : 304.

Sabtu, 27 Ogos 2016

TUAN GURU HAJI BIDIN.

TUAN GURU HAJI BIDIN.

Tuan Guru Haji Bidin atau nama sebenarnya, Zainal Abidin bin Aman bin Mat Ali ialah seorang ulama yang terkenal di Terengganu. Beliau dilahirkan pada 1893 di Kampung Tasik, Wau, Ulu Dungun.

Ketika berusia 11 tahun, belia dihantar belajar dengan Haji Taib Hassan dan Ustaz Baki Awang di Kampung Sindol. Pada 1906, beliau memasuki Pondok Pulau Serai dan berguru dengan Tuan Guru Haji Yusof bin Lebai Isa selama enam tahun.Setelah itu beliau berhijrah pula ke Pondok Losong untuk berguru dengan Tuan Guru Haji Mat Shafie Losong yang terkenal itu. Dua tahun di pondok ini, pada 1914, Haji Bidin berpindah ke Kelantan kerana tertarik dengan kemasyhuran Tok Kenali. Beliau sempat berguru dengan Tok Kenali di Pondok Kenali sehingga 1926. Beliau sempat belajar bersama-sama Sheikh Idris Marbawi.Di samping itu, beliau berulang-alik ke Masjid Muhammadi kerana berguru dengan Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang dan Tuan Guru Haji Yaakub Legor. Di Pondok Kenali ini, Haji Bidin telah menjadi kepala telaah dan sempat mengajar Mufti Haji Ahmad Maher selama enam tahun.

Pengajian beliau tamat pada 1926 kerana Tok Kenali menyuruh beliau balik ke Dungun membuka pondok.Selepas beberapa ketika mengembara, sekitar 1927, Haji Bidin mula mengajar dan membuka pondok di Hulu Sungai Penaga. Ketika yang sama beliau telah dilantik menjadi Imam Muda Masjid Kampung Tengah, Kuala Dungun.

Tujuh tahun kemudian, Haji Bidin telah membuka pondok baru di satu kawasan yang dikenali sebagai Tanah Lot. Pada 1938, sebuah madrasah telah berjaya disiapkan sebagai tempat pengajian. Bagaimanapun, beliau kekal sebagai imam di Kampung Tengah sehingga 1951. Selepas bersara sebagai imam, Haji Bidin sekali lagi memindahkan pondoknya ke Sura Gate, dan mendirikan pusat pengajian yang dikenali sebagai Madrasah az-Zainiyah yang suraunya masih wujud hingga hari ini.

Haji Bidin, selain terkenal kerana alim dalam bidang agama dan menjadi imam di masjid, turut dihormati kerana memiliki keramat tertentu. Banyak cerita yang diriwayatkan tentang keramat yang dimiliki oleh beliau, antaranya tidak ditimpa hujan ketika menaiki perahu bersama kitab-kitabnya walau hujan sedang lebat. Pernah juga berlaku percubaan melanggar beliau dengan kereta, tetapi niat jahat itu terhalang kerana enjin kereta tersebut mati dan ia hanya boleh dihidupkan setelah orang tersebut memohon maaf kepadanya.

Beliau amat disegani oleh masyarakat di Dungun. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang warak, lemah lembut, tidak pemarah dan tidak suka bercakap banyak. Beliau dikatakan mengikut perangai Tok Kenali.

Beliau meninggal dunia dalam bulan Ramadan pada 20 Ogos 1977 dan dikebumikan di perkuburan Syed Yahya, Dungun.

AL-FATIHAH.

This too will pass

Assalamualaikum & selamat pagi rakan semua.....Coretan berikut saya copy dari fb....sungguh menyentuh hati....renung renungkan....

Seorang raja meminta tukang emasnya yg sudah tua utk menuliskan sesuatu di cincinnya.

Raja itu berpesan, "Tuliskanlah sesuatu kepada beta yg dapat kamu simpulkan daripada seluruh pengalaman dan perjalanan hidupmu, supaya beta pun boleh mengambil pengajaran daripadanya".

Berbulan2 si tukang emas yg tua itu membuat cincin yg dikehendaki sang raja, tetapi yg sulitnya adalah apa yg patut ditulis di cincin emas yg kecil itu.

Akhirnya setelah lama berfikir panjang, si tukang emas itu pun menyerahkan cincinnya pada sang raja.

Dengan tersenyum, sang raja membaca tulisan kecil di cincin itu.

Bunyinya,
"THIS TOO, WILL PASS"
(DAN YANG INIPUN AKAN BERLALU).

Awalnya sang raja tidak terlalu mengerti dgn apa yg tertulis di cincin itu.

Suatu hari, tatkala sang raja sedang gundah menghadapi masalah yg berat, dia membaca tulisan di cincin itu dan dia menjadi kembali tenang,

“Dan inipun akan berlalu.”

Dan tatkala sang raja sedang gembira ber-senang2 dan memperoleh berbagai nikmat, dia secara tak sengaja membaca tulisan di cincin itu, segera dia menjadi rendah hati kembali kerana dia mengerti nikmat yg dikecap itu tidak akan kekal lama.

_____

Benar.

Ketika kita punya masalah besar atau sedang dalam keadaan terlalu gembira, ingatlah kalimat ini,

"Dan ini pun akan berlalu."

Kalimat ini, kalau direnungkan dgn dalam akan menghantarkan kita pada keseimbangan hidup yg kita kecapi sekarang.

Tiada satupun yg kekal.

Jadi, ketika kita punya masalah, jangan terlalu bersedih.

Dan ketika kita dalam kesenangan, nikmatilah ia dgn sederhana.

Ingatlah....

Apapun yg kita hadapi saat ini, semuanya akan berlalu.

Janganlah menunggu tua baru bertaubat, kerana kematian menjemput tidak mengenal waktu.

Janganlah menunggu kaya baru memberi, tapi memberilah maka kamu akan semakin
kaya...

Janganlah menunggu orang share baru kita baca renungan ini, tapi sharelah renungan ini, jika ia baik dan bermanfaat kepada semua
teman kita supaya boleh menjadi pengajaran bagi mereka yang
menerimanya...

Rabu, 24 Ogos 2016

Kenal sia arif

“Di antara ciri orang yang arif billah Azza Wajalla adalah ia selalu sabar menerima berbagai malapetaka dan rela terhadap semua qadha dan ketentuan-ketentuan takdir-Nya dalam segala ehwalnya, baik berkenaan dengan peribadinya, ahlinya dan semua makhluk sesamanya.”

*Sheikh Abdul Qadir Al Jilani

Selasa, 23 Ogos 2016

Macam inikah kita

MCM NI KAH KITA
Bilamana anak2 duk jauh, mak ayah kat kampung makan ala kadar je sebagai alas perut. Bila anak2 pulang ke kampung, baru lah mereka sibuk nak pergi pasar, nak beli lauk pauk itu ini sebab nak jamu kat anak2 yg jarang2 sekali pulang. Lepastu mak sibuk masak masakan kegemaran anak2 pula. Kadang2, buah2 dalam kebun pun ayah simpan sebab nak makan bersama anak2. Tapi anak2 kat kolej, kat universiti tiap minggu masuk pawagam, karok, makan Mcd, makan KFC, makan Pizza Hut, belanja pakwe/makwe. Bila duit xcukup, kol mak ayah bukan sebab nak tanya khabar, tapi minta masukkan duit.

Bila balik kampung, saat menghadap masakan mak, anak2 selamba je cakap "dah muak la lauk ni", "ini je ke?", "nak sikit je mak, kenyang dah", "xsuka la ayam masak merah ni". Bila dengar anak2 cakap macam tu, air muka mak kita langsung xberubah. Tapi jauh di lubuk hati mak, sakit dia bagai ditikam dengan buluh runcing. Tapi mak lah satu2 nya orang atas dunia ni yang boleh menyembunyikan 1001 perasaan tanpa diketahui oleh anak2. Ayah pula tunggu nak bercakap dengan anak2, tunggu untuk berkumpul ramai2, sebab lama dah xdengar suara hilai tawa anak2. Tapi anak2 duk berkurung dalam bilik, bergayut dengan pakwe/makwe, main game. Kalau duk dengan mak ayah pun, mata dan tangan tertumpu ke arah henfon. 24jam henfon kat tangan. Kadang2 pertanyaan mak ayah anak2 jawab acuh x acuh. Muka mak ayah pun anak2 x pandang. Mak ayah xpernah pun nak marah, sebab anak2 semua dah besar panjang. Begitu sekali mak ayah cuba jaga hati anak2. Kadang2 mak ayah sampai tertidur kat ruang tamu sebab tunggu nak berkumpul nak berbual mesra dengan anak2. Tapi anak2 buat hal masing2. Sedangkan balik ke kampung jarang2 sekali.

Kadang2, kita jangan cakap yang kawan kita sombong bila kita ajak keluar ramai2 dia xnak, mungkin dia ingat dekat mak ayah dia di kampung. Bila dah keluar, mesti kawan2 akan ajak tengok movie, makan kat tempat mahal2. Sedangkan, saat tu dia ingat yang mak ayah dia kat kampung makan nasi dengan ikan rebus je.

Kadang2 bila kita tengok kawan kita selalu je balik kampung, jangan cakap dia homesick, manja, anak mak. Dia sanggup habiskan duit untuk balik jenguk mak ayah dia sebab dia tau yang mak ayah hanya satu di dunia. Selagi mak ayah dia masih ada, selagi tu lah kalau boleh dia nak jumpa mak ayah dia, nak bercakap, bersemuka, makan bersama mak ayah.

Kadang2 xsemua orang sedar akan semua ni, dan anggap semua perkara macam ni adalah perkara kecil. Tapi pernahkah kita tenung muka mak ayah saat mereka tertidur. Tersimpan 1001 perasaan yang bercampur baur yang tak pernah mereka luahkan kepada kita. Bila mereka dah tiada, baru kita sentap, baru nak menyesal. Tapi sudah jauh, sudah terlambat. Segala memori bersama mereka tidak akan dapat diulang kembali, hanya tersimpan sekadar memori.

Betul lah orang cakap, *seorang mak boleh jaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu dapat jaga seorang mak*. Apatah lagi untuk jaga kedua2 nya sekali.

Jumaat, 19 Ogos 2016

Emak

= Bawa mak ayah gi klinik, mak ayah bayar sendiri sebab kita pun tak mampu nak tolong bayar..sedangkan dari kecil mak ayah yang bayarkan bil kita..kadang terpaksa meminjam...ada yang sampai sekarang masih mengharapkan mak ayah yang bayar..

= Bawa mak ayah gi pasar malam / supermarket..mak ayah bayar sendiri..sedangkan dari kecil lagi mak ayah yang turuti apa yang kita nak sampai abaikan keinginan sendiri..

= Bawa mak ayah gi jalan2, sewa hotel, makan minum dll guna duit mak ayah. Kita war2kn pd ramai, masuk wtsap konon kita anak yg perihatin

= Mak ayah pegang pape tapi kita buat tak tahu, sebab nanti short duit belanja kita..dulu, berguling2 kita berontak nak juga sesuatu tu..

= Nak keluar makan takut nak pelawa mak ayah sekali sebab nanti kena bayar lebih..padahal dulu kita menangis2 nak kfc mak ayah terpaksa ikat perut waktu kerja sebab terguna duit belanja...

= Nak balik kampung melawat mak ayah pun tak mampu sebab kos minyak, tol dan belanja di kampung..padahal dulu nak ke mana pun mak ayah sanggup pinjam kereta, sanggup naik turun bas bawa kita berjalan..

= Waktu balik kampung tak hulur wang belanja padahal dari sekolah mak ayah la yang bagi duit blanja..

Tak payah cakap bab memberi..sampai dah kahwin dah ada anak pun masih meminta pada mak ayah...itu saya dulu..waktu seronok, waktu senang..insan pertama yang kita cari ialah pasangan kita..rai kan bersama...tapi waktu susah, waktu musibah insan pertama yang kita cari ialah mak ayah...

Mak ayah kita tak pernah berfikir 2kali untuk beli atau berbuat sesuatu untuk kita walaupun dia pun takda waktu tu...tak pernah sebut dan bagi alasan ..semuanya ditelan..kalau cakap takut kita rasa serba salah nak minta tolong...sedangkan kita sekarang mak ayah minta sikit..panjang berjela pnerangan kita..untuk itu ini...

Persoalannya BILA????
Kita nak mampu beri balik..bukan soal wang..sikit atau banyak sebab mereka bukan mengharapkan kemewahan tapi pemberian dari insan bergelar anak walaupun sikit...ingat, setiap kali alasan yang kita beri..umur mak ayah kita makin meningkat dan mereka takda masa yang banyak untuk tunggu kita "mampu"...dan bagi mereka yang sudah tiada mak ayah..ia bukan alasan untuk kita berenti memberi pada mereka..

»renungan dan ingatan untuk terus kuat buat diri "sendiri" dan mereka yg diingati ..

(masih banyak yang harus diperbetulkan..janji untuk jadi yang terbaik dan beri yang terbaik buat mereka)

Coretan buat isteri

Bismillahirrahmanirrahim
Wabihi nas'tain..

CORETAN KHAS BUAT SUAMI DAN ISTERI

Seorang isteri dengan wajah sedih dan murung datang bertemu tuan Syeikh untuk mengadu hal suaminya.

Syeikh: Apa keperluanmu wahai puan?

Isteri: Saya ingin mengadu kepada tuan perihal suami saya.

Syeikh: Apa aduanmu itu?...

Isteri: Saya dianiaya dan dizalimi suami saya tuan syeikh. Saya diabaikan. Suami saya tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada saya.

Nafkah saya tidak ditunaikan tuan. Makan minum saya tidak diendahkan tuan. Tempat tinggal saya juga tidak diuruskan.

*Tuan syeikh tersenyum. Isteri itu kehairanan. Sedang hatinya dirundung sedih, tuan syeikh boleh tersenyum mendengar aduannya.

Syeikh: Wahai puan yang dirahmati Allah, sesungguhnya kamu wanita dan isteri yang beruntung.

Isteri: Hah??? Untung??

Syeikh: Ya wahai puan. Kamu sangat beruntung. Kamu wanita dan isteri terpilih.

Isteri: Saya bernasib malang tuan. Saya hidup susah. Saya menderita dan sengsara tuan. Kehidupan saya tunggang-langgang.

Syeikh: Sudahkah kamu berdoa wahai puan?

Isteri: Sudah tuan. Saya sudah hampir putus asa. Suami saya tetap tidak berubah.

Syeikh: Wahai puan, Allah sedang mengujimu. Allah amat kasih dan sayang padamu. Ujian itu memberi peluang kepadamu mengumpul pahala.

Tahukah kamu, bahawa Allah sangat dekat dengan doa orang-orang yang teraniaya dan dizalimi. Doa seorang isteri yang dianiaya dan dizalimi oleh suaminya itu, lebih dekat dan mendapat perhatian daripada Allah. Kerana apa?

Kerana seorang isteri itu merupakan amanah kepada seorang suami. Maka penganiayaan dan kezalimannya kepadamu akan memberatkannya di sisi Allah. Hatta andai kamu mendoakan kehancuran dan kemusnahannya pun Allah akan mendengar doamu itu wahai puan.

Kamu pulanglah ke rumahmu dan jalankan tanggungjawabmu terhadap suamimu sebagai isteri dengan taat kerana Allah. Allah akan membantumu.

Isteri: Suamiku sudah tidak pulang ke rumah wahai tuan. Dia sudah lama meninggalkan aku dalam derita dan sengsara ini.

Syeikh: Allah..beruntungnya kamu wahai puan...

Isteri: Kenapa tuan asyik mengatakan yang saya ini beruntung? Sedangkan saya ini hidup dalam sengsara, derita dan air mata?

Syeikh: Allah...wahai puan, berapa umurmu sekarang ini?

Isteri: 40 tahun tuan.

Syeikh: Berapa lama lagi kamu mahu hidup di dunia ini?

Isteri: Saya tidak tahu tuan. Itu kuasa Allah.

Syeikh: Kamu mahu saya ceritakan apa untungnya kamu sebagai isteri yang dianiaya dan dizalimi suami?

*Dengan lemah dan sedih, si isteri cuma mengangguk.

Syeikh: Rasul yang mulia telah bersabda bahawa, umur ummatnya sekadar 60 ke 70 tahun sahaja. Andai sekarang kamu sudah 40 tahun, deritamu itu tidak akan lama lagi puan. Ia akan segera hilang saat Tuhanmu menjemput kamu kembali padaNya.

Andai kamu bersabar, segala derita itu akan Allah gantikan dengan syurga yang indah. Tidakkah itu bermakna kamu beruntung? Tahukah kamu, berapa lama derita dan sengsara yang bakal ditanggung suamimu di akhirat nanti?

Isteri: Tentunya tuan lebih tahu.

Syeikh: Bagi seorang suami, isteri adalah amanah yang wajib dijaga dengan baik. Segala tanggungjawab dan haknya wajib ditunaikan oleh seorang suami.

Suamimu yang telah menganiaya dan menzalimimu, akan disiksa oleh azab Allah diakhirat sana berjuta-juta kali ganda berbanding derita yang sedang engkau deritai di dunia ini wahai puan.

Bukankah sehari di akhirat itu, bersamaan dengan seribu tahun di dunia? Selagi mana kamu tidak redha akan kezaliman dan penganiayaannya terhadapmu, maka selagi itu suamimu itu akan terpaksa menanggung dosanya itu.

*Isteri itu tertunduk.

Syeikh: Tahukah kamu, siapakah yang paling mudah mengheret seorang suami ke neraka Allah di akhirat nanti? Tidak lain dan tidak bukan ialah isteri-isteri dan anak-anaknya sendiri. Mana-mana hak isteri-isteri dan anak-anak yang tidak ditunaikan, itulah antara hal yang cepat mengheret seorang suami di akhirat nanti.

Isteri: Tapi suami saya itu seorang yang kuat bersolat dan beribadah tuan. Mana mungkin dia akan ke neraka?

Syeikh: Selama mana kamu sebagai isterinya dianiaya dan dizalimi, tidak ditunaikan h
ak dan tanggungjawab, semua ibadahya termasuk solat, puasa, sedekah dan sebagainya, tidak berpahala di sisi Allah. Bahkan boleh sehingga Allah menolak solatnya itu? Apa lagi yang tinggal pada seorang hamba andai ibadat solatnya pun telah ditolak oleh Allah???

Isteri: Bagaimana andai dia menceraikan saya tuan? Dapatkah dia menyelamatkan dirinya dari neraka Allah?

Syeikh: Selama mana kamu masih isterinya, dan kamu tidak redha, maka dia tetap akan menanggungnya.

Andai kamu diceraikan, sehingga habis tempoh iddah suamimu itu masih wajib mengurus dan menunaikan hakmu sebagai isteri. Dosanya padamu sepanjang tempoh itu tidak akan terluputkan walaupun dia telah menceraikanmu selagi kamu tidak redha. Suami yang tidak menunaikan hakmu itu adalah suami yang berhutang denganmu.

*Isteri itu diam.

Melihat isteri itu diam, tuan Syeikh bertanya;

Syeikh: Pernahkah suamimu itu meminta maaf padamu?

*Isteri itu menggelengkan kepala.

Syeikh: Adakah puan masih menyayanginya?

*Isteri itu hanya membisu.

Syeikh: Adakah kamu redha akan perbuatannya terhadap kamu wahai puan?

*isteri itu masih diam.

Syeikh: Maha Suci Allah... Suamimu itu bukan menganiaya dan menzalimimu wahai puan, tetapi dia menganiaya dan menzalimi dirinya sendiri...

*Tuan Syeikh tunduk dan tiba-tiba mengalirkan air mata. Dia menangis sebak. Si isteri berasa pelik, lalu bertanya;

Isteri: Kenapa tuan menangis?

Syeikh: Aku berasa sedih dan amat takut kepada Allah. Aku kasihan kepada suamimu itu. Di akhirat nanti, sudah pasti kamu akan mengheretnya ke neraka Allah. Susah dan sukarnya menjadi seorang suami. Bahu seorang suami ini berat dan sarat mahu menanggung beban dosa yang banyak. Untungnya kalian para isteri. Walau di dunia Allah perintahkan kalian wajib taat dan patuh kepada suami, itu hanya sekejap sahaja.

Kesusahan dan kesulitan kalian hanya di dunia, sedang kami para suami, tertanggung hingga ke akhirat. Pulanglah wahai puan, andai kamu masih menyayangi suamimu, maafkanlah dia. Andai kamu tidak memaafkan dia, dan tidak redha akan perbuatannya, maka tertanggunglah di bahunya dosa yang berat itu hingga ke akhirat.

* Isteri itu pulang, tetapi kali ini wajahnya cerah dan bibirnya mengukir senyum mengenangkan janji-janji Allah yang disampaikan oleh tuan Syeikh.

Khamis, 18 Ogos 2016

Bersabar dengan guru


*Anak murid juga perlu bersabar dengan keburukan akhlak dan layanan buruk gurunya.*

Sikap guru seperti ini tidak seharusnya menghalang anak murid supaya mendampinginya dan mengambil ilmu daripadanya.

Untuk berhadapan dengan guru yang tidak mesra dan pemarah,mulakanlah dengan meminta maaf atas apa yang dilakukan,katakan kepadanya muridlah penyebab beliau marah,dan salahkan diri sendiri.Sekiranya melayani mereka begini,kasih sayangnya kepada murid akan bertambah dan pelajar akan mendapat lebih manfaat sama ada dalam hal yang berkaitan dunia mahupun akhirat.

Para salaf berkata :

_"Sesiapa tidak bersabar untuk belajar,seluruh hidupnya akan berada dalam buta kejahilan.Sesiapa yang bersabar,urusannya akan kembali kepada kemuliaan dunia dan akhirat."_

(Dr Abdullah Nasih Ulwan - Tarbiyatul Aulad fil Islam)

Susur galur tokoh ulama

TOK KU TUAN BESAR.

Golongan Syed al-Idrus yang berada di Terengganu adalah berasal dari Hadramaut melalui zuriat Syed Muhammad bin Ahmad al-Idrus atau lebih dikenali dengan nama Tok Makam Lama. Keturunannya sangat dihormati oleh masyarakat setempat kerana ilmu agamanya yang tinggi, kepandaian menyelesaikan masalah, memiliki adab dan akhlak terpuji serta rapat dengan pihak istana melalui perkahwinan.
Tok Makam Lama telah menetap dan mengajar agama Islam di negeri Terengganu dan meninggal dunia pada 1209 Hijrah. Kedatangan Tok Makam Lama ke Terengganu ketika masih bujang dan kemudian berkahwin dengan wanita tempatan, Wan Selamah yang merupakan cicit kepada Wan Ismail, seorang berpangkat datuk di Terengganu (Dato' Bukit Datu) ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin 1 (1725M-1733M).
Salah seorang anak Tok Makam Lama yang bernama Sharifah Aishah (Tuan Hitam) telah berkahwin dengan Syed Zainal Abidin bin Syed Hussein al-Idrus.
Daripada zuriat Syed Zainal Abidin inilah lahirnya seorang tokoh agama yang terkenal di Terengganu iaitu Syed Muhammad yang turut terkenal dengan gelaran Tok Ku Tuan Besar, sekali gus merupakan keturunan Syed al-Idrus yang mula-mula sekali muncul sebagai guru agama yang masyhur di Terengganu.
Ketika berumur sembilan bulan dalam kandungan, bapanya telah berangkat ke Jawa. Syed Zainal Abidin tidak pernah melihat wajah anaknya (Tok Ku Tuan Besar). Khabarnya, Syed Zainal Abidin telah meninggal dunia di Kendal iaitu suatu wilayah yang terletak di Semarang, Jawa, Indonesia. Tok Ku Tuan Besar dilahirkan sehari selepas kematian bapanya iaitu pada 1211H/1794M.
Semenjak itu, ibunya memberi didikan agama kepada Tok Ku Tuan Besar dan dibantu bapa saudaranya, Tok Ku Tuan Pahang, Tok Ku Melaka (Ulama besar berketurunan Rasulullah s.a.w) Tok Ku Tuan Darat serta turut diambil sebagai anak angkat oleh seorang pembesar daerah di Cabang Tiga bernama Raja Tepok.
Pada usianya tujuh tahun, Raja Tepok telah menghantar Tok Ku Tuan Besar ke Mekah dan pulang ke tanah air ketika berusia antara 18-20 tahun. Raja Tepok mentadbir dari Cabang Tiga hingga ke Ulu Telemong dan Tanjung Aur. Ketika Raja Tepok meninggal dunia, beliau telah mewakafkan semua tanah miliknya di Kampung Cabang Tiga kepada Tok Ku Tuan Besar dan istana Raja Tepok dihadiahkan untuk dijadikan surau (sekarang dikenali, Masjid Tok Ku Tuan Besar).
Beliau bersama sahabatnya, Wan Abdullah (Tok Sheikh Duyung) telah belajar dengan seorang guru agama terkenal bernama, Wan Abdul Kadir (Tok Sheikh Abdul Kadir) di Bukit Bayas. Beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan sanggup berulang alik dari Cabang Tiga ke Bukit Bayas dengan berjalan kaki melalui bendang padi dan hutan belukar. Beliau selalu menggunakan daun keladi betawi untuk melindungi dirinya ketika hujan dan panas.
Di samping mempunyai ingatan yang baik, beliau juga mampu membaca al-Quran dengan beberapa qiraat dengan lagu yang merdu. Ketika berumur 20 tahun, Tok Ku Tuan Besar telah melanjutkan pelajaran agama di Mekah dan berguru dengan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Sheikh Abdul Hamid Syurwani dan Imam al-Sheikh Nawawi.
Sekembalinya dari Mekah pada 1263H/1846M, beliau telah mengajar di suraunya yang terletak di Cabang Tiga (sekarang dikenali sebagai Masjid Tok Ku Tuan Besar). Murid-muridnya bukan sahaja dari Terengganu tetapi juga dari luar negeri.
Masjid ini masih wujud hingga ke hari ini. Di masjid inilah beliau menerapkan semangat kasihkan agama, mengajar syariat dan hukum agama sehingga mampu diterjemahkan dalam kehidupan masyarakat di situ.
Inilah yang menyebabkan beliau menjadi terkenal dan ulama yang termasyhur di seluruh pelosok negeri serta mempunyai kedudukan tertinggi dalam urusan hal ehwal Islam Terengganu. Beliau disemadikan di belakang masjid ini serta beberapa tokoh lain.
Tok Ku Tuan Besar amat disegani, sama ada kawan dan lawan kerana jasanya kepada agama, keidealan perwatakan serta percakapannya. Beliau dianggap oleh masyarakat setempat sebagai pemimpin yang ikhlas dan bijak dalam menangani masalah yang diajukan kepadanya, bahkan sultan juga memohon buah fikirannya jika mempunyai masalah dalam hal ehwal pentadbiran negeri.
Beliau juga mendapat gelaran Tok Ku Hadis kerana berjaya membentuk kepercayaan dalam kalangan masyarakat melalui pengajaran dan tingkah laku mulia.
Beliau juga hidup sezaman dengan beberapa orang Sultan Terengganu tetapi sangat rapat dengan Sultan Umar. Selain menjadi ulama pada zaman pemerintahan Sultan Umar (1839M-1875M), Tok Ku Tuan Besar turut menjadi ulama pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881M-1918M).
Sebagai seorang ulama yang sangat dihormati dan salah seorang pembesar negeri, beliau telah dianugerahkan gelaran "Tuan Besar Paduka Indera" (Paduka Raja Indera) daripada Sultan Umar.
Di samping menjadi Sheikhul Ulama, beliau juga dianggap sebagai ketua kepada ulama-ulama dan masyarakat Arab di Terengganu. Pada masa hayatnya, hukum Islam telah diamalkan secara meluas dalam sistem pentadbiran negeri Terengganu dan disebabkan keadilan pemerintahan Baginda Umar berlandaskan Undang-Undang Islam maka negeri i ini terkenal dengan keamanannya.
Sultan Umar telah menubuhkan beberapa jabatan penting antaranya Dewan Ulama yang diketuai oleh Tok Ku Tuan Besar. Ia merupakan badan tertinggi dalam kerajaan dan berfungsi sebagai tempat rujukan dalam semua bidang serta menyelesaikan masalah negeri.

Mufti

Tok Ku Tuan Besar pernah menjadi Mufti Terengganu ke-2 dari 1860 hingga 1878. Malah beliau telah diberi kuasa autonomi untuk menguruskan daerah Cabang Tiga oleh Sultan Umar.
Beliau telah menjadikan masjid sebagai pejabatnya, membina sebuah rumah pasung bagi menahan pesalah dan sebatang tiang untuk mengikat orang-orang yang dikenakan ta'zir kerana tidak berpuasa dan solat Jumaat.
Penyerahan daerah Cabang Tiga dan kawasan sekitarnya merupakan satu pengiktirafan serta kepercayaan kepada seorang ulama untuk mentadbir sebahagian daripada negeri Terengganu.
Tok Ku Tuan Besar meninggal dunia pada 17 Muharam 1295H bersamaan 21 Januari 1878 ketika berusia 84 tahun akibat daripada demam yang berlarutan hingga mukanya pucat, matanya cengkung dan lemah badan.

AL-FATIHAH

Oleh SYED ABI GHUFRAN SYED AHMAD AL-IDRUS

*Maafkan ambe.Sebarang kesilapan fakta yang dipaparkan amatlah dikesali. Mohon kritik / saran.Tokoh lain ambe akan paparkan dikemudian hari(xkan jemu xkan berhenti walaupun sebelum ni hampir semua sudah diikongsikan)

Selasa, 16 Ogos 2016

CURRENCY SLAVES

The financial system has stealthily enslaved our species and now we are being used as currency slaves. We work from 9 to 5 every day, in boring and depressing environments, not stimulated by anything creative or constructive.

In most cases, the sole motivation for going to work, is the next paycheck — and no matter how hard we work, we never seem to have enough money.

Have you ever wondered why mega-corporations (reaping $billions/year in profits) pay dozens of millions to their CEOs and as close as possible to the minimum wage to the rest of the employees?

This has been carefully designed, because a person that is constantly “on the edge,” will never have time for self-education, introspection and — eventually — spiritual awakening.

Isn’t this our main purpose on Earth? To become spiritual beings (and by spiritual, I obviously don’t mean religious) and complete the incarnation cycle?

“They” don’t need educated people, who are capable of critical thinking and have spiritual goals. No, this kind of people are dangerous to the establishment!

“They” want obedient “robots,” just intelligent enough to operate the machines and keep the system running, but stupid enough never to ask questions.

Money is the eye of the “devil”

All of the world’s biggest problems have their roots deeply embedded in the financial plague: wars are profitable, diseases are profitable, Earth’s plundering is profitable, human slavery and inhumane working conditions are profitable.

Our leaders have been corrupted by money and mankind’s collective mission on Earth has been hijacked by money.

So why do we need the financial system, in the first place? Actually, we don’t need it (at least, not anymore). The planet doesn’t charge us a cent for using its natural resources and we have the technology to extract them without physically working a day.

Pengorbanan ibu

Khamis, 11 Ogos 2016

Zikir

Kelebihan Mengucapkan Zikir "Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah" Ketika Keluar Dari Rumah

✍🏻Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ: “بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ” قَالَ: « يُقَالُ حِينَئِذٍ: هُدِيتَ وَكُفِيتَ وَوُقِيتَ. فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ، فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ: كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِىَ وَكُفِىَ وَوُقِىَ

“Jika seseorang keluar dari rumahnya lalu membaca (zikir): Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah (Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya), maka malaikat akan berkata kepadanya: “(sungguh) kamu telah diberi petunjuk (oleh Allah Ta’ala), dicukupkan (dalam segala keperluanmu) dan dijaga (dari semua keburukan)”, sehingga syaitan-syaitan pun tidak boleh mendekatinya, dan syaitan yang lain berkata kepada temannya: Bagaimana (mungkin) kamu boleh (mencelakakan) seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga (oleh Allah Ta’ala)?”

HR Abu Dawud (no. 5095), at-Tirmidzi (no. 3426) dan Ibnu Hibban (no. 822), dinyatakan shahih oleh imam at-Tirmidzi, Ibnu Hibban dan syaikh al-Albani.

Rabu, 10 Ogos 2016

Cerita

_*.. Seekor Kerbau yang BAIK mati hanya kerana gara-gara sebuah kata-kata...*_

*_1. Sepulang dari sawah, Kerbau terus terbaring di kandang dengan wajah penat dan nafas yang berat. Kerbau berkata pada Anjing yang kebetulan datang :_*

*_"kawan, saya sangat penat.... besok nak rehat sehari suntuk..."_*

*_2. Anjing bejumpa Kucing di sudut tembok :_*

*_"Tadi saya berjumpa Kerbau, katanya besok dia ingin berehat dulu. saya rasa sudah sepatutnya, sebab bos bagi kerja yang terlalu berat kepada Kerbau"_*

_*3. Kucing kemudian bercerita kepada Kambing :*_

_*"Kerbau komplain bos bagi kerja terlalu banyak dan berat, jadi besok dia tidak mahu kerja!"*_

_*4. Kambing berjumpa Ayam*_

_*"Khabarnya Kerbau tidak seronok bekerja dengan bos... mungkin ada bos lain yang lebih baik..."*_

*_5. Ayam bercerita kepada Monyet :_*

*_"Kerbau tak akan kerja untuk bos lagi dan ingin mencari kerja di tempat bos yang lain!"_*

*_6. Ketika makan malam, Monyet berjumpa bos :_*

_*"Bos, tolong ajar si Kerbau tu, akhir-akhir ini dia telah berubah. Dia ingin meninggalkan bos untuk bekerja dengan bos lain!"*_

_*7. Mendengar ucapan Monyet, bos terus bunuh Kerbau kerana dilihat telah mengkhianatinya!*_

_*Itulah sebabnya, adakala sesuatu ucapan itu sebaiknya berhenti hanya sampai di telinga kita sahaja. Hendaklah difikirkan baik-baik tentang risiko, manfaat dan akibatnya sekiranya ucapan itu diteruskan.*_

_*Untuk renungan SAHABAT bersama....*_

Kanser dan surah Al Fil..!

*Assalaamu'alaikum..!*

*SELEPAS SOLAT 5 WAKTU*
*AL FATIHAH 1x AL IKHLAS 3x*
*SELAWAT 3x AL FIL 21x*

*C O N F I R M*
*A L L A H L A H  Y A N G*
*H A N C U R K A N  K A N S E R*

*Selepas solat lima waktu, bacalah Surah Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas (tiga kali), selawat ke atas Nabi (tiga kali) lalu teruskan membaca Surah al-Fil (21 kali)*
 
*Memang setiap orang tahu, "Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati..!"*

*Tahukah anda satu surah dari Al-Quran untuk menghancurkan sel-sel kanser..?*

*Sebenarnya ini adalah ilmu yang ingin dikongsikan melalui tulisan Saudara Raflis Sabirin. Semoga Allah memberi ganjaran setimpal atas ilmu yang dikongsikan.*

*Penulis telah berkongsi pengalaman beliau merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, terutama dari Surah al-Fil.*

*S U R A H  A L - F I L*

*Alamtarakai fafa'alarabbuka bi asha bilfil*
*Alam yaj 'al kaidahum fitadhlil*
*Waarsala 'alaihim toiran ababil*
*Tarmihim bihija ratim minsijjil*
*Faja'alahum ka asyfim makkul*

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَـبِ الْفِيلِ

أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍ

وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْراً أَبَابِيلَ

تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ

فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولِ

*Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani..!*

1
*Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera Gajah..?*

(Yang dipimpin oleh pembawa Gajah, yang hendak meruntuhkan Kaabah)

2
*Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka..?*

3
*Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan..!*

4
*Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras..!*

5
*Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat..!*

*G U N U N G  H A N C U R  K E R A N A*
*T A K U T  A L L A H  G I T U  J U G A*
*D E N G A N  K A N S E R*

*Demikianlah mukjizat ayat-ayat suci Al-Quran. Jika diletakkan di sebuah gunung, nescaya gunung akan hancur lenyap kerana takut kepada Allah..!*

*Demikian juga jika diletakkan atas apa-apa penyakit, nescaya penyakit tersebut akan hancur dan lenyap..!*

*K A E D A H  M E N G H A N C U R K A N*
*&  M E L E N Y A P K A N  K A N S E R*

*Selepas solat lima waktu, bacalah Surah al-Fatihah sekali, diikuti Surah Al-Ikhlas tiga kali, selawat ke atas Nabi tiga kali lalu teruskan membaca Surah al-Fil 21 kali.*

*Setiap kali baca Surah Al-Fil, hendaklah tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut.*

*Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat maksud dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut..!*

*Sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir Surah Al-Fil itu.*

*Lakukan 21 kali baca dan tiup. Buatlah selama 21 hari selepas solat lima waktu.*

*Dan sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti di dalam usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, maka caranya seperti tersebut di atas itu juga.*

*Cuma tambahannya hendaklah tarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh badan, terutamanya ke tempat kanser tersebut.*

*Lakukan tarik nafas tersebut sehingga 21 kali juga selama 21 hari setiap lepas solat lima waktu.*

*Y A K I N L A H  A L L A H L A H*
*Y A N G  M E N Y E M B U H K A N*

Dr H pesan..! *Lakukan dengan penuh keyakinan dan sabar.* Perlu diingat, yang menyembuhkan ialah Allah swt.

Ayat Al-Quran tersebut hanya sebagai asbab atau wasilah untuk mencapai maksud. *Tolong sebarkan ilmu ini semoga dapat dimenafaatkan.* Amin.

Terima kasih Ustaz ADAM S.H.

SIAPA YANG SUKA SIDAI BAJU MALAM2

Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus.

🌱 Lafazkan assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana² pintu (kecuali bilik air) sebab port² syaitan kbiasaannya di pintu².

🌱Lazimi membaca & memasang ayat suci al-quran di rumah.

🌱Gunakan semua bilik yg ada dlm rumah.

🌱Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan spt tulang dll sbb tu semua makanan jin.

🌱Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam² elakkan buka pintu atau tingkap sbb angin malam tak elok untk bdn dan kebiasaan sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.

🌱Angkat baju diampaian sebelum maghrib. Yang ini berkait dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan basuh semula baju yg terhampar pd waktu mghrib dan ke atas.

🌱Kalau orang yg tidur mengigau sentuh dan kejut dia.

🌱Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal ats bdn. Orang perempuan bila tidur rambut kene letak bawah kepala, (jangan lepaskan ke atas bantal).

🌱Bagi rumah yg pintu²nya berhadapan dgn pintu² lain, tutup salah satu dan buka salah satu. Sbb pintu² yg saling berhadapan boleh jd laluan makhluk halus

🌱Kalau terlupa bagi slm masa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dgn bagi salam.

🌱 Elakkn ketawa dan bersedih yang berlebihan.

🌱 Elakkan duduk di pintu.

🌱 Selalu² baca surah Al~Baqarah.

🌱Selalu alih²kan barang dlm rumah. Jaga suasana baik dlm rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda² mcm ni yg tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dgn manusia yg kelalaian.

Isnin, 8 Ogos 2016

Rezeki

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.
Jujur bila berkata,
Hayati bila membaca,
Ikhlas bila menerima...

Anak

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang  bertugas di kaunter 
Pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan ibadah fardhu haji pada tahun ini.

“Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu ringgit lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,” beritahu pegawai itu lagi.

“In Shaa Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,” janji Pak Uwei. Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya.

Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji, dia terus balik ke rumah. “Pah….. Ooo….. Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.

“Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?” tanya Mak Pah.

“Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ni akan tertunai. In Shaa Allah, dua bulan lagi kita akan ke sana. Tak sabar betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai,” cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.

“Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai.”

“Betullah Pah oii…… saya ni baru je balik dari Pejabat Tabung Haji. Cuma duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggu
depan.”

“Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit, itupun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu.” Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.

“Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis. Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak cuma dua ribu seorang saja.” Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak2nya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya. “Lusa hari minggu, saya nak suruh  budak2 tu balik, boleh kita berunding,” cadang Pak Uwei.

“Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu. Tak elok kita menyusahkan  anak2 bang, lagi pun apa pula kata menantu kita nanti, nak ke Mekah minta duit anak.”
Mak Pah tidak bersetuju dgn rancangan Pak Uwei.

“Pah…. Muaz dan Balkis tu kan anak2 kita. Kita dah besarkan mereka, hantar belajar tinggi2  takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh, lagi pun selama ni kita tak pernah minta duit mrk. Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak2 kita tu tak akan menghampakan kita kali ni.” Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya.

“Tapi bang………..”

“Dahlah…… pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu hala. Saya nak telefon budak2  tu,” pintas Pak Uwei sebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya.

Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang, kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.

“Insya Allah, Kis balik nanti Abah. Ermm! Abah nak Kis suruh Intan balik sama?” tanya Balkis.

“Ikut suka kaulah, bagi Abah yang pentingnya kau dn Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya….,” balas Pak Uwei.

Bukan dia membeza-bezakan anak2nya, tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan.

Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar, tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah.
Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat gara2 sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang, mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.

“Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu. Abah mahu kau sambung belajar lagi.” Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.

“Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram.” Bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei.

“Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapa, bolehlah buat apa yang kau suka kan. Kau nak bebas macam tu?”

“Itulah Abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat, Abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh Abah.” Intan cuba membuat Abahnya faham.

“Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap macam kau ni!”

“Intan memang tak sama dengan Kak Balkis, Abah. Intan suka berterus-terang, kalau tak kena Intan cakap  depan2, bukan membebel kat belakang,”balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada Abahnya.

“Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi….. aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah.” “Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!”

Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak mempedulikan langsung apa yang Intan nak buat.

Namun begitu, Intan tetap pulang setiap kali cuti. Dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak mempedulikannya. Intan selalu menghulur duit, tapi hanya kepada maknya sahaja.

Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila  anak2nya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu2nya.

Malam itu, selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isyak, mereka duduk berborak di ruang tamu.

“Sebenarnya ayah suruh kau org balik ni ada hajat sikit,” Pak Uwei memulakan bicara.

“Hajat apa pula Abah?” tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.

“Abah dan Mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai.
Memandangkan bahagian Mak kau masih belum cukup lagi, abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak dua ribu seorg cukuplah,” Pak Uwei mengutarakan hasratnya.

“Boleh tu boleh Abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru je keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah.
Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan,” ujar Muaz.

“Tapi…… Pegawai Tabung Haji tu minta bayaran di buat segera selewat-lewatnya minggu
depan.” “Kalau dalam seminggu dua ni Abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan  budak2 ni Az keluarkan,” jawab Muaz serba salah.
“Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?” tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya.

“Rumah baru tu besar sikit Abah. Selesalah buat kami sebab  budak2 tu pun dah besar,  masing2 nak bilik sendiri. Lagi pun beli rumah tak rugi Abah, pelaburan masa depan juga,” sampuk Mira isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. “Kamu macam mana Kis, boleh tolong Abah? Nanti Abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti,” Pak Uwei berpaling pd Balkis.

“Kis pun rasanya tak dapat nak tolong Abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan Abang Man.
Tengah gawat ni faham ajelah…… ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.”

Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.

“Man bukan tak nak tolong Abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman.”

“Betul kata Man tu Abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok,” sokong Muaz.

Kata2 Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai di tertawakan oleh Intan bila kedua anak yang di  harap2kan menghampakannya.

“Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah Abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki, Mak pula pergi,” Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan.

“Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah.
Tak payah saya tunggu  lama2. Kalau Awak tak pergi, biarlah kita  sama2 tak pergi….. dah tak ada rezeki kita nak buat mcm mana?” Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan  anak2nya dengan rasa kesal.

Intan tahu Abahnya  benar2 kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya, tapi Intan faham kecewa Abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak2 yang selama ini di sanjung akan mengecewakannya begitu.

“Anak awak tu tak balik ke?” tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama dengan abang dan kakaknya.

“Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,” balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.

“Nak ke mana pulak tu?” tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap.

“Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya.” Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebutnya anaknya.
Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.

Pagi Isnin itu selepas bersarapan, Intan bersiap-siap hendak keluar.

“Nak ke mana Intan pagi2 dah bersiap ni?”

“Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.”

“Kalau nak ke bandar suruhlah Abah kau tu hantarkan,” suruh Mak Pah.

“Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula Abah tu. Intan pergi dulu.”

Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri.

Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu, mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.

“Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni Abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.”

“Ingat lagi Abah lauk kegemaran Intan rupanya,” usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.

“Mak Bapak memang tak pernah lupakan anak2, cuma anak2 aje yang lupakan mak bapa,” jawap Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit.

Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor, kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu.
Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

“Mak, Abah….. Intan ada hal sikit nak cakap ni….,” ujar Intan menghampiri mereka.

Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya, kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca. “Apa hal….. kamu nak kahwin ke?” soal Pak Uwei merenung Intan.

Tawa Intan meledak tiba2 mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar, Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu.

“Abah ni…… ke situ pulak….” “Habis tu?” “Ini….. kad Tabung Haji Mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ini resit memasukkan duit ke akaun Mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek Mak dan Abah.
Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti.” Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

“Apa???” Pak Uwei terkejut. Matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya.

“Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal Abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan Abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati Abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada Abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak saperti mereka. Intan tahu Abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat Abah.” “Dah banyak kali Abah tangguhkan hasrat nak naik haji.
Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap Abah sudi terima pemberian Intan,” tutur Intan perlahan memerhatikan air mata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut di mamah usia.

“Terima kasih Intan.
Malu rasanya Abah nak ambil duit kamu…… dulu Abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi, tapi akhirnya anak Abah yang kerja kilang yang membantu Abah,” luah Pak Uwei sambil mengesat air mata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.

“Sudahlah Abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit2 lagi. Intan gembira Abah sudi terima pemberian Intan.”
“Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi Abah dan Mak kau Intan….,” ujar Pak Uwei.

Intan peluk abahnya erat.

“Hah……tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni,” Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat air mata penuh kesyukuran

“Mak ni…..,” gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.

Masa yang di tunggu2 tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah.

Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba. “Semua dah siap ke Mak?” tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.

“Dah rasanya…… ada apa2 yang Intan nak pesan Mak belikan di sana nanti?”

“Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli Mak. Yang penting Mak dapat menunaikan ibadah dgn sempurna.”

“Hah! Awak dengar tu…. Kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah,” tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua beranak itu.

“Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dsn akhirat,” pesan Intan sambil memeluk emaknya.

Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba2  sebak dengan permintaan Intan itu. Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air.

Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak2  terutamanya Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di Tanah Suci. Intan tidak berkata sepatah pun, tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.

“Kenapa resah aje ni Bang?” Mak Pah terjaga.
“Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak2 kita.”

“Sabarlah, dah nak sampai dah ni,” pujuk Mak Pah. Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dn Azman menanti mereka.

“Mak….. Abah…..,” Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan air mata menitis laju.

“Mana yang lain ni, kamu berdua aje?” Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.

“Mereka menanti di rumah, Abah,” beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei.

“Intan pun tak datang juga ke?” tanya Pak Uwei terasa hampa.

“Awak ni….. kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.” Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ni nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjlnan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.

“Dua tiga malam sebelum balik, Abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati.” cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman.

Muaz mengerling Azman yg sedang memandu. “Tentulah Abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit,” balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

“Tapi Abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi Abah tu, Abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun, hanya renung Abah. Intan tak ada cakap apa2 dengan kau Az?”

“Err….. tak ada Abah. Kita berhenti minum dulu Abah, tentu Mak haus,” ajak Azman.

“Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,” tolak Pak Uwei.

Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan.

Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.

“Mak dengan Abah sihat ke?” tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mertuanya.

“Sihat, cuma batuk2 aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?” Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.

“Naik dulu Ngahnya…….,” suruh Long Semah.

“Intan mana?” Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tangga menuju ke bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baju yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas.

Dadanya bergetar. “Az….mana Intan? Mana adik kau Az?” tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.

“Sabar Abah….,” Muaz menggosok belakang abahnya.

“Kenapa Az……. kenapa?”

Mak Pah menurunkan Syazwan, cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.

“Mak…. Intan dah tak ada Mak,” Balkis tersedu memeluk emaknya yg terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu menglilinginya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.

“Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,” pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

“Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa2nya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dn berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia,”

Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu.

“Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?” tanya Mak Pah.

“Kami semua ada Mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya Mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah.
Mak dan Abah nak balik.
Masa sampai tu dia sihat lagi, tiba2 malam Khamis tu lepas solat Isyak dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital, tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal Subuh hari Jumaat Mak... tiga hari lepas.
Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,” cerita Muaz.

Mak Pah menggenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan, “Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, Mak dan Abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat…..

Ahad, 7 Ogos 2016

Mak

Tajuk : Mak

Satu hari nanti ALLaH akan ambil mak kita balik..
Waktu tu kita kena terima..
Dan kita sebagai anak jangan duduk diam je..
Memang sedih.. tapi kena buat sesuatu sebagai penghormatan terakhir utk mak..
Anak-anak perempuan pergi mandikan mayat mak..
Tengok muka mak.. tengok lama-lama..
Ni kali terakhir nak tengok..
Lepas ni cuma dapat tengok kat gambar je..
Sentuh lembut2 badan mak..
Belai lembut2 badan mak..
Cakap dalam hati...
"Ni la orang yg lahirkan aku..
Yg besarkan aku..
Mak didik aku sampai aku jadi orang..
Mak ajar aku jadi perempuan yg baik..
Walaupun kadang-kadang aku kecilkan hati mak,
tapi mak tak penah marah aku..
Mak tetap nasihatkan aku..
Lepas ni aku dah takde mak..
Nanti satu hari aku pulak akan jadi mak..
Aku ganti pikul tanggungjawab sama mcm mak...
Tapi waktu tu mak dah takde..
Aku tak dapat nak manja dgn mak lagi..
Aku takde tempat nak bercerita..
Sebelum ni apa je rahsia aku kongsi dgn mak..
Mak... Aku sayang mak..
Camne kalau lepas ni aku rindu mak?
Camne kalau aku perlukan mak??"
Ambil peluang terakhir ni..
Usap rambut mak... mcm mak usap rambut kita..
Cium pipi mak..mcm mak cium pipi kita..
Tengok mak puas-puas..
Ni last kita dpt tengok muka mak..
Lepas ni takde peluang lagi dah..
Hati-hati jgn sampai air mata kita kena muka mak..
Nanti mayat mak sakit..
Sama-sama pakaikan baju baru mak..
Tengok mak..
Mak cantik tak?
Anak-anak lelaki pulak..
Jangan waktu mak dah siap pakai kain kafan,
kita masih sibuk kat luar rumah lagi..
Masuk rumah..
Renung mayat mak..
Renung lama-lama..
Ni last kita dapat tengok mak..
Ni la kali terakhir..
Waktu ni kita dah tak dapat nak cium tangan mak lagi dah..
Kita cuma dpt cium pipi mak sekejap..
Ni la last kita dpt cium..
Mak wangi sangat..
Lepas ni kita takde peluang lagi nak cium mak..
Cakap dalam hati..
"Aku jahat mcm mana pun mak tak penah buang aku..
Aku degil mcm mana pun, mak tak penah tak bagi aku makan..
Pada mak, aku tetap anak dia..
Dulu mak tadah muntah aku..
Mak cebokkan tahi aku..
Mak dukung aku..
mak suap aku makan..
Mak marah aku sebab aku nakal..
Tapi mak tak penah benci aku..
Lepas ni aku tak dapat cium mak dah..
Aku tak dapat baring atas riba mak lagi dah..
Kalau dulu bila aku makan, mak tunggu temankan aku kat meja..
Mak tengok anak dia ni makan berselera..
Lepas ni aku tak dapat rasa lagi masakan mak..
Mak.. mana anak mak ni nak cari ganti?
Mak... mak dah ampunkan dosa2 aku ke, mak???"
Bila nak sembayangkan mayat mak,
kalau tak boleh jadi imam, jadi makmum je..
Cepat2 diri kat belakang imam..
Dulu mak selalu suruh kita solat..
Hari ni kita buat solat  jenazah utk mak..
Bila mayat mak nak keluar rumah, cepat-cepat kita pegang keranda mak..
Biar kita pikul.. kalau boleh semua adik beradik lelaki yg pikul..
Jangan bagi org lain.. Ni mak kita..
Dulu dia yg dukung kita..
Dia yg bawak kita dlm perut dia..
Takkan mayat dia kita tak nak pikul?
Waktu jalan bawak mayat mak ke kubur tu, ingat balik waktu mak pegang tangan kita..
Waktu kita baru pandai jalan..
Mak langsung tak bagi kita jatuh..
Sekarang kita nak hantar mak pegi jauh..
Sampai kat kubur, jangan bagi org lain sambut mayat mak..
Adik beradik lelaki semua terjun dlm liang..
Sambut mayat mak.. Biar kita yg bukak ikatan kafan tu..
Biar kita pusingkan mayat mak mengadap kiblat..
Biar kita yg letak bantal tanah kat belakang badan mak..
Dulu mak pastikan kita tidur ada bantal..
Ada selimut...
jgn sampai kena gigit nyamuk..
Ni kita last dapat tengok mak..
Lepas ni takde dah.. Waktu ni kalau kita ada dosa dgn mak, dah terlambat nak mintak ampun dah..
Biarlah kita yg uruskan mayat mak...
Bukan org lain..
Cakap dlm hati..
"Mak.. ni last aku dapat tengok mak..
Ni last aku dapat pegang mak..
Lepas ni aku tak dapat tengok mak lagi..
Aku tak dapat pegang mak lagi..
Aku tinggalkan mak kat sini..
Mak tunggu aku eh..
Sampai masa nanti aku akan jumpa mak kat sini..
Sementara ni mak duduk kat sini..
Aku pulangkan mak kat Tuhan..
Nanti aku doa utk mak.. aku hantar sedekah utk mak..
Mak jangan risau.. aku janji dgn mak.."
Dengar betul2 talkin utk mak kita tu..
Ni la pertama kali dan terakhir kali kita dpt dengar.. Balik je dari kubur mak,
cepat-cepat doa utk mak..
"Ya ALLaH.. aku redha Kau ambil mak aku..
Kau ampunkanlah dosa-dosa mak aku.. Dulu dia lahirkan aku.. Dia didik aku..
Dia sayang aku,
Ya ALLaH.. Kau sayangilah dia pula... Kau terimalah amal ibadat mak..
Kau luaskanlah kuburnya.. Kau naikkan darjatnya Ya ALLaH.. Kau haramkan api neraka buat mak aku, Ya ALLaH.. Jadikan mak aku hambaMu yg mulia.."
Pastu, ingat balik semua jasa mak..
Ingat balik apa nasihat mak..
Ingat semua pesan mak..
Mak suruh JAGA adik beradik..
Jangan gaduh2..
Kesian kat mak..
Dia tak senang kat sana bila anak-anak dia bermusuh..
Mak cuma boleh menangis je dari jauh..
Kita yg tinggal ni jangan lupa kat mak..
Hantar pahala utk mak kat sana..
Kesian kat mak..
Kalau kita yg mati, mak tak berhenti doakan kita.. sebab mak sayang anak-anak dia..
Takkan kita anak zalim sgt dgn mak?
Takkan kita ingat je tapi takde buat pape?
Tu mak kita.. Satu-satunya mak kita..bio
Bukan org lain..

Agama dan politik

Tazkirah Hari Ini

Golongan yang memisahkan Agama & Politik

Syeikh Muhammad al-Khidhr Husain - salah seorang syeikh al-Azhar menulis artikel panjang yang diterbitkan oleh majalah 'Nurul Islam' yang kemudian diletakkan dalam bukunya yang berjudul 'Rasa'il al-Islah.'

Di antara isi artikel ilmiah yang beliau tulis adalah:

"Kami mengetahui bahawa yang mempunyai keinginan memisahkan agama daripada politik berasal daripada dua golongan:

Pertama: Segolongan orang yang mengetahui betul bahawa dalam al-Quran terdapat hukum dan dasar-dasar yang berkaitan dengan pengadilan dan politik, tetapi mereka menolak adanya kesesuaian ajaran-ajaran tersebut dengan maslahat yang dapat digunakan untuk mencapai tujuan optimum.

Mereka tidak peduli ketika kaum Muslimin menuduh mereka telah melanggar hukum dan dasar agama, bahkan mereka rela disebut sebagai kafir atau orang yang menyimpang daripada agama.Mereka juga mengaku bahawa mereka tidak mempercayai al-Quran beserta ajaran-ajaran yang ada di dalamnya.

Kedua: Golongan kedua adalah mereka yang mengakui bahawa di antara ajaran agama ada yang mengandungi hukum mahupun politik, tetapi mereka menyatakan bahawa ajaran tersebut tidak sesuai lagi digunakan pada masa kini.Kerana itu, mereka berusaha memisahkan agama dari politik.Tetapi tujuan mereka itu tidak akan berhasil dan usaha mereka sia-sia belaka.

Mereka menggunakan cara yang dianggap lebih tepat iaitu menganggap Islam hanya mengandungi tauhid dan ibadah, mereka juga mengingkari hakikat adanya ajaran yang berkaitan dengan hukum dan politik.Mereka terus menghembuskan syubhat dengan harapan ada orang-orang bodoh yang terpengaruh dengan usaha mereka itu.

Inilah dua golongan yang berusaha memisahkan agama daripada politik, kemudian mereka mendekati kekuasaan agar dapat menciptakan hukum dan peraturan bagi kaum Muslimin yang bertentangan dengan syariat Islam.Mereka juga mengikuti aliran yang menggunakan ajaran yang tidak diredhai Allah - kerana ajaran tersebut tidak membawa kebaikan yang dikehendaki syariat.Langkah yang dilakukan oleh kedua golongan tersebut menjadi penyebab munculnya pelbagai fitnah kerana mengukuti politik hawa nafsu serta mencerminkan dangkalnya pemahaman terhadap ajaran hikmah yang ada dalam syariat Islam.

( Dr Yusuf al Qaradhawy - Ad-Din wa As-Siyasah)

Pokemon go

FATWA-FATWA BERKENAAN POKEMON DAN POKEMON GO

Pertama: Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Pada tahun 2001, Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa mengharamkan animasi dan permainan Pokemon. Alasan yang beliau nyatakan ialah demi menjaga aqal, akidah dan tingkah laku kanak-kanak, dan juga harta mereka daripada pembaziran, selain mengkritik tindakan ibu bapa yang meredai tindakan anak-anak mereka dalam isu ini. Beliau juga menyatakan bahawa fatwa beliau itu dikeluarkan apabila ramai ibu bapa yang prihatin tentang perkembangan anak-anak mereka mengikut Islam, bertanya beliau tentang hal ini dan sebelum mengeluarkan fatwa, beliau sudah merujuk ramai pakar dan pemikir termasuk penggiat seni budaya dan perfileman. Beliau menunjukkan beberapa sebab bagi beliau sebagai alasan siri animasi dan permainan ini patut diharamkan:

Terdapat risiko bahaya ke atas akidah seseorang Muslim kerana Pokemon terbina di atas teori Darwin yang terkenal dengan idea evolusi, perkembangan dan perubahan organisma mengikut persekitaran dan zaman.
Memberikan bahaya kepada aqal kanak-kanak kerana ia dibina atas khayalan yang tidak dibina atas dasar aqal dan naqli.
Pokemon mengandungi bahaya dalam membentuk peribadi tingkah laku kanak-kanak dan hubungan dengan sekeliling kerana ia bersifat perlawanan dan promosi bahawa hanya yang kuat sahaja yang akan kekal.
Ia membawa kepada pertembungan dan sifat yang keras serta kasar seperti peperangan sentiasa berlangsung.
Boleh membawa kepada perjudian jika ada unsurnya.
Begitu juga terdapat beberapa gambar rajah dan symbol seperti bintang enam yang mempunyai hubungan dengan Freemason dan Zionis.

Kedua:  Majlis Ulama Tertinggi Arab Saudi

Majlis Ulama Tertinggi (Hai’ah Kibar Ulama) Arab Saudi juga mengemukakan fatwa bahawa permainan Pokemon tidak Islamik tetapi tidak menyebut aplikasi mudah alih Pokemon GO. Antara alasan Majlis itu ialah watak-watak raksasa dalam animasi dan permainan itu memliki kuasa tertentu, membawa kepada kekufuran kerana mengikut teori evolusi semulajadi. Begitu juga ia mengandungi elemen polytheism yang menggandakan jumlah dewa-dewa dan seterusnya mampu membawa kepada perjudian.

Ketiga : Universiti al-Azhar

Wakil Syeikhul Azhar Universiti al-Azhar, Syeikh Prof. Dr. Abbas Syuman telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak menggalakkan remaja Muslim bermain Pokemon Go kerana membawa kepada ketagihan. Beliau juga membanding kesan negatif daripada permainan itu dengan tingkah laku orang yang mabuk kerana minum arak. Syeikh Abbas kemudian dalam akaun Facebook rasminya memberitahu bahawa beliau tidak pernah mengharamkan aplikasi mudah alih itu tetapi hanya menekankan kesan buruk ketagihan dan juga risiko pemain terdedah kepada bahaya dan kemalangan sewaktu menangkap Pokemon.

Negara-Negara yang Mencegahnya

Di Arab Saudi, Suruhanjaya Komunikasi, Teknologi dan Informasi Kerajaan Arab Saudi dilaporkan telah mengeluarkan amaran bahawa Pokemon GO dan permainan yang seumpamanya boleh mengancam pemain kerana mendedahkan lokasi pemain kepada pihak-pihak yang mengambil kesempatan. Ini termasuklah ancaman penggodam, pencerobohan ruang peribadi dan ancaman jenayah rompak dan curi.

Pihak berkuasa Kuwait dan Mesir sebelum ini memberi amaran dan ancaman bahawa permainan ini berisiko membawa pemain ke kawasan-kawasan sensitif seperti istana, masjid-masjid, stesen minyak dan pengkalan tentera. Ahmed Badawi, Timbalan Ketua Majlis Komunikasi Kerajaan Mesir, menggesa pihak berkuasa Mesir untuk mengadakan sekatan terhadap permainan Pokemon GO kerana dipercayai boleh mendedahkan bahagian keselamatan negara kepada dunia luar. Manakala, Hamdi Bakheet, ahli Majlis Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negara Mesir pula memberitahu Parlimen Mesir bahawa aplikasi Pokemon GO ialah usaha yang licik pihak luar untuk membuat perisikan dalam masyarakat dan negara Mesir.[1]

Begitu juga pertubuhan imam-imam di Turki menggesa agar pihak berkuasa mengharamkan permainan itu kerana menjejaskan nilai kemurnian dan kesucian tempat-tempat ibadat apabila pemain aplikasi berkenaan memasuki premis masjid semata-mata untuk mencari raksasa maya berkenaan.

Pihak kerajaan Indonesia melarang anggota polis negara itu bermain Pokemon GO ketika menjalankan tugas dan larangan itu bakal dilaksanakan kepada anggota tentera tidak lama lagi.

Jurucakap polis, Boy Rafli Amar, berkata pegawai polis seluruh negara itu telah menerima arahan itu bermula 19 Julai 2016. Pihak kerajaan risau pegawai polis akan menjadi ketagih dan mengganggu tugas pihak polis dalam berkhidmat kepada masyarakat yang dengan konsentrasi dan kerja keras.

Arahan ini juga dikeluarkan susulan kes penangkapan warga Perancis yang menceroboh pengkalan tentera Indonesia yang terletak di Pulau Jawa kerana bermain Pokemon GO. Kes ini menimbulkan kegusaran dan kemungkinan dalam kalangan tokoh pembangunan keselamatan yang menegaskan teknologi tinggi dalam permainan tersebut berpotensi menjadi alat perisikan.

‘Pokemon GO nampak comel, tetapi semakin lama anda melihat, ada sesuatu yang tidak betul padanya,” Kata Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu.[2]

KEPUTUSAN JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN

Pada 1 Ogos 2016 bersamaan 27 Syawal 1437H, mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah berbincang dan memutuskan bahawa permainan Pokemon Go dan Pokemon adalah tidak dibenarkan bagi umat Islam berdasarkan nas dan juga faktor maslahah dan kemudaratan yang berlaku. Justeru, diharap agar masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan tidak terlibat dalam aplikasi permainan tersebut. 

KENYATAAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.

Atas dasar ini, maka benarlah sabda Rasulullah SAW:

لَا ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ

Maksudnya: Janganlah seseorang itu melakukan kemudaratan dan mengenakan kemudaratan itu kepada orang lain.

Hadis riwayat Ahmad

Di samping itu, mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa, dan ditambah boleh membawa kepada perjudian, maka kami berpendapat bahawa hujah yang dikemukakan tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas yang kuat. Manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes-kes yang sudah berlaku, membawa kepada:

Bahaya dari segi pengintipan pihak luar
Pencerobohan ruang peribadi
Faktor keselamatan seperti kemalangan
Kelalaian
Ketagihan melampau terhadap gajet
Kehilangan fokus terhadap realiti sekeliling
Gangguan emosi seperti mudah marah akibat kekalahan.
Membawa kepada akhlak yang buruk
Ancaman kepada pekerjaan dan pelajaran.
Ini selari dengan kaedah Sadd al-Dzari’ah (menutup pintu-pintu menuju kerosakan). Kami syorkan pilihlah bentuk permainan yang mencergaskan minda, tidak melalaikan, dan juga tiada unsur khurafat yang mengarut.

Semoga dengan pencerahan ini, kita diberi kefahaman yang baik dan jelas berkenaan dengan kehidupan ini agar selari dengan neraca Syarak.

Ingatlah kita diciptakan bukan sia-sia tetapi ada asas tujuan da matlamatnya iaitu hamba Allah dan pemegang amanah-Nya di bumi ini sebagai khalifah Allah.

Firman Allah SWT:

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ

Maksudnya: "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

Surah al-Mukminun, 23:115

Kami akhiri dengan berdoa:

اللَّهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقًّا وَارزُقنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارزُقنَا اجتِنَابَهُ

Maksudnya: Ya Allah! Tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan rezekikanlah kami jalan untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kami jalan untuk menjauhinya.

Akhukum fillah,

Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

5 Ogos 2016 M bersamaan 2 Zulkaedah 1437 H

Selasa, 2 Ogos 2016

Hidup

Hidup ini tak seindah macam novel. Tak secantik dalam drama. Tak segembira dalam filem. Setenang-tenang air di lautan, ada masanya mesti bergelora juga.

Sebab itu, harus berpegang pada Yang Satu.

Manusia datang dan pergi. Sentiasa meninggalkan atau ditinggalkan. Jatuh bangun kita, hanya Allah yang tahu. Maka biarlah bergantung harap hanya pada Allah....😊

TIPS CARA MUDAH LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR

TIPS CARA MUDAH LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR
Ustaz Ahmad Dusuki @Radio ikim pagi tadi..

■Jgn sekali kali tinggalkan alQuran...Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.

■Rumah yg dibacakan alQuran, pd waktu mlm rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

■Jika mati org yg suka baca Quran Ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat2 akan tau, ooo, mati sudah sipembaca Quran ini, Mari kita solatkan rohnya.

■Didlm kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.

■AlQuran akan duduk didada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita didlm kubur.

■Jgn tinggalkan alQuran.

■Jgn tinggalkan alQuran.

■Azab kubur bermula the moment mayat tidak dpt menjawab soalan2 malaikat.

■Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.

■Penting 7 hari ini kita mendpt doa dari anak2 yg soleh supaya hari2 kita indah didlm kubur.

■Masa mayat Tu duduk kita akan sedar, ohh...aku dah meninggal dah... 😭

■Pesanan akhir Ustaz, sblm mati, tolong pastikan sekurang kurangnya Ada alMulk dlm Dada kita.
اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
آميـــــــــــــــــــن

■Celakalah org yg tidak dpt jawab soalan mengenai Rasullullah saw.
Dlm kubur alQuran akan berkata kpd mayat, aku ini alQuran yg dulu kamu baca dgn suara yg lantang & mendayu.

■Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

■Lepas Tu baru alQuran akan lepaskan mayat kpd 2 malaikat yg akan menyoal.

■Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa

جزاك اللهُ خيراً

Feature Post

MEDICAL CARD - APA YANG PATUT ANDA TAHU ?

Perkara penting yang perlu anda faham mengenai MEDICAL CARD. 1. Kekerapan Lawatan doktor Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan la...

Popular Post